♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 19 Jun 2012

Dengan teknik berjalan boleh hindari penyakit

  


Oleh kerana kesibukkan masa di pejabat.. nak siapkan kerja itu.. kerja ini... banyak draft² untuk entry majalah tak dapat nak kongsi dengan kawan² semua huhuhuhu.. sudahnya banyak yang tepu dalam draft tu... tepu jer.. tak basi lagi.. kikikiki... tapi kalau dah lame terperam mau bau tapai kan.. kan.... 
Saya bukanlah duta majalah harmoni pun.. jauh sekali promosi ini berbayar.. tapi saya sekadar berkongsi dengan kawan² ape yang saya baca dan sebagai panduan saya juga yang sebenarnya .. iyerlah kang majlah ni saya letak merata² memang takde manenyalah nak mencari.... (^______^)v

Menurut kajian berjalan kaki mampu menghindarkan diri daripada serangan penyakit berbahaya seperti kencing manis, kanser, obesiti, strok dan jantung kalau diamalkan secara rutin harian.

Kebaikan berjalan kaki
1. Membakar Kalori
2. Meningkatkan Peredaran cecair tubuh
3. Meningkatkan kesihatan organ dalaman.
4. Meningkatkan kemampuan otak.

Posisi jalan yang betul.
1. Kepala dan bahu - dalam keadaan tegakdengan pandangan mata fokus ke hadapan. (jangan bongkok)
2. Otot perut - membantu menyangga postur tubuh dan tulang belakang sewaktu bejalan kaki.
3. Pangkal paha - Secara umum gerakan kehadapan haruslah dimulakan  dari pangkal paha dan melankah secara semulajadi dengan langkah yang tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
4. Tangan - dirapatkan ke tubuh. manakala siku perlu berada dalam sudut 90 darjah. pastikan masa berjalan lengan bergerak serentak dengan kaki dalam posisi terkawal.
5. Kaki - Pastikan kaki mendarat di tumit lalu bahagian tengah kaki kemudian barulah jari jemari kaki.

Jangan paksa diri kalau tak mampu yer... saya ni memang takdelah tekun nak pergi kepadang depan rumah tu nak berjalan.. jauh sekali nak joging, tapi.. tapi.. kat opis pun dah berjalan² juga.. turun naik tangga.. janjikan postur badan tu betul.. jangan bongkok.

Sumber majalah harmoni 1 - 31 mei 2012


Bicara Hati : Ade tak sape² yang tengok rancangan 9 soalan baru² ni.... sangat²lah menarik isunya... kalau tak silap bersama Prof iR Dr Fatimah daripada UM (kalau silap betulkan yer) tajuknya mengenai solat yang dilakukan dengan sempurna boleh menyembuhkan banyak penyakit (menurut kajian sains), kajian prof yang terbaru kalau tak silap boleh menyembuhkan penyakit mati pucuk. saya tengok sikit jer.. memang bestlah topik tu.. mane nak tengok lagi yer.. kat tonton ade x??




Santai ber BBQ di A'Famosa

  


Selamat pagi semua.. alhamdulillah hari ni semakin okkkkk..... keje haruslah diteruskan..... ok kite sambung lagi cerita percutian saya masa di A' Famosa. Mohon maaf entry tertangguh huhuhuhuhu.. dan entry sambungan ni sebagai rujukkan saya akan datang juga.. manelah tau ade rezeki nak pergi lagi dengan adik² saya pula.. sebab amir suke sangat².. hari tu tak puas mandi² kat kolam tu....

Oklah sampai² jer.. memasing pilih bilik, memasing angkat baju² beg² dan keperluan dan amik tugas hihihihi .. dan ade yang dah terjun kolam terus.. haihh.. macam² hal .... yang terjun kolam tu.. ayah amir lah ketua nya.. sape lagi.. dah anaknya pun merenggek² nak terjun.

