♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2016

Melepasi Tahap 10 Tahun Yang Penuh Ujian



Entry yang patut di publish 1 Ramadhan tapi kelupaan untuk letak autopublish, jadinya hari ini sahajalah kita publish mihmihmih...... Rindunya zaman ligat berblogging dulu ... kalau boleh sehari sampai 3 entry, sekarang hadoilah .. sebulan sekali pun payah nak ada entry baru.


Tapi takpalah ramadhan ni rasanya rajin sikit selit² mengarang entry hihihihi ..... kat opis macam biasalah bila ramadhan mesti ada tadarus .... rajin dengan rajin je lah nak joinkan. Petang pun takdalah balik awal .. balik cam biasa jugak pukul 5, lepas tu balik memang melintang pukanglah... masak.


Oklah tu intro rindu²an sikit, sebab dah lama menyepikan... korang rindu tak masya membebel kat blog, sebenarnya satu ramadhan kali sangat istimewa buat kami 06.06.2016 adalah anniversary kami yang ke 10 tahun. Alhamdulillah dah 10 tahun rupanya melayari kehidupan berumah tangga. Rasa bersyukur sangat² dengan apa yang diaturkan... alhamdulillah punya suami yang tidak punya banyak kerenah.. dan dikurniakan anak yang sangat cerdik dan soleh. Sambutan takda yang istimewa pun.. macam biasa sahaja lagi² ramadhan ibu masak makan jelah 3 beranak kat rumah. Tapi.. ni nak kongsi sikitlah kisah sebelum ramadhan ritu.... dah pergi aeon mall shah alam yang baru .. saje jalan² amirkan cuti sekolah dengan hubby, ibu pun cutilah kemas apa yang patut kat rumah sebelum ramadhan dan saja luangkan masa dengan dia orang tu cuti tu.
Moh ler layan gambar kami .... (^_____^)v




Asam pedas laksa .... giler bau kuah ikan dia kuat sungguh.. mengodaN tekak nak merasa mujo sedap...







Amir layan makan roti sosej ..... sukalah dia ibu dia cuti dapat jalan².








Alhamdulillah 10 tahun bersama, sama² membesar kita yer mihmihmih... moga suamiku sayang tak pernah jemu melayan kerenah isteri ini mihmihmih .... semoga kami semakin matang dalam melayari kehidupan berumahtangga, merajuk  .. marah itu biasa asam garam dalam kehidupan ... kerana disitulah manisnya perhubungan.















Orang kata bila dah sampai tahap 10 tahun ni .. dah lepas semua dugaan dan ujian dalam berumahtangga .... itu orang kata, pada aku pulak selagi hayat bergelar suami isteri selagi itulah ada ujiannya ... moga kami sentiasa kuat menghadapi apa jua ujian.

Hadiah tahu ni ... hadiah gunasama namanya ... muahahaha .. dah kenapa semua barang letrik nak jahanam ni :-


v



v




v




v



v





Mesin basuh baru ... masih setia dengan panasonic, yang lama dah jahanam ... melingkup dah tak boleh repair ... motor dia dah tercabut .. senget dah mesin basuh dalam tu tak boleh berpusing huhuhuhuhu ..... mengeletorrr ler hubby keluarkan duit nak bayo mesin baru (^___^)v Harap² yang ni bertahan lah sampai 10 tahun lagi mihmihmihmih ......




Bicara Hati : Syukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan. Amin.









Isnin, 14 Mac 2016

Menjelang Anniversary ke-10 : Hadiah Kawin Paling Berjasa



Lamaaaaa .. masya menyepi kan , macam membawa diri je mihmihmihmih .... bukannya membawa diri yer jangan salah paham. Cuma Sekarang ni masa terhad sikit nak mengarang entry .. kalau boleh sehari nak jeee publish 3 entry macam dulu ... atau pun sehari satu entry .. tapi sekarang ni kalau seminggu sekali pun dah syukur sangat ... apatah lagi kalau sebulan satu entry aduhhhhhhhhh parah sangatkan. Seyes rindu sangat nak bw kengkawan... kadang tu sempat baca jer laju² tak sempat pun nak komen.... sob sob .. sobb.... sampai terlupa nak publish entry akhir bulan lepas .. tahun ni special sikitkan bulan februari ade 29 hari.

Kemain tajuk entry kali ni kan ... tu dia.. sadis sangatkan .. lagi beberapa bulan je lagi nak menjelang anniversary kami yang ke-10 mihmihmihmih .. orang kata ini adalah fasa kedua yang mencabar untuk dilepasi selepas fasa pertama pada tahun ke-5.

