♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

Sambutan Hari Raya Qurban Kami Sekeluarga Di Kampung



Raya tahun ni nak kata meriah sangat tidaklah ... tak meriah pada aku jer, orang lain sambut kemahin meriah lagi ... salah satunya amir demam hari raya qurban pakej dengan muntah² dan ceri beri huhuhuhu .... memang teruk sangat dia demam hari tu.. nangis² ngadu sakit perut ... puas sapu minyak angin .. naik buntu ibu dia ni hah!!

Lagipun raya kali ni mak dengan bapak mertua pergi haji ... mak dengan abah aku pulak sibukk masak ada kenduri kat rumah buyut ... oleh kerana amir demam aku pakat² dengan hubby jaga amir je kat rumah ... hubby pun sibuk dengan ipar duai berkumpul ada kerja sikit kat rumah mertua.. walaupun mertua takda kami sepakat adik beradik semua balik kampung beraya kat kampung.


Juada pagi raya macam² ada .. semua pakat masak sorang sikit, aku masak nasi himpit kuah kacang jer, ipar² masak nasi ayam, carbonara dan paitie .. nyum²... rendang pun ada jugak... menjilat jari memasing makan tau ... amir jer tak mooo makan ... dia takut, sebab asal makan muntah .. asal makan muntah.. cian dia ... sudahnya ibu pun hilang nafsu makan tau ... risokan dia...





Pagi raya haji tu lepas semua siap solat, lepas sarapan dan sebelum hubby buat kerja² lain kita orang bawak dulu amir pergi poliklinik.. 24 jam dah itu je pun klinik yang bukak dekat rumah kami ... tu pun kemahin lama menunggu ... semua² ubat ni siap ada demam, cirit birit, antibiotik, angin ada 7 ubat kalau tak silap semuanya rm 70 hinggit. Boleh tahan jugak reganya .. mujurlah mujarab tau .. cuma ceri beri tu amik masa sikit.. demam 2 hari dah ok senin tu amir dah okey boleh makan dan beraya ....





Inilah kerjaan hubby dan ipar duai hari raya haji hari tu ... 3 hari jugaklah pulun semua daripada bumbung sampai menyimen ni ... lepas tu hari isnin petang hubby pulak dah macam nak demam .. cepat² tampal koyok satu badan ... terus selasa segar bugar nak pergi mengajar ...





Hari raya haji kan dapat cuti hari senin tu ... jadi dapatlah join baraan kengkawan tapi aku sempat pergi satu rumah jer.. sebab perut aku pulak memulas² hari senin tu hahahahah .. haru betul amik giliran dari amir huhuhuhu ... sudahnya aku pergi satu rumah jer.. yang lain tak dapat join....





Bicara Hati : Alhamdulillah tepon mak mertua ... mak dengan bapak sihat, sihat dan ceria jer suara dia dah balik mekah dah katanya .. insyaallah 14 oktober ni baliklah mak dengan bapak mertua... 






Khamis, 28 Ogos 2014

Pasrah



Sejuk pagi hari ni.. bila hujan di pagi hari seperti merahmati apa yang akan berlaku malam nanti .. insyaallah malam ni penerbangan mak dengan bapak mertua ke tanah suci , moga segalanya dipermudahkan ... doakan yang terbaik buat keluarga mertua saya moga diberikan kesihatan yang baik disana sepanjang 45 hari kalau tak silap saya .. sebab penerbangan pulang dijangka 13 oktober.

Dia buat perangai pagi ni??? grrrr .. tab tak boleh nak transfer gambar ke blog .. dah sudah.. entry berderet² lagi nak kongsikan ni .. pasrah je lah bila jadi macam ni .. pasrah bila entry kena tunda .. pasrah bila tengah mood membuak² nak kongsi entry .. ada kelapangan tab buat hal grrrr ..... pasrah ada entry pestime beraya rumah blogger akan keluar dah habis raya hahahaha .... dan paling teruja nak kongsikan entry amir dah pandai kayuhhhh basikal tanpa roda kecik pada usia 6 tahun 2 bulan ... (poyo je kan .. anak orang lain dah pandai kayuh usia 5 tahun kot .. tak kecoh pun)  #pasrah2 kat ig pun tak boleh upload gambar grrrrrrr sangat tau dibuatnya.... bila dia buat perangai tab ni ....

