♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 17 Januari 2014

Orang Yang Perlu Di Jauhi Di Pejabat


Kita bekerja bukan setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja. Tapi ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi!








Si Busuk Hati

Haih. Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.




Kaki Kipas

Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.




Peminjam Duit Tak Ganti

Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunya masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.




Pemalas & Kuat Ponteng

Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.




Kaki Gosip

Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!


Saya lupe saya copy kat mana .. nak cari link balik hilang huhuhuhu .... salam jumaat semua.. selamat bercuti di selangor, moga kita jauhi diri daripada sifat² begini yer...
















Khamis, 16 Januari 2014

Alhamdulillah Masih Ada Rezeki



Hari ni sibuk sangat².. sebab esok nak cutikan.. huhuhuhu .. pagi ada ceramah sempena maulidurasul .. kemudian kene siapkan kerja² urgent .. memang tak sempat nak bukak blog, ade takda bukak singgah kejap blog kawan² tak komen pun .. dah petang nak balik barulah sempat bukak ....

Dah tu sajalah bukak akaun nuffnang sebab takda up entry baru pagi tadi, jadi sajalah nak tgk uv hohohohohohoho .. biar betulll.. banyaknya.. apa yang korang carikk ni..... tq semua...

Dan .. dan paling terkejut dapat cpuv baru .. yeahhhhhh suke sangat²... tau.. ni iklan baru dan kirenya iklan pertama yang singgahlah januai ni.. permulaan yang baik.. alhamdulillah masih ada rezeki lagi, menari lama² eh...



Ko masya orang lain tak up entry sehari tak kisah pun.. lagi riban uv dia ... ko tak cecah pun 500 kecoo eh, hihihihihi .... tak kisahlah mood tengah happy² ni.. jadi takmoo lah moodyyyyy ...




Bicara Hati : cpuv 2013 semua dah kredit, cek kedua nuffnang pun dah sampai.. alhamdulillah.. dah pikir dah nak beli apa.. cume harap sangatlah barang tu masih promosi lagi huhuhuhuhu.......








Pewangi Rambut Dan Perawatan Rambut Rosak


Rambut saya ni memang kategori mudah luruh/gugur .. kalau panjang sikit jer.. senanglah nak luruh huhuhu (dah macam daun pulak luruh² yer)

Alhamdulillah sekarang ade makan vitamin dah semakin kurang, tapi sebelum ni saya pernah cuba ellips, ellips ni bukan vitamin yang boleh makan yer.. dia ala² cam minyak gitu.. tapi versi dalam tiup.. bukan dalam botol .... dahhh karang korang beli pergi makan telan dia.. pingsan jam² tu .. jangan kata masya ajar salah .. korang baca sampai habis entry ni dulu ... 

Ellips ni dia macam cecair .. lepas korang dah basuh rambut dah keringkan.. korang guntinglah ellips ni letak kat tapak tangan dan sapu kat rambut .. seyes .. wangi sangat².... tau.. dan rambut pun jadi cantik lembutt jer... tapi yang paling suke sebab wangi. hihihihihi ...



Inilah rupe ellips tu, saya pilih pink kebetulan untuk rambut rosak .. kalau tak silap dia ada macam² warna .. dan setiap warna punya fungsi yang berbeza .. jadi korang pilih lah yang mana yang sesuai dengan kepala korang yer... macam saya ni sebab rambut rosak.. jadi saya pilihlah warna pink ni.. so sweeetttttt >___<





Hahahahaha .. dah kenapa seharian bizi tetiba petang² publish entry pewangi rambut, ko masya .. tak hagak²kan.. tau lah malam jumaat ... kasi selinganlah sikit eh.. jangan marah kawan².. saja kongsikan tips ni.. dan ilmu... ni.. ilmu .. sambil kenyit mata senyum meleret².


yeahhh esok cuti .. mau balik rumah sendiri.. hayohaiiiii rumahku.. apakah perkabaranmu.. pastinya bersawangkan.. kan.. kan.. owwhhhh tak ku sanggup .. tak sabarnya nak balik rumah sendiri .. dah berminggu² kat kampung oiiiii ... tapi esok ada gotong royong kat tadika amir, ape²pun lepas gotong royong barulah balik rumah.




