♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 7 September 2012

Home » , , , » Maraton minggu pertama raya

Maraton minggu pertama raya

 
Ape kes dah 20 syawal baru nak cerita ape yang berlaku minggu pertama syawal hihihihihi .. takpe raya sebulan kan.. kan... jangan ade yang bosan baca sudah..... (^___^)v kalau bosan pangkah lah x.

Saya cuma kongsikan kemeriahan saya berhari raya bersama keluarga jer... mungkin orang lain hari raya meriahnya lain, tapi kami ni selagi dalam kelender tertulis syawal memang kali pulun raya sebulan tu .. semua open house pun kami nak singgah makan freeeee.

Syawal hari pertama
Setiap tahun lepas abah balik solat hari raya, kami akam bermaaf²an dan menjamu selera.. lepas tu barulah saya kerumah mertua pulak (sejak arwah adik takde memang takde sistem giliran seiap pagi raya memang kat rumah mak saya dulu .. malam raya pun saya kat rumah mak .. sebab tak nak bagi mak sedih teringatkan arwah, terima kasih hubby yang sangat² memahami).

Dan seterusnya akan join baraan dengan family sebelah mak .... kami berkumpul kat rumah embah dan baraan kerumah sedara mara dekat² situ naik moto jer ... daripada pagi, tegahari rehat solat kejap .. petang sambung sampailah habis.. biasenya pukul 6.00 petang dah habis..

Gambar² memang takde.. tak kuasa nak usung kamera.. sampaikan rumah mak naik baraan pun lupe nak amik gambar hihhihihihi ....

Syawal hari kedua
Hari raya kedua kebiasaannya kat kampung ade baraan orang lelaki, tapi abah jarang join .. ikut sukahati abah .. kalau abah tak join memang rutin kami akan balik kampung embah belah abah pulak kat sg. nibong nunnnn jalan hala ke sabak bernam.

Oleh kerana tahun ni tak balik perak, kami tak tidur rumah embah malam raya kedua, kami balik awal² pagi raya kedua tu jer hihihihihi .....

Gambar² kat kampung tak berapa nak ade sebab sawah pun tak .. dah habis menuai .. bendang semua kering kontang.

Syawal hari ketiga
Syawal hari ketiga agak syahdu sikit, kami balik johor kat bukit kepong (tahun ni gerak 3 kereta) .. setiap tahun pun balik sebab satu² abang kandung pak mertua masih kat sana, kami datang beraya sekali ziarah isteri abang pak mertua yang tak berapa sihat. Tak sangka isteri abang pak mertua meninggaldunia hari tu jugak dalam pukul 12.00 tengahari... kami tunggu sampailah pengebumian pukul 4.30 petang barulah kami balik. Al-Fatihah buat arwah.

Sebab dah janji nak singgah rumah kawan hubby kat kampung tu jugak .. kami singgah lebih kurang pukul 6.00 barulah balik .. singgah air keoh dan dengkil kul 11.00 sampai rumah akak ipar kat telok panglima garang huhuhuhu .. jalan jem sloww sangat ...  mengantuk ketiduran singgah rumah akak ipar beraya sekali makan² malam sebelum balik rumah masing².

Syawal hari keempat
Sebab kepenatan hari ni tak beraya mane pun .. tunggu rumah mak orang datang beraya pulak hihihihihi .... boleh tahan ramailah datangnya memang duduk dapur jerlah masak, dayoh (tetamu) datang tak berhenti² huhuhuhu......

Syawal hari kelima
Orang lain sakan beraya saya dah kerja hahahahaha .. motif?? takde motiff jauh sekali mengelat nak masak atau melarikan diri .. cuma nak siapkan kerja² sikit ade yang tertinggal. Lagipun cuti banyak dah habis .. kenelah simpan sikit beringat tahun depan anak dah mule sekolah mesti banyak nak cuti (^___^)v

Saje suke² amik gambar ni hubby dengan embah ...
maaf gambar goyang tapi nak tayang jugak ....


Bicara Hati : Hujung minggu sambung beraya lagi ... keluar pagi balik malam jugak ... huhuhuhuhu .... Ahad malam isnin adik beradik ipar semua datang rumah dengan mertua, meriah sangat rumah masak pun sempoi² .. jer...

10 ulasan:

LYAfrina berkata...

lya pon..beraya sampai raya ke-3 je..seterusnya just duk dirumah & santai2 g2 je..

QasehnyaRania berkata...

al-fatihah ..

- AZIE - berkata...

x abis lg beraya ke, bestnya...kitorg nie dh mls dh nak beraya ke sana sini huhuhuhu.. weekend nak rehat ja, tp bila ada jemputan open house..aduhhh nak x nak terpaksa jgk

Tanpa Nama berkata...

ooi panjang cerita tu!

Rosmawani♥ berkata...

Raya kat sebulan.. Apa salahnya..pelan2 pun xpe..sonok diorg beraya :p

eija_sweetmama berkata...

awal masuk keje ye,
ok la tu dah xde sistem giliran, mlm raya dan 1st raya dirumah mak sndiri..

betul tu raya sebulan, x terlewat lg nak citer kisah raya..k.eija pun selesai story minggu pertama raya...hihi

kalau free minggu ni, esok jemputla beraya ke rumah mertua k.eija di Bdr Bangi ye..boleh la kita berjumpa k.eija seharian disana esok :)

beat berkata...

xtrlmbt lg kot...slmt hr raya ek

sal ya berkata...

mmg meriah sambutan rayanya.

Puan Kutu berkata...

ini sudah seperti catatan seminggu berhari raya.hehe..

IntaNBerliaN berkata...

wah... ramai jugak tetamu datang yer.. sampai duk dapur je.. murah rezeki :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...