Dalam pada kami diuji tak sihat ... dalam tengah susun jadual untuk menghantar keluarga mertua malam ni .. hubby kena pergi kursus ... bermula semalam .. adehhhh #pasrah lagi .... aku dah nekad takpalah tak hantar ke kelana jaya .. jaga rumah .. semua pakat pergi takpalah aku kemas rumah ... kunun² pasrah ler tu .. tapi hubby suruh jugak pergi .. mintak tolong pak cik hantarkan ... sebab nanti nak letak beg mertua tak muat kat kereta adik ipar ... tu yang mohon moga dipermudahkan semuanya malam ni ... hubby akan datang terus daripada tempat kursus sebab esok pun hubby masih ada kursus lagi ... dan mujur jugak kursus di Bagan Lalang, kalau keluar daripada selangor kan ke haru.

Dan pasrah lagi .. big bos cuti 2 hari ni, sampai selasa depan baru ada .. sebab isnin kan ke cuti ganti ... sempena hari merdeka .... masing² amik kesempatan cuti panjang. Patutlah hari ni berat hati nak datang kerja ... dengan tak sihatnya gigih datang kerja ingat nak siapkan kerja urgent sebelum cuti .. kalau tahu big boss takda memang dah MC dah tau... tengah tak sihat ni ... 

Eh² pasrah sangat entry ni kan... membebel jer ... motif² huhuhuhu ... nak meluahkan perasaan jer, walaupun tak boleh upload gambar ... tapi tengah mood nak menulis .. korang layan jer lah ... yeahhh nak bw ke rumah korang ... sebelum balik petang ni, sebab mohon amik 4 jam.



Bicara Hati : Ada jugak yang esok mc ni , sebab tengok nombor pun dah berpinar kembang² camna nak buat kerja... tapi baca blog boleh pulak kikikikiki ... ;p















Rabu, 6 November 2013

Musim




Sana sini baca kawan² update anak² tak sihat, kesan daripada jerebu dulu agaknya... amir pun baru jer baik demam alhamdulillah.... 

Lepas amir baik anak buah pulak demam, rizqi (anak adik saya) .. cian rizqi demam, selsema dan batuk... rindu wan yer... lepas wan meninggaldunia dia demam ... ni masa kenduri last tu.. orang tahlil kami bawak dia pergi klinik sebab tu ada gambar amir... cian sangat kat rizqi dah tak selesa selsema... nafas pun dah berbunyi²... letih pun iyer agaknya dah mula meligat.

Baru ni mak bawak dia berurut, apa lagi menjerit²lah lah dia kene urut... barulah nampak sihat sikit.. kalau tidak kuyu jer mata tu... tapi masih meligat jugak....







Isnin, 4 November 2013

Jiwa Yang Sensetif


Orang tua² kata, baby kalau demam nak dapat akal. itu baby lah kot usia baru 4 5 bulan atau bawah setahun .. tapi ni dah 5 tahun dapat akal gelihati pulak ibu.. kalah baby ni hahahahaha ...

Puncanya macam ni.. sejak akhir² ni saya perasan jiwa amir lebih sensetif sikit .. dah pandai merajuk.. sebelum ni pun merajuk jugak.. tapi tidaklah ketara sangat .. inikan.. dia merajuk boleh pulak dia menyorok.. kat dapur.. elokk jer bersandar.. kadang kat kerusi keluar .. kat bilik.. eh².. itu akalnya baik demam yer...