Bicara Hati : Pstt .. psttt.. saya makan ostematrik shaklee sekarang, alhamdulilah membantu jugak mengurangkan rambut gugur selain daripada hilangkan sakit² badan dan sakit kepala.












Rabu, 15 Januari 2014

Cuti Maulidur Rasul Kami



Tiada istilah berarak beramai² apatah lagi .. melihat orang berarak .. kami hanya lihat di tivi sahaja huhuhuhu .. jadilah walaupun tak terasa kemeriahannya .. sebab tahun ni kat kampung takda buat .. tapi kat kampung luar ada .. tahu pun sebab nak pergi gunting rambut amir .. nampak huhuhuhuhu .... kat kampung mak saya ada takda malam tadi jer ada ceramah kat surau.


Jadinya bila tak kemana² semalam .... ibu masak sambil² melayankan amir buat kerja sekolah, inilah kerja sekolah yang amir kene siapkan .... harap dah mula ingatlah nama sendiri nak menulis nanti ... gigih tak gigihlah cikgu tadika suruh buat macam ni .. dulu 5 tahun bolehlah cikgu tuliskan nama .. ni dah 6 tahun .. kenelah belajar sendiri .. alhamdulillah ... amir dah pandai membaca dan kenal huruf senang sikit.








Isnin, 13 Januari 2014

Amir Teruja Balik Tadika Dengan Ayah




Kesukaannya bila bercerita, kesukaannya bila pagi berhantar dengan saya ketadika ... berhantar dengan hubby ketadika .. berambil daripada tadika dengan hubby ...


Tapi itu hanya jarang² berlaku .. dan kebetulan jadual hubby hari jumaat lewat di dalam kelas .. dan akan pulang awal pada hari jumaat jadi kesempatan itu hubby akan gunakan untuk menjemput amir .. (anak² .. itu sahaja sudah buat dia teruja) alhamdulillah minggu pertama minggu lepas semuanya dipermudahkan ... walaupun pagi² ada mood² angin² tak menentu hala berlaku pada my heroo my boy tu ... sob .. sob .. sob...


Hari selasa yang sepatutnya berpakaian sukan, ibu lupa pakaikan baju sukan.. sudah dia merenggek² pagi rabu .. malu amir .. malu amir.. ibu ni.. tak pakaikan amir baju sukan ... kawan² semua pakai baju kuning (baju sukan tahun lepas) .... esok nak pakai baju sukan cikgu pesan selasa dengan khamis .. esok cuti pulak maulidurasul .. alahai anak².. kita bersukan di rumah sudah.


Mengimbau sambutan maulidurasul tahun lepas ditadika lama .. keterujaan amir menyambut maulidurasul terasa sangat .. tapi amir tak dapat join perarakkan .. masa tu amir demam, masa demam pun siap mengigau sebut selawat korang .... ishlah.. ibu ni yang naik risau... tahun ni kat tadika kemas pulak tak buat ... jangan esok pagi tengok perarakkan kat tivi dia ulangan balik cerita tahun lepas sudah.... dia nak join berarak .. masjid negeri selangor pulak buat majlis maulidurasul kalau tak silap 25 januari nanti ...


Hari esok amir cuti .. malam ni nak tidur rumah embah katanya, amir rindu embah .. alahai walhal .. petang balik tadika pergi rumah embah.. cuma malam jer tak tidur rumah embah.. ada² jer amir ni ...














Doa Mohon Rezeki Halal Dan Diberkati




Salam .. Selamat pagi semua .. alhamdulillah dah bermulanya hari baru hari isnin, biasanya hari baru mood barulah tercari² .. semangat barulah nak bermula untuk memulakan kerja ...

Alhamdulillah rasa bersyukur dan sangat² berterima kasih kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, marilah kita bermohon agar rezeki yang kita perolehi halal dan sentiasa diberkati .. agar keberkatannya dirasai bersama² keluarga dan insan² disayangi disekeliling.

Amalan solat dhuha di pagi hari juga akan memudahkan kita memperolehi rezeki yang tanpa disangka².. dan rezeki sentiasa ada tidak pernah putus².. yang penting usaha.

Amin ....