Sebenarnya aku cuma nak cerita hadiah paling berjasa masa kita orang kawin ialah periuk nasi ni mimihmihmih ....


Kalau tak silap aku periuk nasi adalah dalam 4 kot kita orang dapat masa kawin dulu .... 3 yang jenis macam ni... 1.8L tapi jenama lain² dan ada satu besar.... besar dia melebar ... bukan yang tinggi tak hinggat untuk bape liter tapi arwah dah besar tu.. rosak sebab jarang guna.. tetiba nak guna dah tak boleh hidup nak masak .. ntah kenapa ntah majuklah tu. Semua hadiah periuk nasi pun kita guna ... tapi yang ni (yang gambar atas ni) special sikit paling berjasa sebab aku guna setiap hari untuk masak (^______^)v 10 tahun kooo berjasa ... daripada mula pindah rumah dulu.. sampailah pindah balik kampung ku bawak. Baru² ni je dia buat perangai .. tak boleh nak on cooking .. dokkkk lah kat warm je uwarrrrrrrrrr ko dah kenapa 10 tahun ko hidup penat dah eh, aku pulak pesen pakai barang letrik ni selagi tak jahanam .. selagi tu tak beli yang baru.


Sebulan jugaklah merana guna periuk masak kat api gas tu, dah lama tak guna koooo memang lupe nak kawal api tu ... adalah kadang tu tergaring kuikuikuikui ... somi kita pun jadi naya nak masak guna gas tu ... dah terbiasa masak guna periuk letrik ... jadi somi bagilah hadiah periuk nasi baru .... macam kat bawah ni ...

v



v



v


v


v


v






Kebetulan ada offer kat aeonbig bukit rimau somi kita belikan lah periuk nasi ni 2 minggu lepas kalau tak silap masa hari wanita tu ari cuma RM 59.90 jer .... semalam pergi lagi tengok harga dah lain dah ngeeeee .... dah selamat rasmikan pun minggu lepas .... teruja jugak lah guna yang baru ni ... sebab dalam dia jenis tak berkerak, anti melekat orang kata warna yang gelap ala² macam kuali ajaib tu .... lepas ni bolehlah masak nasi ayam, nasi tomato dan nasi minyak dalam tu jer... hamboi kemain poyo kan statement nak masak tu hahahaha ....

Yeahhh semangat memasak datang kembali ... tq hubby belikan periuk nasi baru, kalau tak rosak tak merasalah periuk baru kot .... blander pun baru je jahanam ni.. hadoilah masya ko ni kan... ada je barang letrik yang rosak yer... dah 10 tahun kot macam tulah ... memang mintak baru. Kita tengoklah sampai bila pulak hayat periuk nasi ni.




Bicara Hati : Sterika yang guna sekarang pun hadiah kawin jugak dah masuk 10 tahun dah .... ngeeeee ;p















Jumaat, 6 Jun 2014

10 Tahun Bersamamu


Assalamualaikum semua .... hari yang sangat indah hari ini kalau boleh mahu senyum sahaja .... dan kebetulan pulak jatuh hari jumaat penghulu segala hari, 10 tahun bersamamu ... 8 tahun tidur sebantal denganmu .. hik hik hik sampaikan kadang lari daripada bantal yer ....



Alhamdulillahhhh .... 10 tahun tempoh kenal hubby termasuk bertunang, maklumlah tarikh bertunang dengan nikah sama weeeeeeeeeeee ... (^____^)v senang nak hinggatkan .... istimewanya pada tarikh 06.06.2006 satu tempoh masa yang cukup panjang buat orang lain .. tapi pada kami masa yang terlalu pantas singkat berlalu ... masih sentiasa ingin mengenali .. masih setiasa ingin melengkapi antara satu sama lain ... mood² honey² .. sweet² sahaja ... tapi .. no no no honey lebih okeyyyyy..




Dah asal anniversary nak tepek gambar kawin, asal anniversary nak tepek gambar kawin dah kenapa .... haruslah kan.. kenangan gitu ... malu² auwwwmmmm.. dengan kayunya tak reti possing .. jadilah tepek gambar hitam putih sudah .... memorinya saat kita kenal .. memori dan indahnya allah ciptakan jodoh kita bersama .... memorinya itu sehingga sukar untuk diungkapkan .. tapi cukup melengkapi antara satu sama lain ... kerana perbezaan itulah buat kita lebih dekat dan kuat dalam usaha untuk hidup lebih harmoni.





