♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 12 Ogos 2013

Home » , , , , » Menu Sahur Yang mengenyangkan

Menu Sahur Yang mengenyangkan

Dah mula puasa enam ker??? selamat berpuasa semua .... apa menu sahur pilihan korang selalu ... masa ramadhan hari tu adalah google sana sini ... menu sahur yang terbaik, menu sahur yang terbaik ialah segelas air suam dan kurma. Kalau saya dapat nasi panas-panas dengan ikan bilis goreng bercili potong letak bawang pun dah sedap hihihihihi .. selain kurma.




Memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:





Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.


Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.


Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.


Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.


Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.


Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.
Buah Kurma Boleh Menggemukkan Tak?

Ya. Ia tetap berkalori (dalam 30-60 kalori/kurma bergantung kepada saiz dan kemanisan), jadi jangan berlebihan. 2 biji kurma untuk berbuka sudah memadah


Bicara Hati : Pastikan jugak, habiskan puasa ganti yang lebih utama .. puasa enam .. puasa sunat sahaja .... memanglah digalakkan untuk kita buat.






11 ulasan:

Teena Tna berkata...

makanan sunnah macam kurma memang kaya dengan khasiat...
selamat berpuasa kak

Masha Meisters berkata...

kurma ni kalau time tak puasa memg laku teramat...rase terlebih sedap...
kalau berbuka takde rase cam tak best je....

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Wah dah mula puasa 6 ye Masya... selamat berpuasa :)

Nieyla Nadia berkata...

Selamat Hari Raya.. :)

Permata Malap berkata...

kurma memang elok,kak..saya time preg skrg ni memang kerap makan kurma..

puanstoberi berkata...

buat yg wajib dulu. puasa ganti tu bukan utama lagi dah, dah jatuh hukum wajib. pastu kalo rajin baru buat yg sunat tu.

aizamia3 berkata...

rindu bulan Ramadhan..
time tu lah dapat tengok kelam-kabutnya, muka anak2 yang mengantuk.. comel je situasi masa tu..
apa-apapun selamat berpuasa.. ;)

Puan Kutu berkata...

tahun ni tak dapat k0t nak buat puasa enam.ye la menyusukan anak kan.apapun Alhamdulillah dua taun berturut2 sy puasa penuh.tak payah susah2 nak ganti puasa...:)

Unknown berkata...

deqla nak ulang smula bln ramadhan bole?.. hukhuk..selmt berpuasa 6 dear.. deqla tgh x boleh ni...huhu...

eija_sweetmama berkata...

k.eija belum mula lg berpuasa 6, hope berkesempatan la nak buat puasa 6, ni mood masih nak beraya lg..hehe.

Cikrosecute berkata...

cr sahur makan kurma jer...memang tak lapar bila siang berpuasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...