♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 7 September 2012

Juadah hari raya / juadah rumah terbuka

 
 
Sane sini gambar open house kat blog .. sane sini tayang menu ... sane sini ade open house kat pejabat .. nak join jugakk tayang gambar kami makan² semalam.. ni baru jamuan kecil²an yang join tadarus belum lagi besar²an .. yang besar²an insyaallah hari selasa.... saya tetamu jer.. kuasa nak join jadi ahli jawatan kuasa hihihihihihi .. nanti tak dapat nak makan sakan ... ;p
 Menu biaser ketupat, lemang, rendang, lodeh 
pilih² jerlah nak makan yang mane ... tak payah nak diet² hihihihihihi ....

 Ni bahagian kuih² tapi ade nasi goreng pulak terselit kat situ hihihihihi ....
paling suke 'butter cake' sedap² mubleshhhhhh ......
saya buat agar² oreo cincai jer.. bukan oreo pun streoo hihihihihi ... biskut amir yang tak habis² dimakan saya buat agar²....

Kami² yang join.. dah dowmload baru perasan patut amik gambar yang ade bena tulisan selamat hari raya .. huhuhuhuhu... ni jerlah gambar yang ade pun .. lepas tu dah makan takde maknanya nak pegang kamera hihihihihi ..... (nape dalam gambar ni yang mengandung tak rupe mengandung perut.. yang tak mengandung dah same perut macam yang mengandung haruuu betullahhh..... tutup sikit perut tu)
 
 
Bicara Hati : Malam ni kawan² masa sekolah nak datang rumah, buntuuu memikirkan menu nak masak huhuhuhuhu ..... tolong²... tolong ... ade yang sudi tak nak masakkan.

Maraton minggu pertama raya

 
Ape kes dah 20 syawal baru nak cerita ape yang berlaku minggu pertama syawal hihihihihi .. takpe raya sebulan kan.. kan... jangan ade yang bosan baca sudah..... (^___^)v kalau bosan pangkah lah x.

Saya cuma kongsikan kemeriahan saya berhari raya bersama keluarga jer... mungkin orang lain hari raya meriahnya lain, tapi kami ni selagi dalam kelender tertulis syawal memang kali pulun raya sebulan tu .. semua open house pun kami nak singgah makan freeeee.

Syawal hari pertama
Setiap tahun lepas abah balik solat hari raya, kami akam bermaaf²an dan menjamu selera.. lepas tu barulah saya kerumah mertua pulak (sejak arwah adik takde memang takde sistem giliran seiap pagi raya memang kat rumah mak saya dulu .. malam raya pun saya kat rumah mak .. sebab tak nak bagi mak sedih teringatkan arwah, terima kasih hubby yang sangat² memahami).

Dan seterusnya akan join baraan dengan family sebelah mak .... kami berkumpul kat rumah embah dan baraan kerumah sedara mara dekat² situ naik moto jer ... daripada pagi, tegahari rehat solat kejap .. petang sambung sampailah habis.. biasenya pukul 6.00 petang dah habis..

Gambar² memang takde.. tak kuasa nak usung kamera.. sampaikan rumah mak naik baraan pun lupe nak amik gambar hihhihihihi ....

Syawal hari kedua
Hari raya kedua kebiasaannya kat kampung ade baraan orang lelaki, tapi abah jarang join .. ikut sukahati abah .. kalau abah tak join memang rutin kami akan balik kampung embah belah abah pulak kat sg. nibong nunnnn jalan hala ke sabak bernam.

Oleh kerana tahun ni tak balik perak, kami tak tidur rumah embah malam raya kedua, kami balik awal² pagi raya kedua tu jer hihihihihi .....

Gambar² kat kampung tak berapa nak ade sebab sawah pun tak .. dah habis menuai .. bendang semua kering kontang.

