♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Tak Keruannn....... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tak Keruannn....... Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2013

Punah Harapan



Sana sini dok pakat jom lah keluar shopping nak tengahari ni, rehatkan lama ni ... aku?? shopping mana?? ntah nak beli apa???? malas lah .....

Sudahlah sistem kat opis ni buat hal pulak ... laporan tak dapat nak buat, tapi gigih jugaklah nak kene siapkan sebelum cuti raya ni .. insyaallah isnin kerja lagi... malas yang benarnya nak keluar shopping kang yang bukan² dibelinya .. malam ni nak buka puasa rumah kawan pulak (edisi potluck) .. jadi balik mesti nak singgah shopping kan dengan hubby ... penat kaki oooo .. baik simpan tenaga dulu.

Kunun² sementara sistem biol ni, nak transferlah gambar daripada kamera .. sekali adehhh punah harapan, kabel tertinggal kat rumah pulak grrrr sebab cas bateri semalam, tak dapatlah nak draft entry awal².. kalau sempat minggu depan adalah entry autopublish.. sepanjang cuti .. kalau tak sunyilah blog ni .. tanpa entry sepanjang cuti raya nanti (^__^)v


Gambar tiada kaitan saja letak, mek bagi masa puasa ni .. tak tahu apa namanya .. ala² macam bubur .. rasanya yang hijau tu liat² kenyal ... sedapp jugak sebab mek buat tak manis sangat .. amir dengan hubby booo layan .. saya makan sorang tak habis pun...




Ada kawan aku kata dah takda mood nak buat kerja, tapi masalahnya kalau tak buat kerja tu lepas raya kene buat jugakkan .. baik buat sekarang ... sila hilang perasaan tak da mood tu dalam diri huhuhuhuhu .. walaupun aku pun sebenarnya tak da mood jugak dah nak buat kerja .. gigi sakit ... grrrrrr ....




Bicara Hati : Tak sabar nak jumpa kawan² petang, nak buka puasa sama² .. macam² lah nak cerita lama tak jumpe harap hubby oklah .. semalam dia macam tak berapa nak sihat huhuhuhuhu ... macam nak demam katanya, dah mula selsema.






Isnin, 22 Julai 2013

Seperti Yang Dijangka


Susulan entry aturan Allah adalah yang terbaik baru MC sehari dah macam bercuti seminggu jer meja ni ermmmmmm, camne nak cuti panjang kalau macam ni .. kerja sendiri jerlah masya boleh sukati² nak kerja, cuti kan... orang kata kerja sampai bila² pun tak habis ... yang utama adalah kesihatan, jadinya .. saya buat perlahan² lah yer... hihihihihi .. ni cukup baiklah nak datang kerja .. kalau tak memang nak pergi klinik lagi .. amik MC sebab mata masa merah dan gatal² huhuhuhu ... bukan apa kesian kan kat amik lagi pun minggu ni sekolah 4 hari jerkan.. nanti jumaat dah cuti, takut amir ketinggalan pelajaran pulak.

Masa cuti tu.. jenuh jugaklah melayankan dia buat origami, yang lucunya saya ingatkan dia kata nak menari giyomi kikikiki ... sorry ibu demam dan sakit mata ni .. telinga pun macam demam jugak tak bapa nak dengar hahahahaha .... 

Gigihlah google sana sini origami ikan paus, burung, zirafah dan macam² lagilah .. tapi amir teruja buat origami ikan paus jer.. maaf yer.. gambar ibu tak kosaaa lah nak amik tak larat sangat .. jumaat masa MC tu saya banyak tidur ... sebab mata payah sangat nak bukak, mujur jugak hubby ajak pergi klinik malam tu.. kalau prgi sendiri awal pagi memang takkk larat rasanya nak drive, kejap² terjaga kalau amir panggil nak susu, nak makan .. dan selebihnya dia layan tv lepas tu .. dia buat origami .. balik rumah ... hubby geleng kepala.. kertas penuh satu rumah.....


