♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 5 Jun 2012

Sape nak hadiahhhh cepat²..... Saya nak belanje kawan².....

  

Ade 3 hadiah saguhati yang saya tambah .....
jomlah join yer.... Teka masya dan keluarga dimana.
 
 
Bicara Hati : Sempat lagi melukis.. nampakk nooooo isu hangat kat meeting malas nak amik pusing kikikikiki... (^___^)v
 
 
 
 
 

Makan free sape tak nak kan.. kan...

  

Hari yang akan membosankan kerana seharian kene masuk mesyuarat... huhuhuhu...
dengar jer lah ape yang nak dibebelkan.. redhoo jer lahhh kalau ade tegurann.. tapi AWAS.. kalau ade yang cube menegakkan benang yang basah akan di tembakkkkkkkk hahahahaha......

Tapi suke mesyuarat ade makan² free yeahh.. tak payah lah nak keluar² cari makanan atau nak kirim² membungkus hihihihi... (^___^)v... masa makan ni lah ade yang akan tegur.. amboi kamu nampak jer diam yer.. sekali tembak ambikk ko masuk menusuk hati terus huhuhu.. silap² terngiang² seminggu kat telinga tak hilang kikikiki... ;p
 
Nampaknya hari ini tak berkesempatan lah BW rumah kawan² sangat..... insyaallah kalau sempat rehat saya datanglah nanti hihihihihi....... pada kawan² yang tak join teka saya dimana tu joinlah yer.. masih ade masa lagi esok baru tamat.... insyaallahhh hadiah akan di tambah lagi sebagai saguhati, kerana penyertaan yang memberangsangkan.... hadiah biaser² jer.... cabutan pulak akan dibuat oleh my hero secara telus sape lagi kalau bukan amir (^____^)v
 
 

Jumaat, 1 Jun 2012

Kisahku ...

  
 
Kisah ku yang sangat panjang pada tarikh ini 7 tahun yang lalu, sila klik X kalau boring nak baca.. maklumlah panjangkan.....

Pagi yang mendamaikan.. bangun seawal pagi diluar daripada hari kebiasaan... seawal pukul 6.30 pagi sudah menunggu bas... yups.. mujurlah bas tak lama lalu terus naikk....

Perjalanan diteruskan sampai stesen bas, naik bas lagi.. untuk menuju kedestinasi yang sepatutnya.... haiihh demi sesuatu kerja ku gagahkan diri ini... 2 bas kene naik turun... ingatkan nak naik moto jer.. abah pulak tak bagi huhuhuhu....

Turun bas yang kedua.. ku gagahkan diri memanjat tangga pula (panjat ker?? naik... ke.. daki...) gagal bm betul nak menulis hihihihihi..... (^___^)v sambil berjalan berselisih dengan orang² yang tak kukenali.. hanya senyuman yang kuberi....

Akhirnya aku sampai juga ke tempat yang kutuju... bertemu dengan seorang pegawai perempuan, melihatkan gaya yang berumur ku andaikan seusia² mak cik² ku dikampung.... ramai menyapanya... ada juga yang memanggilnya kakak... alamak!!! kakak??? errkkkkk.... ok.. terima hakikat.. itulah dunia baru yang kulalui....
 
Jenuh jugak aku mendengarkan syarahannya pagi tu, amaran² biasa bagi orang² yang baru melaporkan diri seperti diriku hihihihi.... paling tak dapat ku lupakan bile surat tawaranku kuhulurkan dengan senyuman sinis dilemparkan pada ku.. kenapa mereka ni hantar kamu yer.. kami perlukan jawatan lain.. errrkkkkk aku terkedu?? kepala mula ting tong.... ape yang diperkatakan jua dah tak boleh nak kudengari sangat.. hanya tersenyum.. dah sudahh.. nak hantar aku pg mane pulak ni.... pegawai perempuan tu sambung lagi... takde peruntukkan ni nak bayar gaji kamu.. alamak!!!!! hati aku yang sangat² seronok dan happy bertukar menjadi gundah gulana kala itu.....  (dalam hati habis aku kene balik ke?????)

Ting tong sane.. ting tong sini... tepon sane.. tepon sini... 
 
Akhirnya... owhh patutlah awak dihantar kesini.... rupanya aku kene mengantikan pegawai yang akan bertukar ke johor.. aiyakkk takkan pegawai perempuan tu tak tahu.. mane nak tahu.. kebetulan pegawai yang kene bertukar tu cuti bersalin daa...... korang bayangkan aku kene mengantikan tugas dan mengambilalih kerja yang dah 2 bulan ditinggalkan.... seriussss..... aku terus demam sepanjang sebulan mula kerja korang tau.... tapi aku gagahkan diri juga datang kerja.... dengan selsema... badan kejap panas.. seram sejuk huhuhu..... aku banyak belajar semua² yang baru.. tak pernah buat sebelum ni.. fail meja menjadi rujukkan... dokumen² lama menjadi rujukkan... nak menggis woooooooooooooo bile ingat²kan semua tu.. dah macam takmooo kerja dahh....

