♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

Rahsia Di Sebalik Rasa Pavlova Yang Sedap





Assalamualaikummmmmm ... Selamat menyambut awal muharran 1436H dan 10 muharram .... tiada rasa yang mengembirakan .. melainkan rasa syukur yang tidak terhingga di dalam hati. Yupsss hari ini 10 muharram 1436H , tak sempat nak buat entry pada 1 muharram hari tu ... kira jumudlah hari ni sekali ... tahniah dan syukur buat rakan² yang berpuasa semalam dan hari ini ... aku??? (@@) tak dapatlah rasanya .... marilah manfaatkan diri pada hari ini dengan berzikir .. insyaallah allah permudahkan hajat kita.


Rezeki dapat makan pavlova ni hari jumaat minggu lepas kawan opis belanja .. kemahin besarrr lagi .. meriah melimpah ruah buah²an atas tu.. sampaikan krim pun tak nampak dah daripada atas. 



Sambutan di opis tahun ni ala kadar sahaja, macam biasalah hari jumat lepas dah adakan ceramah .. ramai jugaklah yang dapat join ... itu pun dah rasa syukur .. sesekali bila kita diberi peluang hadir ceramah² agama ni hati rasa lebih tenang sahaja. Malam tadi patutnya hadir ceramah di surau kg, tapi hubby penat .. tak menyampai hati pulak nak ngajak paksa²kan ... baik dia berehat jer .. kebetulan ipar duai datang rumah mak mertua .. mengemas.. dah lepas maghrib barulah balik.. jadinya tak dapatlah nak dengar ceramah.







Bila korang padang pavlova yang meriah macam ni .. apa yang korang rasa, ok pada yang tak pernah makan ... saya bagi tahu rasanya yer.. dia rasa tepung bawah tu ranggup jer.. mudah berderai.. dia bukan macam kek atau biskut pun ... lepas tu rasa krim yang lembut dan buah² tu tengoklah pada buahnya macam stoberi tu masam, anggur hitam manis, anggur hijau masam sikit .. tapi rasa² itu semua lah yang membuat pavlova tu jadi tak muak ... jadi korang bayangkanlah kehidupan seharian kita yang macam tu .. ada rasa masam, lemak, manis .. mungkin sedikit kelat² buah freshh gitu .... yang menjadikan kehidupan kita lebih sempurna ... sesempurna rasa pavlova .. hahahaha gitu .. kemahin masya kan simbolik sangat makna di sebalik rahsia pavlova yang sedap. Dah jangan korang ingat masya nak kongsi resepi .. kosalah haiiihhh nak buat... kalau nak makan beli jer salunya.. tapi .. jarang beli pun.. salunya budak² opis ni beli kita join makan jew hahahahaa ... ;p






Bicara Hati : Yang tak sabar nak tunggu 5 nov ni jeng jeng jeng ..... nantikan update di ig wakakakaka (gelak jahat)










Rabu, 26 Februari 2014

Kempunan Kek Butter Peanut




Hari ni ada jamuan kat opis, daripada pagi .. sampai kepetang punya kenyang makanan saya hadap ... banyak sangat makanan .. murah rezeki .. alhamdulillah .. tapi kan.. dalam banyak² makanan yang terhidang .. tak sempat nak merasa kek ni huhuhuhu.. ramai kata sedapppp.... kemain besoo camni dah ramai² manalah nak cukup kan... sadis betul dia buatnya... sudahnya ... kempunanlah.. mujur tak ngandung kalau tak mau .. guling² nak jugak.. nak jugak.. hahahaha .. sapa nak layan tu.

(^______^)v




Opsssss .. sebab ni entry kempunan kek .. saya tayang kek jer.. nanti story mori eh ... hahahaha ....