Muka geram kene kipas buat bara api kikiki.. tengok sampaikan nak amik gambar pun x nampak bayang kipas .. laju sangat... (untuk makluman bekas pembakar bbq ni disediakan tuan rumah)

Tak pasal² dengan bapak mertua saya sekali kene tolong bakar bbq ni gara² cucu² dah terjun kolam.
Baju biru dengan oren tu biras² saya.... (^_____^)v

eh² sape pulak yang tengah membungkus² untuk bbq ni.. siap dengan tuala... nak terjun kolam jugaklah tu hihihihihihi..... sangat²lah tekunnya dia buat kerjakan.... (korang rasa ape yang tengah dibalut tu yer...)

 
Antara menu² bbq yang sedang dibakar....

 
Antara bbq ayam dan jagung bakar yang telah siap dibakar.... rupa sangat²lah huduh.. tapi rasanya sedapp tau.. nyum²....

Antara menu² kami malam tu ayam, sosej, udang, jagung, nasi.... tom yam koboi pun ade... asalnya nak buat steambot tapi nanti takut tak cukup pulak bile dah ramai² memasing pun dah lapar.. masak macam ni dapatlah banyak sikit.... bbq 2 ekor ayam pun sekali makan jer kikikikikiki..... korang bayangkanlah betapa laparnya memasingkan...

Alhamdulillah rumah yang kami tidur ni kelengkapan untuk memasak memang disediakan daripada periuk nasi, pinggan,pisau, dapur, gas, cerek rebus air semua pun ade... cuma kami bawaklah minyak dan menu ape yang kami nak masak sahaja....

Lepas makan memasing buat hal sendiri dalam rumah, bile aircond dah mule rasa sejuk memasing pun berselubunglah.... depan tv layan Super Spontan ulangan .... kire beruntunglah jugak kite orang sebab rumah ni ade dekoder astro.




 
Cucu bertuah baring dekat riba atuk sambil layan super spontan.



 
Amir sokong beruang comel.. amir sokong beruang comel.. sambil main beruang abang sepupu dia masa beli kat air hitam. hahahaha.. hadoilah.. yang lawaknya semua pun di sokong .. dan siap pandai ngajuk muka angsa ganas yang selalu tauke buat tu.... ;p





Bicara Hati :
Bilelah agaknya saya dapat peluang ke krabikan... 
tak dapat pergi dapat FM pun jadilah terima kasih kekda .... 





Isnin, 18 Jun 2012

Sinopsis Parut Ashikin

  
 
  
Buat pertama kalinya, drama ini menampilkan lakonan, Eman Manan dan Erra Fazira sebagai watak utama.  Klik sini macam² gambar lagi.
 
Sape tengok Parut ashikin malam tadi??? saya tak sempat nak tengok habis.. mata dah kuyu .. lagi² si bujang dah tidurkan.. haruslah saya pun tertidur awal lepas tengok master chef huhuhuhu..... layan kat mustika HD 134 pukul 10 malam gambar memang teranglah kat HD ni.. jerawat semua pun boleh nampaklah.. ;p

Saya tengok masa mula² jer.. yang masa muas kene kejar orang kampung tu.. dia mencuri kot.. sebab nampak dia bawak kotak yang dalam tu ade bedak dengan lipstik jer kikikikiki....

Lepas tu dia pergi satu rumah ni.. nak mencuri lagi agaknya.. tapi dibunuhnya tuan rumah tu.. lepas tu dengar ade orang menjerit bersalin.. langsung diqamatkan budak tu.. dan dikelar².. sangat²lah ngerii okeeyyyy... 

Lepas tu terus bersambung ke dunia muas sekarang yang mengajar di pondok kalau tak salah.. sebab bapak mertua dia macam sakit tenat jer masa tu.. tak lama meninggaldunia.. isteri muas pulak sakit...

Saya tengok sampat part bergaduh ni jer.. lepas tu dah tertido hihihihihi......

 Hebat tengok eman bersilat.