Aku rasa bersyukur akhirnya kini aku mampu melakukan kesemua² kerja yang diamanahkan.... penat lelahku dihargai... tahun pertama bekerja akhir tahun kene balik malam semata² untuk menyiapkan kerja² dipejabat, maklumlah masa u baru terkial² nak belajarkan buatkerjakan... kalau orang lain dapat bercuti sakan ... habiskan cuti² yang ada.. tapi aku kene duduk opis siapkan kerja.... mendapat bos² yang sangat baikhati dan memahami..... tunang juga amat memahami (masa tu masih lagi bertunang sekarang dah jadi suami hihihihi.....) dia lah yang amik kalau balik malam.. mane ade bas nak balik ke rumah huhuhuhu....

Dan sekarang masih lagi di pejabat yang sama cuma di bangunan yang berlainan.... ramai kawan² dah mula beralih arah.. aku masih lagi di sini.. pegawai yang memberi syarahan padaku dulu pun dah takde... tapi aku masih di sini.. seperti mahu berpindah.. mahu merasakan dunia baru.. persekitaran baru.. tapi memikirkan disini mungkin yang terbaik buatku.... aku pendamkan sahaja.... bile rasa bosan bukak jerlah blog ni kan.. kan... terapi minda.. baca kisah kawan².... akan membuatkan aku tesenyum.. kerana di sini tiada sekatan internet setakat nak bukak fb atau blog, tapi you tube tak bolehlah.... janji gunakan dengan sebaiknya....

Alhamdulillah 7 tahun berlalu ini kali kedua saya dapat APC, 
jauh disudut hati sentiasa bersyukur terpilih.. walaupun rasanya ramai lagi yang lebih layak.... berbanding saya
krateria yang dipilih pun saya sendiri tak tahu.. sebab saya pun bukan jenis kaki bodek, jauh sekali nak mengampu.. datang kerja siapkan kerja, duduk tempat buat hal sendiri.... habis kerja balik hihihihihi.... saya bukannya rapat dengan bos atas saya pun... kami memang tak pernah sefahaman dari dulu tp dengan big² bos lain saya tak pernah ade masalah.... dari mula kerja sampailah sekarang.... semua pun mudah bekerjasama dan saling hormat menghormati.. (^___^)v. 


Terima kasih kerana tekun membaca kisah ku... kisahku yang biaser².. aku tak hebat dalam menulis huhuhuhu... banyak yang perlu diperbaiki.... eh² tibe² entry ni guna gelaran 'aku' pulak.. selalu saya hihihihihi...

Bicara Hati : APC memang sentiasa menjadi isu tahunan yg paling hangat ditempatku... sebagai insan yang kali kedua dapat mestilah aku terasa tempiasnya kan, hakikatnya aku sentiasa ikhlas didalam melakukan kerja. jauh sekali mengharapkan balasan... ini rezeki buat amir sebenarnya dan motivasi buat diri sendiri juga untuk melakukan kerja lebih baik....






Bulan Jun datang lagi

  


Cepatnya masa berlalu sekarang hari ini dah jumaat eskk cuti yeahhhhhh, hari ni dah 01 jun, bulan baru.... dah masuk 11 Rejab pun lagi 2 bulan nak puasa.... kirenya dah hampir setengah tahun berlalu ditahun 2012 ini kan....

Masa memang terlalu cemburu dengan kite kan.. ape yang dah kite buat sepanjang setengah tahun berlalu ni.. masih sama ker?? atau dah mule berubah ke satu arah kebaikkan atau sebaliknya.... tepuk dad tanya selera.... tepuk perut ade rasa macam kembung x?? jom sarapan hihihihihi.... jemput minum cocoa collagen (^___^)v

Banyak memori pada diri saya pada bulan jun ni.... dari saya habis belajar, mule bekerja, saya bertunang, saya kawin, saya menjadi seorang ibu dan hubby menjadi ayah dan banyak lagi... sebab tu pada saya bulan jun sangat istimewa dihati saya.. itu bukan bermaksud bulan lain tak istimewa.. bulan lain pun istimewa cuma banyak sangat memori bulan jun ni.... suke²... (^_____^)v janganlah pulak ade berlaku perkara² tak elok bulan 6 ni kan huhuhuhu.. setakat ni indah² semuanya....

 Merenung sesuatu dimasa depan.. mendoakan yang terbaik buat diri dan keluarga, 
moga kehidupan kami sentiasa diberkati.... (^___^)


Bicara Hati : 7 tahun berlalu... segalanya menjadi kenangan pada tarikh ini.. bile diingat² kembali pasti mencuit hati.. dan akan tersenyum tanpa disedari....



Khamis, 31 Mei 2012

Tip mengawal kewangan rumah tangga

    

Bile dah tengah bulan sebelum akhir bulan selalu belanja mesti tak cukupkan...... sebab suke sangat masa gaji tu beli keperluan yang tak penting.. kadang² tak pandai merancang pun iyer jugak huhuhuhu... itu saya lah tu.... ;p

Jom baca saya nak kongsikan tips sikit.. sikit jerlah.. ni pun dari membaca majalah Harmoni


1. Perancangan Bulanan

Manfaatkan wang yang kite ade tak kirelah gaji sendiri atau pun yang suami berikan, rancang perbelanjaan terutamanya melibatkan pembelian barang dapur, belanja sekolah anak dan sebagainya. Ini penting supaya perbelanjaan tak tersasar dari tujuan yang sebenarnya...

