♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 31 Mei 2012

Home » , » Tip mengawal kewangan rumah tangga

Tip mengawal kewangan rumah tangga

    

Bile dah tengah bulan sebelum akhir bulan selalu belanja mesti tak cukupkan...... sebab suke sangat masa gaji tu beli keperluan yang tak penting.. kadang² tak pandai merancang pun iyer jugak huhuhuhu... itu saya lah tu.... ;p

Jom baca saya nak kongsikan tips sikit.. sikit jerlah.. ni pun dari membaca majalah Harmoni


1. Perancangan Bulanan

Manfaatkan wang yang kite ade tak kirelah gaji sendiri atau pun yang suami berikan, rancang perbelanjaan terutamanya melibatkan pembelian barang dapur, belanja sekolah anak dan sebagainya. Ini penting supaya perbelanjaan tak tersasar dari tujuan yang sebenarnya...

2. Antara keperluan, kehendak dan keinginan

3 perkataan tapi maksud yang berbeza....
Keperluan adalah perkara yang perlu kite utamakan, contohnya pakaian ia memang satu keperluan.. tapi ade masanya boleh jadi kehendak bile kite beli pakaian setiap bulan dan akan menjadi keinginan jika kita membeli pakaian berjenama terkenal hihihihihi......

Sebab itulah kita harus bijak menentukan apa yang menjadi keperluan kita dan keluarga untuk keperluan hidup....

3. Amalkan peraturan 10%
Bile kite dapat duit daripada suami kite bukan tak boleh menyimpan.. kite masih boleh menyimpan.. tapi mestilah bijakkan.. kan.. dan jangan nafikan hak kite sebagai isteri walaupun kite hanya bertugas dirumah. Pastikan kite peruntukkan 10% daripada wang perbelanjaan yang diberi suami merangkumi wang untuk tujuan simpanan. Contohnya jika suami bagi rm 1,500.00 untuk wang belanja pastikan rm 150.00 dimasukkan ke akaun simpanan sendiri.....


4. Masak sendiri dan sistem bekalan

Berbanding makan diluar masak rasanya lebih menjimakan terutama bagi yang ahli keluarga ramai. Air tangan ibu atau isteri akan lebih mengikat kasih sayang dan terjamin kebersihannya.....
Bawa bekalan sendiri kepejabat, janganlah malu.. ajar dan didik anak² juga begitu bile nak pergi sekolah... mesti perbelanjaan lagi jimat kan... ( yang ni lemah sikit kalau nak mask awal pagi.. tapi kene buat jugak tahun depan huhuhu.. bile anak dah mule sekolah)


5. Jimatkan penggunaan air dan elektrik

Jangan biarkan kipas, lampu, acon, komputer dan sebagainya terpasang bila kite tak menggunakan. Latih diri dan anak² supaya menggunakan air dan elektrik secara bijak dan berhemah. Matikan suis kalau tak digunakan dan gunakan lah air berpada² bagi menggelakkan pembaziran.


6. Elak bawa anak² ketika membeli belah.

Anak² mudah terpengaruh dengan mainan kalau pergi pusat membeli belah, jadi elakkan bawa anak² ke pusat membeli belah atau sewaktu membeli keperluan dapur kecuali kalau memang ade bajet untuk mereka hihihihi....  Seelok²nya, senaraikan dulu barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah supaya kita boleh berbelanja dengan bijak....


Sumber : Majalah Harmoni


Sama cantikkan mak dan anak.... (^__^)v
Edisi khas hari ibu...



12 ulasan:

Mrs Lurve berkata...

masalah kewangan nie kalo xpandai handle boleh porak peranda umah tangga..tq sharing info nie

Tihara berkata...

yang no 2 tu kena ingat selalu..tp kalo bab makan malas lah nk jimat2 sangat..kalo nk mkn pape beli jer..nanti kempunan..hihi :D

Yana Libra berkata...

tips berguna~ :)

Mamamya berkata...

info yg baik... :) tp jarang x bawa anak2 klu pi shopping...

Ummi Iman berkata...

Tips yang menarik. Saya memang buat simpanan untuk digunakan bila terdesak. Sebenarnya boleh je nak simpankan? Tak banyak sikit. Sikit2 lama2 jd bukit. Tp susah juga kalau duit bukan d tangan kita ;)

ieedaz @ mama_isha berkata...

good info ni! thanks for sharing.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

Thanks berkongsi info, tp itulah ikutkan selalu jerk dgr n baca info2 ttg pengurusan kewangan tp still jgk gagal nak manage dgn sebaiknye..hehe

maybe sbb kami selalu sgt mkn luar kot..:P

KhaiRin : anies berkata...

one more...suami isteri / ibu bapa: jgn suka berhutang / beri hutang..

anisalya berkata...

jgn bawak anak ke shopping mall? aisey... tak sampai hati la nak tinggalkan.

saffiya_aleesya @ echa berkata...

nak try laa yang peraturan 10% tu tapi boleh ke sbb saya ni mmg laa boros berbelanja huhuhu

9n0L4 berkata...

nice tips. simpan 10% tu sangat² mujarab. ;)

IntaNBerliaN berkata...

thanks kongsi... stakat ni alhamdulillah alisha bkn jenis nak beli2 mainan tp biasa kalu shopping, dia nk beli air solivite n biskut je... kalu mainan tu, ibu dia yg nak beli... hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...