Dari Sumber : Utusan

Parut Ashikin adalah kisah cinta yang indah di antara seorang lelaki tua bernama Muas dan wanita muda bernama Ashikin. Badan Ashikin dikelar oleh Muas semasa dia masih bayi. Oleh kerana sayangkan Ashikin, dia tidak memberitahu tentang sesiapa dirinya sebenar.

Pada 1930, Muas dan Lazim dikejar orang ramai, mereka sembunyi di dalam sebuah rumah dan membunuh lelaki yang berada di rumah itu. Tatkala mereka menguruskan mayat itu, mereka terdengar suara perempuan menjerit di muka pintu bilik. Dia meraung melihat suaminya terbaring, perempuan itu sedang menunggu masa untuk melahirkan. Selepas menolong melahirkan anak, perempuan itu minta bayi berkenaan diqamat dan pada waktu itu, Muas terdengar bisikan supaya dilakukan dengan ikhlas kerana bayi itu nanti adalah jodohnya pada masa depan.

Muas tak percaya namun dia teruskan qamat dan bisikan itu datang lagi dengan kata-kata bahawa kematiannya nanti dengan gigitan labah-labah hutan.

Pada 1950, kejadian malam itu datang menganggu kehidupan Haji Muas, yang sekarang tinggal di rumah pondok agama.

Ape kesudahannya saya pun tak tahu... kalau tak salah lepas kawin muas buatkan rumah untuk ashikin kat tengah sungai sebab kununnya takut ashikin mati disengat labah² kalau duduk kat hutan. Sayang betul muas kat isterinyakan...




Bicara Hati : Orang kata ape jua yang berlaku ade hikmatnya . dan setiap perbuatan ade balasannya.. tak dapat di dunia insyaallah diakhirat. renung²kan... (^___^)v. n3 autopublish, hari ni tak sempat nak bw sangat.. pergi yang mane termampu jer.. insyaallah malam ni kalau sempat saya datang.





Edisi super spontan tak habis² ....

    

Salam pagi isnin semua... tak mahulah blues².. kerja haruslah disiapkan okeyyyyy, hari ni saya mungkin kerja ½ hari jer.. ade masalah kesihatan sikit.. doakan saya baik² ajer yer... (^___^)v

Sejak akhir² ni banyak betul rancangan baru kat tv, tapi kalau dah terlalu banyak di sogokkan dengan hiburan pun tak oklah jugakkan.. sesekali kenelah tengok rancangan yang berbentuk ilmiah atau tazkiran.
 
Tapi dah kalau anak bujang saya jer yang depan tv jangan haraplah ibu dia ni ade peluang nak tengok tv rancangan saya kan... dan kalau saya on lappy pulak.. dia datang kacau saya sibuk nak tengok you tube gambar lori sampah, loro kontena, kereta², motor² lah pulak. (haihhhhh.. anak lelaki memang macam tu agaknya kan....) tu belum lagi nanti dia cakap dia bosan.. ibu jugaklah jadi kawan main perang².. main sorok².. main gusti².. sudahnya ibu yang kalah.... 

Walaupun super spontan dah lame habis.. tapi spontan kata² anak saya tak habis² hihihihihi... Paling saya tak menahan sejak akhir² ni... gara² rancangan oh my english ... ade beberapa ayat amir suke gunakan kat rumah .... sampai buatkan kami suami isteri tergelak .... contohnya bile saya kat dapur tengah masak .. tibe² datang meluru ... 'ibu what ar u doing' errrkkkkk terkedu saya .... saya dengan muka biaser² ibu jawab dalam bahasa melayu tengah masaklah sayang .. amirkan nak makan. amir ' ibu masak macam master chef tau' erkkkkkk... anak ku.. kamu sangat comel okkkkk kalau cakap macam tu..... tapi ibu tak pandai masak.. masak koboi² jer. ;p

