♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 8 April 2013

Big Apple - Donut Yang Sedap


Sapa pengemar donut big apple, saya?? bukanlah pengemar sangat ..... tapi kalau setakat makan seketul tu oklah kalau dah depan mata, tapi.. Amir sejak akhir² ni suka sangat huhuhuhu ....

Mula² beli masa bawak amir ni lepas beli kamera tu hari, saya selalu beli tak pernah pun bawak amir;; kadan² beli tu dia ikut ayah dia.. saya singgah jap beli... bila kali pertama saya bawak dia pergi kedai big apple ni.. bukan main teruja lagi dia siap cakap... cantiknya ibu.. yang ini pun cantik... ini pun.. hahahha haruuu ibu.. semua dia katanya cantik... bukan dia tanya sedap ke idak... anak².

Pertama kali masuk big apple mulut dan tergangga tak pernah amir nampak donut warna warni banyak pilihan macam tu ...


Ni semua pilihan amir, sesekali bagi dia buat pilihan amboi bukan main banyak lagi.... sampai 6 ketul.
RM 13.++ kalau tak silap ...
Semua bawak sekali pergi rumah akak ipar bersungguh² amir makan.. 
sedapp katanya, siap penuh semangat dia bercerita ada banyak donut kat kedai tu...



Pada saya rasa donut apple ni okk jer, tapi ada juga orang lain yang tak suka kata manis sangat.. hubby pulak.. layankan jer.. setakat seketul dua.. kalau potong kecik² bukan sedar pun dah berketul² lebih daripada 3 donut sebenarnya masuk mulut kikikikikiki ...;p



Bicara Hati : Gigih ibu belajar buat donut pertama kalinya kerana kegemaran amir ni tau.. tapi permintaan amir nak yang coklat ibu tak dapat tunaikan.. ibu buat donut biasa jer.. donut gula hihihihihihi ... ni gamba sebelum goreng, lepas goreng tak sempat amik gambar.

MINSYAM - HABBATUS SAUDA



Kalau Sebelum ni saya pernah kongsikan amalan makan habbatus sauda serta kelebihan²nya, kali saya nak kongsikan minsyam Habbatus Sauda pulak.

Semuanya secara kebetulan bila saya membaca di satu blog ni yang menceritakan dia makan habatusauda ni kerana mengalami senggut yang teruk dan tidak merancang untuk mengandung pun .. tapi kuasa Allah janganlah menidakkan yer... setelah kawan blog ni makan 2 papan.. alhamdulillah senggut hilang dan doktor sahkan dia mengandung.. mungkin ianya rezeki dan secara kebetulan.. tapi bila saya baca kelebihannya tak salah kalau mencubakan.... sebab sebelum ni pun saya pernah makan cuma jenama lain sahaja... dan botol yang sebelum ni pun saya dah bagi kat adik saya.. harap cukuplah sampai adik bersalin hujung bulan 5 ni.

Saya pun alhamdulillah dan mencuba sendiri makan habbatus sauda minsyam ni alhamdulillah dah habis pun dua papan dengan jayanya.. badan saya makin okk cergas... dan pagi² saya mudah untuk melawas... selain itu saya badan saya macam ringgan sikit (hahahaha... perasaan saya jer kot). Kadang² sedawa pun masih bau herba habbatus sauda ni... tapi yang paling suka sebab dia mudah ditelah.. jenis kapsul macam minyakkan... mungkin antibodi setiap orang memainkan peranan perubahan juga.

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA

Sabda Rasulullah SAW;
"Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana didalamnya terdapat penawar pelbagai penyakit kecuali MATI".






BUKTI KAJIAN
  • antihistamine (pencegahan alahan)
  • anticancer (pencegah kanser)
  • antioxidant (pencegahan kerosakan sel)
  • antibiotic (pembunuh kuman)
  • antimycotic (antikulat)
  • bancho-dilating effect (pengembangan saluran penafasan - asma)
  • masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
  • melancarkan keluarnya kencing
  • memperlancarkan darah haid
  • melancarkan pengeluaran susu
  • masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
  • mengeluarkan angin dari perut
  • menambah ghairah seks
  • masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
  • masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
  • masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
  • masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi, darah rendah
  • masalah mental - meningkatkan kecerdasan minda
  • masalah tulang / sendiri - gaout, arthritis dan reumatima
  • kencing manis
  • alergi
  • migrain dan banyak lagi

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah mendengarkan penerangan di radio nanti.. tapi.. opis saya tak boleh bukak radio ikim online huhuhuhuhu....




