♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 7 Mei 2013
Hadiah daripada Nora
Isnin, 6 Mei 2013
Melatih Anak Menjadi GENIUS
Muka depan buku Melatih anak menjadi genius.
Disisipkan juga kandungan dan sedikit info dibelakang buku ini.....
Terima kasih sangat² pada nora sebab menganjurkan GA ni, kali pertama saya baca blog nora.. kalau tak silap entry mengenai pantang larang semasa kehamilan, dari situ terus jatuh cinta cara dia menulis... dari situ terus follow.. walaupun nora tak publish entry setiap hari.. tapi sesekali nora publish entry mesti menarik hati dan membacanya. Sebab info² dalam tu berkaitan sekeliling, kehidupan .. anak²... info² dan tips² yang bagus, walaupun kita juh kan nora.. tapi kemesraan awak kat blog boleh dikatakan dekat dihati saya... dan komen² awak pun banyak membina... (^____^)v
Bila berkesempatan saya akan kongsikan apa kandungan buku ni kat blog yer... baru baca sikit... sesuai sangatlah dapatnya waktu dah takda buku novel nak dibaca.. jadi bacalah buku ni... sambil² melayankan amir buat kerja sekolah.
Bicara Hati : Nak pergi pameran buku jauh sangat, bestnya baca entry kawan² yang memborong sakan beli buku kat PWTC.
Jumaat, 3 Mei 2013
Doa Ibu - Mulianya Hati Ibu
Belajar menghargai apa yang aku miliki, belajar menyangi dirinya seperti mana dirinya cuba memahami diri ini walaupun usianya baru 5 tahun.
Sangat bijak, sangat penyayang, sangat sensetif dan sangat manja.... dalam usaha mendidik menjadi seorang yang bertanggujawab dan berdisiplin. Apa jua pendedahan disekeliling begitu mudah diikuti, sebagai seorang yang melahirkannya tentulah aku mahukan yang terbaik buat dirinya... walaupun kesempurnaan itu terlalu subjektif dan kami hanya insan biasa.
Doa ibu agar anak ibu .... memahami ibu juga, adakalanya kata² yang keluar tanpa sedar dimulut ini adalah satu doa, jadinya ... memang kata² dimulut ini sehabis mungkin cuba ku tapisi ... apatah lagi .. pendedahan disekolah lebih meluas.. lebih mudah memerhati ... di luar kawalan ibu ...
Moga anak ibu menjadi anak yang soleh, belajar bersungguh².... diterangi hati dalam menuntut ilmu... ilmu dunia dan akhirat insyaallah....
Bicara Hati : Jumaat yang menyamankan....
Aktiviti Riadah - Sukaneka Tadika Al-Hufaz
Beratur untuk perarakan masuk kedewan utama perbarisan, dimulakan dengan lagu rabbani intifadah .. alahai.. tetiba sebak.. islamik kan.. sekolah amir ni...
Gambar dengan kawan² sementara tunggu giliran nak sukan, budak² ni suka sangat amik gambar.. tu yang belakang sampaikan gegar gambar dibuatnya...
Masing² nak interframe dibuatnya... sudahnya muka blurr....
Antara sukan yang amir join, yang lain tak sempat amik gambar.. banyak rakam jer... tapi memang seronoklah tengok mereka sukan...
Amir rumah biru .... bukan main ramai makwe lagi dalam kumpulan biru tu....
Gambar gegar muka tak reti diam amir ni asyik dok bergerak² jer...
ibu tak sempat nak mekap pagi tu... muka pucat huhuhuhu .....
Bergambar dengan kawan² rumah sukan yang lain.......
Saya Juara Gelak jer cikgu hahahahaha...
Amir².. masa aktiviti tu banyak kali jugak dia dapat no. 1 atau 2.. markah keseluruhan di ambil kira termasuk kumpulan tahfiz dan budak² 4 tahun dan 6 tahun kan... aktiviti berkumpulan keseluruhan dapat nombor tiga hahahaha.. (sekolah amir ni ada sekolah tahfiz jugak untuk darjah satu hingga tingkatan 5) jadi sukaneka ni buat sekalilah....
