♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 14 Januari 2013

Merlin

  


Dunia fantasi , dogengan , ahli sihir .... lebih kurang macam tu lah .... tak tahu lah bermula bila terjebak .. tapi memang pernah menonton disaat awal musim yang dulu ² kat tv3... 

Mula² layankan sorang jer ... lepas tu hubby pun okk jer .. dia pun sama melayankan juga, tapi bila amir ada .. agak menyukarkan sebab amir ni kategori penakut macam saya juga .. tapi saya okk sikit.. tapi amir memang tak boleh tengok langsung cerita macam ni.. sudahnya tak dapat nak melayan kan sangat cerita ni ... 

Musim kali ni memang tak tengok langsung, rasanya sempat tengok satu episod jer .. tu pun tak sampai habis ... ke.. sebab dapat tengok amir dah tidur masa tu hihihihihi .....

Tahu² dah nak habis dah cerita ni musim ni ... ni kalau sempat layanlah malam ni ... kalau tak sempat baca blog kawan² yang review jer lah...

Bicara Hati : Merlin ni ada lagi satu versi kat tv2 tajuknya Camelot kalau tak silap pernah tengok tapi masa tu dah lewat malam sangat tak dapat nak tengok sampai habis.

Alien

  


Tajuk tak menahan di tengahari isnin yer, tak tahulah mahu tergelak atau apa .. tapi itulah yang terjadi.. tak kala minggu lepas amir bawak balik kerja mewarna daripada sekolah ....


 Manelah ibu tak kata alien kalau dah muka orang amir warnakan biru ... bila ibu tanya kenapa amir warnakan biru .. nenek ni sakit .. kan kat gambar ni dia duduk kat kerusi gegegegege .....
Iyerlah tu... yang lagi satu amir warnakan hijau.. sekali pakej dengan warna baju huhuhuhuhu ....



Okkk.. suruh amir cepat² siapkan mewarna nanti lepas ibu masak boleh makan malam cepat .... dengan jujur seikhlas hati .. amir menjawab tanpa paling ok.. ibu.. baik ibu.. memang sejuk hati mendengarnya....

Tapii ..... tak lama lepas tu ibu datang balik tengok ...


Tangan pegang pesil warna, mata tengok kartun huhuhuhuu .. sabooo jerlah.. bile masanya nak siap mewarna kalau macam ni....



Hujung minggu baru ni pun banyak kerja sekolah cikgu bagi... macam gayalah dia buat kerja kat ruang tamu tu.. kejap kuak lentang, kepala baring kat tangan.. dagu atas kertas macam² riaksi lagi ...

Nampak gayanya kenelah siapkan bilik amir juga khas untuk belajar .. bagi semangat sikit kat dia untuk belajar .... kalau tak macam kat gambar atas ni lah.. mata asyik mengadap tv, padahal ayah dah belikan meja khas unuk belajar .. tapi dia tak mahu ....



Bicara Hati : Isnin yang sibuk .. sibuk ... sibukkk .....  





Sabtu, 12 Januari 2013

Jamu Selera - Satay di Pekan Tanjong Karang

  


Memenuhi jemputan kenduri dihujung minggu, jemputan jauh nunn di sabak bernam .... masa inilah nak berjumpa sanak saudara abah kata sebab kenduri ni kenduri saudara sebelah abah (jangan ditanya apa statusnya agak rumit untuk kujelaskan) dengan erti kata lain sepupu berpupu² sebelah abah... rantaiannya panjang .. pening kang sendiri pun tak paham masa abah terangkan hahahahaha.....

Okk .. dah jemputan jauh , awal² abah dah bagi tahu haruslah keluar rumah awal. Mak awal² dah bagi tahu nak sarapan kan tanjong karang .. kemain mak .. selera sarapan jauh tu... mak kata sesekali.. dah lama tak serapan sana .. kalau ada kenduri menghala ke sana jer baru merasa.. atau bila nak balik kampung jer lah baru merasa.. tu pun hujung minggu jer...


 Satay kerang 


 Satay Paru 


Satay Ayam


Banyak juga menu pilihan soto, pecal (itu lah yang mak gemarkan sangat), mee jawa dan beberapa selera kampung dan jawa hihihihihihi .....

Pasar tanjung karang ni buka petang sebenarnya setiap hari ahad, tapi kalau gerai nak makan ni dah mula buka daripada pagi ... lokasinya betul² kat pekan tangjung karang tu.. kalau daripada klang kenalah masuk kanan lepas traffic light tu ... ok.. sampai simpang 3 masuk sebelah kiri .. gerai ni nampak daripada tepi jalan .. berdepan dengan Pasaraya Karnival kalau tak silap. Lupa pulak nak amik gambar gerai² tu.. Kalau petang sibuklah sikit sebab dah ada pasar malam kat situ kalau tak silap mula pukul 3 petang.

Rasanya orang yang duduk area sana tahu kot kan... menu² ka atas ni bukanlah kami order semua... kebiasaanya tuan kedai letakkan atas meja dalam 10/15 cucuk siap² dalam pinggan senang kalau pelangan nak makankan... dia hanya amik kira berapa yang kita makan jer masa bayar nanti ... Satay tu memang bakar kat situ ...


Bicara Hati : Baru belajar² makan paru ni.. kesian kan... dulu abah memang tak bagi makan bende dalaman ni jangan kata paru, hati ayam pun abah tak bagi ... 