Selasa, 26 November 2013

' Cheese Cake ' Meleleh Air Liur Dan Buat Saya Tergoda



Fenomena.. fenomena... sana sini dok publish cheese kek meleleh ni, wah² sakan eh.. camne nak diet.. kalau baru nampak gambar dah bikin hura hara tak tentu arah nak merasa jugak hahahaha .... sampaikan nak tidur pun dok terbayang² cheese yang meleleh² tu...
Nafsu membuak² dibuatnya tau.. lagi² makanan berunsurkan keju.. memang sukalah kan.. kan... dan lagi tetiba kawan opis offer jomlah beli ramai² dapat murah.... ini pun sebekas rm 20.00 murah ker??? bolehlah nak banding tempat lain ada rm 25.00 tau .. owhh pingsan.. bangun.. pingsan bangun terketar² tangan nak hulur duit bayar ....



Kunun² baru nak mencuba belilah sebekas ni perisa coklat, dia ada banyak perisa.. ada pandan, dan stoberi jugak.. tapi pada tekak ni pandan manis.. coklat ni okk sikit....




Tu dia... lapisan kat dalam.. seyes sedappppppp... bangat.... tak tipu.. tak tipu.. kalau korang pengemar kek keju harus beli dan cuba.. kalau tak korang menyesal tau.. hahahaha .. boleh pulak camtu kan. Rasa dia sukar nak digambarkan.. tapi bila makan sejuk² memang sedappp... kalau boleh takmoo kongsi dengan orang lain dah.. tapi saya beli sebekas ni siap bawak balik kampung bagi mak dengan adik rasa.. dia orang pun cakap sedapp... siap cakap.. nanti belilah lagi.. gegegegugugugagagaga .. iyer mak.. saya angguk senggih² jer..




Bicara Hati : Tetiba nak makan kek keju meleleh ni sekarang, hadoilah.. kenapalah susah sangat nak dapat kamu.. kene tempah dulu...













Khamis, 7 November 2013

Cara Kami Mengeratkan Silaturahim Di Pejabat


Datang kerja mestilah nak mood² happy jerkan.. takmoo stress² walaupun hakikatnya kerja berlambak².. hakikatnya ada jer yang tak habis² bercerita itu ini disekeliling.. tapi.. kita biarkanlah itu semua.. bukan tak nak amik pedulikk atau petingkan diri.. tapi biarlah kita buat sesuatu yang lebih baik.. lebih mengeratkan silaturahimmmm  barulah nak bekerja pun best iyer tak??? angguk laju² kalau setuju.. sambil senyum (^____^)

Ni cerita dah hampir seminggu berlalu rasanya, baru berkesempatan nak buat entry.. hihihihihi... ini pun entry autopublish.. tuan tanah kedaung ada kerja luar 2 hari ni... jadinya moh layan gambar² ni...




Suprise... buat kak nani... special kek kami order homemade okkk.. sedapp bangat.. tengok gambar pun dah mengiurkan.. apatah lagi baru rasa sepotong... semoga kak nani (yang baju biru.. tudung biru) dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ... dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.. umo?? umo jangan tanya eh.. tekalah korang sini.. 







Sesi possing² nakal .. tak sah kalau takda.... bersama berstday girl... silalah jangan muntah layankan gambar² ni yer.. ni pun dah banyak tapis dah ni... kalau letak semua kot mau pingsan .. berjela gambar kat entri ni.
kak nani kawan sepejabat saya.. tapi lain² bahagian hihihihihi... lain bahagian pun masih lagi satu opiskan.. mestilah kami jadi kawan jugak.. kira macam kawan baiklah daripada mula masuk kerja.. kiranya dah 8 tahun kami kenal.






Disebalik tabir majlis.. dan antara mereka² yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk sesi suprise kali ni, saya yang sempat cadid.. kalah wartawan RAP tau kikikikiki ... sesi possing² ni kalau dibiarkan mau tak potong kek hahahaha ... ober tak?? ober tak??? ... sayalah tukang cadid tu.. suka momen macam ni spontan.. ada cerita di sebaliknya.... cara dan masa macam ni lah kami mengeratkan silaturahim .. walaupun kami ni daripada unit yang berbeza.





Bicara Hati : Nilai persahabat itu mahal harganya, menjadi seorang sahabat jugaklah adalah berat tanggungjawabnya.. moga menjadi sahabat yang baik dunia akhirat amin...

















