♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kreativiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kreativiti. Papar semua catatan

Rabu, 29 Januari 2014

Kraftangan Pertama Amir Ditadika


Sebulan pertama awal persekolahan biasanya budak-budak tadika ni lebih pada pendedahan kemahiran melembutkan jari, lebih pada menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika.... Bila dah lama sikit nanti barulah belajar menulis... 


Cantik ni kraftangan amir pertama di tadika, mewarna kipas menggunakan crayon... Terbaiklahhhhh ... Makin teliti sekarang bila mewarna...hijau tak pernah tinggal .. Suke sangat warna tu.


Semalam ade aktiviti sukan, tapi hujan amir kata tak boleh main kat luar... Jadi main kat dalam tadika... Cikgu bagi uli doh donut dengan karipap... Best ibu.. Cikgu ade beli acuan dia... Sweet sangat dengar amir cerita memang penuh teruja dia sebab kat rumah pun ibu buat donut dengan karipap takda acuan... Main... Agak2 sahaja.

Pengalaman baru macam ni memang buat kanak-kanak teruja, sebab kat rumah pun kalau ada peluang amir memang suke tolong saya... Tapi ibu dia ni ade angin kus kus... Ni dah lame dapur tak berasap hahahaha.... Jadi bila dah lama tak buat tu, dia terlebih teruja sikit.








Isnin, 9 Disember 2013

Mula Bosan Mencantum Gambar


Kami beli puzzel ni untuk amir, atas permintaan dia jugak.. katanya nak buat dengan ayah cuti sekolah ni.... jujurnya saya terkejut dia mintak belikan puzzle ni... sebab dah lama kot dia takmoo dah...

Tak sangkalah pulak .. kali ni gigih dia buat sendiri tau.. saya dengan hubby bantu mula jer... lepas² tu dia kata nak buat sendiri.. dan sukanya.. bila berjaya dia buat sendiri ... hahahahaha .. seyes saya pulak yang macam tak percaya .. ermmm cepatnya anak ibu membesarrrrr .. ibu tak puas lagi nak cium².. nak gomol².. amir tau... rindu.. sangat suasana tu.. percaya tak.. sekarang ni kalau cium sikit jer... lepas tu dia lap, tapi kadang tu.. kalau mood dia baik.. memang dia yang suruh cium... lepas tu cakap.. sayang ibu.. wangilah ibu ni.. padahal tak mandi pun lagi.. saikoo jer tau...

Nampaknya kene beli koleksi baru, sebab yang ni dah seminggu amir buat.. dah hafal... bosan katanya... pandai jerkan.. carilah akai ibu nak buat aktiviti yang berfaedah lagi... seronok jugak layan dia... 

Saya kata.. nanti gaji ibu belikan yer... padahal saja nak buat suprise.. cuma tak sempat nak membeli lagi jer... sebab ada gambar tu yang macam tak sesuai jer.. bukan tak sesuai .. lebih pada biarlah gambar berlainan .. boleh buat koleksi nanti...





























Rabu, 26 Jun 2013

Cita - Cita Amir



Sebelum² ni pernah kongsikan info yang amir teruja sangat dapat crayon, dah sebab dia teruja tu .. dia hampir² buat saya nak pingsanlah bila dia terlebih menunjukkan kreativiti dia tu.



Inilah hasil kreativitinya, korang bayangkan dia menulis ni kat rumah mak, dah siap .. dengan muka tak bersalah dan terujanya dia panggil saya suruh tengok ... cantikk tak ibu.. cantikk tak??? warna warnikan... amir dah pandai tulis huruf A tak sengget dah .. A kan amir huhuhuhu ....

Bila kita tanya kenapa tulis kat sini, kan kertas banyak... kan sini kan macam cikgu ain tulis .. erkkk sabar jerlah... cikgu selalu tulis kat papan kat depan ... 

Alahai sayang itu cikgu.. amir tak bolehlah tiru gaya cikgu ... nampaknya dah ada tanda² nak ikut kerjaya ayahnya, tapi biarlah amir up sikit jadi pensyarah ker.. profesor ker hahahahaha ... apapun moga amir berjaya suatu hari nanti.

Perkembangan masih kanak² ni, kalau di tanya macam²lah jawapan cita² dia.. paling saya tak tahan bila dia kata nak jadi pemandu kereta bomba atau lori sampah ... 





Bicara Hati : Hari ni amir masih kat rumah dengan hubby, pagi ni ada darah keluar sikit dari kemaluan dia.. kesan doktor bagi ubat semalam agaknya. 





