♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label western. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mei 2014

Resepi Makaroni Bakar Mudah Dengan Sos Putih Carbonara



Bila tekak baru² ni baik demam nak melayankan makan cheese, memang bertabah je lah kat rumah mak tu .. nasib baiklah ada yang sudi melayankan jugak .... tolong habiskan kikikiki ...;p

Jarang sangat² masak makaroni ni sebab adik² geli kununnya, kunun je lah .... tapi buat makaroni bakar ni licin jugak semua bedal makan kekenyangan 2 hari makaroni bakar kikikikikiki .. mau x 2 hari 1 peket tu saya pergi rebus semuanya .... 



Ni barang² yang saya gunakan, sorry ada jugak barang yang takda dalam gambar, takpa saya bagi tahu yer....

Pasta makaroni ala tiup (rebus bagi empuk)

Daging cincang Ramli
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Tomato Puri
Cendawan Butang
Sosej
Prego Tradisional (tapi saya lagi suka kimball .. kimball habis pulak.. prego pun prego lah)


Cara masak sos macam biasa cili kering, bawang merah dan putih blander serta tumiskan sampailah naik bau.. barulah masukan daging cincang, tak suka daging, ayam pun boleh (ikut citarasa tekak memasing nak letak apapun dan nak tambah sayur pun boleh) .... dah tumis agak garing masukan cendawan dan sosej (potong/hiris halus²).. gaul sebati dan masukan sos prego tradisional dan tomato puri .. letak air sikit kalau terlalu pekat.




Sos putih carbonara tu saya gantikan sos putih yang kena buat sendiri tu, saya kan baru sihat .. jadi nak cepat .. pakai jerlah sos carbonara ni .. saya masukkan dalam periuk, cairkan letak air .. agak² kepekatannya sesuai untuk letak dekat makaroni saya pun matikan api ......


Okkkk dah siap... mari kita dekokan diatas makaroni dengan gaya bebas ala² kelaparan dan nak cepat makan kikikikiki ......




Cara melapiskan makaroni bakar :

Macam saya ni pesen memang masa tu pikir nak cepat makan jer.. tekak ni ya allah membuak² teringin sangat nak cepat makan tau .. jadinya makaroni yang dah rebus dah tos tadi saya letak dalam loyang kemudian saya letakkan sos merah .. sambil letak sambil telan air liur, lepas tu siramkan sos putih carbonara .. dan letak lagi makaroni atas tu .. letak lagi sos merah ni .. dan kemudian sos putih, kenapa saya buat macam ni sebab saya nak bila saya makan makaroni bakar ni semua bahan² dan ramuan dia saya boleh rasa.

Saya ulang langkah tu sampailah 2 kali je pun .. puashati tau.... akhir sekali baru taburkan cheese mozarilla itu pun baki dah lama tak habis buat pizza kikiki .... kalau banyak lagi umppphhhhh tau .... saya ikut habiskan stok jer.


Lepas dah siap barulah bakar .. ikut suhu 160 darjah dalam 60 minit, tapi saya bakar 40 minit jer.. takmoo garing sangat ... saya nak nikmati lembap² gitu .... 




Inilah hasilnya .. alhamdulillah .. lepaslah makan tekak saya sendiri ... berulang² saya hadap makan .. amir pun layan, memula jual mahal tak suka .. nampak cheese terus hadap berpinggan² tau ....



Resepi ni jugak boleh gunakan untuk lasagna ... seyes sedappp ... tapi lasagna kenalah rebus dulu tau ... kalau tak rebus rasa macam liat sikit.. tak sedapppp ..... lagi satu tips.. takmoo pakai sos carbonara boleh pakai sos campbells pun.. pun sodddappp jugak.




Bicara Hati : Cuti sekolah ni bolehlah buatkan .. sesekali anak² nak jugak makan menu barat ...






Selasa, 3 Disember 2013

Jom Panaskan Badan, Musim Sejuk



Sana sini musim hujan, air pun dah mula naik... Mula banjir sana sini... Huhuhuhu... Sabar yer kawan2 belah pantai timur dengan selatan.

Malam ni tetiba hubby kata makan lamb chop sedapppp agaknyakan... Jarang hubby nak selera-selerawestern ni, Sejuk2 ni nak panaskan badan katanya hahaha... Mujur bukan sup ekor ... Ayah jangan macam-macam.

Entry panassss ni tau.. Baru balik makan malam terus up entry hihihihi...




