Sape yang pernah bagi anak makan ubat cacing??? korang semua bagi anak minum ubat cacing sejak umur biler yer... Saya kali terakhir masa amir umur 2 tahun memang doktor bagi .. lepas tu dah tak pergi klinik untuk check-up bulanan jadi sejak tu tak dapat bekalan ubat cacing, tibe² saya terpikir sesuatu sejak akhir² ni anak saya senang muntah waktu pagi dan kurang selera makan (takdelah kurang sangat cuma tak macam selalu seleranya) .. adekah sebab cacing ade dalam perut dia.. sebab dia pun pernah ngadu sakit perut waktu pagi..... atau sebab kami keluar rumah awal pagi dia tak biasa dia pening ....
Jangkitan cacing ni dikategorikan sebagai satu
jangkitan parasit, yang mana cacing ini tadi boleh hidup dalam darah ,
usus dan organ tubuh manusia. Bila dah namanya parasit, cacing ni akan
makan apa yang kita makan.
Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?
Bagaimana Cacing membiak dan hidup dalam badan manusia?
Sekiranya termakan makanan yang mengandungi telur cacing, telur cacing tersebut akan menetas dalam usus kecil . Cacing tersebut akan membesar kerana mendapat zat makanan di usus sewaktu proses penghadaman berlaku. Cacing yang dewasa akan mengawan dan bunting seterusnya akan mula bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan keluar melalui najis.
Jenis- jenis cacing yang boleh hidup dalam badan manusia ialah:
Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:
Risiko atau kesan merbahaya jangkitan cacing ialah:
Berapa kerap kanak-kanak perlu mengambil ubat cacing?
Pengambilan ubat cacing (deworming) seharusnya diberikan samaada setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali bergantung pada situasi tertentu.
Jadi saya perlukan pandangan dan pendapatan kawan² maklumlah amir pun dah 4 tahun hahahaha.. amikew dah 2 tahun lebih maknanya dia tak pernah makan ubat cacing lepas check-up terakhir dengan klinik kerajaan dulu.... nak beli kat farmasi jer ubat cacing ape yang sesuai yer??
Bicara Hati: Yang tengah dok pikir dah tua² macam umur saya ni pun kene minum ubat cacing tak???
Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?
- Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak berapa mengamalkan kebersihan .
- Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
- Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah.
- Sekirangan tandas (jenis tandas duduk) yang diguna tidak bersih , terutama di tandas awam.
- Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan.
Bagaimana Cacing membiak dan hidup dalam badan manusia?
Sekiranya termakan makanan yang mengandungi telur cacing, telur cacing tersebut akan menetas dalam usus kecil . Cacing tersebut akan membesar kerana mendapat zat makanan di usus sewaktu proses penghadaman berlaku. Cacing yang dewasa akan mengawan dan bunting seterusnya akan mula bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan keluar melalui najis.
Jenis- jenis cacing yang boleh hidup dalam badan manusia ialah:
- Cacing cangkuk (hook worm)
- Cacing gelang (round worm)
- Cacing benang (thread worm)
- Cacing kerambit
- Cacing pita (tape worms)
Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:
- Pucat akibat kekurangan darah merah (anaemia)
- Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
- Kurang selera makan
- Abdomen kelihatan kembung
- Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
- Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu
Risiko atau kesan merbahaya jangkitan cacing ialah:
- Jangkitan cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak
- Cacing kerambit pula boleh menyebabkan luka pada usus
- Manakala Jangkitan cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat sembelit dan kembung abdomen
Berapa kerap kanak-kanak perlu mengambil ubat cacing?
Pengambilan ubat cacing (deworming) seharusnya diberikan samaada setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali bergantung pada situasi tertentu.
Jadi saya perlukan pandangan dan pendapatan kawan² maklumlah amir pun dah 4 tahun hahahaha.. amikew dah 2 tahun lebih maknanya dia tak pernah makan ubat cacing lepas check-up terakhir dengan klinik kerajaan dulu.... nak beli kat farmasi jer ubat cacing ape yang sesuai yer??
Bicara Hati: Yang tengah dok pikir dah tua² macam umur saya ni pun kene minum ubat cacing tak???
13 ulasan:
Alamak! Seriau nye baca entry pasal cacing ni......... Ubat cacing tu penting, mushang pun ida sentiasa bagi ubat cacing... hehehheee
saya bagi 6 bulan sekali. biasa beli yang jenis tablet. zentel. kdg2 yg perisa coklat, tp lupa brand apa, ada kat gurdian.. kalau yg syrup dia tak nak
Tak pernah lah bagi ubat cacing. Kalau anak tidur menonggeng tu maknanya cacing ker? Thanks for the info.
bgus info ni.. sy pun pnh kene ccg masa kck2 dlu
tanya aje kat jurujual farmasi tu..yg mana lebih berkesan...dah lama tak mkn ubat cacing tu..
kalau dulu mak saye cite kalau mkn ubt cacing siap kua cacing lg time kua njis tu, skrg cacing tu dh hancur bile kua..
oo.. bgus info nie..
kiter yg dewasa ni pun kn mkn ubt cacing gak ke? dulu pernah terfikir, tp pendam je.. hihi..
Zaquan still lagi check di klinik kesihatan setiap 6 bulan sekali, so mmg dia x pernah putus la ubat cacing yg perlu dia makan setiap 6 bulan tu.
k.eija mmg x pernah beli sendiri di farmasi..mmg bg zaquan ubat yg klinik kesihatan bg sj..
saya bagibagi masa aqil umur 2 tahun tu pun nurse kasi kat klinik kerajaan. ubat cacing kat farmasi namanya zentel klu tak silap. sedap kot ubat cacing ni sebab aqil senang je makan ubat ni..
hari tu ada tgk kat WHI pasal cacing ni.. mmg geli la tgk... sejak tu lebih berhati2 bila anak main or masak... kalau anak tak selera mkn... pun salah satu tanda cacing...
eee...geli pula ingt bab cacing ni..
ingt dulu kecik2 suka sangat main pasir sampai kena amik ubt cacing..huhu
sy beli kt armasi jer bg aiman..beli zentel ada yg syrup n kapsul..cakap je utk budak berapa tahun...setiap 6bulan sekali mmg kena bg ubat cacing nie kt anak..
ibunya takpe byk cacing pun tetap gemuk jugak.haha
tq info :)
Catat Ulasan