2. Antara keperluan, kehendak dan keinginan

3 perkataan tapi maksud yang berbeza....
Keperluan adalah perkara yang perlu kite utamakan, contohnya pakaian ia memang satu keperluan.. tapi ade masanya boleh jadi kehendak bile kite beli pakaian setiap bulan dan akan menjadi keinginan jika kita membeli pakaian berjenama terkenal hihihihihi......

Sebab itulah kita harus bijak menentukan apa yang menjadi keperluan kita dan keluarga untuk keperluan hidup....

3. Amalkan peraturan 10%
Bile kite dapat duit daripada suami kite bukan tak boleh menyimpan.. kite masih boleh menyimpan.. tapi mestilah bijakkan.. kan.. dan jangan nafikan hak kite sebagai isteri walaupun kite hanya bertugas dirumah. Pastikan kite peruntukkan 10% daripada wang perbelanjaan yang diberi suami merangkumi wang untuk tujuan simpanan. Contohnya jika suami bagi rm 1,500.00 untuk wang belanja pastikan rm 150.00 dimasukkan ke akaun simpanan sendiri.....


4. Masak sendiri dan sistem bekalan

Berbanding makan diluar masak rasanya lebih menjimakan terutama bagi yang ahli keluarga ramai. Air tangan ibu atau isteri akan lebih mengikat kasih sayang dan terjamin kebersihannya.....
Bawa bekalan sendiri kepejabat, janganlah malu.. ajar dan didik anak² juga begitu bile nak pergi sekolah... mesti perbelanjaan lagi jimat kan... ( yang ni lemah sikit kalau nak mask awal pagi.. tapi kene buat jugak tahun depan huhuhu.. bile anak dah mule sekolah)


5. Jimatkan penggunaan air dan elektrik

Jangan biarkan kipas, lampu, acon, komputer dan sebagainya terpasang bila kite tak menggunakan. Latih diri dan anak² supaya menggunakan air dan elektrik secara bijak dan berhemah. Matikan suis kalau tak digunakan dan gunakan lah air berpada² bagi menggelakkan pembaziran.


6. Elak bawa anak² ketika membeli belah.

Anak² mudah terpengaruh dengan mainan kalau pergi pusat membeli belah, jadi elakkan bawa anak² ke pusat membeli belah atau sewaktu membeli keperluan dapur kecuali kalau memang ade bajet untuk mereka hihihihi....  Seelok²nya, senaraikan dulu barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah supaya kita boleh berbelanja dengan bijak....


Sumber : Majalah Harmoni


Sama cantikkan mak dan anak.... (^__^)v
Edisi khas hari ibu...



Keterujaan seorang anak buah

  

Kisah dah lama berlaku .... masa sambutan hari guru baru² ni.... kebetulan tahun ni takde rezeki ayah nak dapat hamper berganda² macam tahun lepas.... tahun ni pun ayah tak dapat hadiah berkotak² sebab dah takde pegang mane² kelas.... 

Tapi... kalau dah nama rezeki anak, ayah tak dapat bibik pulak dapat (bibik gelaran mak cik dalam bahasa jawa). tahun ni adik saya dapat hampe pulak... suke lah amir, lagi² bile mak saya tepon bagi tau... dapat hamper.. nanti tunggu amir datang barulah bukak.... (mentang²lah cucu baru sorang... tunggu amir datang baru bukak hihihihihi..... ) memang teruja sangatlah.. kalau boleh lepas letak tepon tu terus nak balik kampung.. jenuh jugaklah pujuk bagi tau.. hujung minggu baru lah balik kampung huhuhuhuhuhu...

 Gambar memang sengaja dikaburkan hihihihihihi......
banyak juga makanan dalam hamper ni.. suke betul amir.....

keterujaan amir terserlah mulut.. tak berhenti² bercakap..... asyik bertanya jer... sampaikan saya pun dah lupe ape yang amir bebelkan masa ni....




Rabu, 30 Mei 2012

WW - Chicken chop rm 5.00

  
 
Jarang ade entry WW kan hihihihihi...

Menu kegemaran amir bile order makan kat kedai depan taman perumahan kami....
disebalik ayam banyak kentang goreng yang tersorok...
layan... (^__^)v


Komen pilihan terima kasih semua ....

  
 
Jarang sekali saya nak buat review kehadiran follower saya.. apepun saya ucapkan terima kasih kerana sudi jadi follower dan sudi² singgah baca kisah hati saya disini.. terima kasih semua.....
 
Kalau orang dah beribu² saya masih ratus² pun dah rasa bersyukur.. sebab saya pun jarang follower orang, apepun terima kasih sudi jadi follower saya... (^____^)v

nombor yang cantik 222


Terima kasih sudi datang sini.. saya dah lama follow blog awak hihihihihihi.... cuma jarang komen jer... 
doakan saya yang baik² yer.. terima kasih...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...