Gambar spontan daripada kameraman ... aloh² kameraman masa kita kawin dulu memang sporting habis dan sungguh tak sangka rupanya suami pada akak tempat saya praktikal dulu .. kantoii nak kawin kat akak k tau hahahaha .... gatai, macam² gaya kita orang possing baik dalam bilik, luar laman .. in door dan out door lah... masa tu out door tak glamourr lagi ... tapi adalah jugak kita orang amik gabar sekitar rumah mak tu ... nak pergi keluar jauh dah tak larat .. penat sungguh, lepas² tu nyesal tengok gambar orang kawin cantik² kat out door.




Asyik layan hitam putih jer kan .. meh sekeping dua gambar berwarna pulak hihihihihi ... barulah comeyyyy kan .... inilah tema kita orang dulu pepel jer ... Doakan moga jodoh kami kekal hingga jannah... saya sentiasa bersyukur apa yang ada dan saya perolehi sekarang .. moga allah berkati ikatan ini .. moga kami bahagia hingga hujung nyawa.. hingga ke jannah .. doakan moga kami dimurahkan lagi rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ... hanya itulah hadiah yang saya inginkan tak lebih tak kurang.


Pengapit saya yang comel tu lah kawan baik saya daripada kecik hihihi.. sampai sekarang kita orang masih berkongsi cerita macam dulu .. susah senang sama².. cuma dah jarang jumpa jer ... banyak berhubung dekat fb, sms atau wassup ... 




Bicara Hati : 9 Jun bestday boboi lah pulak hihihihi .... bulan jun yang penuh dengan saat indah, insyaallah amin...














Rabu, 5 Mac 2014

Memorinya Terkenang Gambar Bersanding Dulu - Dulu


Nak kata anniversary lambat lagi bulan 6, ntah kenapa tetiba memori sangat² kalau teringatkan zaman masa bersanding dulu hik .. hik .. hik .... perasan sweeett jer ... paling tak tahan tengok hubby kemain kurus hahahahaha ... 70kg pun tak cecah ... 



Gaduh tema punya pasal .. last² pilih pepel ni, nasib baik comeyyykan .... yang penting baju baru mak andam buatkan. >______<





























Khamis, 6 Jun 2013

Istimewanya pada tarikh 06062006



Dua tahun sebelum tahun 2006 pada tarikh yang sama adalah tarikh kami bertunang, dua tahun menempuh alam pertunangan, mungkin masa yang lama pada orang lain .. tapi pada diriku .. dua tahun adalah masa yang singkat ditambah lagi hubungan kami diperkenalkan oleh orang tua. Terlalu peribadi untuk di kongsikan tetapi kuasa Allah jangan sesekali menidakkan .. alhamdulillah .. berkat doa orang sekeliling sekarang 7 tahun kami bersama dan kenal 9 tahun (termasuk tempoh bertunang).


Di besarkan dalam gaya hidup yang berbeza, punya citarasa yang berbeza, punya minat yang berbeza, warna kesukaan ... memang tidak banyak persamaan kami ... tapi ... hobi kami suka menonton tv dan tak berminat berpeleseran itu sama.. buat kami serasi... hubby banyak membesar dan duduk di asrama sebab tu walaupun kami sekampung, rumah selang beberapa langkah, adik hubby kawan baik aku .. sumpahh... aku tak kenal hubby hahahaha .... percaya tak?? percaya tak??? ok... tak nak percaya sudah .. tapi itulah namanya jodoh ... 

Banyak yang kami dah tempuhi .. tapi banyak lagi yang kami perlu tempuhi ... hanya satu yang ku pinta agar diri ini dihargai, agar hubungan ini diberkati hingga hujung nafas yang terakhir dan agar bertemu disyurga nanti amin... berkat doa anak² yang soleh hendaknya.


 Impian hubby tahun ini .. moga dipermudahkan segalanya amin.


Banyak yang inginku coretkan dihari ulangtahun perkahwinan kali ini, tapi jariku kedu ... hanya terbuku dihati... mohon agar ada kekuatan diri .. mohon agar ada entry sambungan lagi ... hahahaha.. dah macam drama bersiri pulak kan... nak bersambungan bagai... tengoklah kalau ada mood... kita upload memori gambar 7 tahun lalu eh...

Bersyukur dalam tempoh 7 tahun ini dikurniakan seorang putera yang sangat bijak , pandai , baik hati dan mohon agar di besarkan dalam penuh kesempurnaan .. penuh kasih sayang ... penuh didikan. insyaallah... kerana dia adalah amanah dan harta dunia akhirat kami.



Bicara Hati : Tak mengharapkan hadiah yang besar² .. tapi mengingati tarikh ini bersama² sudah buat diri terharu dan dihargai.