Bicara Hati : Lepas nak cuba minyak zaitun dan kapsul minyak zaitun pulaklah.. banyak juga khasiatnya .. kalau nak awet mudakan.. kan...






Ahad, 7 April 2013

Bintang Maju - Kedai Kamera Promosi Murah


Selamat pagi semua.. buat apa cuti² ni.. ini entry tertunggak hutang hari tu... masa saya publish... kamera olympus putih maaflah kalau ada yang tertunggu² entry ni.. tak berkesempatan saya nak bagi tahunya... bizi kat opis huhuhu.. tak cukup kaki tangan rasanya nak buat entry... 

Okk kedai yang kami beli kamera tu kat Klang Prade saja, memang dah lama tak pergi.. bukan dah lama jer.. lebih pada jarang kot.. sebab jauh daripada rumah.. ni pun singgah kejap.. sebab nak pergi rumah akak ipar.. kira sekali jalanlah... dan kebetulan kedai ni ada buat promosi.


 Nama kedai ni Bintang Maju, kalau masuk daripada pintu utama kedai sebelah kanan tak jauh daripada tangga bergerak tu.


 Hubby cadang nak serve jer.. yang sebenarnya sebab nampak dia tampal prmosikan.. sekali.. dah terbekanan lah pulak... 


 Banyak ilihan yang sebenarnya tapi yang ni pesen² lama hihihihihihi ...;p


Inilah tokey tu.. peramah kemain lagi.. sampai hubby tergoda huk.. huk.. hukk.. terbang dekat RM 600.00 tau.. takpalah janji puashati... 



Sebenarnya kita minat yang canon tu.. tapi yang tu lain bajet pulak.. rege tak mampu milik kikikiki... ni pun dah kira bersyukur hubby belikan yang baru... sebab yang lama tu buat hal gambar gegar tak tahulah pasal apa ntah... 



Bicara Hati : Lepas ni tak sempat buat entry.. saya tepek jerlah gambar² banyak² dalam blog ni hahahaha...






Jumaat, 5 April 2013

Pelaburan Mudah



Pesanan seorang yang berpengalaman, begitu mudah.. tapi kenapa sukar dilakukan.. ini adalah pelaburan kita yang terbaik untuk masa hadapan di akhirat kelak. (^____^)v








Semangat Diri - Janji Allah Yang Pasti


Allah tak pernah janji, 
orang yang kahwin akan dapat anak.


Allah tak pernah janji, 
orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.


Tapi,


Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti
Siapa jaga solat, maka dia adalah
orang
yang BERJAYA


Siapa jaga solat, maka Allah akan
angkat kesempitan hidupnya didunia.


Siapa jaga solat, Allah akan angkat
seksa kubur 


Siapa jaga solat, Allah akan beri
buku amal dengan tangan kanan


Siapa jaga solat, dapat lintas titian
sirat sepantas kilat


Siapa jaga solat, akan masuk syurga
tanpa hisab.. Janji Allah itu Yang pasti..





Rezeki



Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Penghargaan

PC Exco Dewan Annex 01



SHAH ALAM, 4 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus sebanyak RM300 kepada kakitangan awamnya sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri.
Bayaran bonus tersebut dibuat dalam bentuk simpanan yang dikreditkan ke akaun Simpanan Tabung Haji bagi kakitangan beragama Islam dan Bank Simpanan Nasional kepada bukan Islam.


Disebabkan kakitangan awam negeri berkhidmat dengan baik membantu Kerajaan Negeri, Exco yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi bonus berkenaan.


“Dalam masa dua minggu ini kita usahakan agar semua orang terima bonus ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Annex.


Dalam sidang media sama beliau turut mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri menghadkan penggunaan peruntukan sebanyak 50 peratus sahaja.


Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan masalah kehabisan peruntukan yang pernah berlaku ketika pentadbiran Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh Pakatan Rakyat.


“Ini bagi mengelakkan kesusahan yang kami tanggung sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 yang mana kebanyakkan peruntukan DUN habis digunakan.


“(Oleh itu) saya dan Pegawai Kewangan Negeri buat keputusan pada bulan lalu bahawa semua Adun dan Exco hanya boleh menggunakan peruntukan 50 peratus daripada peruntukan masing-masing.


“Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikkan rakyat tidak terabai,” kata Abdul Khalid lagi.