 Sejak akhir² ni dah mula menunjukkan minat dengan art ... sekadar minat biasa mungkin seiring pembelajaran di sekolah.





Oklah dan seperti yang dijangka bila dah cuti, bila MC memang takkan adanya lah orang yang buat kerja saya ni .... pasrah lah nak sambung buat kerja ni ... perlahan² janji dapat siapkan sebelum 4.30 petang .. yahooo.. tak sabar nak balik ... sambung rehat, ibu kenelah kuatkan demi anak ... kene jadi contoh yang baik .. kalau ibu takda mood nak kerja.. nanti amir pun takda mood nak ke sekolah.

Terima kasih sangat² pada kawan² yang mendoakan kesihatan saya agak cepat sembuh.. sayang korang semua...




Bicara Hati : Akhirnya saya tertewas ... minggu lepas dah selamat juadah menu PARAM, hari ni .. tak tahulah lagi .. achaner...








Isnin, 10 Jun 2013

Dekat Tapi Jauh





Kalau ikutkan minggu ni nak up entry gembira² sahaja , tapi .. lumrah hidup .. apa yang kita rancang tak semestinya akan menjadi kenyataan ... Tak pasal 2 hari cuti dimulakan dengan entry macam ni.

Maaf buat teman² blogger dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi komen di blog saya selama ini, kata² di atas sebenarnya membawa maksud yang mendalam buat saya untuk hari ini... bukan saya tujukan pada kawan blog tau jangan salah paham pulak, ini cuma luahan hati saya sahaja. Kalau korang tak berminat nak baca ... jangan habiskan baca ... cepat² klik X.

Dekat tapi jauh , mungkin perkenalan kita bukanlah terlalu lama .. tapi mengapa kata² kamu itu sudah kamu ulangi lebih daripada 2 kali, adakah kamu .. memang masih tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku .. adakah aku ini memang kelihatan lebih di mata kamu ... atau apakah?? maksud tersirat dihati kamu....

Apa sebenarnya yang terbuku dihatimu ... 


Aku mungkin masih banyak silapnya .. solat 5 waktu sudah lakukan dengan lengkap dan memperolehi rezeki yang berkat sudah mencukupi buat diriku, aku jarang nak meminta², jauh sekali mengungkit² atau membesar²kan sesuatu isu kepada orang sekeliling. Yupss... aku bukan seperti kamu yang rajin solat sunat .. itu aku akui .. itu akuiii yaaaa alllahhhhhh kuatkan semangatku untuk menulis dan meluahkan lagi kisah hati ini.

Sikap semulajadiku, dan jujurnya diriku seorang yang perahsia ... sedari kecik, tapi .. tapiii ... sejak berkahwin aku jarang berahsia .. banyakku kongsikan dengan housemate ku selagi aku rasa iyanya perlu dikongsikan, Walaupun kami jarang berkongsikan kisah kerja atau apa jua yang berlaku ditepat kerja .. kerana padaku dirumah adalah masa untuk keluarga .. masa untuk mesra² gitu hahaha ..;p
Aku rasa aku tak mampu nak luahkan lagi ... ya allah kuatkanlah semangatku ....

Jumaat, 19 Oktober 2012

Empat hari berlalu

    
Seperti yang di war-warkan dalam entry klik sini untuk maklumat lanjut, alhamdulillah 4 ahri telah berlalu.. masih belum ada yang luar biasa..... mengharapkan tiada apa² yang luar biasa berlaku.. biarlah semuanya macam biasa (^___^)v.

Alhamdulillah juga... 4 hari berlalu memanglah hujan, tapi bukanlah hujan tanpa henti ... cuma kejap hujan.. kejap reda... membawa kemalam harii yeahh sejuk².. tarik selimut hihihihihi ....;p

Mengharapkan moga semuanya baik² dan tiada ape² yang akan terjadi ..... Amin insyaallah.... paras air sungai klang pun okk jer.. belum takat paras membimbangkan ....


