♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Bahasa Pertuturan DiRumah


Jujurnya kat rumah saya dengan hubby lebih selasa gunakan bahasa melayu dengan amir, kalau kat kampung atuk, embah, nenek amir memang cakap jawa .... bahasa inggeris pulak kadang² adalah adik² ipar gunakan.. dengan anak buah.

Korang rasa dalam zaman yang semakin maju ni bahasa pertuturan apa yang sesuai kat rumah, maklumlah ada orang kata lagi banyak bahasa kita boleh paham .. lagi banyak bahasa kita boleh berutur  lagi bagus .. iye memang bagus.. tapi jangan bahasa ibunda sendiri berterabur sebut yer.. haru wehhh.. haru ....



Saya rasa beryukur sangat sebab stakat ni amir boleh paham bahasa melayu, jawa dan bahasa inggeris .. bahasa arab dia tak pandai lagi ... alah bahasa jawa pun yang mudah² sahaja .. bahasa inggeris pun sama .... tapi saya suka dengar .. paling amir hamukan bila hubby cakap bahasa jawa dengan mak saya .. lagi² yang dia tak paham .. cepat² dia sibuk nak tanya .. nak tahu apa ayah dia tengah borakkan... nak tahu maksudnya ... kadang tu dia pulak sibuk borak dengan saya bahasa jawa .. sweet sangat .. bila saya balik kerja.

Amir : ibu kesel ...

Ibu : kesel (penat ..)

Amir : Ibu wes mangan (ibu dah makan)

Ibu : wes ...


Kan sweet tu .. kita balik kerja dengar anak cakap macam tu.. bahasa jawa pulak tu ... (^^,) ada jugak hikmahnya duduk kampung ni .. bertambah satu bahasa amir belajar .. nak harapkan ibu dengan ayah dia bercakap berdua bahasa jawa memang takdalah kat rumah tu hihihihi ....














Isnin, 24 Mac 2014

Perkara Utama Perlu Dilakukan Bila Cuti Sekolah ????



Apa yang korang pikirkan bila cuti sekolah bermula??? tuisyen anak², kasut sekolah berbasuh ke tidak... mana nak bawak anak pergi bercuti atau hantar anak² balik kampung.
Rasanya sebagai ibu bapa memang macam² idea brillion korang akan rangka program unuk anak².. tambahan lagi sekarang ni macam² kem boleh join anjuran swasta untuk anak² buat aktiviti bagi mak ayah yang sibuk tak dapat bercuti... jadi anak² tak bosanlah.


 
Macam saya ni dah terdidik daripada kecik asal cuti sekolah kita semua akan amik alih tugas mak, almaklumlah kami kan 3 beradik gadis² dulu hihihi.. bawah² kami barulah mak ada 2 bujang, jadinya semua adik beradik ada tugas tambahan masing² cuti sekolah membasuh, sapu rumah, lipat baju, angkat air, masak nasi dan lauk (yang senang bolehlah) semua pun tugas kami lakukan tanpa mengeluh .. dan mak pun akan senang hati menyiapakan tempahan menjahit (yang ni aku heran.. pasal apa aku tak reti menjahit ni) takda istilah² abah nak bawak pergi bercuti ni huhuhuhu ... iyelah dengan keadaan kami dulu kereta takda, abah ada motor jer.. balik kampung atuk pun naik bas/ teksi tau ... memorinya saat tu .. dan upah yang kami akan dapat biasanya abah belanja makan .. beli makanan kami berkumpul makan sama² ... dapat aiskrim pun dah suka sangat (jadi kalau amir dapat upah aiskrim lepas tu dia hebohh cakap dengan semua orang... korang tahu tak ikut pergai sapa tu krikk krikk krikkk)