Seyes penat sangat, ada jugak aktiviti untuk ibu bapa... sampai pukul 2 jugaklah baru habis.. amir dah merunggut².. nak balik penat.. nak makan ... nak tidur.. hahaha.. saboo jerlah... habis penyampaian hadiah terus ajak balik... tau.. tak menyempat² ibu nak amik gambar dia pegang hadiah tu... redhoo jerlah gambar tak semengah kat pentas tu...
Akhirnya tercapai jugak impian amir tu, hadir sukan.. siap berkasut lagi.. tapi masa perarakkan tu.. memang nak gelak dibuatnya... sukati jerkan berkawat mcm tu.. kat rumah siap mengajuk² lagi ... bila acara pembukaan tu ada persempahan.. yang kat bawah budak² tadika yang tak buat persembahan pun bantai dok menari jugak.. sampaikan saya teringat balik.. patutlah amir dok mengajuk² tarian jangan pandang²... ana rafali tu kat rumah hahahahah.. kat sekolah belajarnya yer...
Haihh korang jangan tak tahu.. dulu masa amir tak dapat join yang berarak maulidurrasul tu.. sampai demam² dia tak pergi tau... nasib baik ni dia ok... masa demam tu siap mengigau lagi dia berselawat.. hadoilah.. saya ni naik takut .. dan nak tergelak pun ada.. padahal hai tengah risau.. kalau dia teringat mestia dia nak tuntut balik.. napa amir tak pergi berarak maulidurasul tu ibu.. amir nak hadiah cawan jugak.... asyiklah dituntut²nya... sebab kebetulan sekolah tadika amir juara... tapi bukan rezeki amir masa tu. Kalau ada rezeki join tahun depan yer.. sayang....
Bicara Hati : Macam manalah konv nanti.. eh² lama lagi lah ibu.. hujung tahun.... amir nak exam dulu....
Khamis, 2 Mei 2013
Pemenang Teka Teki
Tahniah buat Nafira, harap segea melaporkan diri diruangan komen dengan memberi alamat saya tak publish ... saya cuba pos jugak burger tu dengan kadar segera sebelum berbau hahahahaha ... tahniah...
Bicara Hati : Kalau ada rezeki saya buat lagi macam ni ... sekadar suka² ..
Rabu, 1 Mei 2013
auummm Sedappnya .....
Makanan kegemaran baru amir bila keluar dengan ibu dan ayah sekarang, ni kami makan masa balik daripada sukan tadika amir hari tu.. kat giant bukit tinggi.. memang sedapp.. tapi sayang.. banyak cepisan tulang ayam dalam tu.. (amirlah ngadu).. apa orang ni ibu.. masak tak bersih.. pulak dah.. budak² kan jujur .. huhuhuhuhu ...
Ibu tak pandai masak kat rumah ye sayang, jangan suruh ibu masak pulak... kalau nak makan memang kene makan kat luar.. punca amir suka.. bila dia mula rasa masay saya bawak pergi makan kat Medan Selera Cili Padi.
Selamat bercuti buat semua para pekerja (^___^)v, kerja opis jer cuti.. ni sambung buat kerja rumah pulak huhuhuhu .....
Bicara Hati : Entry autopublish.. tuan tanah... sibuk cuti ni... tak taulah kemana.. ikut big bos sahaja...
Selasa, 30 April 2013
Angry Bird - Meja Tulis Baru ( Jom Teka Harga )
Meja jer angry bird ..
Tapi .. amir tak maulah angry² masa disuruh belajar eh ...
Fm Burger Buat Rakan Blogger
Sila fokuskan pada FM Burger sahaja, sebab FM 2 kek yang ada tu sudah siap bungkus di dalam sampul tunggu masa free nak pergi pos sahaja buat 2 orang rakan blogger yang baru sambut hari lahir akhir bulan 3 dan 4 (^___^)v
Fokus lagi.. cantik x??? FM Burger ni saya nak bagi kat kawan²... tapi sebelum bagi kenalah jawab soalan teka teki saya dulu ... tunggu entry yang seterusnya yer... selamat mencuba...
Bicara Hati : Ada yang terliur ke tengok FM Burger ni .. hihihihihi...
Langgan:
Catatan (Atom)