Rabu, 6 November 2013

Suprise Pecan Butter Scotch



Layan gambar dululah yer.... kata suprise... nanti saya sambung ceritanya.. tuan tanah bizi ni... yang pasti kek ni sedapppp bangatttttttt ... mahu makan berhiris².. berkali²... kalau takda sapa tegur kikikikiki ...;p






Jumaat, 4 Oktober 2013

Silaturahim Seibu Sebapa



Patutnya entry ni saya publish pada 01 Oktober hari tu .. atas sebab² tertentu ... tak sempat nak publish kikikikiki ... bizi lah kunun.. kunun kan... tak sempat nak mengarang.

Alhamdulillah rasa bersyukur sangat² bila dikurniakan ahli keluarga yang ramai baik sebelah mak mahu pun sebelah abah .. walaupun hakikat sebenarnya adik beradik mak seibu sebapa cuma 3 orang .. begitu jugak abah yang seibu sebapa pun 3 orang sahaja. Tapi mak dengan abah punya adik beradik tiri yang sangat² baik dan erat.. sampaikan.. rasa kadang² tak macam adik beradik tiri pun hihihihi....



Inilah satu² adik mak yang tinggal seibu sebapa .... ni gambar raya hari tu ... eh² tak nampak mak macam kakak pun.. macam sebaya hihihihihi ..;p mak ada 3 beradik .. mak nombor 2.. akak mak meninggaldunia 5 tahun yang lepas .. masalah kesihatan .. al-fatihah buat arwah moga rohnya tenang disana.



Selamat hari lahir buat adik mak saya .. kami panggil bik atin hihihihihihi ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ... diberi kesihatan yang baik.. dan cepat² dapat menantu.. untung² jadi nenek awal boleh main dengan cucu (^___^)v 
Gambar kredit fb adik sepupu hihihihihi ...




Bicara Hati : Baru seminggu tak balik kampung dah rasa macam lama .... tak tahulah minggu ni dapat balik tak. huhuhuhuhu ...;p








Isnin, 17 Jun 2013

Sambutan Hari Lahir Amir Kat Tadika



Buat pertama kalinya tahun ni, amir sambut hari lahir dengan kawan² kat tadika ... so sweeettttttt .... kenangan terindah yang akan di abadikan sampai bila², sambutan pada 14.06.2013 (Jumaat) jam lebih kurang 10.00 pagi


Banyaknya gambar .. tak tahu nak kongsikan yang mana .... hihihihi .. dan eksklusifnya hanya kongsikan diblog sahaja, dah malas nak upload kat fb, kita upload gambar kek jer hihihihi ... nanti ada orang komen kita bangga diri pulak (bajet retis pulakkan) hahahahaha .... maklumlah kat blog ni walaupun ramai yang follow tapi semua pun sporrting .. walaupun cuma kenal di alam maya sahaja.. terima kasih semua.



Kek idaman superhero man of steel, khas buat superherooo ibu hahahaha .. tema biru dan merah macam tema blog ibu pulak.. habis kalau ikut tema amir nak hijau ape kes... gambar hulk bolehlah hijau kan ...;p






Amir dengan cikgu kelas kesayangan amir, cikgu ain .. terima kasih cikgu .. kerana melayankan kerenah amir ... dan terima kasih mengajar anak saya dengan ikhlas .. moga amir di terangkan hati mudah menerima ilmu yang cikgu berikan.







Amir dengan antara kawan² kelas amir, yang lain malu nak interframe.. yang ini pun jenuh cikgu² suruh senyum beku hahahaha ... korang tengok bebudak ni .. kemain lagi bajet popular tau... muka interframe. kat gambar.






Kenangan bergambar dengan cikgu² tadika amir dari kiri cikgu ain (guru kelas amir), pengetua mualimah, saya dan ana (ibu adam) tolong temankan ... sebab dia ada hal nak jumpa pengetua kita hangkut dia sekali.... cikgu ujie (cikgu taska) bercuti takdalah dalam gambar ... tukang amik gambar hubby hihihihi ...







Amir patutnya sambut jamuan hari lahir sekali dengan amir, tapi zara punya tunda hari ni .. hari isnin. Jadinya hari jumaat tu sambut bestday amir sorang² jerlah kat tadika.








