♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 10 Januari 2013

Home » , , , , » Promosi Tiket Air Asia Percuma untuk 10,000 orang

Promosi Tiket Air Asia Percuma untuk 10,000 orang

  


www.airasia.com





SEPANG, 7 Jan – Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

Berita Bertarikh Pada 7 January 2013 8:31 PM



Teringin sangat nak naik kapal terbang, tak pernah pun pergi bercuti naik kapal terbang.... hubby bila nak bawak ni.. pergi sarawak ker?? pg sabah ker???.. hubby kan dulu belajar kat sarawak... jomlah jalan² sana nak??? sambil kenyit² mata.. (^____^)v



Bicara Hati : Kesiankan... orang lain tak heran pun.. dah banyak kali naik huhuhuhuhuhu.......





8 ulasan:

Ujie berkata...

ni semalamlah masya. dah tutup.

saya smlm lps subuh try nasib, tapi yg murah sume licin. sabah sarawak sume saya try.
Ada dpt rm30 je pergi/balik ke kuching utk berdua, tapi kena fly tgh malam la pulak. takmo..

kalau sng dpt cuti, masya beli tiket beberapa bln awal. boleh dpt murah.

Saya Disini berkata...

BESTNYE

PUANSTOBERI berkata...

salu AA buat tmbg free kan.. cuba la sekali skala tu. gi sabah pun oke. sawak pun oke.. akak jugak yg sedih kena burnt tiket..sobsss :(

Masya berkata...

ujie: lah iyer ker.. semalam jer eh... mmg xde rezeki lah nampaknya...

lia berkata...

kena rehat beli tiket2 flight ni... kena tunggu anak dara umur 1t setengah baru aktif semula he3

Kesuma Angsana berkata...

dah abis dah

Tihara berkata...

bestnya tiket free..akak pun tak pernah lagi merasa naik flite. :)

Nisah Idham berkata...

tiket free..
heheh baru tahu.. tapi nape xde ke Langkawi ni ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...