Jumaat, 10 Januari 2014

Makan ² Asam Pedas Sedap Di Sekitar Klang


Yeahhhhh dah jumaat rupenya, alolololo cepatnya masa berbalau ni .... hari ni rehat panjang, sajelah saya nak kongsikan sikit tempat makan yang best² area klang ni .. sebelum tu entry ni tidak berbayar yer .. tapi saya kongsikan ikhlas buat tatapan kawan² yang dah pooooninggg cari tempat makan best² .. terutama peminat asam pedas.

Korang pernah tak rasa macam .. teringin nak makan sesuatu .. sekali dah makan .. alohaii bayar kemain mahal .. lepas tu .. macam tak berbaloi² dengan apa yang korang makan .. dan tak puashati huhuhuhuhu ....

Jadi meh saya kongsikan tempat best makan asam pedas, seyes pada tekak sayalah yer .. asam pedas kat kedai muara ni terbaikkk setakat ni .. lokasinya betul² berhadapan dengan sekolah rendah methodist pelabuhan klang, dulu lebih dikenali methodist boys schooll ... sekarang dah tukar nama dah .. kat kampung raja uda sana tu. Kedai dia tak nampak daripada jalan besar .. kedalam sikit ... kalau daripada jalan besar tu nampak balai bomba .. kat area situ lah... dekat dengan Mymydin.


Inilah restorennya jauh sikitlah daripada opis saya ni, tapi kalau pergi hari jumaat oklah .... tu pun kalau ada rezeki .. dapatlah merasa asam pedas ikan pari, ikan pari selalunya cepat habis huhuhuhuhu .... saya suke ikan pari jer.. yang lain² pun suke jugak .. kalau takda pilihan sebab semua jenis ikan masak asam pedas ada.. termasuklah ikan terubuk.




Ni selera mak yong yang tolong temankan .. kunun²nya takut makan nasi .. nampak asam pedas kecur jugak air liur walaupun amik kuah hahahahaha ... makan dengan ikan masin jer katanya .. ini pun dah kekenyangan ..... ulam peria.




HAH!!! YANG NI MENU SAYA HIHIHIHIHIHI ........
Kemainkan penuh pinggan .. sebab kempunan nak makan ikan pari .. ikan tongkol pun tongkollah janji asam pedas ... terbaikkk siap ada ulam kerabu mangga .. licin tau .. licin hahahaha ....



Selain daripada muara ni, restoran lagi satu asam pedas yang sedap kat bukit tinggi kalau tak silap sama area dengan kedai burger abang burn ... kat situ pun sedapp... tapi kalau tengahari memang ramaiii sangat orang .... tak dapat ikan .. saya kuah dengan bendi pun saya layan hahaha... makan dengan telur dadar ....

Oklah.. daripada segi harga pulak .. ade murah dan mahalnya tengok jenis ikan yang korang pilih .. tapi kalau mabong murah sikit kot .. saya tak berapa pastilah .. cuma pada saya berpatutanlah harganya belum pernahlah saya makan HARGA DIA BUAT MATA NI BUNTANG HAHAHAHAHAH .....



Bicara Hati : Asam pedas sentiasa dihati .. sedappnya....







Jatuh Kalah Dan Gagal




Satu saatnya nanti .. satu harinya nanti kita jua akan kembali .. jadi hargailah mereka² disekeliling kita yang masih menyayangi kita .. hargailah mereka ... moga suatu hari nanti kita tidak menyesal bila dia telah tiada.....

Jatuh bangunnya sesorang itu atas kekuatan dirinya .. atas kekuatannya pada yang esa .. susah senangnya mengadulah pada yang esa ... mengalirkan lah air matamu dihadapannya .. kerana kekuatan itu akan datang dengan semangat darinya .. atas keredhaan diri ... 

Jika kita meratapi kegagalan hari ini .. pastinya ada hikmah yang akan menanti suatu hari nanti .. hikmah yang hanya yang esa sahaja yang maha mengetahui .. yaki dan percayalah kuasa yang esa tiada tandingannya .. jangan sesekali kita ingkari.

Kata² semangat di hari jumaat ini buat diri ... buat hati .. moga tidak mudah melupakan diri atas apa jua yang di kecapi .. atau apa jua yang belum dikecapi .. kerana yakin .. kegagalan itu lebih manis .... setelah kita memperolehi kejayaan nanti ...

Amin ...

Bicara Hati : Sebak tengok ustaz ridhuan tee abdullah buat persembahan malam td.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...