♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran. Papar semua catatan

Isnin, 25 Ogos 2014

Belajar Membaca , Menulis Bersambung Tulisan Jawi


Assalamualaikum .... jarang rasanya aku kongsikan perkembangan terkini amir sejak akhir² ni .. asyik cerita pasal raya jer kan.. jom layan perkembangan si bujang kat tabika pulak hihihihihi .... 

Sejak lepas raya ni boleh dikatakan setiap hari ada jer kerja yang cikgu akan bagi untuk amir buat dirumah, takda had limit pun nak buat homework tu sampai mana ... sudahnya amir bersemangatlah buat kat rumah ... mak kata kalau mood dia baik ... balik sekolah terus buat .. kalau mood dia tak baik tunggu ibu balik malam baru buat... kadang dengan hubby petang dia dah buat kat rumah.. sebab lepas tu barulah ayahnya bagi tengok tv. 

Antara banyak² pelajaran kerja rumah yang dia bawak balik ... aku teruja tengok dia menulis jawi ... lepas tu bila dia mula terkial² nak sambung, kejap padam .. kadang salah.. kejap padam ... salah lagi ... memang yang sambung² ni payah sikit amir nak buat, dia kan jarang menulis jawi ... lagipun susah nak jumpa buku menulis jawi yang bersambung ni kat pasaran .. kalau ada memang terhad ... sambil tulis sambil baca .. ibu ajar mana yang mampu jer ... seronok pulak ... teruja kami 2 beranak.

Bila tengok amir menulis ni kan barulah aku terpikir camna dulu aku belajar menulis jawi yer..??? ada buat camni jugak ke masa darjah satu dulu ... camnalah boleh pandai baca bahasa jawi tu... rasanya dulu pendedahan lagi tak banyak ..... seyes terpikir² sampai sekarang tau ... amir kira beruntung belajar kat tabika ... ibu mohon moga amir mudah menerima ilmu yang di ajar oleh cikgu ... tak lama lagi ada penilaian .... moga amir dapat keputusan yang cemerlang.




Dan satu yang aku baru belajar jugak huruf² jawi yang baru masa tunjukkan amir menulis, rasanya dulu² aku kenal huruf² ni dah darjah 3 kot ke 4 sebab ada ayat² yang ditulis menggunakan huruf tu .. sebab kat muqadam pun tak jumpa .. amir siap ajar ibu lagi .. saja²lah aku nak uji dia.. ni huruf apa mir .. cam na nak baca ... huruf yang memang takda di muqaddam cha, pa, nga, ga dan nya... terus dia terbalikkan buku dia .. kat sini ada bagi tau ibu ... cuba ibu baca .. glupppp telan air liur aku .. kantoi ... kita nak uji dia.. dia soh ibu baca pulak hahahaha ... >___<




Bicara Hati : Sejak takda surat kabar jawi ni, rasanya macam dah jarang baca tulisan jawi .. mengaji tu lainlah .. ni nak membaca surat jawi atau tulisan jawi .. sekarang ejaan jawi pun banyak berubahkan ... 










Isnin, 27 Januari 2014

Master Chef Cilik Tabika Kemas


Alalalalalaaaa.. comeyyynya anak ibu ni .. geram tengok dia orang ni pakai apron so sweeeettttt sangat² tau hahahaha ... lagi² bila duduk berjemaah makan. Kan ibu dah janji nak letak gambar amir pakai apron hari tu.. sekarang dah dapat apronnya... tapi ibu pulak takda idea nak jahit nama amir macam mana kat apron tu... kenelah ibu cari idea ni...

Warna biru bagi yang lelaki ... yang perempuan warna pink, lagi comel tau.. tapi tu lah.. lupe pulak nak amik gambar.. maklumlah anak saya kan lelaki ... masa makan tu kelompok lelaki.. jadi amik gambar budak² lelaki jerlah.



Bicara Hati : Alamak!! entry sambutan maulidurasull tak publish lagi .. hahaahah .. kita tengok amir pakai apron dulu yer.. nanti kita up entry sambutan maulidurasul kat tabika amir.







Sabtu, 25 Januari 2014

Majalah Sampingan Sesuai Bagi Anak Usia 7 Tahun Ke Bawah



Banyak pilihan sumber bacaan di luar baik komek kartun atau pun majalah, macam zaman saya membesar dulu² tahun 90an gitu memang tak banyak bahan bacaan .. tapi yang paling popular kuntum rasanya.. sampai sekarang pun masih jual. Kalau kat sekolah pulak majalah yang pusat sumber keluarkan kat sekolah dijual dalam rm 0.50 sen kalau tak silap .. ntah lupe kikikikiki .. sebab dah lama sangat.