Sumber : http://www.selangorku.com



Bicara Hati : Siapa pun pilihan pemimpin akan datang segalanya dijari masing², demi kebajikan rakyat dan negara janganlah sampai kita tidak bertegur sapa.. hanya punya pahaman politik yang berbeza. (^____^)v





Amalan Makan Habbatus Sauda



Selamat pagi, terima kasih pada kawan² yang bertanyakan kesihatan adik saya, maaflah komen kamu masuk di spam jadi saya tak perasan dan ada juga komen daripada cik annon yang memang sedia masuk di spam kikikikiki .....

Seperti yang saya ceritakan dalam entry² saya 2 minggu lepas ... klik sini dan klik sini pada yang masih tidak mengetahui semasa adik saya ditahan di wad selama seminggu.

Alhamdulillah adik dah selamat keluar, nasib baiklah dia keluar kalau tak memang tak buat kenduri lah yer.. minggu lepas.. iyerlah kenduri tu nak buat kenduri arwah sekali kenduri melenggang perut.

Saya dengan mak dan buntu sebenarnya nak buat macam mana dengan keadaan adik ni, sudahnya saya teringatlah kawan saya bagi tahu amalkan makan habatus sauda boleh mengurangkan kencing manis tak kiralah kencing manis biasa, waktu mengandung atau kencing manis basah. Dan kebetulan saya memang ada beli habatus sauda Ariff ni... jadi saya suruhlah adik saya makan.. alhamdulillah darah dia makin normah sekarang paling tinggi pun 5.5 sahaja... bersyukur sangat.. maklumlah dia kene kencing manis sebab mengandung ni jer.. takutlah jugak kalau melarat lepas bersalin pun tak hilang macam manakan.. jadi.. kami nasihatkan dia makan habatus sauda ni...






Sebotol Ariffbillah Habbatus Sauda mempunyai 60 biji kapsul dan dimakan 2 biji pada sebelah pagi dan 2 biji lagi pada belah petang. Sebotol tak hinggat pulak tapi tak sampai RM 50.00.

Antara kelebihan Ariffbillah Habbatus Sauda :-

1.Membantu dalam mengeluarkan Asid Urik dalam badan.
2.Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
3.Membantu menyembuhkan selsema.
4.Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5.Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman atau sebaliknya.
6.Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
7.Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8.Membantu merawat penyakit kencing manis.
9.Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
10.Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
11.Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
12.Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
13.Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.
14.Uniknya,ia juga adalah solusi buat mereka yang mengalami gangguan sihir dan ilmu hitam.

Semoga usaha dan doa kita Allah kurniakan kita badan yang sihat setiap penyakit ada ubatnya,maka apabila telah diperoleh ubat bagi penyakit tersebut,nescaya akan sembuh dengan izin Allah Azzawajalla.(hadis Riwayat Muslim daripada Jabir r.a)



Bicara Hati : Sekarang saya makan habatus sauda minsyam pula.. sebab yang Ariff ni dah takda stok pulak.. kawan saya jual tu...







Khamis, 4 April 2013

Testimoni : Pure Marine Collagen



Pure Marine Collagen (PMC) atau lebih dikenali rumpai laut rata² ramai blogger dah mencubanya dan hasilnya memang dabooommmlah kan.... comey cantik gitu.. kulit gebu licin tanpa parut, patutlah orang² sabah comey².. makan pmc banyak² kot bagus untuk kesihatan dalaman kan...



Kebetulan kawan aku pun jual jugak, haihh terjebaklah jugak mendealah ni.. takpalah untuk kesihatan kan... apa salahnya mencuba kalau baik dan serasi dengan badan boleh lah teruskan...



 Sebekas RM 10.00 
Yang ni special bekas.. sebab bekas² kat rumah dah habis kata kawanku hihihihihi... amboii makin larislah tu... jual pmc ni kan.. nanti raya mesti muka comeyy pakai dari sekarang.





Sebab baru nak mencuba bahagi dua dengan mak, mak kata nak makan hihihi... aku layan jerlah... lepas tu siap bagi tahu kat mak.. boleh buat masker mak sapu kat muka.. nanti lagi lembut kulit... mau lah abah tak kelip² mata pandang mak kan.. ;p


Baru cuba 4 hari ni.. memang lembutlah kulit muka malam² sapu buat masker, bau dia memang hanyir sikit kalau sapu kat muka.. tapi aku.. rasa okk jer.. sebab yang ni kawan kita yang jual tu rebus dengan daun pandan... masa makan pun tak rasa hanyir.. ok jer.. masuk sesudu.. nanti lelama boleh masuk bersudu² oklah kan... sebab stok ni tahan untuk 2 minggu kalau simpan kat peti sejuk... 