Selasa, 12 Jun 2012

Kami² sahaja ..... (^____^)v

  

Oleh kerana ulang tahun perkahwinan kami yang hampir² dengan bestday amir ... kami biasanya akan meraikkan bersama² dalam sehari. Tahun ni memang takde majlis besar²an macam tahun lepas.. cukuplah sekadar kami² sahaja.... (^____^)v.

Kebetulan tahun ni tarikh tu saya dapat cuti, kami jalan² kat JJ jer pun... Bile ayah tanye ibu nak makan kat mane.. mesti Mc D ..... tapi amir nak KFC pulak huhuhuhuhu.... Hujung minggu pun kami makan² juga dengan keluarga .. tapi takde ambil gambar pun hihihihihi.... ;p

Kan best kalau makan kenny.... ni ambil gambar daripada tingkap KFC tu jer...

 Menu² kami.. layankan amir jer...

 Sedapp juga.. tapi kecik sangatlah... 
ade macam jem nanas bile dah nak habis makan tu....

 Ibu yang kunun² majuk terpakse makan huhuhuhuhu.....

 Amir majuk mainan upin ipin takde stok hihihihihihi......

 Dah semua buat peragai takmoo bergambar.. ayah ambillah gambar sendiri kikikikikiki

 Senyumm.. masing² amik mood nak bergambar....
kejap jer majuknya.. jumpe kamera mestilah nak bergambarkan..... harusss.....

Nampak tak tu.. anak bertuah.... kejap jer... majuknya.. jumpe kamera oklah... ;p

Sepotong kek jer.. cukuplah itu pun tak habis makan.....


Bicara Hati : Tahun depan ade rezeki kite sambut bestday amir jemput sedara mara lagi yer.... macam tahun lepas dah mengalahkan kenduri berkhatan dibuatnya... ;p Kek Permintaan Amir dan Suprise siap ade bena.



Jumaat, 8 Jun 2012

Hitam putih warna kehidupan

  

Mengambil keberkatan dipagi jumaat.. mood haruslah ceria² sahaja.. walau ape jua berlaku... (^___^)v ... ape jua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah hitam putih warna kehidupan, asam garam dan lumrah yang harus ditempuhi bagi mematangkan diri .... 

Edisi khas hari jumaat ini saya dedikasikan gambar pernikahan saya 6 tahun lalu.. majlis serba ringkas dihadiri sanak saudara kedua belah pihak, beberapa kawan² rapat dan secara langsung dipancarkan dari teratak rumah ayahanda & bonda (mengalahkan artis majlis kunun² tertutup yer.. hahahahaha... ) sebab secara langsung dari rumahlah hubby ketaq sampai 3 kali lafaz hahahahaha.. padehal takde mikropon punnn.....

Pada kawan² yang tak mahu tengok cepat²lah klik X sebelum muntah hijau di sini .... hihihihihi.....

 
Alhamdulillah 3 kali lafaz baru sah menjadi isteri.....
berdebar² saya dibuatnya.. mule² takdelah rasa ape² sangat pun....
saksi tok kadi lah buat hal boleh pulak terlelap masa yg kali pertama hubby lafaz, yang kali kedua pulak hubby dah ketaq kut baca tergagap² tak lancar.. so tok kadi soh ulanglah.... tu yang sampai 3 kali kikikikiki ...
(punyerlah ramai orang kat keliling kami masa nak akad nikah tu.. sampai kene sakat² kami.... )


 Alhamdulilllah syukur.....
(suke tengok muka hubby masa ni macam tak percaya.. umur kami jauh beza)


Doa selepas akad nikah.. moga diberkati dan kekal kehujung nyawa.....


 Tak dapat menahan sebak selepas di ijab kabulkan..... air mata berjujuran kerana kini telah bergelar seorang isteri.... (peluk makkk ketat² masa ni... )


 Ciuman daripada seorang isteri selepas sah dinikahi.....
(amboi kemain lebar senyuman hubby yer.. masa nak serahkan mas kawin dan acara batalkan air sembahyang)


 aaauuuuuummmmmm...... jeling² manje


Bilelah pipi ni nak kurus macam ni balik kikikikiki... (^___^)v
(teknik mekap semata².. hahahaha... xmoo mengalah tu...)


Gambar ni tak pernah disiarkan dimana² pun.. kali pertama di blog ni.. terima kasih pada yang sudi baca kisah hati kami.. dan memberi komen² yang membina di blog ini.. pada yang tak suke bolehlah klik X huhuhuhuhu.... saya tak berniat menunjuk².. sekadar berkongsi kegembiraan.. doakan moga kami kekal kehujung nyawa.... Amin..


