♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 15 Ogos 2013

Balik Ke Kampung Semula



Rasanya pena pun tak hilang lagi balik raya baru ni, malam ni dah kene balik lagi huhuhuhu.. mujurlah baju bajan amir yang dalam beg tak habis ku kemas lagi dalam kabinet .. hangkut balik sahaja yang ada tu ... bab nak mengemas ni kadang memang liat dibuatnya, baik kemas baju amir .. baik kemas baju sendiri ... mujurlah hubby kemas baju dia sendiri.

Takda belah utara... takda beraya belah selatan .. tahun keluarga mertua pergi beraya belah pantai timur pulak kikikikiki .... kami 3 beranak tak dapat nak join takda rezeki huhuhuhu ... takpalah lain kali kalau ada rezeki kami ikut .. jadi sebab tak dapat nak ikut .. kami kenelah balik kampung tidur kat kampung.. jaga rumah (^__^)v

Sebelum balik ni .. nak beraya dulu rumah jiran² ni .. jiran baru bersalin.. nak jumpa baby amik aura positif gitu hihihihi ... lepas tu nak pergi kerumah bekas pengasuh amir pulak, harapnya perjalanan lancar dipermudahkan. Malam esok sepatutnya ada jamuan raya kat lorong rumah kami ni .. kalau dapa join kami datanglah sekejap ... kalau takda aral .... lama tak join dan buat bbq kat kawasan rumah hihihihihi .. rindu pulak, iyerlah .. kang tak join kata saya sombong pulak ... walhal takda niat gitu pun.



Bicara Hati : Balik kampung sekejap pun penuh bonet kikikiki .. mengalahkan balik kampung seminggu beraya.





Buah Tangan Raya Tukar Edisi Munjung



Setiap tahun pun mesti ada edisi munjung², hantar makanan ni .. ni macam tradisi jer sebenarnya ... selalu masak lebih bagi sedara mara.. rasanya dah 2 hingga 3 tahun ni tak buat kikikiki .. tapi saya dengan hubby tukar edisi munjung ni dengan bagi biskut raya 2 bekas dan air kotak besar sesiap letak dalam beg kertas macam ni. Bukanlah melupakan tradisi cuma ak berkesempatan nak masak.. kalau panjang umur.. raya haji saya masaklah.

Munjung ni sinonim bagi masyarakat jawa, kalau kat kampung memang meriahlah lagi² daripada seminggu nak raya tu .. tak payanh nak pening² masak.. ada jerlah kang yang hatar makan munjung ni.

Kat tempat lain mungkin lain caranya ... ini cuma tradisi ni .. terpulanglah bukan wajib pun kan...



Bicara Hati : Jenuh cari beg kertas besar musim raya ni .. banyak habis heran jugak.



Berbuka Di Rumah Alang



Sebelum saya sambung cerita beraya lagi (ada cerita pasal raya dah ker?? haha.. rasa macam belum.. nantilah buat maraton sekali), saya cerita dulu masa pergi berbuka rumah kawan saya kat sg. pinang, hala kapar nunnnn...... ini kira kisah hari jumaat terakhir ramadhan pada 02 Ogos 2013.

Rumah baru kan, terasa memang terujalah nak pergi hihihi.. walaupun tak ramai yang datang, janji dapat berkumpul dengan kawan² memang terasalah kemeriahan berbuka bersama dengan tema potluck hihihihihi .... dah isteri tuan rumah dalam pantang, kenelah tema potluck .. itu pun sempat jugak fara masak sikit²... seronok berkumpul banyak cerita ... 


Antara menu yang dihidangkan, isteri tuan rumah (fara) dalam pantang, sempat jugak fara masak kari ayam dengan sayur campur, saya beli lauk jer.. dengan paru sambal (padahal tak reti makan paru pun hihihihihi) tak sempat nak masak, jumaat tu kerja.. lepas balik bersiap .. terus keluar rumah pergi rumah alan, sampai².. jer.. dah azan.




Antara yang datang memeriahkan majlis berbuka along suami isteri, achik, saya dan zura .... tak ramai, tapi cukuplah mengamatkan dan mengema ruang legar tuan umah hihihihihi .... tak dapat nak lepak lama sangat pun, kami sampai² pun dah azan berbuka tau .. haru² rantau panjang jem giler² petang tu.. lupa ada pasar malam .. mujurlah tak sesat barat .. sempat sampai.