Pernah pengasuh amir bagi tahu .. amir tengah tengok cerita kartun kegemaran dia.. lepas tu kawan² sibuk lalu lalang main kat depan tv tu.. siap ade yang main kereta jalan²kan kat kabinet tv .. tibe² dia jerit 'dont touch anything' terkejut pengasuh saya .. masa tu dia tengah amik baju kat bilik .. nak pakaikan baju untuk budak yang dia baru mandikan... bile dia cerita kat saya.. dia gelak balik .. terperanjat akak dengar amir cakap macam tu tau... saya?? saya lagilah terperanjat sebabnya kalau tak salah masa tu amir memang 4 hari duduk dengan ayah berdua kat rumah.. masa tu dia takmoo dok umah pengasuh. bile datang situ dia bawak pengaruh oh my english ni ..... sekarang akak pengasuh tu kata .. kalau nak keluar main kat luar dia akan cakap 'lets gooo.. lets goooo baby' sampaikan budak² yang lain pun mengikut jer.... hadoiii jangan ajak kawan bertumbuk sudah yer.... main same² tau....

peahhh yooo auntie² & uncle² semua.....


Bicara Hati : Bile amir dah makin membesar banyak yang dia 'explore' lagi banyak pengaruh persekitaran yang dia mula paham... dan sebagai ibu bapa banyak yang kami kene pantau .. terutama dari segi percakapan.. adekala ape yang amir katekan spontan keluar sampaikan kami takut ade yang terguris kalau dengar ayat amir.. paling tak menahan bile amir suke cakap ini barang baik heaaa.. ini barang baik.. gara² tengok karoot komedia sambil buat ibu jari.

Ahad, 17 Jun 2012

GA : Saya Nak Lipstik Kolagen

  
 


Tarikh tutup GA ini ialah pada  
30 Jun 2012 ( 11.59 pm)
 
 

 
Bicara Hati : Mood hujung minggu nak join GA .... walaupun jarang join sebab selalu sangat jari tak bertuah.. tapi nak join jugak.. mane tahu ade rezeki dapat lipstik ni.... bolehlah melaram raya nanti.. (^___^)v




Sabtu, 16 Jun 2012

Aktiviti Hujung Minggu

   


Ape aktiviti hujung minggu yang menarik?? banyak sebenarnya boleh buatkan.. tapi dah kalau kereta takde... ape pun aktiviti cuma kat dalam rumah jerlah hihihihihi....
Selalunya hujung minggu kalau tak balik kampung dan hubby ade kelas, saya bangun pagi mestilah kemas rumah macam biaser dari basuh baju, menyapu, kemas peti sejuk, lipat baju yang mengunung dan sampailah mop lantai (kalau rajin dengan tempat parking kerete sekali saya basuh dan mop kikikiki)..... kadang² anak bujang tu rajinlah jugak nak menolong.. menolong tambahkan sepah² pun dialah jugak huhuhuhu..... kalau lagi rajin dengan tingkap² sekali saya lap hihihihihi...
Pergi pasaraya segi depan rumah jer... belanja dapur sikit².. hari sabtu plastik tak disediakan haruslah bawak beg serbaguna dari rumahkan.... dah kalau pergi 2 beranak naik motor jer.... takdelah nak membeli sangat cukuplah untuk menambah stok sahaja....
 siang ikan.. beli banyak dan pilih yang segar² mata masih putih.. tahan lamalah sikitkan... silap² stok sebulan kikikikiki... beli jugak ayam sekor (potong kecik² siap²) dengan udang sikit....