Syawal hari ketiga
Syawal hari ketiga agak syahdu sikit, kami balik johor kat bukit kepong (tahun ni gerak 3 kereta) .. setiap tahun pun balik sebab satu² abang kandung pak mertua masih kat sana, kami datang beraya sekali ziarah isteri abang pak mertua yang tak berapa sihat. Tak sangka isteri abang pak mertua meninggaldunia hari tu jugak dalam pukul 12.00 tengahari... kami tunggu sampailah pengebumian pukul 4.30 petang barulah kami balik. Al-Fatihah buat arwah.

Sebab dah janji nak singgah rumah kawan hubby kat kampung tu jugak .. kami singgah lebih kurang pukul 6.00 barulah balik .. singgah air keoh dan dengkil kul 11.00 sampai rumah akak ipar kat telok panglima garang huhuhuhu .. jalan jem sloww sangat ...  mengantuk ketiduran singgah rumah akak ipar beraya sekali makan² malam sebelum balik rumah masing².

Syawal hari keempat
Sebab kepenatan hari ni tak beraya mane pun .. tunggu rumah mak orang datang beraya pulak hihihihihi .... boleh tahan ramailah datangnya memang duduk dapur jerlah masak, dayoh (tetamu) datang tak berhenti² huhuhuhu......

Syawal hari kelima
Orang lain sakan beraya saya dah kerja hahahahaha .. motif?? takde motiff jauh sekali mengelat nak masak atau melarikan diri .. cuma nak siapkan kerja² sikit ade yang tertinggal. Lagipun cuti banyak dah habis .. kenelah simpan sikit beringat tahun depan anak dah mule sekolah mesti banyak nak cuti (^___^)v

Saje suke² amik gambar ni hubby dengan embah ...
maaf gambar goyang tapi nak tayang jugak ....


Bicara Hati : Hujung minggu sambung beraya lagi ... keluar pagi balik malam jugak ... huhuhuhuhu .... Ahad malam isnin adik beradik ipar semua datang rumah dengan mertua, meriah sangat rumah masak pun sempoi² .. jer...

Terharu

 

Pagi ni sibukkkknya kat opis, sampaikan nak bukak blog pun tak sempat huhuhuhuhu ..... tu baru setengahari dah rindu korang.. kalau berhari² tak bukak blog lagilah rindu (saya jerlah yang rindu .. korang tak perasan pun agaknya kite tak bukak dan update entry hihihihihi).. tak tahu perkembangan kawan² semua....  

Terharu sangat bukak dashboard tengahari ni keluar 26 komen, terima kasih semua .. yang komen .. saya balas jejak kawan² perlahan² yer... lagi² yang tinggalkan komen haruslah saya balas jejakkan.

Terharu ade 26 komen


Orang lain tak heran pun kan dah berpuluh² komen masya wehhh walaupun baru update 1 jam, ko setengahari kepohh sampai nak update entry hahahahahaha ...... 


Bicara hati : Terharu sangat² tau ... biarlah orang lain tak heran dan tak kisah, saya kisah sebab ade jugak orang sudi singgah blog saya dan komen (^___^)v Terima Kasih.




Khamis, 6 September 2012

Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan

 
 
- Bagus amalkan doa ni setiap hari -


Bicara Hati : Alhamdulillah hari keempat hantar amir ke taska, amir dah okkk tak menangis lagi .. tapi sayu jer muka dia pandang ibu balik sambil lambai².... Sebelum turun kereta amir dah janji amir tak nangis lagi .. amir suke kat taska .. tapi amir ade permintaan ngee~~~~ terkujat kejap ibu dengar permintaan itu .. ayah!!!! sila tunaikan.(^_____^)v



Rabu, 5 September 2012

Bersama selamanya walaupun dah beranak pinak

 
 
Alhamdulillah kite masih bersama dari kecik sampailah sekolah rendah, sekolah menengah, sambung belajar, berkahwin dan kini telah beranak pinak ... size pun masing² dah lain (^____^)v


 
 

Suprise ke 36

 


Selasa, 4 September 2012

Warna Warni Di Aidilfitri

  
 
 
Sebagai kenang²an .... saya tatapkan memori saya berhari raya setelah bergelar isteri .... jauh beza tak saya dulu dan sekarang ..... pipi jangan cakaplah semakin² gebu hihihihihi ......