Tapi sekarang majalah aulad dan majalah sayang muslim ni paling ramai yang suke beli.. saya pun suka jugak.. amir?? lagilah berganda² sukanya ... sebab dalam majalah tu ada macam² aktiviti boleh buat... Kiranya tak membazirlah buat pelaburan membeli majalah tu.




Majalah aulad januari 2014 .. warna warni ceria betul.




Ade buat orogami ikan.. amir suka sangat .. dia kata macam roket pun iyer hahahahaa .. ape² jerlah sayang.. janji kamu boleh bua sendiri.




Doa yang baik... walaupun amir tak pandai lagi baca jawi, tapi bila saya baca dia ikut.. dia boleh hafal.




Majalah sayang muslim, yang ni baru pertama kali saya beli.. bagus jugak dalam majalah ni ada ruangan homework .. jadi anak saya memang sukalah.. lagi² ada cara belajar tulisan jawikan.. sekarang susah nak jumpe buku² yang ada tulisan jawi.. kalau tak mula belajar daripada sekarang susahlah nanti .. harap nanti darjah 1 amir dah mule senang belajar menulis.





Keterujaan seorang anak ... amir kalau benda baru dia memang teruja .. sikit .. cuma ibu kenalah bagi semangat kat dia lebih sikit .. kalau tak mulalah drama dia .. nak baringlah.. laparlah .. nak tidurlah.. ada jer...



Bicara Hati : Cuti mau bersantai dirumah .. sahaja.. wahhh empuknya tidoo tilam...








Isnin, 20 Januari 2014

Cara Mudah Ajar Anak Menulis Nama Sendiri



Zaman sekarang ni rasanya rata² suke bagi nama anak panjang².. paling² pun 2 patah perkataan .. tak pun 3 patah (nama anak saya lah tu) huhuhuhu ...

Kalau cerita bab nama ni.. memang buat bergaduh anak beranak jer tau .. bile dikenang²kan balik.. hubby nak itu.. saya nak macam ni.. sudahnya sepakat jadilah Muhammad Amir Hazim .. alhamdulillah yang penting serasi namanya... daripada hubby gertak kunun² nak boh nama anak mohd euro, sebab masa tu tengah euro world cup.. adehhh jangan macam² yer.. saya bersalin operate awak.. sakit bersalin pun tak hilang lagi masa tu .. nak ketawa ku tahan apatah lagi bersin, awak dok buat melawak... masa tu .. grrrrrrr ... geram tau .. geram.

Oklah ... Sebenarnya saya cuma nak berkongsi tips .. cara mudah nak mengajar anak² menulis nama ni, mesti korang dan mula hanta anak sekolah ni peningkan anak tak pandai tulis nama sendiri ... sebelum tu korang kene pastikan yang anak² korang dah kenal huruf .. lebih mudah nak mengajar ... macam mana cara mudah nak belajar kenal huruf boleh baca kat entry ni .. insyaallah membantu korang, sebab kalau saya dah berjaya .. korang pun mesti boleh berjaya.


Ok lepas dah kenal huruf korang amiklah buku petak/ kotak macam buku ni.. tapi ni kertas biasa ... cuma bergaris² kotak ... anak² lebih fokus kalau kita buat macam ni...




Lepas tu tuliskan nama penuh anak² korang dalam kotak tu satu kotak .. satu huruf .. macam amir ni nama dia boleh dikategorikan panjang huk.. huk.. huk.. tapinya mujurlah huruf² dia mudah dingati .. takda yang pelik.




Pastikan masa anak² menulis kita pantau dan suruh dia sebut huruf semasa menulis nama tu .. supaya dia mudah ingat nama penuhnya nanti ... jadi nanti kalau takda kotak ni dia pun boleh menulis namanya sendiri insyaallah.

hahaha .. korang tengoklah amir tu.. tekun tak tekun.. satu helai jer pun daripada tak potong rambut.. sampai balik potong rambut tak habis² menulis, anak².. ade jer helahnya.. ada jer akal meragamnya ... jadi bertabahlah wahai ibu .. demi masa depannya... kita pun kenelah cekar dan tegas sikit.



Mudah tak dengan cara ni, anak dah 6 tahun ni.. kenelah gigih belajar tulis nama sendiri.. rasanya masih belum terlambat lagikan .. kalau nak mengajar anak menulis nama dalam usia begini. Korang jangan salah paham yer... saya sekadar berkongsi ilmu dan tips yang mungkin membantu kawan² yang sedang memikirkan bagaimana cara nak mengajar anak mengingati dan menulis nama sendiri ... tiada niat lain .. hanya sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini.. kalau ada lagi cara yang lebih mudah kongsikan link di ruangan komen.. dan beri komen positif supaya boleh membantu orang lain jugak ...

Sekarang ni dalam usaha untuk mengajar anak saya menulis nama dalam bahasa jawi pulak .. moga amir diterangi hatinya dan lembut hatinya menuntut ilmu.. amin...