Macam saya ni, walaupun amir ni masih tadika.. perkara pertama yang saya akan buat bila cuti sekolah, semak beg dia.. yupsss.. semak beg dia.. pastikan ada kerja sekolah ataupun tidak... bukan apa... selalunya bila cuti sekolah mesti ada kerja sekolah bertimbun² tau... walaupun amir tadika korang jangan tak tahu gambar kat atas ni semua buku² latihan yang amir kena siapkan sepanjangggggg cuti ni, oleh kerana kami tak merancang kemana ... (atau mungkin ada perancangan last minit) jadi saya suka kalau amir boleh siapkan semua kerja² sekolah dia dulu.. barulah pikirkan nak buat benda lain.. sebab pada saya itu macam satu bonus atau ganjaran bila dia dah siapkan kerja. (ingat nak bawak pergi fun fair) jadilah.. harap dah bukaklah .. kot tutup lagi.. memang takda rezekilah.





Bicara Hati : Selamat bercuti kawan² yang turut bercuti membawa anak² berjalan.










Khamis, 26 Disember 2013

Buku Mini - Mudahnya Menjemput Rezeki



Baru² ni saya ada beli barang, barangan kesihatan ... boleh dikatakan banyaklah jugak saya beli barang .. tak sangka pulak tuan penjual tu nak bagi saya buku mini ni, seyes .. saya memang nak beli .... sangat² buku ni, tapi masa tengok hari tu .. tak bawak duit lebih jadinya tak jadilah saya membeli .... orang kata kalau dah rezeki tak kemana² .. alhamdulillah syukur sangat dapat hadiah ni .. tak kisahlah walaupun mini yang penting manfaatnya ...

Sesungguhnya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya.
Jadi berusahalah untuk memperolehi rezeki itu .. amin .. mga rezeki yang diperolehi sentiasa di berkati.




Antara isi kandungan di dalam buku mini ni, tapi saya punyer mini jadi tak semua isi kandungan ada .. tapi saya suke sangat sebab isi kandungan dalam ni yang saya miliki ni .. bagus jugak bermula daripada bab 4- Kaitan Antara Usaha dan Rezeki. Bab 12 - Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat.




Kalau baca keseluruhan isi kandungan ni memang menarik sangat² ... walaupun buku saya ni mini tapi ada banyak jugak bab yang terkandung kat dalamnya selain 2 bab tadi saya juga dapat bab 22, bab 33, bab 37, selain iu jugak ada info tambahan huraian mengenai mengapa rezeki saya sempit, strategi melunaskan hutang, melunaskan hutang dengan strategi sedekah, bagaimana menjemput rezeki dengan surah al-fatihah dan banyak lagi .....


Tak berani nak janji akan kongsikan info lain dalam buku ni, sebab ada jugak buku yang saya dapat daripada kawan² blog saya tak sempat² nak mengarang reviewnya huhuhuhu ... tapi saya dah baca buku² tu ... seronok sangat dapat tambah baca koleksi baca macam ni ... 

Kalau ada rezeki .. insyaallah nak beli jugak buku ni satu .. yang penuh isi kandungannya, sebab yang ni mini jer.












Jumaat, 6 September 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita





Takda lagi koleksi buku ni, tapi kata² semangat pada tajuk tu ... begitu mendalam maksudnya ... allah sentiasa menguji hambanya .. terpulanglah pada hambanya mampu atau tidak menghadapi .. tapi janganlah sampai mengeluh .. percayalah Allah takkan menguji hambanya .. jika hambanya tidak mampu menghadapi ujian itu.


Salam Akhir Syawal .. Salam Hari Jumaat .... Selamat Bercuti Di Hujung Minggu


(^______^)v










Isnin, 6 Mei 2013

Melatih Anak Menjadi GENIUS



Hadiah kemenangan yang terbaru, jangan ditanya dah berapa kali menang tahun ni.. tak mahu kira hihihihihi ..  Bukan sebab dah banyak kali menang, tapi ... kalau kira nanti orang kata bangga diri pulak.. biarlah yang dah follow saya mesti tahu dah bapa kali dapat hadiah..... rezeki²... tapi rasanya ini buku kedua yang saya dapat daripada kawan blogger.. yang pertama hadiah daripada intaNBerlian sebuah buku idaman saya jugak yang memang bermanfaat.. cuma tak berkesempatan saya nak kongsikan lagi kat sini.