Kalau tak silap ibu mengandung pun boleh makan jugak, mesti baby lahir nanti lagi comey²kan.. kulit halus jer...


Bicara Hati : Lepas ni bolehlah cuba sabun rumpai laut pulak ada macam² warna ungu, hijau, biru dan kuning.. masing² punya kelebihan...

Mabuk Dah - Dia Datang Lagi



Ini bukan mabuk mengandung ke hapa.. ini mabuk lain kikikikiki ... ;p

Jari gatal² ... hahahaha.. macam mana ni??? .... gatal tengok jualan online huhuhuhuhu .. kebetulan tengah mencari warna shawl oren, tapi semalam baru tempah yang tribal dengan kawan grrrrrrrrrrr ... hari ni Radiusite pulak upload gambar shawl baru.. cantik² huhuhu.. pastu.. ada pulak warna yang kita nak ...


Cantikkan... serius jatuh hati... dah lah susah nak jumpa warna oren macam ni ....
Tapi ada kawan opis saya kata.. macam sisik ular lah grrr.... 
Camner ni.. semalam dah order yang tribal ... nampaknya tahan nafsu jerlah.. kalau ada rezeki pergi kat kedainya hihihihihihi.....

Ini pun cantik .. banyak baju² kosong warna macam ni boleh padankan... tapi hubby dah tegur... jangan beli warna macam ni lagi.. beli warna lain, sebab hubby yang jemur baju kan.. tu yang di perasan kikikiki ...;p



Yang ini pun jatuh cinta jugak... tapi.. takda baju warna macam ni.. hahahaha... tu saja nak cari pasal beli baju lah tu.. jakel pun masih sale, tapi tak pernah jejak pun... 




Bicara Hati : Beli kongsi² jimat penghantaran ... ;p tapi kali ni cuci mata jerlah ...





Rabu, 3 April 2013

ikan Bawal



Rezeki lah namanya.... bila anak mek sebelah memancing sekali menjala.. seplastik mek bagi ikan bawal petang tadi.. bawal putih pulak tu .. besar tapak tangan.. yang paling best mek dah siang siap².. tinggal basuh jer.. yeahhhhhhh seperti mahu lompat bintang dipetang hari, memang sedapplah goreng garing.. makan berpinggan² hubby... amir yang tak suka ikan sejak akhir² ni pun ligat makan.... 

Ditambah pulak satu jug air tebu freshh anak mek mesin.. ya allah.. memang rezeki betullah dibuatnya.. sudahlah petang tadi haus.. memang kene sangatlah hilangkan dahaga tekak ni....

Gambar² tak kose nak upload .. marah kang mak yong yang mengidam hahahahaha....


Bicara Hati : Moga jasa baik mek sekeluarga allah sahaja lah yang membalasnya...




Lepaskan Kemarahan



Tak dapat main yang kat tempat bowling betul².. kat sini pun jadilah amir melepaskan kemarahannya hahahahaha... suka betul dia... 





Akhirnya Parlimen Bubar



Susulan daripada entry bendera berkibar ni tanda-tanda harinya semakin dekat, hati masih tertanya².. akhirnya hari ini sudah tejawab segalanya... bila dah bubar... marilah kita menunggu hari untuk mengundi pula ...

Saya pilih untuk mengundi... itulah yang anak saya selalu dok kata² mengajuk² iklan tv hihihihi.... Segalanya dihujung jari .. buatlah pilihan yang terbaik... demi kerajaan yang akan memajukan negara dan tanahair tercinta.





Bicara Hati : Baru kali pertama nak pergi mengundi.. yang dulu nama tak masuk lagi.. padahal dah daftar huhuhuhuhu ... 


Maskulin - Edisi Si Raja Lawak Lelaki & Humor



Pertama Kali hubby beli koleksi Majalah macam ni, tanya² juga dihati ... mungkin kerana minatnya pada Johan, atau minta pada majalah ini.. atau minat pada isi kandungan keluran April ni.... Kesimpulannya oleh kerana ini koleksi pertama.. ku andaikan hubby minat pada apa yang johan luahan di dalam majalah ni ...


 Sangat lain dari yang lain.... Johan rupanya.. dengan gaya rambut yang berbeza ... sangat terkini


 Saya Bukan Pelawak Murahan - membaca luahan hati johan seyes sangat² berbeza karakter sebenar dirinya diluar waktu bekerja... 