 Dan haruslah siap² dibungkus didalam plastik 2 ekor setiap satu plastik untuk sekali masak cukuplah buat kami 3 beranak.... nak beli tupperware tak mampu.. tipuware baru jer banyak yang dibuang dengan hubby kalau dia rajin mengemas itulah jadinya huhuhuhu.... alamak!!! lupe nak amik gambar ayam dengan udang.. ;p


Kalau ibu² yang ade anak kecik sibuklah buat puri macam cha, cik mot dan fieza, saya pun sibuklah juga buat puri dewasa hihihihihi... blander bawang merah+bawang putih+halia (stok untuk masak sup, sardin atau ayam kicap semua² menu kegemaran amir) kemudian blander bawang merah+bawang putih+cili kering semua saya simpan dalam stok tipuware saya dan masukkan dalam peti sejuk... senang balik kerja nak masakkan.. kan.. jimatlah masa dan tenaga.. dan jimat uwang juga.... sebab saya lebih selesa makan dirumah dari keluar.. tapi kadang² makan luar dan bungkus juga hihihihihi....
Hari ahad pulak.. makan free yeahh.. (tapi minggu ni takde jemputan so duduk rumah.. mkn tdo.. bgn mkn tdo) kalau tak jemputan sana sini.. kadang² tak menang kaki nak berjalan tau huhuhuhu.... haruslah pergikan kalau jemputan kawan² yang rapat.. atau sedara mara, masa ni lah pun nak berjumpenya... kalau tak jangan haraplah....
 Sekarang ni dah macam trend kalau pergi mane² jemputan haruslah ade menyanyi² macam ni.. dan juga celoteh DJ, kalau takde macam buhsan sikitkan... ;p sementara nak tunggu pengantin sanding tu..
 
 Sempat amik gambar pelamin jer.. pengantinnya lama kemain lagi nak bersanding dengar khabarnya pukul 3 baru sanding.. x sanggup menunggu ade jemputan lain juga huhuhuhu.....


Ok sambung buat sambal belacan pulak satu tupperware kecik stok memang simpan dalam peti sejuk.. senang nak makan ambil jer... siap sambal kicap juga...hadoilah memang terlebih rajin sudah.. stok untuk sebulan.. kadang² nak masuk 3 minggu kalau dah tak habis² bawaklah balik kampung hihihihihihi.....

 Upah kalau tolong ibu .. ayah belikan ais blanded dengan cendawan goreng kat pasar malam jer.....


Bicara Hati : Hujung minggu memasing jiran² ade hal, kesian amir takde kawan nak main basikal same².... ibu lah yang kene layan sudahnya.. main badminton (korang paham² je lah.. kalau main dengan amir tu.....)




Jumaat, 15 Jun 2012

A Famosa Resort - Lokasi tidur menarik buat keluarga

  
 

Percutian kami sekeluarga baru² ni ke melaka secara kebetulan sebenarnya.... Awalnya hubby dapat jemputan ade kenduri kawin adik pada kawan dia kat johor, kebetulan pulak kampung tu dekat dengan kampung abang pak mertua saya.. jadi hubby ajaklah adik beradik dia pergi ziarah sekali .. sebab raya tahun lepas kami tak pergi johor... dah alang² kat sane pergi kenduri kawinkan... ape salahnya bawak family sekali... balik tu kami pun singgahlah tidur kat A'Famosa Resort.

Inilah kali pertama kami sekeluarga tidur kat sini.... secara peribadinya saya puashati sangat, sungguh pun kami hanya tidur semalam dan tak pergi jalan² pun kat Melaka tu.. habis dah kalau kat rumah tu ade Astro (hubby bawak kad bolehlah layan super spontan).... dengan kolam renang.. memang takde maknenye nak pergi berjalan²...
 
Pintu masuk ke A'Famosa Resort
Kami pilih bangloo.. rumah yang sebijik² tu.. siap ade kolam renang memanglah selesa.... sesuailah riadah se isi keluargakan.. kan...

Sistem sekuriti dia ketat sikit... masuk ade pas...
Lepas pintu guard nak ke rumah tu jer sebelah kanan ade tempat Cowboy ni....

Ade macam² aktiviti kat sini tapi malam jer rasanya....  kami tak masukk pun ...

Seksi cowboy pempuan ni haihhh.....


