Berapa banyak entry penghargaan nak buat .. walaupun tajuknya kadang² berbeza² isinya lebih kurang sama, biarlah lagi banyak saya luahkan.. lagi saya nak amir tahu.. bila dia baca blog ni .. ibu sangat² menghargai kehairannya dalam hidup ibu. Ibu bersyukur sangat²...
Hari ini amir saya paksa bercuti, dengan erti kata lain ibu cutikan dia... sebab amir tak sihat (kemaluan dia sakit nak kencing .. nani ada kesempatan saya up entry ni) ... saya tak pasti kenapa.. tapi sejak hari ahad amir ngadu sakit dan susah nak kencing.. alahai.. jadi hai ni saya tak bagi dia pergi tadika.. suruh berehat kat rumah embah.. embah jagakan.. harap sangat tak melarat.
Saya tak tahu orang lain ... tapi cara saya hargai anak² seusia amir ni mudah sahaja ... saya suka kalau apa yang saya suruh dia buat atau pun kalau amir buat sesuatu dan berjaya siapkan sesuatu .... saya mesti nak bagi penghargaan .. walaupun cuma cium kat pipi hihihihihi ....
Baru² ni cuti hujung minggu banyak sangat² cikgu bagi kerja sekolah ... boleh dikatakan ada 2 buku dan 3 helai kerja .. semua pun kena siapkan ... mujurlah hubby sabtu kerja, jadi mudahlah saya kemas rumah dan lepas tu terus tumpu mengajar amir ... biasalah kalau tak ibu kat sebelah mulahlah diakan.. kalau mewarna semua sama warna .. kalau menulis suka nak cepat siap.. sudahnya macam² bentuk ada.
Pagi tu dah sarapan isi telur mata letak mayonis, petang pulak amir nak roti letak telur hancur berkicap.. saya layankan jer.. kira macam upahlah dah berjaya siapkan semua kerja sekolahkan... sebenarnya saya lagi suka amir yang mintak dia nak makan apa.. tenghari pulak nasi dengan telur hancur kicap... menu sokmo ada telur huhuhuhuhu .... yang penting amir kata sedapnya ibu.. sedapnya.....
Sebenarnya amir dah lama mintak ajak pergi fun fair jumaat malam sabtu baru ni kunun nak pergilah.. sekali fun fair tak bukak tutup huhuhuhu .. cian dia.. mujurlah sabtunya petang hubby ajak pergi giant main moor ni dia nak .... sebelum maghrib layankan dia dulu .... kira macam ganjaran lah jugak dia dah siapkan kerja .. kami bawaklah jalan² makan².. tak dapat main fun fair ini pun okeyy...
Bicara Hati : Dalam usia 6 tahun ni .. kalau boleh nak ajar amir riadah yang ada aktiviti sikit nak kurangkan ke kawasan mall .. tapi jerebu lah pulak sekarang ni .. nak tak nak ... aktiviti kat luar rumah kena kurangkan... jadi ke mall jugaklah.