 Gambar takde kene mengena pun dengan entry hihihihihi ........
Stok kat rumah tak habis² bawaklah ke opis
Jom klik tambah pendapatan sampingan 



Bicara Hati :  Laparrrlah pulak sejuk² ni.. huhuhuhuhu ....





Selasa, 31 Januari 2012

Aku Yang K.E.L.I.R.U

Assalamualaikumm Semua...

Saya yang masih confuse/keliru daripada pagi tadi.. dan tak tahu kenapa ade 2 blog ni INTANBERLIAN & BLOG FIEDA RAFLI saya tak boleh bukak daripada pagi tadi sampailah sekarang ni...

Bile masuk jer keluar header lepas tu link akan bertukar jadi http://abcdead.com macam ni.. kenapa yer?? sape yang tahu tolonglah bantu saya ni... bile tanya dekat kawan lain dia orang jawab ok jer takde ape masalah pun... tapi saya bukak blog lain pun ok jer tak masalah.. confuse saya dibuatnya apa yang berlaku sebenarnya ni... ade virus ker?? tapi kena baca blog lain ok jer... Tolonggg.. tolonggg...... siap ade keluar macam kat bawah ni...

This domain name expired on Jan 30 2012 07:07PM
Click here to renew it.

Abcdead.com


image4

Sabtu, 7 Januari 2012

Kisah Ibu Bekerja

Assalamualaikummm Semua.....

Mood hari ni sedih sikit.. macam kelaut jer dibuatnya..... bile hujung minggu ibu kene kerja, memang sayulah hati ini nak meninggalkan anak dirumah pengasuh.. kebetulan hubby pun kene pergi sekolah hari ni....

Pagi tadi bangun seawal jam 6.00pagi.. sambil duduk termenung ditirai katil, merenung amir yang masih tidur... ermmm wahai anakku.. ibu kene kerja hari ni... ibu janji habis tutup akaun ni... ibu tak keja lagi hujung minggu yer...

Semalam pun ibu balik lewat petang... kebetulan pulak jalan jem, memang sampai rumah lewat hampir 6.30ptg, amir.. amir dah tido bile ibu sampai rumah.. hubby kate dia tak tido kat rumah pengasuh hari ni.. alahai ciannya anak ibukan... mesti main jer ni.. dengan kawan.. dalam hati tedetik. ntahkan makan ntah tidak... haihhh... keluhan hati seorang ibu yang bekerja...

Dalam pukul 10.00 malam amir terjaga... nak kencing dan mintak susu, amir bangun betul² untuk kencing dan mandikan dia sikit² jer.. sebab dah lewat malamkan.. lepas minum susu dia tidur balik huhuhuhu... sempat berbual sekejap jer dengan amir.. sedihh tau... huhuhuhu....

Pagi tadi amir bangun ibu pulak tengah bersiap kemas rumah, masak lauk sebab takut nanti ayah balik lapar. Jadi tak payahlah ayah pergi keluar cuma kene masak nasi jer.... amir mula bertanya.. ibu keje ke hari ni.. ibu jawap.. iye sayang ibu keje hari ni.. amir pun dah buat muka ketat... amir tanya lagi esok ibu cuti?? iyer.. esok ibu cuti... amir siap pesan.. esok ibu cuti kite balik kampung tau.. xmoo duduk umah ibu shima (panggilan pengasuh amir)

Ok siap kemas umah.. siapkan amir mandi.. dan hantar kerumah pengasuh.. sampai rumah pengasuh amir siap pesan lagi.. ibu esok cutikan.. esok kite balik kampung tau.. ibu amir nak sekolah.. ngee~~ tibe² lah pulak.. hari tu ibu tanya tak mooo. ayah mana?? ayah pergi sekolah yer.... nanti amir nak sekolah jugak macam ayah.. haiiihh... ibu iyerkan jer.. ape amir cakap.... (dalam hati... apelah yang tak kene ni.. mesti sebab kat rumah pengasuh pun dah takde kawan.. masing² dah bersekolah) huhuhuhu....