Melatih anak menjadi GENIUS memang buku idaman saya, hadiah buku kali ni datangnya daripada kemenangan saya join GA di Dialoguda.blogspot.com atau lebih mesra di panggil Nora Karim. Keterujaan saya dapat buku jangan dikatalah.. sebab saya memang tengah mencari² buku ni.... alhamdulillah ada rezeki pulak dapat percuma macam ni.. terharu kejap...

Muka depan buku Melatih anak menjadi genius.



Disisipkan juga kandungan dan sedikit info dibelakang buku ini.....



Terima kasih sangat² pada nora sebab menganjurkan GA ni, kali pertama saya baca blog nora.. kalau tak silap entry mengenai pantang larang semasa kehamilan, dari situ terus jatuh cinta cara dia menulis... dari situ terus follow.. walaupun nora tak publish entry setiap hari.. tapi sesekali nora publish entry mesti menarik hati dan membacanya. Sebab info² dalam tu berkaitan sekeliling, kehidupan .. anak²... info² dan tips² yang bagus, walaupun kita juh kan nora.. tapi kemesraan awak kat blog boleh dikatakan dekat dihati saya... dan komen² awak pun banyak membina... (^____^)v

Bila berkesempatan saya akan kongsikan apa kandungan buku ni kat blog yer... baru baca sikit... sesuai sangatlah dapatnya waktu dah takda buku novel nak dibaca.. jadi bacalah buku ni... sambil² melayankan amir buat kerja sekolah.



Bicara Hati : Nak pergi pameran buku jauh sangat, bestnya baca entry kawan² yang memborong sakan beli buku kat PWTC.











Isnin, 15 April 2013

Kad imbasan mengira



Selamat pagi semua ... al kisah² hihihihihi.. hubby belikan amir kad imbasan nombor ni, sebenarnya sekali dengan beli barang lain .... tapi yang buat saya gelihati bila amir bisikkan sesuatu kat telinga saya.

Kad imbasan sayangku ni ada no 1-20, tapi no 1-10 tu depan nombor depan belakang gambar dan bilang ikut nombor yang tertera conohnya nombor 5, gambar belakang tu pun 5. tapi bila dah masuk nombor 11-20 depan belakang bernombor sahaja.. takda gambar² nak kira dah banyak sangat nanti...



 Kad imbasan 1 - 20



Gambar 10 cup cake, permintaan amir setiap kali tengok mesti mintak buatkan.. sampai sekarang tak terbuat².... huhuhuhuhu ..... 


Ok.. sambung balik, kenapa saya gelihati bila amir berbisik sesuatu kata saya.. korang nak tahu tak apa yang amir bisikkan... amir kata ..' kenapa ayah belikan sampai nombor 20 jer ibu... amir dah belajar sampai 100 kat sekolah' gegegegege..... saya nak gelak pun ada.. hubby pun satu hal jugak.. dah lupa hingatan agaknya anak ni dah 5 tahun... takkanlah asyik dok kenal nombor sampai 10-20 jer.... Bila saya cakap.. napa amir tak bagi tahu ayah tadi.. masa ayah bagi, pandai pulak dia buat muka.. takut ayahnya marah.. padahal hubby tu tak pernah pun nak marah² anak, tapi hubby memang tegaslah dengan anak kadang²... tu yang amir takut kot.


Sudahnya lepas amir cakap macam tu.. saya belikan lah amir buku tulis nombor yang baru, amir ni kalau nombor cepat sikit dia minta.. dengan erti kata lain... mudah belajar.. hubby ajar tambah dengan tolak pun dia dah paham.



inilah buku latihan matematik amir yang baru 1 - 100
suka betul dia...



Bicara Hati : Entry ni bukan nak menunjuk² pasal anak saya, saya cuma kongsikan kegembiraan hati saya sahaja.... jangan salah paham yer...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...