 Diselitkan juga Pelopor Pelawak Malaysia yang dikagumi ...


Selebriti Pelawak Terkaya - siapa kata melawak tiada pendapat ... sideliklah yer... sampai mereka boleh jadi kaya...


Kalau nak tahu apa lagi yang menarik dalam tu kenelah beli sendiri ... tapi memang berbaloi².. tak pasti harganya berapa kalau tak silap tak melebihi rm 10.00



Bicara Hati : Tumpang baca jer... hihihihihi ...


Selasa, 2 April 2013

Laksam



Sedang pikiran masih melayang mahu memasak juadah apakah malam ini (kisah isnin yang lalu) tak kala tangan ligat melipat sejadah selepas solat asar... sayup² kedengaran suara itu ku sambut dengan senyuman, ku sangkakan.. mek mahu beri kain yang di angkatkan.. maklumlah.. kadang² kain jemuran kat belakang tempias mek tolong angkatkan... rupanya sangkaan meleset pinggan yang dihulurkan... selambak laksam.... 

Kalau diberi pilihan seperti mahu menyusup masuk kedalam selimut .. tak kala dari kejauhan sayup² kedengaran suara mek sebelah memanggil.

Owwhhhh terujanya.. lama tak makan laksam mek bagi.. teringat² tau.. memang dah lama sangat mek tak bagi.. selalu bagi laksa, nasi kerabu atau nasi dagang....


Sepinggan besar laksam, separuh bagi akak ipar pulangkan tupperware hahahaha.. kira aci jerlah.. dari membazirkan...


 Kuah pun bahagi dua juga untuk akak ipar, bukan bahagi dua... rasanya bahagi lebih .. aku tinggalkan semangkuk jer kat rumah.. gauh siap² laksam tu .. nak makan.. hubby booooo layan sikit laksam.. tapi hari tu.. berebut² kami makan.. hahaha.. biasalah sikit buat bergaduh.. dengan amir sekali nak makan.. haihh memang saboo jerlah... kan...


Ni juadah mek bagi baru² ni... sebelum aku balik kampung.. tak tahulah lauk apa.. bedal jer makan dengan nasi.. dalam tu ayam cincang ada sayur kacang... tapi minyak tu banyak sangatlah.... belasah jerlah.. memang jenuhlah nak menangguknya...



Ni bukan entry nak kongsi resepi yer.. cari resepi kat blog lain.... ini cuma entry nak tunjuk laksam sahaja.. jangan marah....




Bicara Hati : Ada yang terliur ker??? pada kawan² yang dah biasa baca blog ni dah tahu kot kisah mek ni.. memang rajin sebab cucu² dia pun kuat makan...










Isnin, 1 April 2013

Amir Kene Begok Di Leher



Hari ni dah mula sesi persekolahan baru selepas seminggu bercuti, amir mula² memang terujalah nak sekolah.. tapi.. lepas kenduri rumah mak baru² ni.. amir kene begok (betul ke eja tu?? begok ker?? bengok?? haduii keliru jap)



Boleh tahan jugaklah bengkaknya masa mula² tu.. ni dah agak surut sikit... memang nampak sangat bengkak bawah telinga, ke leher...



Sebenarnya daripada minggu lepas amir dah mula demam.. tapi dedar gitu jer... tanda² awal dah ada cuma saya yang tak berapa nak perasan... mula² amir mengadu sakit telinga, saya ingatkan taik telinga dia kering.. saya pun koreklah telinga dia.. idaklah pulak banyaknya... kosong.. tapi dia mengadu sakit telinga, kemudian dia mengadu sakit mulut pulak.. dah kebetulan dalam mulut amir yang bam bam ni.. memang ada daging lebih kat bahagian dalam gusi tu.. jadi saya sapulah jelly aloe vera de-bella memang ternyata ajaib.. alhamdulillah makin surut... cuma belum pulih sepenuhnya bengkak tu.. risau juga kalau melara.

Hari ni amir saya hantar ke tadika macam biasa, asal² nya memanglah nak cuti.. tapi minggu lepas dah cuti 2 hari.... saya tunggu jer kalau pihak taska kata amir meragam... tapi setakat ½ hari ni okk jer lagi... Saya pun dah pesan pada pihak taska supaya tengok²kan keadaan dia... budak² ni paham jerlah.. takut terlanggar dengan kawan² nanti mau meraung satu sekolah bergemanya.