Kalaulah ekonomi kita dah kukuh ibu seperti mahu berhenti kerja sahaja.. dan jaga amir dirumah... tapi apakan daya... ibu masih lagi ada tanggungjawab pada embah, atuk kat kampung.. pada amir juga... takkan nak harapkan ayah sorang... kesian kat ayahkan... kalau ibu bekerja bolehlah ringankan beban ayah amir...

Terima kasih baca kisah ibu bekerja ini... dalam hati juga sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang untuk berkeja dan menjana pendapatan sendri.... semoga Allah berkati kami sekelurga.


Tak sah kalau buat entry tak letak gambarkan...
Letak gambar amir pakai baju tido... so sweet dan dia suke sangat² baju tido baru ni sebab ade gambar lori (^__^)v



psstt... psssttt.. tak sabar nak balik rumah.....


Sabtu, 29 Oktober 2011

Tibe-tibe menyepi..... Dari Berblog

Assalamualaikummm semua.....

Rindunyer dengan blog ni.. rindu nak bukak Dashboard tengok kabar kawan-kawan hahahahaha.... rase macam tak kene jer tak dapat nak on internet.... akhir sekali dapat on pada hari isnin hari tu huhuhuhuhu..... selase kene pergi kursus... rabu pulak cuti. tup-tup masuk opis hari khamis.... sistem tak boleh masuk.. internet tak boleh masukkk ape... pun tak bolehh dua hari macam hapee jer duduk opis memang BOSANNN..... sudahnye buanglah kertas-kertas yang tak boleh pakai dan kemas meja hahahahaha........


 Gambar ihsan google.. muke memang bosan betullll.......


Soooooo hanya nak bagi tauuuu tuan tanah blog masih ade lagiiii... bukan menyepi sebab dah boring dengan blog, tapi sebab yang tak dapat dielakkan huhuhuhu... macam-macam nak cerita.. nanti sambung lagi yer.... kami dikampung sekarang ni dari depavali.... kalau duduk kampung ni memang line tak berape nak ok huhuhuhu... kejap on.. kejap off




Selasa, 11 Oktober 2011

Sanggul ke??? TonceT?? kikikiki.....

Assalamualaikum semua..... dan salam sejahtera....

Seronoknya pagi inikan... cuaca sejuk jer.. maklum jerlah pagi² dah hujan lebat.. dalam perjalanan nak ke pejabat jangan cakaplah kalau dah hujan mestilah jem terukkan huhuhuhu.....

Opss.. membebel pulak.. sajelah nak share sesuatu gambar dan artikel ni dengan kawan² semua.. hajat dihati ini barulah nak pergi membeli tibe² terjumpelah pulak artikel ni dekat FB orang lain... terkujat pulak dibuatnyer... Betul ker?? sobb.. sobb.. sobb...


tara.. inilah gambar yg dimaksudkan tu... huhuhuhu

Hukum Allahkan takde sape yang boleh menidakkan... baru cadang nak beli maklum jerlah rambut tak panjang pakai sanggul ni boleh lah eksyen skit kikikikiki....

Macam mane yer?? nak teruskan ke.. niat dihati ni nak pergi membeli nak pakai uwarrrrrrrrr tolong saya.....

Ahad, 9 Oktober 2011

MAGNUM So yummmiii....

Assalamualikummm semua......

Cuaca panas betul hari inikan..... sampai sakit kepala dibuatnya..... kalau dapat makan aiskrim memang BESSTTTTT.. Kann... Kann..... Kannnn.... (^___^) Lagi-lagi aiskrim Baru MAGNUM Wowwwww... so yummiiii..... Banyak pilihan pulak tu kalau tak silap ade 3 pilihan..... ;p


tara... banyaknyer.......


pilih-pilih..... nak ambil yang mana satuuu......



Magnum Almond Wow.. macam BESTTT jer kann......



Wahhh... dalam pembalut tu warna emmas patutlah mahal yer......



Ermmmm... sedapppnyer.. memang nikmat lepas gigit tauuu.....



Wahhhh... dekat batang kayu aiskrim pun ade tulisan MAGNUM......



Sampai licin kite makan hihihihihi.....