Sampai saya kene panggil, saya kene carik .. pujuk dia barulah dia okk tau.. memang sensetif habislah... kalah anak dara .. ibu dulu anak dara pun merajuk tak macam tu... huhuhu.... anak²...





Ni gambar pagi tadi ... ibu kata possing ² senyum... sekali dia buat muka gitu lah.. apa motiffnya tu alahai.. anak².. hari ni dia cuti dengan esok.. dah balik kampung pun.. saya?? saya kerja... hubby hantar... petang balik kerja teruslah balik kampung.. bukan jauh pun kikikiki ... malam ni ada kenduri sikit adik beradik hubby jer kat rumah mertua sempena awal muharram macam biasalah pak mertua akan buat doa selamat baca doa awal tahun dan akhir tahun... moga dipermudahkan semuanya...






























Selasa, 29 Oktober 2013

Kisah Amir Demam Berlarutan Hampir 2 minggu



Sepanjang amir berusia 5 tahun ni, rasanya inilah kali pertama amir demam lambat sembuh.. lepas pergi 2 klinik swasta. Buntu saya dan hubby memikirkan demam amir yang tak kebah.. asal tengah malam lepas pukul 12 demam panas dia akan datang semula.. siap mulut membebel macam mengigau .. mata terpejam. Kadang sampai saya terduduk tengok dia... tenung muka dia... sebab tak boleh nak tidur, kain uala di basahkan.. cool fever pun sudah di tampal.

Minggu lepas hari selasa saya dengan hubby amik keputusan pergi klinik cek darah, maklumlah macam sedia maklum kawasan rumah kami tu mudah sangat suspek denggi ni ... alhamdulillah ujian darah amir normal.. malahan hb amir lebih tinggi daripada ibu 14 ok... jangan tak caya. Ibu risau jugak bila nak amik darah ni kot amir meronta².. mujurlah dia pernah ada pengalaman sebelum ni.. walaupun sebelum ni siap berbalut selimut takut dia meronta.. kali ni ibu bantu.. ibu pegang tangan dia dan tenangkan dia... alhamdulillah dipermudahkan... cuma dia menangis jugaklah... sakitkan.. jangan kata amir.. ibu pun tahu .. macam mana rasanya.. ibu pernah kene jugakkan.

Mula² ingat nak bawak pergi hospital.. tapi siang tak panas.. dia panas tengah malam, dekat klinik kesihatan tu pembantu doktor bagi tahu berat amir ni dah tak sesuai dengan ubat cair .. jadi doktor syorkan amir makan ubat demam macam panadol yang pil tu.. tapi makan separuh... sebab amir tak pandai makan ubat telan.. jadi saya kenelah cairkan ubat tu. Rata² nurse kat klinik bagi tahu ramai datang klinik kes budak demam tengah malam, waktu siang ok.. tengah malam baru mula demam.. mungkin kesan jerebu dulu.



Ubat demam, ubat batuk dan ubat titis untuk selsema.. ini ubat daripada klinik swasta hari tu.. ini klinik yang mula² siap masukkan ubat montot lagi malam tu tau... tengah malam.. dengan angin macam nak ribut hujan.. kami keluar pergi klinik 24 jam ni... jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih.





Syukur alhamdulillah pada saya sibuk kehulu kehilir, pada mood nak makan takda.. apatah lagi nak memasak ... saya dikurniakan jiran² yang baik dan akak ipar yang tinggal berhampiran.. terima kasih kerana juadah² ini ... kami makan apa yang ada sahaja.... seyes saya tak lalu nak makan .. sampaikan mak saya kata .. kamu jangan tak makan, tak selera pun jamah sikit ... yang tak sihat amir.. jangan kamu pun tak sihat.. terngiang² ayat mak tau ... habis bubur sebekas kami makan suami isteri .. hubby yang tak suka bubur pun makan sampai habis.. dah iu jer yang adooooo




Demam akan kebah waktu lepas makan ubat dan siang, tapi malam mesti demam balik .... tu yang kami pergi klinik lagi, klinik lain pulak... barulah pergi klinik kesihatan amik darah... lepas amik darah dan makan ubat klinik kesihatan pun badan amir masih demam tengah malam telinga sejuk dan kaki ... cadangnya nak bawak pergi hospital.. tapi bila teringatkan keputusan ujian darah yang normal.. kami buat keputusan untuk pergi kedarussyifa pulak. Nanti tunggu next entry yer.. saya cerita kami ke darussyifa pulak.