Chicken chop pilihan amir, dulu rm 5 sekarang dah naik harga... Sos pun macam tak bestttt jer.... Dulu lagi sedapppp...




Tapi sup campur ibu jugakkkk amir oberrrr makan kan.... Terbaik, kefai depan rumah jer pun... Tak kosa jalan jauh hujan-hujan ni.




Lamb chop hubby... Kongsi-kongsi 3 beranak..... Terbaikkk sedappp berasap-asap amir kata macam terbakar jer ayah....



Ini jerlah menu malam ni.... Panaskan badan katanya, padehal menu ibu masak pagi dah licin habis 2 beranak ni makan.. Ni nak amik hati ibu lah ni ajak makan kat kedai.... Kan... Kan... Kan... Amir siap puji-puji sedapppnya ibu masak... Dah habis amir makan.










Jumaat, 30 Ogos 2013

Resepi Sos Carbonara Sedap Dan Mudah


Sorry pada kawan² yang tertunggu²kan entry ni .. yang sedang menantikan entry ni ... roti bakar mentega bersama sos carbonara yang sangat sedappp hahahahaa ... perasan .. pingsan kejap, tajukkk tak nak kalah ....

Sebenarnya bila dah publish gambar tu baru termalu pulak nak kongsikan resepi ni, tapi kalau malu kesian lah pulak pada yang teringin nak mencuba... sebab cara buat sos yang saya buat ni simple dan mudah dengan erti kata lain mudah, murah dan sedapp sebab bajet pun tak sampai RM 10.00 kalau di kira² tau ... lagi² kalau korang pakai sup cambells cendawan yang dalam peket tu ... yang dalam kotak tu lah.. dalam tu ada 3 paket selalunya.

Okkk.. jom kita tengok bahan² yang digunakan serta cara memasaknya.....


Bahan² :-

Sos Prego
Sos Campbells Ayam
Cendawan butang dalam tin
Serbuk Lada Hitam / Lada hitam Tumbuk Kasa pun boleh.


 Bahan² penting ... Sos Prego Carbonara (kalau nak jimat beli yang dalam tin selalunya RM 3.90 dan sos campbells ayam (kalau nak perisa lain boleh boleh ikut suka) (kalau nak jimat tak buat banyak beli dalam peket)


okkk sediakan periuk masukkan air dalam satu cawan kemudian masukkan ½ tin sos campbells .. panaskan sampai mendidih kemudian baru masukkan sos carbonara pregoo pulak dalam 3 sudu besar.





Cendawan dalam tin yang saya dah rendamkan dengan air panas dan dihiris ... selepas step yang kat atas .. bila dah masukkan sos prego .. barulah masukkan cendawan .. dan tunggu sampai mendidih dengan api perlahan ... masukkan 1 sudu besar serbuk lada hitam, tapi saya gunakan lada hitam yang dah tumbukk lagi umpphhhh .... saya agak² ikut kepedasan yang saya nak ... dah agak² mendidih lama .. barulah matikan api .. senang jerkan .. seyes saya tak masukkan gula atau garam sebab rasanya semua dah cukup lengkap herba dalam tu. Sos campbells tu dia dah masin.



Tara inilah hasilnya .... nampak sos tu macam cairkan.. tapi sebenarnya likat melekat okkk .. nyum².. sedapppppp di makan dengan roti prancis yang dibakar dengan mentega bawang putih .. tapi sebab takda kat rumah .. makan dengan roti bakar dengan mentega pun sedapppppppp (^___^) Sos ni boleh guna untuk dimakan dengan spagetti jugak. Selamat mencuba ... 





Bicara Hati : Penuhnya jemputan hujung minggu ni huhuhuhu .. bermula dari malam ini sampai esok, esok malam, ahad ... fuhhh pening² nak bahagi² ... ahad tu pulak jiran depan rumah .. bebetul depan rumah buat open house.







Rabu, 28 Ogos 2013

Roti Bakar Dan Sos Carbonara





Sesekali layan sedapp tau .. baik makan masa sarapan pagi, minum petang atau makan malam .. bila malassss nak memasak hihihihihihi ...

Simple janji kenyang dan tekak boleh layan.

Cara nak buat pun senang jer .... esok saya kongsikan yer...



Selasa, 27 Ogos 2013

Jatuh Cinta Banyak Kali




Dulu kan .. dulu² ... sebut jer kambing, buat muka pelik .. lagi² orang ajak makan kambing golek .. apatah lagi 'lamb chop' kan ... cepat² geleng kepala .. sebab mitos dalam kepala makan kambing pening, tapi .. itu dulu lah yer.. duluuuu.. 10 tahun dulu kot.