Jumaat, 31 Mei 2013

Kreativiti amir menggunakan tanah liat




Jom layankan gambar² amir ni... bukan main tekun lagi dia buat, hasilnya .. memanglah super duber.. nak tergelak ibu dibuatnya .... 

Dah belikan, kenelah melayankan kerenah dia pulak, main sama².... saya tak perlu risau sangat sebab amir dah 5 tahun jadi dia memang dah boleh main tanah liat... cuma kene pesan jerlah.. lepas main simpan, kemas dan jangan lupa basuh tanggan.

Buat rama², buat ulat (ulat tu yang pertama dia buat) siap nyanyi² lagu ulat lagi ... gambar bawah rama² tu .. amir kata stoberi, hihihi.. ada rupa stoberi ker?? macam takda jer... yang bawah sekali sebelah kanan tu.. buat berger.. ayah.. kami nak makan berger bakar .... bila mahu tunaikan ni.... ;p

Doh tanah liat ni saya beli kat cosway.


Bicara Hati : tengahari ni rehat panjang, mahu kemana kita??? ...




Doh Tanah Liat - Mainan amir untuk cuti sekolah



Fuhhhhhh .... dah jumaat yer hari ini, esok?? esok bersiap sedia untuk kerahan tenaga, yang banyak diperlukan ... sebab apa.. minggu depan cerita yer... (^____^)v

Cuti sekolah dah 5 hari ni, jadual amir mmg 360 darjah ikut sukati dia jer.. saboo jerlah ... sebab dulu amir tak paham sangat istilah cuti sekolah, ditambah pulak hubby cuti sekolah pun dia tak paham sangat .. tapi dah besar ni payahlah sikit .. dia dah paham ... kalau hantar taska pulak tak ramai kawan sebab cuti sekolahkan... walaupun taska ada jer sediakan aktiviti yang bagus.. sudahnya isnin kat kampung, selasa pergi taska, rabu kat kampung, khamis pergi taska.. hari ni?? hari ni amir kat kampung dah...... ibu ? masih bekerja.. sebab kampung kami tak jauh mana pun... lain daerah jer.. masih kat selangor jugak.

Okkk.. sebelum cuti sekolah lagi, dah planning nak belikan amir tanah liat ni, ditambah pulak ... amir pernah bagi tahu dia pernah main kat sekolah .. saya apa lagi .. perkembangan yang positif lah ni... dah boleh belikan, saya ni buka apa.. kalau beli kat luar mainan ni saya pikirlah 100 kali tau.. sesuai tak dengan perkembangan amir ni.


 
Ini lah 5 doh satu set saya beli dekat cosway jer.. kalau tak silap ada offer .. RM 10.90 
SATU SET ADA 4 PERCUMA 1 JADI SEMUANYA ADA 5 WARNA.







Masa nak bagi kat amir ni kan.. kunun².. saya katalah amir dah habis examkan, ibu ada suprise untuk amir .... dah budak tu mengelupur nak tahu pulak .. tak menyempat sampai kat rumah .. tapi saya saiko sikit .. amir okk jer.. sanggup tunggu sampai kat rumah.. good boy.. memang teruja habislah tengok muka dia tu .. sebab amir pernah mintak saya belikan.. saya tak tahu nak beli jenama yang mana kat kedai kat luar tu.... yang cosway ni lembut dan wangi.. macam nak makan jer dibuatnya.


Berbaloi² jugak amir ada tanah liat.. dah kehulu .. kehilir, balik kampung pun dibawaknya.. nasib baiklah dia tak cakap nak bawak pergi taska... memang takkkk bagilah kan.. kat taska tu lagi banyak mainannya, lagi banyak idea kreatifnya.


Bicara Hati : Nanti kita kongsikan sikit eh.. hasil kreeativiti amir... Selamat Hari Kanak² Sedunia.




Khamis, 16 Mei 2013

Teruja Dapat Crayon





Pertama kali dapat hadiah ni .. daripada adik ipar saya, amir bukan mainlah teruja .. sebab .. ibu dengan ayah ni tak pernah lah nak belikan warna macam ni.. hihihihi ... okkk .. sebab ibu rasa pakai pensil warna biasa sudah, kalau guna crayon ni comot sikit tangan kan .. hihihihi ...

Dan sebab crayon ni .. korang tahu .. ibu ni hampir pingsan .. amir jadi teruja dan buat sesuatu .. buat pertama kalinya dalam sejarah .. perkara di luar jangkaan ibu huhuhuhu .... nasi baik ibu tak berubah jadi hulk tau ... (^____^) nak tahu .. apa dia.. nanti up cerita eh ... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...