♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 12 Ogos 2013

Menu Sahur Yang mengenyangkan

Dah mula puasa enam ker??? selamat berpuasa semua .... apa menu sahur pilihan korang selalu ... masa ramadhan hari tu adalah google sana sini ... menu sahur yang terbaik, menu sahur yang terbaik ialah segelas air suam dan kurma. Kalau saya dapat nasi panas-panas dengan ikan bilis goreng bercili potong letak bawang pun dah sedap hihihihihi .. selain kurma.




Memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:





Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.


Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.


Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.


Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.


Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.


Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.
Buah Kurma Boleh Menggemukkan Tak?

Ya. Ia tetap berkalori (dalam 30-60 kalori/kurma bergantung kepada saiz dan kemanisan), jadi jangan berlebihan. 2 biji kurma untuk berbuka sudah memadah


Bicara Hati : Pastikan jugak, habiskan puasa ganti yang lebih utama .. puasa enam .. puasa sunat sahaja .... memanglah digalakkan untuk kita buat.






Pengaruh Upin Ipin Semakin Kuat Pada Amir

Kita skip dulu cerita raya yer, tak tahu nak mula daripada mana... banyak sangat cerita ni huhuhuhuhu .... nanti cari idea nak mengarang (^___^)v untuk dikongsikan di blog kesayangan hamba ni hihihihihi ... sekadar coretan kisah hati masya.

Ramai dah mula kerja ker?? mesti bluess jer kan .. nak buat kerja, sebab masih mood beraya.... saya masih bercuti lagi .. insyaallah esok kerja.. hari ni kalau jadi nak layan adnan sempit 3, saja nak bawak amir tengok wayang pertama kali ni hihihihi .... tapi sebelum tu meh layankan pengaruh kuat upin ipin terhadap diri amir sekarang.

Sejak dua menjak ni amir macam fanatik sikit dengan upin ipin, dulu pun dia fanatik jugak ... memang banyaklah koleksi baju upin ipin, suka layankan cerita kat tv upin ipin.. tapi sekarang ni pengaruh tu tetiba datang balik ... ntah sapalah yang bawak pengaruh tu huhuhuhu .... sebab dulu minat jugak tapi takdalah sampai macam ni sekali .. mungkin sebab ramadhan baru ni pagi-pagi bagun tidur ada upin ipin, petang balik pun ada upin ipin kat astro.. kadang tu waktu lepas buka kat tv9 tu yang dia terpengaruh balik agaknya.
air laici, kalau boleh setiap kali balik taska suruh belikan, regenya boleh tahanlah jugak... tapi tak berapa nak galakkan amir minum sebab manis sangat-sangat ... amir suka minum lagi-lagi kalau dah simpan kat peti sejuk.



Perisa apple pun amir suka, dia ada banyak perisa tapi amir suka laici, apple dan anggur jer.... dia kata sedap .. tapi kadang-kadang pujuk dia jugak ... tak boleh minum selalu .. saya risaukan rasanya yang manis tu ...



Dah ada aiskrim jugak, ni pun amir mintak suruh belikan ... bukannya pembalut tu boleh simpan pun ... ibu kan ganas hihihihi.... rakus jer.. nak koyak .. lagi-lagi amir nak makan aiskrim tu.



Perisa pilihan amir, tapi amir tak bapa suka kacang-kacang atas tu ntah ...



kemain berselera dia makan, ibu puasa nak .. saboo jerlah tak boleh nak makan .... tapi kan .. nasib baiklah beli aiskrim ni lagi sehari nak puasa kot .. dapatlah meras jugak.



Banyak lagi sebenarnya pengaruh upin ipin ni pada amir, bukan setakat makanan jer .. dalam cerita upin ipin kalau tak silap ada terapkan belajar berpuasa, nak akhir ramadhan baru ni adalah jugak amir nak cuba puasa tapi.. tulah .. dia payah sikit nak di kejutkan bangun sahur, harap tahun depan dia dah mula belajar puasa.