Bicara Hati :-  
 
Terima kasih sangat² pada kawan² yang sudi datang pada majlis akad nikah saya 06.06.06... dan sudi datang ke majlis bersanding hujung minggunya pulak....






Rabu, 6 Jun 2012

Istimewanya 06.06.06

   


Pada tahun ini 6 tahun yang lalu saya tengah sibuklah masa ni.... sibuk menyiapkan diri dimalam pernikahan... sebab dapat sekampung kan tok kadi pun tak kesah nak nikah malam, yang hubby pun saje lah sibuk nak memilih tarikh ni padehal bukan hari sabtu atau ahad.. hari selasa.. hadoilah sedara mara pun nasib baiklah tak kisah sebab cuti sekolahkan.....

Rumahku meriahlah sangat masa tu.. maklumlah pertama kali nak dapat menantu.. haiihhh mengalahkan anak raja punyer majlis.... tapi memang kalah pun hahahahaha.. raja mestilah menang saya raja sehari jer... (^___^)
Lepas isyak tok kadi dah sampai... pengantin lelaki nama jer dekat dengan rumah.. dah setengah jam tok kadi duduk tak sampai² huhuhuhuhu.. saya dah dupp.. dapp.. dupp ... dappp... berdebar².

Alhamdulillah kami bertiga setelah 6 tahun bersama (^__^)v
- Moga Kekal Ke Akhir Hayat Hingga Ke Syurga -


Gambar nikah mane???? alaa.... tak sempat nak upload.... ade yang nak tengok ker??? takmooo tengokkan.. Amir nak tengok.. amirkan nak baca blog ibu ni bile besar nanti..... Amir dah jenuhlah selalu selak album asyik tengok gamboo kawin tu.. gamboo dia takde.. dan ibu ni naik jenuhlah jawab amir takde lagi.....
Bicara Hati : Hari ni saya cuti tanpa rekod yeahhhh.. dapat pelepasan boleh raikkan dengan hubby wayang pun tiket separuh harga kan... lamenya tak tengok wayang berdua.....



Khamis, 16 Jun 2011

Nombor GanjiL

Sorry dah lewat malam baru nak post huhuhuhuhu... internet agak biol di opis, klu dekat rumah pulak kene tunggu hero tdo dulu... sape lg klu bkn Amir kan ;p

Nak tau x ape yg specialnyer psl no ganjil ni tahun ni... sbb yg kedua ialah anniversary kami yang ke-5 Alhamdulillah..... dh 5 tahun rupenyer menjadi suri dihati En. Masnizam... (sambil wat muke malu-malu) tersipu-sipu... cptnyer mase berlalu kan.... termasuk bertunang 2 tahun dh 7 tahun rupenyer mengenali suamiku..... almaklum jerlah kami ni jodoh pilihan keluarga hihihihi.... moga ikatan ini berkekalan keakhir hayat hendaknyer... AMIN.. (^___^)v

Alhamdulillah jgk dimurahkan rezki kami.... dapatlah meraikan nyer skali dgn bestday boy my hero sape lg klu bkn Amir.... suami siap buat bena lg.... mmg suprise... sbb xtau bilelah dia g tempah hihihihihihi......


Taraaa...... so sweet so excited..... so suprise....




Amir punyer bena pun ade jgk hihihihi.....

Sorrylah pict ni pun kawan yg amikkan al-maklum jerlah tuan rumah (kt lah 2) dh kebizian melayan tetamu..... sampai lupe nak amik pict cantikk skit....

Bulan Jun Yang Indahhhh....

Wahhh... tajukkk vazzz gitu..... opss..... jgn bermegah tetibe terngiang2 kata-kata itu terbisik dicorong telinga ini.....

Bukan ape wat tajuk mcm 2 sajelah nak share skit gambar mase majlis kenduri kesyukuran hari tu hihihihihihi......


sy buat sendri tau... alhamdulillah menjadi.. gune coklat compound siap ade warne tgl letak perisa je xyah susah nak warnekan hihihihihihi.....




- SELAMAT HARI AYAH - hahahaha... tp ltk pict thomas ats permintaan amir.... alhamdulillah menjadi... siap pinjam noozel kwn hihihiihihi....



Amir tengah moody maklum jerlah baru bgn tdo.. jenuh pujuk soh tiup lilin....



nampaknyer ibu ngan ayahlah tolong tiupkan.... sbb amir xnak tiup huhuhuhuhu....



bile dh potong kek baru Amir nak tiup hahahaha... terpakselah ibu psg lilin lg... opss.... nampak x 2.. topi pun org lain yg pakaiii... hihihihihihi....


p/s : moga keindahan ini akan kekal selamanyer.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...