Rabu, 23 Oktober 2013

Kenapa Menyepi Tanpa Entry Baru




Hari tanpa kata ... Layan gambar intro dulu... Nanti bila saya ada kesempatan saya kongsikan diblog.






Rabu, 9 Oktober 2013

Cabaran Menunaikan Amanah Allah s.w.t




Dah petang baru sempat bersiaran, setengah hari melayankan kerenah bujang... Sudahnya lepas makan ubat dia tidur dari kul 11 sampai 1.30 petang... Dengan saya2sekali tertidur sebab malam tadi tak dapat tidur.

Hari ni ibu masih el, amir demam makin melarat... Petang ni baru nampakkk okk sikit... Malam tadi kul 1 pagi lebih kurang camtu kene pergi klinik balik.... Masuk ubat bontot sebab suhu panas badan naik mendadak... Mujurlah ada klinik 24 jam berdekatan rumah....

Doktor bagi ubat titis untuk seksema sebab dia tengok amir macam payah nak bernafas... Bila titis kat hidung alhamdulillah makin pulih... 



Bicara Hati : saya pulak dah mula rasa seram sejukkk nak demam.





Khamis, 11 Julai 2013

Hari Kedua Ramadhan





Alhamdulillah hari kedua puasa amir dah kurang panas, makin okk cumanya mata masih lagi kemerahan dan keluar tahi mata tu ... panasssss kalau keluar mata dia, dan sempatlah jugak suap dia bangun tidur pagi tadi...

Kami pun dah balik kerumah malam tadi, semalam sempatlah buka puasa kat rumah mak sebab amir kat kampungkan .. nasib baiklah hari ni amir dah tak berapa panas sangat, cuma merenggek² tak nak ketadika dia nak duduk taska .. saya okk sahaja .... 

Dah pesan kat pihak taska kalau ada masalah apa cepat² sms saya, risau jugak hati ni ... ubat demam dah makan, ubat batuk pun dah ... malam tadi tidur pun saya letak eyemoo kat mata.. hilangkan tahi mata dia tu .. panas dalam sangat²kan.. tuala basah memang kat kepala sahaja, mujurlah dia okk sahaja ... sebab kalau saya jerlum dengan air asam jawa dan beras mesti dia tak nak.

Terima kasih sangat² pada kawan² yang memberi nasihat dan doakan kesihatan anak saya, bukan saya nak meraih simpati .. atau apa, saya tahu ramai lagi yang lagi susah hati .. dan sengsara ... ini cuma luahan kisah hati saya sahaja .. janganlah salah paham ingatkan saya mintak simpati pulak ermmmmm ....

Ok jom layan video aktiviti amir masa ke masjid sebelum ramadhan hari tu .. anjuran pihak tadika seluruh kawasan sekolah berhampiran sekolah amir dan PERTIM saya tak reti nak upload video tu sebab daripada fb orang lain kan.. saya bagi link ni harap bolehlah korang tengok huhuhuhu ... saja abadi kenangan sebab tadika amir pun terlibat jugak, tapi kelibat amir saya tak nampak .. ramai sangat Liputan TV3 Siaran Langsung Program Gerak Serentak ke Masjid 2013




Bicara Hati : Rasanya musim demamlah sana sini, mak kata sekarang musim buah.. tu musim orang demam (tengah pikir ada kaitan ker??? mak² .. ada² jer... masalahnya satu buah apapun tak beli lagi baik durian, manggis atau apa² jerlah)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...