Amir kemain teruja jumpa baby girl.. anak alang, alhamdulillah dah sepasang anak mereka .. yang nombor dua ni perempuan mirza namanya .. kemain bulat bam bam lagi ..



inilah tuan rumah, alang .. terima kasih sudi dan tak kisah kami memeriahkan rumah untuk berkumpul .. nanti bolehlah buat bbq pulak .. lama tak buat kan?? .. kan....



Bicara Hati : Tak sabar nak berkumpul nanti masa baraan dengan kawan² 01 Sept 2013





Rabu, 14 Ogos 2013

Iklan Exabytes Tiba ² Hilang Daripada Blog



Sedih dan pelik kejap .. pagi tadi baru saya perasan sebenarnya iklan exabytes tak menari² kat blog saya. Saya tak pasti sejak bila .. tapi pagi tadi baru perasan huhuhuhuhu ...

Pagi tadi dah emailkan pada exabytes tanya masalah yang saya hadapi ni nanti dia orang cek, maklumlah ... kalau ikutkan kontrak hujung bulan ni baru iklan tu tamat tempoh.. tu yang heran tu ... kenapa tetiba hilang gitu jer.

Rezeki yang dapat dalam kontrak exabytes sebelum ni RM 50.00 saya dah belikan sesuatu sebagai tanda kenangan² hihihihihi .. saja suka².. sekurang²nya nampaklah jugak hasilnya depan mata kan.


Tikar ala-ala buluh saya letak kat bawah meja makan jepun saya tu .... 
RM 30.00 sahaja, korang tahu tak kat luar mahal .. kemain tikar ni sampai ada yang jual RM 75.00 saya pun heran kemain mahalnya .... 



Karpet alas kaki saja beli panjang kunun² nak letak kat ruang dapur hala ke ruang tengah .. sekali rasa.. eh macam sayang pulak hahahaha .. terus letak kat bilik utama ... yang ni RM 18.00 fuhh.. mintak kurang RM 15.00 langsung tak dilayankannya.. padahal memula kita orang datang takda orang pun .. lepas dah berduyun² orang singgah kemain eksyen lagi eh.. tak bagi kurang.



Semua²nya ni saya beli kat GM Klang sahaja hihihihi .. tahun ni tak sempatlah nak pergi Nilai 3 sana tu ... lagipun saja nak pergi GM Klang yang baru ni. Kedai karpet ni pun jenuh cari tau .. akhirnya jumpa .. kat tingkat 4 kot area gadjet, naik lif bergerak tu ... nampak jer banyak kedai² gadjet.. hah dia area belakang tu .. tingkat 4 ni atas sekali kot .. tak hinggatlah .. sebab berpusing².. begitu .. begini lagi .. dengan amir yang kepenatan mengalahkan orang puasa.. dengan ramai orangnya .. gigih hubby hanggut 2 barang ni ke kereta .. sayanggg hubby ... (^__^)v

Oklah dah membebel² beli barang pulak, Kalau ada rezeki saya dengan exabytes tu adalahkan.. nak buat achaner .. bukan saya yang buang, iklan tu yang hilang....



Bicara Hati : Nak beli karpet bulu² .. tak menyampai hati nak suruh hubby pikul daripada tingkat 4 tu .. budak/ pekerja pakistan kat kedai karpet tu tak boleh hantar sibuk nak melayan pelanggan datang huhuhuhuhu ... sebab lepas kita orang datang tu kemain ramai pulak yang singgah situ.





Syahdunya Di Pagi Raya










Bicara Hati : Kisah 3 beranak sahaja, family kecil kami ... pertama kali ibu pakai baju bunga² .. hubby geleng kepala .. senggih .. sebab baju ibu macam kanak² riang .... nanti²/ esok² kita up gambar possing² 3 beranak pulak yer .. (^___^)



Ligat





Alhamdulillah masih di beri rezeki di sini, makin ligat menari² ... rupanya ada pertambahan 1 yang baru masa nak bercuti raya, alahai masa raya entry jarang publish ... uv pun memang jatuh merudum teruk sesangat pasrah jer lah .... tak kan masa raya nak mengadap blog .. nak draft entry autopublish pun tak sempat nak draft ... sudahnya blog sunyi jerlah .... kalau masa raya mengadap laptop .. mau mak tarik telinga ... kang tak memasal macam teringa arnab/ gajah kikikikiki ...

Kalau ada rezeki dan memang rezeki kita insyaallah memang milik kita, cpuv RHB tu yang paling lama menari² .. rasa macam eh² bayaran dia bertambah pulak .. nak cuti raya hari tu macam lain jer .. jumlahnya .. memang tunggu² jugak bilalah nak kreditkan ... kalau bertambah .. lagi .. dan lagi .. dan lagi .. alhamdulillah ... syukur sangat, bertambah semangat nak menulis kat blog ni. (^____^)v




Bicara Hati : Sifu saya cakap, kalau sekali dah dapat cpuv .. memang akan berderet²lah cpuv yang akan datang melekat dan melepak di blo kita.