- 2006 -
Alhamdulillah tahun pertama berhari raya sebagai isteri .... masih berdua, ni amik gambar dr hs hubby jer kat rumah embah.... takde tema masa tu .. memang tak tempah baju pun.. ni baju lepas kawin kami tempah saje².. sekali siap nak raya.. pakai jerlah masa raya (^____^)v

 - 2007 -
Tema warne purple meroon (tapi hubby kate merah tua ni ngee~~~) dan biru macam dalam gambar
Tahun kedua beraya sebagai isteri dan bakal ibu hihihihihi .. alhamdulillah ramadhan kali ni saya puasa penuh rupenya saya mengandung 5 minggu masa raya baru tau. Hubby punyerlah meloncat² suke .. hadoi lah.... asyik senyum jer masa raya .... sakan kami beraya masa tu selera membuak².. sebab tak mabuk pun....

-2008-
Tema hijau jugak (last minit sebab baru lepas bersalin) 
Alamak!!!! mane pulak cicir gambar satu family ni .. masa ni gambar baru lepas pantang ... nanti jumpe kite upload kat sini hihihihihi .... saya upload gambar saya berdua dengan amir yer masa ni nak gerak jalan² raya kedua ke .. ketiga tak hinggatlah.
Tahun pertama beraya tanpa arwah adik, rasa sayu sangat kehilangannya. Al- Fatihah

 - 2009 -
Tema warne gold .. tapi hubby kate kuning
Amir dah setahun masa ni .. tengah ligat baru dapat kaki .. berjalan² jer.. pantang terlepas .. suke tengok .. tapi dia jenis tak kesah sangat pun ade hiasan² ni, kuih² ker... tak diherannya . kalau bagi mainan leka lah dia tak berjalan jauh... lagi² kalau bagi kereta.

 - 2010 -
Tema melenium .. tapi hubby kate kelabu
Tahun ketiga amir beraya, dah mule pandai nak bergaya ... collection pun bertambah²... dah pandai nak salam uwit².. uwitt raya .. hahahaha.. saboo jerlah .. lepas dapat sampul buang merata².. jenuhlah ibu ayah ni kutip...

 - 2010 -
Sangat indah memori ini, sayu hati terkenangkan arwah adik .. tak sempat nak jumpe anak buah ni .... masa mengandung dia lah yang rajin bercakap dengan baby, usap² perut ni ... :(
 
- 2011 -
Tema biru tekois .. hubby kate biru muda
Tahun ini ikut tema belah mertua .. sebab.. sebab hubby belikan baju mak dengan bapak.. tapi baju² tu semua besar, akulah yang salah pilih .... lupe mak mertua comel pakai size ss / xs aku belikan s pulak, bapak mertua pakai L tapi saya belikan size XL kikikikikiki ...
Amir lah paling teruja baju pilihan sendiri beli kat Kompleks PKNS leher ala² baju kurung ;p

 - 2012 -
Tema hijau lumut & merah
Tahun ni tema pilihan si bujang, pertama kali pilih baju cekak musang dan bermula tahun ini kami akan ikut citarasa amir ... bak kata ayah .. lepas ni beli baju dah siap jer.. tak payah tempah² hihihihihi .... takut amir tukar citarasa lagi... membazir jer nanti. (^_____^)v


Bicara Hati : Setiap tahun mesti ade tema ... yang kelakarnya saya dan hubby akan kata warne tu warne yang berlainan pendapat hihihihihi ...;p masalah mata kah kami ni??? ..




Isnin, 3 September 2012

Bermulanya Fasa Baru

 

Banyak yang mahu dicoretkan .. tapi kekangkan masa akhir² ni .. kerja haruslah diutama, janji ditepati (eh² ade kene mengenaka ker?? ) Selamat Hari Merdeka ke 55 tahun Semua ........