Orang kata .. ko anak sorang bolehlah masya, nak duduk mengajar macam ni.. hadoilah janganlah cakap macam tu.. berapa ramai pun anak kita.. setiap anak punya perkembangan yang berbeza.. setiap anak punya rezeki dan kebolehan yang berbeza².. insyaallah ia adalah amanah .. amanah yang perlu dijaga ... jangan ingat anak sorang itu senang di lentur .. yang sebenarnya sorang anak merangkumi 2, 3, 4, 5 akal anak kalau korang nak tahu.. cabaran dan dugaannya hanya Allah sahaja yang tahu .. moga ada hikmah semuanya.




Bicara Hati : Semalam ada mesyuarat PIBG Tabika, Cikgu bagi tahu amir jadi ketua kelas .. kerisauan ibu akhirnya terjawab.. mampukah amir memikul tanggungjawab itu ... nama panggilan kat tadika pun lain Hazim, hahaha .. confuse ibu dibuatnya.



















Rabu, 15 Januari 2014

Cuti Maulidur Rasul Kami



Tiada istilah berarak beramai² apatah lagi .. melihat orang berarak .. kami hanya lihat di tivi sahaja huhuhuhu .. jadilah walaupun tak terasa kemeriahannya .. sebab tahun ni kat kampung takda buat .. tapi kat kampung luar ada .. tahu pun sebab nak pergi gunting rambut amir .. nampak huhuhuhuhu .... kat kampung mak saya ada takda malam tadi jer ada ceramah kat surau.


Jadinya bila tak kemana² semalam .... ibu masak sambil² melayankan amir buat kerja sekolah, inilah kerja sekolah yang amir kene siapkan .... harap dah mula ingatlah nama sendiri nak menulis nanti ... gigih tak gigihlah cikgu tadika suruh buat macam ni .. dulu 5 tahun bolehlah cikgu tuliskan nama .. ni dah 6 tahun .. kenelah belajar sendiri .. alhamdulillah ... amir dah pandai membaca dan kenal huruf senang sikit.








Jumaat, 18 Oktober 2013

Tips Mengajar Anak Solat






Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat....

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.




*********************************************************************************


Okkk sejujurnya daripada kecik saya nak didik amir supaya jangan tinggal solat, moga dipermudahkan niat saya ni .. amin ... kerana solat tiang agama.. jadi biarlah dia pandai solat.. pendedahan awal daripada umur 3 tahun dia dah ikut kami solat berjemaah... sebelum tu pun ikut tapi dia jenis tak istiqamah.. maksudnya sukati dia jer.. kadang dia baring, kadang dia dok toleh² main² pandai saya dengan hubby lepas tu gelak²... sampaikan kita orang pulak nak gelak tau.. 

Alhamdulillah bila dah 3 tahun tu dia macam dah matang sikit... elok jer ikut kami solat sama² ... dah tak kacau.. dah pandai hormat orang solat, dah tak duduk belakang kami bila kami sujud, akhir umur dia 3 tahun saya dah mula bagi pendedahan baca muqadam lepas solat berjemaah.. harap sangat amir menjadi anak yang soleh, dan sentiasa mengingati kami dalam apa jua yang dilakukan.

Yupss.. lain orang lain cara didikkan nya, lain permulaannya ... lain pendedahannya tumbesarannya terpulang pada masing² punya cara... sekarang ni dah 5 tahun amir dah mula saya dedahkan sebelum solat jemaah mesti dia kene iqamat dulu .. mula² dia malu... tapi lama kelamaan ni dah okk sikit bila saya cakap.. napa nak malu.. bukan ada orang pun.. kita sekeluarga jerkan.. kalau menyanyi boleh kuat... okk dia terpana buat muka .. lepas tu alhamdulillah dia okk.. cuma azan sampai sekarang masih tak berapa nak okk lagi suara dia.

Kata² psikologi batang mancis tu nanti saya nak bagi pendedahan dekat amir pulak, bukan apa.. waktu solat berjemaah kami ni bukan selalu pun dapat peluang.. biasalah anak baya amir ni kadang masa maghrib tu lah dia nak makan, nak mandi.. tu belum lagi tetiba alasan dia penat sakit kaki .. saya mesti saikoo dia sikit.. kalau sakitlah kene solat doa dengan allah nanti allah bagi sembuh, tak semstinya berdiri.. solat pun boleh duduk jugak, dah dia kata.. duduk pun susah ni ibu .. nak baring boleh.. anak².. ade jer menjawabnya, jadi saya kenelah tegas sikit bab ni... melainkan dia demam barulah saya tak galakkan dia berdiri lama.



Bicara Hati : Moga usaha saya ini mendapat sokongan hubby, diberkati dunia akhirat.. kerana ini adalah ilmu dunia akhirat.. sya manusia yang tidak sempurna







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...