Bicara Hati : Mujurlah ramadhan kali ni amir tak mintak belikan kurma upin ipin, sebab beli tahun lepas pun tak habis makan ... 






Khamis, 8 Ogos 2013

Suasana Beraya Di Kampung Saya



Sinonim bila beraya kat kampung jer mesti terasa sangat-sangat kemeriahannya, lagi-lagi kat kampung mak saya ni hihihihihihi... kalau hari raya pertama jer mesti ada baraan keluarga.

Malam raya?? malam raya selalunya saya kat rumah mertua.. tapi.. tahun ni tak dapat join .. sebab kene tolong mak masak kat rumah, mak buat menu special tahun ni.. rendang ayam, rendang kerang, mee jawa... terbaikkkk amir kata. (Sorry gambar nanti saya upload eh.. sebab ni taip entry kat kampung tak kosaa nak upload .. cari kabel)

Alhamdulillah... seharian tadi dah kepenatan baraan, malam ni malam jumaat .. kita berehat.... fuhhh lega rasanya kalau boleh sekarang nak baring jer.. kuak letang kikikikiki.... macam-macam dah makan tadi ... sebuuu pulak perut ni.

Oklah.... nanti sambung lagi, buntu pulak nak teruskan menaip ni .... penat.. penat ... lagipun macam tak best jer... nak publish entry tanpa gambar.



Bicara Hati : Esok sambung beraya lagi ... hihihihi.... 

Rabu, 7 Ogos 2013

Terima Kasih Semua




Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga, saya mohon maaf sikaranya ada terkasar bahasa semasa komen di blog kawan²..

Semoga hari raya kali ini dan ramadhan tahun ini memberi keberkatan buat kita semua ... amin, masa bercuti jangan lupa jaga kesihatan, jaga makan minum .. jangan lupa diri hihihihi ....

(^_____^)v











Selasa, 6 Ogos 2013

Air Minuman Yang Boleh Membuang Toksin Dalam Badan


4 AIR ISTIMEWA YANG SIHAT & BAGUS UNTUK BULAN PUASA !

Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.



Bicara Hati : Tengah berusaha merajinkan diri jugak, tapi kalau setakat lemon dengan air suam jer yang selalu nak cuba. yang lain belum lagi.




Sampul Duit Raya Kami Tahun 2013



Tahun ni tak sempat nak kumpul koleksi sampul duit raya sangat, mana yang ada jerlah ... pergi avon beli barang tapi lupa amik sampul duit raya avon adehhhhh ..... takda rezeki. Pergi belanja sana.. belanja sini dapat jugak sampul, lupa snap ... jadi kita layan sampul yang ada jer yer ...

Am Bank (sebab renew roadtaxkan haruslah dapat .. dan paling banyak sampul am bank kikikikikiki ), bank islam, dan proton.



Beli barang dengan shaklee dapat jugak hihihihihi ...



Saya suka sampul duit raya yang berbeza untuk di isi duit memudahkan nak beri pada saudara mara atau pun kenalan, yang pasti tahun ni bagi untuk 2 orang adik sahaja dan seorang ahli baru .. anak buah saya hihihihihi .... walaupun rizki akan beraya rumah wan dia dulu .. takpa.. petang kita jumpa yer..



Bicara Hati : Dulu takda sampul duit raya, ingat lagi pergi raya .. selamba jer orang dulu² bagi 0.50 sen apa dehal .. itu pun dah cukup gembira, belum lagi yang bagi duit raya balut dnegan tisu jer.. dalam rm1.00 emas dulu² yang syilling tu .. sekarang kooo buat camtu ... apalah reaksi budak² .. mahu dikatanya kita ni kedekut.





Ayam Percik Chef Ismail


Bila dapat peluang pelepasan, bila dapat peluang gantung kuali setingginya .... bila dapat peluang berjalan² diluar... rasa keseronokkan tu mengalahkan dapat pergi berjalan² ke luar negara hahahahaha ...