Banyak entry tak dapat nak publish, dah tentu²lah entry kemeriahan berhari raya ... walaupun raya biaser² .. gambar pun tak banyak tapi kegembiraan tetap terasa di mana² dan setiap kali raya ade jer.. cerita lucunya.

Oklah skip jap entry raya .. nak cerita sikit fasa baru bulan september ni ... bagi kawan² yang dah lame follow saya dan baca setiap entry saya tu mesti dah tau kisah anak saya daripada awal² tahun ni yang tak mahu ke rumah pengasuh .. ditambah pulak pengasuh asyik tak sihat sejak 2 bulan akhir² ni dan cuti raya lama baru² ni .. meragam tak sudah² menangis² tak mahu turun kereta ke rumah pengasuh. Jadi bermulalah fasa baru hari ni ... anak saya ke TASKA.

Amir yang penuh bersemangat nak pergi TASKA hari ni ... siap bangun awal, mandi.
Ni gambar jalan² masa raya hari tu ... gambar hari ni lupe lah pulak nak amik.

Yups ... hari ni setelah di fikirkan masak² dan mengambil pusing dari segi semua aspek ... kami sepakat suami isteri masukkan amir kat TASKA dekat dengan opis, dekat jer .. tapi bukan dalam kawasan opis .. jauh sikit jer.. tapi senang nak pantau .. takdelah ibu susah hati lagi nak tinggalkan amir (orang lain masuk awal tahun, amir special kes lagi 4 bulan nak habis tahun baru masuk huhuhuhuhu)Mule² pergi opis dulu .. bagi tahu boss lepas tu barulah uruskan hal pendaftaran amir ke TASKA.

Lepas sarapan nasi lemak, terus bawak amir pergi TASKA. Hari ni hari pertama pendaftaran, dari dalam kereta ibu dah berbuih²lah dok pesan hari ni kene masuk TASKA takmoo nakal², dengar cakap ustazah, main same² ... tengok tv pun same² .. nak kecing bagi tau kat ustazah. Semua pun amir jawab iyer .. siap angguk² kepala lagi .... tapi??? sampai ... TASKA air mata berjujuran macam nak banjir dibuatnya tak mahu kene tinggal... hati ibu pulak yang sayu dibuatnya.Nasib baik ibu tak menangis sama haru jer.. haihhh ....

Dengan bantuan seorang ustazah pegang amir, ibu berjaya meloloskan diri ... semoga amir berdikari kat situ. Taska kat situ banyak pilihan ade yang tadika, ade yang separuh hari, ade yang tadika sekali taska .. senang cerita tik jerlah kat bahagian mane pilihan korang ... bayaran pun masih mampulah bagi kami pendapatan tak seberapa ni... tahfiz pun ade.... kalau amir selesa tahun depan pun nak tadika kat situ jugak, sebab tengok taska ni lebih pada islamik budak² tadika seawal 5 tahun dah mula di ajar solat. (sebab permohonan pra sekolah amir tahun depan bagi umur 5 tahun tak pasti lagi dapat tak tengah dalam pertimbangan). Nanti² saya sambung review.

Terima kasih sokongan kawan² di FB (^_____^)v

Lepas tinggalkan amir kat TASKA, saya sms ustazah dia tanye perkembangan .. ustazah dia cakap ok jer .. tak sampai 5 minit saya pergi dia dah minum susu dan main dengan kawan². Seeeeeeeee .... drama king jer tau ... dalam pada terjerit² dia nangis nak kene tinggal tu sempat lagi amir jerit soh belikan dia donut coklat balik nanti... ;p


Bicara Hati : Semoga segalanya dipermudahkan. Kawan² doakan juga yer yang terbaik dimasa akan datang buat anak saya Muhamad Amir Hazim. Hari ni tak sempat nak BW sangat ... bile sempat nanti semua saya maraton dan singgah terutama yang tinggalkan komen².. terima kasih semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...