Sekarang?? ko cakap kambing, hah!!! mau muka ni beratur dulu hahahaha .. lagi² kambing golek seyes .. jatuh cinta okkkkkk .. jatuh cinta hihihihihihi .... ni semua gara² dah kerja kat opis ni asal jamuan asyikkklah dok hidang kambing kari, kambing kurma, kambing golek .. jadi mitos kalau makan kambing nanti pening tu macam hilang gituuuu jer. Tapi saya pun makan tidaklah hadappp.. sampai lupa diri kan .... makan sepingan dah cukup .. hahahaha .. sepingan tu ... kongsi² (sila percaya saya tak tipu)


Gambar kat atas ni kunun² buat 'lamb chop' kat rumah .. tapi saya beli yang dah siap² perap kat giant tu .. seyeslah jatuh cinta ... banyak kali........... sedapppppnya ramuan campuran yang kat giant tu.. patutlah kengkawan saya kata sedapppp ... nak beli lagi .. nak beli lagi, bestday hubby khamis ni. Makanan sampingan kat tepi² tu saya letak kentang goreng dengan coslow jer.. hubby makan coslow tu sampai licin .. sedapp ler tu .. tapi takmoo puji. Kambing ni sebab baru nak cuba .. saya beli 2 keping jer.. hahahahaha .. dah berebut² nak makan padahal sorang sekeping patutnya. Amir layan kentang.


Sos tu saya guna kaedah sama masa buat resepi chicken chop.. tapi kali ni saya pakai cendawan liar .. sedapp jugak .. nyum² .. senang masak, jimat tenaga .. yang penting sedapppppp (^___^).






Bicara Hati : Tengah hari ni lunch apa??? mohh tidur .. kalau posa .. hihihihihihi ....










Ahad, 23 Jun 2013

Western - Selera Orang Putih Pulak Makan Kat ' Food Court '



Tajuk tak menahan kikikiki.. korang layankan jerlahh .. tuan tanah ,asih ting tong ni .... 

Lepas dah pusing² kat Hentian SKVE tu, kami pun ingatkan nak balik jerlah .. amir pulak... kata lapar, padahal yang sebenarnya dia tak puas lagi naik kereta kikikikiki ..... tak menahan permintaan makanan ketika lapar ialah mee sizling, harulah .. kalau dia ajak pergi care4 kan.... 

Jadi panjanglah akal hubby pikir mana yang terdekat, dan mana nak tuju.. itu yang kami singgah food court giant sg. manggis tu .. hihihihi sebab tak jauh jer keluar daripada tol SKVE tu masuk kiri hala ke pekan banting .. betul kat selekoh antara nak menuju pekan banting atau olak lempik .. kat situlah Giant.

Kali pertama pergi masa balik daripada morib goldcost .. singgah kejap jer pun ... sebab amir nak makan nasi ayam .. kali ni citarasa dah berubah pulak hihihihihi ...


Tengoklah tu.. mee sizzling sampai .. tak nak pandang kamera dah ... hihihihihi .... ibu kongsi sikit dengan amir, itu pun tak habis ... banyak sangat .. amir kata kuah dia pahit hihihihihi ...;p
Harga mee sizling ni termasuk telur RM 5.90 










Hubby makan chicken chop hohohoho... licin hubby kata sedapp sangat ... 
Pada saya sos lada hitam dia pahit, sos cendawan dia sedapp .. korang tengokk tu.. sebab pertama kali kami cuba dua² sos kai mintak hihihihi ...
Harga RM 12.00
BERBALOI²LAH JUGAK.. MEMANG KENYANG SANGAT... TENGOK HUBBY MAKAN.. KALAU SAYA SORANG BELUM TENTU HABIS.. KENTANG PUN BESAR .. 











Kami order chicken chop kat sini, dia ada jual jugak menu masakkan sup², tom yam dan makan bergoreng lain... mee sizling pulak kat sebelah kaunter air .. lupa nak amik gambar.










Kali pertama dulu hubby ada cuba asam pedas ka sini .. tapi rasa dia kurengg sikitlah .. macam lebih belacan .. saya tak boleh langsung nak makan ...











Bicara Hati : Dah makan dah kenyang .. elok lah pulak kat sini ada garden, hadoilah layankan dia kat sana pulak.. padahal sebelah food court tu ada jer playground percuma.. tapi amir tak puas.. sebab ramai orang.. tempat pun kecik jer...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...