Semua-semua gambar ni diambil masa makan waktu rehat hari jumaat hari tu... hari ini bile cuaca panas saya cume terkenangkan jer kembali huhuhuhuhu... kalau lah ade yang nak belanja makan aiskrim MAGNUM tu lagi huhuhuhuhuhu.......

Khamis, 28 Julai 2011

Ape Yang Tak Kena .....

Hai assalamualaikummm....... Semua

Puas memikirkan apelah yang tak kena dengan akaun ads nuffnang ni??? kepala pun dah serabut xtau nak buat macam mane... dah bukak akaun tapi x blh nak bukak balik akaun 2.. bile buat akaun balik pakai email yang sama dia tak nak terima pulakkkk huhuhuhuhuhu..... sudahnyer tak dapatlah nak letak iklan kat blog ni...

Boleh tak tolong saya.... kenape yer..... pada yang otai² pastinyer tahukan kenapa ...

Selasa, 19 Julai 2011

Semangat Yang Hilang

Oleh kerana minggu lepas kursus.... semalam pulak cuti sebab x sihat hujung minggu penuh dengan aktiviti hari sabtu rewang dirumah mertua kemudian ahad rumah mak kite pulak... semalam mmg betul² x larat nak pg keje huhuhuhuhu...... hari ini pulak datang keje komputer buat hal... mmg hilang terus semangat nak buat keje......

Nasib baik cepat bg tau dekat kawan yang pandai IT, dia terus tgk² kan PC ni ape lah yang x kene so sekarang dah ok skit..... cume dh xde mood nak buat keje jer....

Pict ihsan dr google.... so sweet pulak nangis mcm 2....

Rabu, 13 Julai 2011

K.U.R.S.U.S.

Bile dapat jer surat kursus pastinyer akan kluarlah keluhan.... bkn ape... memikir anak nak pos kat mane?? huhuhuhu kat kg ker??? kat umah pengasuh??? oooo tidakkk rumah pengasuh hantar waktu siang jer... malam x boleh.. bukan ape kesian kat pengasuh mesti penatkan.... nak jage amir 2 walaupun amir dah besar ... kerenah dia masih macam bdk² lain jgk badan jer besar klu merenggekkk parahhh dibuatnyer....

Balik jer rumah terus bg tau kat hubby, hubby dengan senang hati dan muke selambe... amir dok rumah dengan ayah yer.. ngee~~~~~ (ibu buat muke plik skit.. boleh ke.. tgl berdua ni dalam hati berkata²)... insyaallah boleh kot.. amir pun dah besar... harap x nakal sangatlah dia..... lg pun bilelah lg nak test hubbykan kikikikiki..... biar dia pulak ambil alih tugas² yang ibu selalu buat untuk amir kikikikiki... kenelah berdikari...

Apepun seronok jugak pg kursus ni dapatlah rehatkan minda ni..... xdelah stress sangat ingatkan keje jer.... yang penting makanan mesti best² kikikkikiki..... (^_____^)v

Letak skit gambar tempat nak pg kursus 2.... harap² bestlah kursus kali ni jangan membosankan sudah....




DE PALMA HOTEL SHAH ALAM 

Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40718 Shah Alam, Malaysia



Khamis, 30 Jun 2011

M.E.N.Y.E.P.I.

Assalam...... haii rindu nyer nak ber blog ni.. sorry lame menyepi.. bkn ape CPU kat opis problem.. balik rumah pulak cepat jer mata ni kuyu nak katuppp nak tdo hihihihihi....

Banyak cerite nak kongsi.. nanti kt kongsi yer hihihihihi... ;p

Selasa, 31 Mei 2011

Hilang Tanpa Sebab......

uwarrrrr.... rase mcm ape jer.... baru nak belajar² wat blog ni... tetibe blog x blh masuk gune email uwarrrrr sgt² cuak ok... 2 yg lame menyepi & hilang tanpa jejak 2.. huk.. huk.... ok.. lps ni ade kelapangan kt akan cube masukkan entery yer.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...