Suprise - Keluarga Datang Rumah


Hujung minggu terakhir ramadhan memang dah plan dengan hubby tak pergi mana² apatah lagi balik kampung, maksud tak pergi mana².. maknanya kami nak pulun kemas rumah .. kami keluar pun shopping last minit persiapan raya untuk diri sendiri. Mujurlah rumah tak besar mana .. yang herannya kemas daripada sebelum ramadhan sampai nak raya tak habis².. tak boleh bayang kalau rumah kat kampung dah siap tapi fuhhh lap peluh kat dai dibuatnya.

Minggu sebelum tu ada balik kampung hari sabtu buka rumah buyut amir, lepas tu hari ahad mertua pulak datang rumah berbuka ... masa buka kat rumah buyut mak ada bagi tahu tahun ni tak dapat nak buka kat rumah saya, jadi saya cakap takpalah kita orang pun selalu balik kampungkan.. dah buka sesama .... tak sangka rupanya mak buat suprise hujung minggu akhir ramadhan tu mak dengan mak cik sekeluarga datang rumah berbuka, kemain mak berlakon eh .. tak dapat datanglah ... kereta abah tak okklah .. pada kereta abah nak semput tu sampai jugak ka rumah akak.

Kebetulan pagi ahad tu pergi pulau carey saja cari lauk pauk nak stanby dalam peti sejuk kang senang .. kalau ada tetamu datang beraya .. sesiap dah ada lauk.. kosa lah haihh nak pergi kedai kan masa tu ... walaupun kami ni 4 hari tentu beraya di kampung .. kami stanby jer...


Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....







Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih.... 



Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)





 Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....





Penuh rumah, maaflah rumah tak besar mana kan.. ginilah beasak² makan dengan meja jepun tu hihihihihihi .. ini pun dah rasa bersyukur sangat² sebab ada yang sudi datang kerumah. Insyaallah selamat panjang umur tahun depan kita beraya kat rumah baru eh ... (^___^)v


Bicara Hati : Keluarga kecil kami, tapi meriahnya mengalahkan 10 orang keluarga yang datang hihihihihi .....



Selasa, 13 Ogos 2013

Menu Kegemaran Hari Raya



Lain orang lain citarasanya, lain orang lain kegemarannya .. dan lain negeri lain menu serta juadah di pagi raya nya ... apatah lagi kemeriahan di pagi raya kan .... 

Tapi pada saya menu mak masak semua pun yang sedapp, apa mak hidang masak itulah menu yang terbaik .. air tangan mak memang terbaik ....

Pagi raya saya mesti nak makan lontong mak buat, setiap tahun pun mak mesti buat ... kat rumah jarang buat ketupat .. kalau buat pun 50 biji jer.. sebab tak rajin nak menganyam .... lemang?? jauh sekali tak pernah nak masak ... nasi himpit tu biasalah.


Lontong mak yang akan menjadi menu wajib pagi raya, sampaikan adik² mak pun mesti order dengan mak ... nak buat juadah pagi raya. Hubby?? hubby pun suka hihihihihihi .. kalau makan dengan ayam masak kicp hamboii menjilat jari yer... lontong mak ni, kalau tak raya pun kadang² saya teringin iyerlah lontongkan susah nak jumpe masa raya jerlah baru dapat merasa.. sebab lontong ni lambat sikit nak rebus dia... jadi kalau dah dapat peluang makan lupakan sebentar idea nak diet eh.




Tahun ni tak buat ayam masak kicap, rasa macam lain macam jer.. tak dapat makan lontong dengan ayam kicap/ ayam masak kuning ... tapi mak masak ayam masak rendang tanpa kerisik hahahahaha .. boleh panggil rendang ke.. takda kerisik .. bolehlah sebab rasanya lebih kurang macam rendang, cara masak pun sama.. cuma takda kerisik jer.. sebab mak buat rendang kerang jugak, yang kerang letak kerisik ... sudah pagi² lauk semua menu rendang .. dengan kuah lodeh sebab permintaan abah.




Bicara Hati : Alamak!! dah buat entry menu raya pulak, entry mak buka kat rumah tak buat lagi .. hik.. hik.. hik.. yang mak datang 'suprise' kat rumah tu .... kemain mak eh .. pandai 'suprise' dah...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...