Rasa macam jauh sangat kami pusing² nak sampai rumah yang kami booking tu.... naik bukit .. turun bukit... lalu jambatan, siap jumpe safari lagi (zoo)lalu kandang kuda .. lalu tempat main painball haihhh rumah x sampai² jugak..... Akhirnya sampai juga.. tapi depan rumah takde pemandangan uwarrr.. nape di bagi rumah yang ini.... nak rumah yang lain eh² tibe²kan....



Dari luar tak nampak macam banglooo pun.. ;p sebenarnya banyak pilihan .... tengok kat sini
tu.. pemandangan luar jer... sekali masuk wahhhhhhh... teruja ok.....
ade 3 bilik semua ade aircond (^________^)v memasing senyum lebar.....
Parking kat luar tu.. muat 2 kereta jer....
Padang kecik jer kat sebelah rumah, nasib baiklah memasing takde mood nak main bola pun...

Rumah 3 bilik
Ruang tamu yang selesa ade dekoder astrooo yeahhhhhhhh
Ade kolam mandi yang selesa... kat belakang rumah
ade ruang sidai baju ditengah² rumah...
Tempat pembakar pun disediakan.. cuma kene bawak arang je lah.... boleh bbq.

Ruang bilik utama
ade aircond dan tv dan dalam almari tu ade bantal tambahan serta 2 toto
Bilik air ade tab .. yeahhh.. tak puas mandi kat kolam sambunglah kat sini... (maklum ar kat rumah takde)

 Bilik kedua ade 1 katil besar dan 1 katil kecik akak ipar 5 beranak muat tidur... tak tahulah macam mane akak ipar menyusunnya.... siap ade aircond juga.... memasing tidoooo tak sedarrrr....

Bilik ketiga ade aircond juga .. adik² ipar tidur sini

 Bilik air kedua kat luar bilik.. ruang antara bilik dan tempai menyidai baju.

Ade ruang sidai baju ditengah² rumah... boleh ar sidai baju kat situ lepas mandi kat kolam



Ade ruang dapur siap dapur gas, peti sejuk dan kelengkapan dapur termasuklah periuk², pinggan dan sudu².
Keperluan makanan haruslah bawak daripada rumahkan.... takde maknenya dah sampai situ nak keluar² cari makanan hihihihihi.... ;p

 
Kolam renang sederhana besar dibelakang rumah..... ketinggian kolam seawal paras kanak² darjah 4
(amir kenelah pakai pelampung)
Daripada sampai asyik berendam je lah memasing².. mentang²lah kat rumah takde....


Harga rumah yang kami pilih ni RM 400.00 satu malam kalau berminat bolehlah hubungi en. rashid 019-3635382 (saya bukan duta yer.... jauh sekali promosi ini berbayar.. sekadar berkongsi pada yg beminat), kami pun kongsi² bayar dengan adik beradik belah suami..... kalau satu keluarga jer tak mampu rasanya hihihihihi.....  lagipun sesekali ape salahnya kan ... masa ni lah nak beridah dengan family pun.... lagipun rumah selesa sangat....


Bicara Hati : 
Cantik tak kerongsang² ni.... insyaallah saya akan buat kuiz sikit pasal percutian saya di melaka ni... baca entry² seterusnya sampai habis tau.. barulah saya buat kuiz. Nak bagi hadiah percutian ke Resort ni tak mampu hihihihihihi... ;p




10 Petua Ceria

  

Mood pagi jumaat takmoo sedih².. haruslah ceria.. esokk cuti yeahhhhhh..... tapi cuti pun buat kerja rumah.. rumah dah macam tongkang nak pecah.... habukkkk jangan cakaplah huhuhuhuhu.... ;p

Mulekan kerja hari ini dengan membaca doa mula kerja.

  
Islam Itu Indah



Bicara Hati : Awatnya kabus banyak sangat nak pergi kerja pagi ni.... kabus ke.. asap orang bakar ni... semacam jer sesaknya kat nafas hidung ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...