♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 21 Ogos 2013
Rojak Sedapnya Menjilat Sudu
Selasa, 20 Ogos 2013
Malam Raya Kedua Di Rumah Mertua
Bebudak sibuk main bunga api, cucu mertua semuanya baru 10 orang sahaja .. amir yang ke 10 huhuhuhuhu .... kira meiahlah jugak yang kecik² ada 3 orangkan .. yang lain dah sekolah menengah dan sambung belajar kat IPT.
Nampak tak amir anak bertuah tu ... orang lain sibuk borak, sibuk main bunga api .... Dia sibuk nak layankan you tube Sabooo jelah........ yang sebenarnya dia penat pun iyer jugak, nak tidur tu ...
Petang habis join baraan tu sempatlah pergi rumah abang ipar dan rumah sedara hubby yang dekat², Sampai pukul 11 lebih jugaklah melayan berborak ni, walaupun badan penat seharian dah jin baraankan .... mujurlah amir sempat tidur siang tu, jadinya waktu tidur dia takdalah tejejas.. kalau tak mahu pukul 8 dah tidur.
Bicara Hati : Begitulah gaya orang kampung dekat ni, dua² hati orang tua pun kene jaga tau .. sapa kata senang huhuhuhuhu ..... cuma kami ni suami isteri jenis tak berkira jer .. pandailah²kan nak seimbangkan dan adil.
Koyok - Pelekat Hilangkan Sakit Sendi Badan
Koyok yang ni baru kot, saya beli yang besar khas untuk hubby .. masa nak pakai saya potong 4 .. besar wehhhh tu yang potong tu .... itu pun sekali pakai saya tampal 2 jer ... hubby dia jer .. oklah tu kot hilang lengguh.
Isnin, 19 Ogos 2013
Biskut / Kuih Raya Popular Tahun Ni
Baraan Raya Pertama
Ni gambar kat rumah mak dengan abah saya .. penuh kat rumah atas ... sampaikan menu mee jawa mak saya hidang pun tak nampak, adik saya pulak kebetulan buat air laicikang .... memang semua orang sukalah .. kekenyangan ...
Kenangan Di Pagi Raya - Keluarga Kecil Kami
Edisi rutin, lepas ayah solat .. pastinya ada edisi pujuk memujuk amir untuk foto² gedik ni .. dia kan pemalu .. tapi dah possing kang lupa diri .. tak malu dah .. haihh memang macam tu lah dia .. baik rumah mak saya, rumah mertua, rumah embah buyut dia.... tu belum lagi ragam dia kalau ikut baraan keluarga.
Terasa cepatnya masa berlalu amir dah 5 tahun sekarang, tengok gambar ni macam dah matang sangat dia .. sampaikan ada yang tegur dah sekolah darjah satu ker?? hahahaha .. habikkkk ko tadika 5 tahun pun tak habis lagi, baru nak belajar membaca lah auntie². Muka jer nampak matang .. tapi akaiiiinya .. nakalnya .. keletahnya ... manjanya .. mengalahkan budak 3 tahun, bak kata mak cik² saya dia sorang jerkan .. manja lebihlah.
Memula kemain sopan lagi ... potret family pagi raya, baju ibu munga² tu beli kat GM Klang hihihihihi .... hubby kata macam baju kanak² riang, lagi² saya padankan dengan shawl pink tu .. nampak macam saya jauh lagi muda daripada dia (padahal memang jauh beza pun umur kami) .. tapi hubby sporting .. dia kata okkk .. cantikkk... nak sedapkan hatilah tu, sebab tak sempat cari tudung .. berkenan shawl online .. mahal kemain kat butik popular .. yang ada batu² mutiara tu .. tapi .. takkanlah nak beli shawl yang lagi mahal daripada baju kan .. sila pejam mata, batalkan niat.
Suka sangat gambar ni .. semua orang nampak happy .. ibu jangan cakaplah .. kalau amik gambar .. tak nampak semua gigi tak sah hahahahaha .... hubby kata senyuman ikhlas tu ... (^^,)
Semua gambar² ni saya setting masa .. sebab tu setiap gambar dah macam candid pun iyer .... suka gambar² amir dalam semua² gambar .. sebab nampak jujur & ikhlas sangat .. sweeett sangat .. memang macam tu lah dia .. memula jer malu lepas tu .. tak payah ajar .. tahulah dia nak possing gaya mana ....
Sorry hubby nampak kepala jer.. ibu dan makin membulattttttt dengan jayanya semua pun dah besar daripada atas sampai bawah.. tapi ayah suka kan.. kan.. angguk cepat ... berani geleng ibu cubit peha.
Gambar ni amir yang amikkan .. memula hubby pandang kamera bila amir kata ok .. amir tekan ibu .. cecepat hubby nak buat ala² kiss saya .. marah betul amir tengok gambar ni hihihihihihi .... majuk kunun²...
Alhamdulillah raya tahun ni kami terasa kemeriahannya lebih sikit, walaupun rasanya persiapan semuanya pun ala kadar .. cuma rasa kemeriahan tu sebab amir dah makin dewasa kot mudah kami nak berjalan raya, dia pun dah pandai teruja nak beraya dengan kawan² dan sepupu²... raya pertama kami ikut baraan keluarga saya, raya kedua amir ikut hubby baraan orang² lelaki dengan sepupu² dia .. memang meriahlahkan ...
Bicara Hati : Tetiba rasa macam nak canvas semua² gambar² raya spontan ni .. potretkan kat rumah nanti ... cantik x?? gantungkan kat dinding ....
Jumaat, 16 Ogos 2013
Kad Raya iSTIMEWA Tahun 2013
Dapat kad raya daripada ina ibu pada 2 anak gadis yang comel alisha & aqilah hihihihihi sangat² unik sebab kad dia bentuk penanda buku .... ina ni antara blogger yang saya kenal awal² masa saya wujudkan blog dulu .. dan kira macam sifu sayalah jugak dalam berblog ni ... blog ina ni ada berkongsikan kisah anak², makanan dan resepi yang ringkas² serta mudah dicuba ... kalau ada yang tak kenal lagi bolehlah pergi ke blog ina http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/
Ini tahun kedua dapat kad raya daripada eca hihihihihi .. tahun lepas dapat lepas raya, alhamdulillah tahun sampai sebelum raya .. unik pada saya kad ni sebab eca bua sendiri .. siap ada pantun lagi amboi .. pantun siap cincin disarung hati berdebar .. eh² .. dah nak disarung ke cincin tu .. hihihihihi .... blog saya ni dulu eca lah yang tolong editkan .. kalau korang berminat nak edit blog bloglah berunding dan bertanya pada eca lebih lanjut .. insyaallah eca akan layan sebaik mungkin ... jom singgah kat blog beliau http://www.ecadwinkyasha.com/
Dan ... paling istimewa kad raya tahun ni hohohohohoho.. tak hantaR email mintak pun, jauh sekali berharap dihantar kad raya .. tetiba jer .. sampai kat rumah mak kat kg ... tanjat gegirl koooooo dapat kad raya daripada MB padahal tak kerja dengan pejabat MB pun .. jauh sekali orang kuat politik .. tapi .. terkejut dapat kad raya daripada beliau ...... cantik pulak tu .. teristimewa hanya saya kongsikan di blog sahaja, aje gilerrr wehh kongsikan kat fb ade pulak yang kata saya orang kuat pakatan kang .. buat kontroversi jer.. takmooo .. takmoooo .... ;p
Ikan Sabah Daripada Eida Gedik
Langgan:
Catatan (Atom)