Jumaat, 11 Januari 2013

Selamat Hari Lahir Tok Ti

  



Selamat Hari lahir buat Dato' Siti Nurhaliza yang ke -34 tahun semoga dipanjangkan umur, bahagia bersama keluarga tersayang dan sentiasa dimurahkan rezeki .... suke sangat tengok muka siti pakai tudung litup macam ni manis jer... ayu siti pakai tudung macam ni...

Kalau melihatkan persekitaran pemandangan kawasan ambil gambar ni macam kat hospital, mungkin siti masih lagi kat hospital menjaga suaminya yang tak sihat....

Gambar² lain bolehlah tengok kat Fb akak ipar Siti, Rozi Abdul Razak , saya mohon izin kongsikan gambar ni kat sini ... walaupun tahu siti tak baca dan tak pernah tengok pun blog saya ni hihihihihi .....

InsyaAllah ... 23 Januari ni kita pulak sambut hari lahir kan.. opsss.. terbagi tahu pulak.. tapi bukanlah yang ke 34 ... ;p tapi dah menuju angka 3 jugak (^_____^)v



Bicara Hati : warna warni betul kek dato siti ... moga siti juga ceria sentiasa






Kasih Ibu Membawa Kesyurga

  




Tiada kata yang mampu dilafazkan, cuma saya ingin kongsikan kata² di Radio Ikim pagi tadi sewaktu perjalanan ke pejabat....

Sambil ditemani amir yang masih menyambung tidur didalam kereta.. kata² Dj di radio membuatkan saya terfikir sejenak ....

" Kanak² dan Anak² mestilah disayangi dan dihargai kerana mereka adalah memori masa silam kita .... Orang tua pula mestilah disayangi dan dihormati kerana mereka adalah masa hadapan kita "

Lebih kurang macam tu lah ayatnya.. saya tak sempat nak salin.. masih terngiang² lagi.. kalau ada silap ayat tu sikit betulkan yer.. bagi kawan² yang mendengar juga ..... maksud ayat tu sangat tersiratkan... bila kita renungkan kembali ...





Bicara Hati : Salam jumaat semua... (^___^)v



Khamis, 10 Januari 2013

Udang Goreng Nestum


Tak kala kepala buntu dipetang hari... publishlah gambar udang mohon idea dan jasa baik kawan².. kunun² semangat nak memasak.. hihihihihi..... tapi dah tepu ....

Okkkk .. mohon idea masa tu.. tapi tak masak masa tu pun.. sebab hubby dah belikan makanan.. so makan jerlah apa yang ada tu....

Dan.. semalam barulah sempat mencuba satu resepi baru ni.. udang goreng tepung nestum, sedapp juga.. oleh kerana baru pertama kali cuba dan sibuk sangat tak sempat google resepi sudahnya.. kita belasah jer masa masak kat rumah... dah nestum tu pun berterabur.... hasilnya seperti digambar tak nampak bayang nestum.. dan itu jerlah gambar sempat ambil.. amir hadap 6 ekor dia seorang jer... 


Masak koboi jer... pantas, cepat lagi sedappp (amir kata) ibu tak kata hahahahaa..

Udang goreng nestum versi masya :

Udang
tepung beras
nestum
air
kunyit sikit
garam

gaulkan semuanya sebati.. panaskan minyak goreng.

*** patut celupkan teur barulah tak berterabur nestum tu.. takpa .. ada lagi.. boleh cuba...


Bicara Hati : Penat macam mana pun, bila dah masak.. habis dimakan semua oleh kami .. satu kepuasan rasanya...
.

Promosi Tiket Air Asia Percuma untuk 10,000 orang

  


www.airasia.com





SEPANG, 7 Jan – Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

Berita Bertarikh Pada 7 January 2013 8:31 PM



Teringin sangat nak naik kapal terbang, tak pernah pun pergi bercuti naik kapal terbang.... hubby bila nak bawak ni.. pergi sarawak ker?? pg sabah ker???.. hubby kan dulu belajar kat sarawak... jomlah jalan² sana nak??? sambil kenyit² mata.. (^____^)v



Bicara Hati : Kesiankan... orang lain tak heran pun.. dah banyak kali naik huhuhuhuhuhu.......





Suka Komen Di Blog

  


Kalau ada yang perasan dan suka komen diblog saya, mesti perasan yang saya tak publish komen kawan² bermula 1 januari 2013, motiff dan sebab musababnya saya nak cari pengomen tegar diblog saya sepanjang tahun 2012.


Alhamdulillahh akhirnya.. saya berjaya juga cari akhirnya ... blog saya pun jarang berupdate, ikut mood tuan tanah kedaung ni lah.. kalau rajin tak banyak kerja banyaklah entry.. tapi kalau sibuk memang satu entry jer hihihihihihi.... tu pun kadang² tak berupdate pun...


Oklah jom tengok sapa yang suka komen tu... ting.. ting.. ting... nama 5 blogger yang bertuah itu ialah.... sila buka mata besar² ok.. laporkan diri cepat.. hihihihihi.....



5 blogger yang suka komen dan bertuah



Harap mereka semua berbesar hati untuk menerima hadiah tak seberapa daripada saya.... hadiahnya biarlah menjadi rahsia sehinggalah... abang posmen hantar kerumah kawan² yer... 


Harap semua cepat².. melaporkan diri dengan memberi alamat pada email saya nowzyana@yahoo.com
Pada yang tak bertuah jangan sedih² insyaallah.. ada rezeki kalian di lain hari... Apapun saya ucapkan terima kasih sangat² sebab sudi datang ke blog saya dan sudi bagi komen serta pandangan yang bernas buat saya.. sayang semua.....



Bicara Hati : insyaallah.. ada suprise buat kawan² dipenghujung januari nanti (^___^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...