Mak semalam ada jugak bagi petua suruh sapukan nila, dan bekalkan terung pipit suruh jahit buat rantai pakai kat leher... belum pun saya buat amir dah cakap tak mahu pakai.. gegegege... tapi sapu ubat jely tu pun dah surut... harap tak berlarutan lah.. moga makin surut.



Bicara Hati : Pengalaman pertama kene begok ni buat amir, kesian kat dia.. saya pernah jugakk kena dah lama dulu.. memang sakitlah... 






Ubi Keledek Bakar


Kat mana lah nak cari ubi keledek bakar?? rasanya sekarang ni payah nak jumpakan..... 
Okk ni saya jumpa dah 2 minggu lepas kot.. kat pasaraya jusco (aeon) .. selalu dok lalu lalang tak perasanlah pulak.. rupanya ditutup lepas dibakar .. hahaa.. manalah mata ni nak nampaknya kan...

Jom layan gambar sekeping dua ni.. sebelum sarapan ... ;p dan amik mood nak buat kerja ...



 Pakai beg kertas jer pun dibungkusnya hihihihihihi .....


Jangan kembang tekak.. saya baru kopek jer ni.. tak gigit pun lagi..
seyes memang sedapppp okk.. patutlah mahal ....





Bicara Hati : Saya BW perlahan² yer.. banyak dah tertinggal ni... baru masuk kerja ni berlambaklah pulak nak kene siapkan kerja gegegegege....



Jumaat, 29 Mac 2013

Wraps - Lempeng Nipis Mudah



Misi asal saya sebenarnya nak mencari tortilla, tortilla ni ala² macam lempeng atau capati lah gitu .. tapi itulah bila di cari tak jumpa²lah pulak.. ke saya yang cari kat tempat tak betul huhuhuhuhu ... sudahnya misi mencari tortilla gagal... Misi utama cari tortilla ni cumalah nak pulak pizza lah.. ala² crunch² domino gitu.. 

Tapi saya tak putus asa.. sebab tak jumpa tortilla saya terjumpa wraps hihihi... kira macam adik beradiklah jugak ni yer... wraps ni pun ala² macam tortilla juga.. ni pun saya jumpa kat jusco .. banyak pilihan perasa rupanya wraps ni yer.. macam jakun pulak bila dah banyak pilihan ni... wraps ni ala² macam lempeng readymade lah.. seyes nipis.. kalah capati okkkk ....


Rambang mata banyak pilihan dan perasa rupanya, ada original, tomato dan onion pun ada...
Satu pek ni ada 8 keping RM 5.99 saya tak pasti kat pasaraya lain kalau lagi murah.. yang ni harga jusco (aeon kan nama baru.. lain macam pulak nak mengejanya)



Saya pilih yang original sahaja .....



 Saya masak sempoi² jer.. yang ni versi gulung dalam tu ada telur goreng hancur saya letak tomato sikit lepas tu saya gulungkan letak salad dan mayonis ... cili sos sikit jer.. amir tak suka pedas ....



Yang ini pulak versi lempeng tapi saya guna inti kuah spageti kebetulan masak sapageti.. jadi saya panaskan wraps ni.. letak inti kuah spageti yang dah masak siap² dengan daging hancur.. saya letak cheese dan saya tutup terlipat macam tu.. nyumi² hubby makan bertambah²... jangan salahkan saya.. hilang diet hubby masuk banyak cheese dalam mulut hahahaha ...



Nnati nak cuba perisa tomato pulak, dengar kabarnya boleh di goreng tau.. potong kecik² .. goreng dengan minyak jagung.. jadilah kudapan depan tv kan...



Menu² pilihan menggunakan wraps ni memang jimat masa dan tenaga.. macam² korang boleh cuba tau.. ni contoh² mudah jer yang saya buat.. korangkan lagi bijak memasak.. mesti lagi kreatif.. sebab sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Rasa macam nak menangis gambar yang pizza crunch² tu amir terdelete .. dia silap tekan, siap  mintak maaf dekat saya dengan muka sayu... takpalah.. lain kali saya tunjuk bila saya buat lagi.. sebab wraps pun ada lagi kat rumah hihihihihi .... amir delete pun tak senga.. ada hikmah juga tu.. kalau tak mesti kawan² ibu terliur... hahaha.. macamlah ramai yang baca blog ibu ni kan.... blog picisan jer... 





Bicara Hati : Saya di kampung.. entry ni autopublish... korang sarapan apa pagi ni?? 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...