Memang pantang sungguhkan kalau dapat peluang yang sesekali itu, sebab biasanya hujung ramadhan dah mula mood kelaut nak memasak ... idea buntu.. idea buntu .. (^____^)v walaupun sebenarnya lagi selesa kalau dapat makan kat rumah.

Setiap tahun pun pilihan berbuka kat luar mesti kat chicken rise shop, ntah pelikkan .. kalau tak puasa tu takdalah nak makan kat situ pun .... tahun lepas pun sama, sebab kat chicken rice shop ni versi 'home style' kot hihihihihihi ...


Menu pilihan ayam percik kelantan chef ismail memang sedappp ... tak tahu tekak orang lain pada saya memang sedapp (orang tak reti buat ayam percik gitu ler..)



2 Ketul, kenyang sampai ke sahur tau ..



Hubby dah pesan awal² jangan amik banyak atau macam² nanti tak habis .. ini pun jenuh nak menghabiskan ayam 2 ketul tau ... opss.. sup tak sampai lagi.



Air sirap selasih letak serai.. ada rasa macam air gas sikit .. sedapp memang sedappp.. amir macam pelik .. sekali hambikkk esok pagi bangun 3 beranak hilang suara huhuhuhuhu .. ;p



Kalau korang berminat nak berbuka kat sini masih sempat lagi, maklumlah shopping kat luar tu bolehlah singgah sini chicken rice shop makan kan.... kami pilih Set A sahaja, tahun lepas pilih Set B ... banyak sangat.




Bicara Hati : Tuan tanah dah mula bercuti entry ini dan seterusnya kalau ada entry auto publish hihihihihi... insyaallah cuti sampai isnin depan, selasa kalau takda aral datanglah kerja.. kalau sempat bw daripada rumah sahaja masa cuti ni.





Isnin, 5 Ogos 2013

Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Tanpa ' Buttercup '

Ni kira resepi turun temurun, kita orang kalau buat biskut corflakes ni memang pesen tak kosaaa nak meleceh² caikan buttercup kat kuali, kita orang buat versi yang sempoii jer .. tapi sedapp itu yang penting hihihihihihi ....

Tak tahulah kene tak pada tekak korang, tapi tekak saya okk jer... hihihihihihi ... jom cuba kalau tak percaya, senang, mudah dan sedapppp ... 
Cornflakes
Madu
Susu Manis
Kacang Gajus (potong dua dan sangaikan dia tanpa minyak kat kuali)/ Boleh jugak gunakan kacang lain seperti kacang tanah lagi jimat ... jangan kacang hijau sudahlah itu nak buat rempeyek bolehlah.
Coklat Rice/ Gula Manik
Mangkuk kertas


Dah siap gajus tu disangaikan, meh masukkan cornflakes .. ramaskan² dia tau .. bagi hancur kecik² sikit.



Lepastu masukkan susu manis, saya selalu kalau sekotak ni .. dalam 10 sudu besar, letak sikit jer pun takpa ikut citarasa masing² .. macam saya ni takmmooo banyak sangat sebab nanti manis dan cornflakes tu jadi tak sedapp... bila di bakar bila terlebih susu.



Lepastu masukkan madu .. madu lebih takpa.. sebab nak bagi cornflakes tu likat ... dengan erti kata lain .. korang kene sebatikan masa nak gaul tu... jangan banyak sangat kang keras pulak cornflakes tu .. dah korang salahkan kita pulak.



Gaulkan dia sampai sebati kesemuanya, dan masukkan dalam cup (sorry lupa pulak nak amik gambar) dan taburkan coklat urai tu ... kan senang.. lepas tu bakarkan dia... dalam 15@20 minit agak².. jangan sampai hanggit yer...



Dan inilah hasilnya.. taraaaaa ... alhamdulilah .. siap jugak atas permintaan amir hihihiihi .. tak masuk balang dah dihadapnya... takpalah sapa lagi nak habiskan kalau bukan amirkan.




Bicara Hati : Nampaknya ini jerlah biskut yang wajib dibuat setiap tahun atas permintaan ramai, bukan amir jer suka adik² saya pun suka.... memang tak bagi orang jamu pun.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...