Teragak² sebenarnya nak kongsikan pengalaman kali kedua ni, kang korangg yang baca rasa macam masya ni meraih simpati pulak.. bukan.. bukan macam tu.. jangan salah paham okkkk ... ni cuma nak ceritakan pengalaman jer, manalah tahu ada yang tak pernah pergikan.. nak tahu pengalaman orang yang pernah pergi.. atau nak tanya apa² ker?? jangan koranggg tanya .. korang sakit itu ini .. masya kooo tau tak ape ubatnya.. memang masya piat² korang kang.... ini cerita pengalaman jer.. bukannya masya pandai berubatkan orang huhuhuhu ... ;p
Oklah.. sebenarnya kalau kali pertama dulu pergi sebab amir yang tak sihat, kali ni kami pergi sebab saya pulak yang tak sihat... baru² ni dekat 2 minggu jugak saya demam, batuk dan selsema pakej semua sekali .. lepas amir baik demam tu hari.. saya pulak menyambung...
Saya jarang demam² ni, dah tu pulak demam kategori seram sejuk... semacam tau.. sampaikan nak tengok nombor pun takmoo pusing².. pening apatah lagi nak mengadap pc.. memang kerjanya asyik nak mentidooo saja mengalahkan mak yong huhuhuhu ....
Kali pertama pergi tak tahu ada jual air ni.. kali kedua pergi tak bawak air dah.. beli air ni kat sana jer.. yang kecik rm 2.50 yang besar rm 7.00 kalau tak silap.. kami pergi Darusyifa bt 9, sijangkang.
Kali ni saya pergi hari selasa, sebelum ni hari khamis.. hari selasa ni ada seorang ustazah... kali ni pun boleh tahan ramai jugak.. mujur lepas solat isyak terus pergi.. sebab dah ada pengalaman sebelum ni kan.. takut ramai orang nanti, jadi kami pergi awal....alhamdulillah saya nombor 7. Ingat tau kalau nak pergi pastikan pakaian menutup aurat. Waktu rawatan bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam, tapi kebiasaannya mereka akan mula pukul 9 hingga pelanggan habis bergantung berapa ramai ustaz yang ada .. kalau ramai dan tiada masalah kronik rawatan cepat.
Bila nak berubat ustaz tanyalah itu ini.. apa yang kamu rasa... situasi kat rumah macam mana... sakit kat mana... bila waktu sakit.. semuanya pun saya bagi tahu... ustaz pun mulelah baca surah² sambil pegang kepala saya dan jari dia .. dia tuju kat bahagian belakang badan saya.. dia cucuk² bahagian² tertentu... cucuk dengan jari jer.. bukan dengan jarum.. jangan salah paham pulak.
Masa saya tengah berubat tu dah bilik sebelah bising meraung²... menangis... orang kene rasuk agaknya.. amir terus duduk riba hubby.. saya risaukan amir jugak.. dia kan baru baik... badan saya masa ni dah meremang²... dok dengar ustaz bacakan ayat² al-quran...
Habis rawatan ustaz bagi air yang ustaz dah bacakan doa.. ustaz kata gangguan biasa ni.. dan dia suruh minum air serta kalau pening basahkan tuala gunakan air tu letak kat dahi.. alhamdulillah saya dah makin pulih sekarang ... saya berusaha sahaja... moga sentiasa dilindungi diri dan keluarga daripada anasir jahat...
Pukul 10.15 kami dah balik rumah, tak singgah mana pun.. yang pasti kepala saya ringgan jer malam tu.. dah boleh tidur awal, kalau tak mata mengantuk.. badan penat dokk baring sahaja.. terkulat² nak tidooo.. malam.. kadang tau² dah tertidur...
Sebelum kedarussyifa saya ada pergi rumah nenek kat kg saya, mintak tengok² saya ni dah kenapa.. baik demam semacam jer badan.. memang dia kata ada yang ganggu.. dan dia suruh cari pokok garuda.. nanti saya kongsikan pasal pokok garuda tu yer...
Bicara Hati : Allah adalah Kekuatan, Untuk Mencari Kekuatan Carilah Allah ... Kita hanya mampu berusaha.. yang selebihnya Allah yang Menentukan.