Kami sekeluarga, penat tau deko² belakang tu.. terima kasih pada kawan opis yang tolong buatkan, tq auntie nadia amir kata hihihihihi .... tulis 5thn amir hazim jatuh sikit .. terkebawah lah pulak .. huhuhuhu .. jadi tak berapa nak nampak sangatlah.







Goodies buat kawan² tadika dan taska amir, harap dia orang suka. (^___^)v








Terima kasih sangat² pada pihak tadika, sebab memberi kerjasama yang baik .. amir kemain teruja sangat, jangan cakap .. habis kat kampung semua orang dia nak bagi tahu dia dah sambut bestday dengan kawan² tadika hahahahaa .... yang lemah datangnya daripada saya dan hubby moga yang baik² semua atas perkenan allah, alhamdulillah majlis pun dipermudahkan dan bacaan doa oleh ustaz daripada tahfiz, saya tak amik gambar.. tapi saya rakamkan videonya.










Bicara Hati : Ada cerita disebalik tabir sebelum majlis diadakan ... memang betul² dugaan buat kami, nanti up story kemudia eh...



















Ahad, 9 Jun 2013

Ulangtahun ke 5 Buat Putera Masya



Satu berita yang cukup mengembirakan bila dikabarkan mengandung, rasanya semua orang yang pernah merasai .. pasti akan gembira pada saat itu.

Hari ini pada tarikh ini 5 tahun lalu 09.06.2008 aku bergelar seorang ibu pada 4.50 petang macam tu, hari isnin .... hubby kata .. napalah amir tak keluar pukul 5.00 kan dah lepas waktu pejabat.. jadi waktu cuti hubby bolehlah bermula selasa.... kuasa Allah jangan nak menidakkan yer... piat ayah baru tahu ...

Dalam entry kali ni aku kongsikan gambar² indah saat² melalui waktu itu .. bukan gambar bersalin yer.. jangan salah paham pulak .. bersalin hospital kerajaan hubby pun tak boleh masuk lagi² operation kan (tak pernah lagi kongsikan kisah kenapa kene operationkan.. nanti kita pikir yer.. nak mula macam mana)


Satu² gambar dah sarat sangat ni baru keluar hospital dah 9 bulan tunggu hari jer nak bersalin, masa ni singgah jusco nak makan sizling.. tembamkan aku?? berat masa ni 64kg fuhhhhhhh .... hebat tak hebatlah ... dah nak sama besar dengan hubby kakakaka ...





Alhamdulillah ... amir selamat dilahirkan ...
Hari isnin
Berat baby 3.1++kg
Masa 4.50 petang
Kaedah bersalin pembedahan



Dannn .. hubby kata sambut bestday amir besar² selang setahun, maksudnya kali pertama sambut besar, tahun kedua kami bertiga, kali ketiga sambut besar, kali ke empat macam biasa kami beriga .. macam tu lah... takmoo membazir sambut setiap tahun, yang penting saling mengingati...




Pertama kali sambut hari lahir amir ... 
Amir dah setahun masa ni .. tapi tak pandai jalan sangat, baru belajar berjalan ... sikit²...




Tahun kedua kami bawak amir pergi mandi manda kat wetworld sahaja....






Kali ketiga kami buat besar sikit, hubby dapat rezeki lebih .. alhamdulillah jemput saudara mara dan rakan² yang terdekat... amir pun teruja sangat .. tapi bila nak tiup lilin moddylah pulak... sebab baru bangun tidur.




Tahun ke empat bawak amir jalan² .. main bowling dan makan² kat kfc sahaja.





Tahun ni, tahun ni.. insyaallah sambut kat sekolah pulak... nanti up story eh kalau jadi ....
Ibu bersyukur dikurniakan anak baik, cerdas dan bijak macam amir, ibu doakan moga amir menjadi anak yang soleh, anak yang baik dan menjadi abang yang baik buat adik-adik insyaallah ... moga amir sentiasa diberi kesihatan yang baik yer.... amin ....




Bicara Hati : entry autopublish, kami sekeluarga pergi konvokesyen hubby kat PWTC.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...