♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 19 Oktober 2012

Empat hari berlalu

    
Seperti yang di war-warkan dalam entry klik sini untuk maklumat lanjut, alhamdulillah 4 ahri telah berlalu.. masih belum ada yang luar biasa..... mengharapkan tiada apa² yang luar biasa berlaku.. biarlah semuanya macam biasa (^___^)v.

Alhamdulillah juga... 4 hari berlalu memanglah hujan, tapi bukanlah hujan tanpa henti ... cuma kejap hujan.. kejap reda... membawa kemalam harii yeahh sejuk².. tarik selimut hihihihihi ....;p

Mengharapkan moga semuanya baik² dan tiada ape² yang akan terjadi ..... Amin insyaallah.... paras air sungai klang pun okk jer.. belum takat paras membimbangkan ....


 Gambar takde kene mengena pun dengan entry hihihihihi ........
Stok kat rumah tak habis² bawaklah ke opis
Jom klik tambah pendapatan sampingan 



Bicara Hati :  Laparrrlah pulak sejuk² ni.. huhuhuhuhu ....





Khamis, 18 Oktober 2012

Rezeki anak kelahiran selangor tahun 2008

  
 
 
 
Susulan daripada pertanyaan kawan² daripada entry sebelum ni .... cara dapat bonus shopping daripada TAWAS
 
 
 
 Wanieys - yupsss... anak selangor jer.... tak pastilah negeri lain....
Afasz - ha'ah discount untuk masuk ke i kidz i-city 50% (tapi i-city pun tak pernah jejak hihihihihi...)
Tihara - Anak pahang lagi istimewa kot macam² dapat dari felda hihihihihi...


 Adam Hawa - macam² jugaklah... beras, susu amir pun dapat juga... lupe pulak nak amik gambar, lepas balik shopping terus kemas kat dapur hihihihihi .......


Mama isha - insyaallah kalau ade rezeki tak kemana².... kebetulan yang ini untuk kelahiran januari 2008 hingga oktober 2008, ni pun dah banyak kali kami dapat panggilan tapi jauh dari rumah.. alhamdulillah akhirnya ade juga rezeki kami dapat dekat dengan pasaraya depan rumah .. tu pun banyak kali bagi tau.. kami nak yang dekat² dengan rumah ...... ade juga jiran² yang dapat dekat econsave dan giant (^____^)
 
 
 
Ujie - Kelayakkan ni untuk anak² sebenarnya.. anak yang lahir dinegeri selangor pada tahun 2008, tapi takpe ade juga ke istimewaan untuk warga emas tau.. macam² info lagi bolehlah rujuk kat http://www.tawas.org.my


Falsya - Kalau dah duduk lama bermustautin pun berkelayakkan janji ade anak lahir 2008 atau tahun selepas² itu hihihiihihihi.... (^_____^)v tapi kenelah baca syarat²nya dulu kat ...  http://www.tawas.org.my


Nafira - Yang lahir tahun lain pun dapat janji lahir bermula januari 2008 hinggalah sekarang yang dah berdaftar, tunggu jer.. call dari Tawas insyaallah adelah rezeki tu kalau dah berdaftar...... kalau tak daftar kenelah cepat² daftar (^___^)v



Bicara Hati : Tahniah juga buat kawan² kakitangan kerajaan negeri yang dapat bonus tambahan masuk akaun tabung haji dan sijil BSN hari raya hari tu. Murah rezeki korang ... yang takde buku tabung haji pun dibuatkan... (^_____^)v ape lagi bolehlah daftar haji kalau dah cukup rm 1,300.00 kan....





Cara dapat bonus shopping daripada YAWAS / TAWAS

     


Semalam saya ada kongsikan saya dapat baucer untuk shopping daripada kerajaan negeri selangor, okk hari saya kongsikan macam mane saya boleh dapat...... rasanya ramai dah dapat kot amir jer yang baru merasa ... tu pun sebab sebelum² ni bile mereka call tempat nak ambil baucer tu jauh dari rumah kami ... kali ni dapat dekat dengan rumah haruslah tak melepaskan peluang.....

TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor bermula 2008 dan akan matang pada tempoh umur 18 tahun dan boleh di tuntun RM 1,500 (merasa ntahh idakkk lame lagi tu...). 
 
Sekiranya anak anda adalah ahli TAWAS yang telah dilayakkan didalam program TAWAS, ini bermakna anak anda BERHAK menerima MANFAAT daripada Tabung Warisan Anak Selangor. Program ini dimulakan dengan anak yang lahir pada 2008 dan berterusan sehingga PENDAFTARAN TERBARU. Pihak TAWAS akan menghubungi ibubapa atau penjaga sekiranya program, masa dan tempat untuk anak anda telah ditetapkan. (sebagai contoh : jika anak anda lahir pada 01 Januari 2008, TAWAS akan menghubungi anda pada bulan Januari mengikut kawasan DUN tempat tinggal anda.) 
 


Okkk merujuk pada soalan nafira, saya kongsikan kat sini.. buat kawan² lain yang nak tahu.. terutama kawan² yang duduk diselangor dan mempunyai anak. Saya tak pasti sebelum² ni..... ape yang saya tahu bagi anak kelahiran januari 2008 yang telah berdaftar dengan TAWAS memang berkelayakkan... 

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

SYARAT 01:

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.


SYARAT 02:

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).


SYARAT 03:

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008 DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. (Perlu mendapatkan Cop pengesahan Taraf mastautin)
�*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.

Kalau yang belum berdaftar bolehlah daftar di http://www.tawas.org.my secara online.

Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pejabat projek TAWAS di alamat seperti berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Atau;

ii. Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat-pejabat DUN yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.

Prosedur permohonan tabung ini?

Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran adalah percuma
b. Ibu/Bapa dan penjaga hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi sahaja.
c. Setiap pendaftaran yang dibuat hendaklah disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut:
Sijil lahir anak / Mykid anak
MyKad Ibu
Mykad Bapa
Mykad Penjaga (Jika Perlu)
Surat Perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada HARI ULANG TAHUN PERTAMA PEMOHON. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai tidak layak. (Tapi tawas ade info terkini bagi kelahiran 2008,2009,2010,2011 dan 2012 masih lagi boleh buat pendaftaran sehingga 31 Disember 2012) Jom klik Sini

Sumber ini dan maklumat lanjut bolehlah pergi kelaman web http://www.tawas.org.my

Pertama kali shopping di Grand Union depan rumah hihihihihi .. ni pun sebab dapat baucer bonus shopping daripada YAWAS (Yayasan warisan anak selangor) kalau tak memang tak pernah pergi hihihihihi ....


Untuk makluman baucer ni tak dapat duit tunai pun.. kene belanjakan dan habiskan kat situ juga, korang bebas nak beli ape² jer pun .... janji dalam pasaraya tu hihihihihi .... masa kami datang dia bagi pas macam kat gambar tu .. bile nak bayar tunjukan pas tu.. dan dia akan klipkan resit bayaran kita pada baucer rm100 yang siap² kaunter bayaran tu.. kalau belanja lebih yang lebih tu kenelah bayaran sendiri.. kami pun terlebih belanja juga rm7.40 hihihihihi .... (^____^)v



Bicara Hati : Kalau tak salah masuk i kidz i-city untuk kanak² pun ade potongan 50% janji tunjuk kad ni sampai 31 Disember 2012.







 


Rabu, 17 Oktober 2012

Senyum , Menangis , Gembira , Syukur

   
Hanya mereka yang merasainya yang mengetahui ...... percayalah bile panas belum tentu sampai kepetang ade hujan ditengahari .. pastinya ade pelangi yang akan muncul kemudiannya.. tapi kalau hujan ribut puting beliung .. tak tau lah... sampah sarap jerlahhh yang bertaburan kot ;p....  

Bicara Hati : (^______^)v

Rezeki Sekeluarga

  





Bicara Hati : Alhamdulillah ahirnya ade juga rezeki kami nak merasa shopping bonus daripada yawas ni ...















Selasa, 16 Oktober 2012

Calon Masterchef yang tercicir

  


Hihihihihihihi .. tajuk tak menahan.....
Bantai gelak jerlah yer.....
Mesti korang tertanya²kan sapelah calon yang tercicir tu .....

Jangan nak buat muka pelik sangat yer... saya acah jerlah... 

Oklah ni kisah petang semalam ....
semalamkan seharian tak masuk opis, penat sangat tau ade nak kene hadiri taklimat kat luar ni... tapi takpe.. makan free okkkk² suke....
Jadi bile dah penat mood memang kelaut ke sungai lah nak masakkannnn kann....
jadi lepas amik amir kat tadika semalam saya singgah gerai tepi jalan dekat dengan sekolah amir beli laksa bungkus dan ABC (^____^)v kunun² menu makan malam lah tu.. sebab mak mertua ade bagi sukun ahad tu.. so bolehlah goreng.....

Balik rumah pun bagi tau hubby hari makan sukun goreng jer yer.. dengan laksa.... ke.. ayah dah makan???? dok senggih².. tak jawab pun saya tanye dah makan belum errrmmmmm.....

Sekali pergi dapur nak masukkan laksa kat pinggan, ternampak kuali bertutup macam ade sisa makan kat keliling..... jeng.. jengg.. jengg... ayah masak ker??? hahahaha... owwhhhhhhh... suprise ehhh...... patutlah tanye tak jawab dok senggih²......
 
Jom tengok bawah supriseee...... hubby masak (memang jarang² berlaku hokeyyyyy .... takpelah takde deko² macam masterchef, dah masak pun dah cukup baik)

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Nasi goreng special katanya.....
semua rencah dalam peti sejuk dimasukkan ayam cincang, udang, sayur campur hihihihihihi
rasa???? okkklah tak pedas sebab ayah masak ikut citarasa amir kot (tapi amir takmoo makan dah kenyang cian ayah) saya pun makan paksa²kan diri.. sebab nak makan laksa hihihihihihi .....



Bicara Hati : Ayah jangan majuk tau.. hari ni masaklah lagi.. mesti ibu habiskan ....








Kata - kata semangat buat diri sendiri

  

Saya kongsikan kata² semangat ini pada hari ini buat diri saya sendiri dan juga kawan² yang membacanya.....
Saya juga kongsikan di FB (^___^)v

 Memberi maaf pada orang lain yang buat kesalahan, walaupun ianya sukar dilakukan tapi insyaallah boleh... janji ikhlas dan mengambil masa.....


 Insyaallah.. bermohonlah dan berdoalah.... moga Allah memperbaiki diri kita setiap masa


Insyaallah... kalau kita sentiasa berbuat baik... orang lain juga akan berbuat baik pada kita (^____^)v amin...



Bicara Hati : Semua orang pernah melakukan kesilapan, tapi percayalah ... jangan kite mudah menghukum insan lain yang melakukan kesalahan..... biarlah allah itu maha mengetahui segala²nya...







Isnin, 15 Oktober 2012

Doa elak sifat pemalas dalam diri

    


Bile dah lama bercuti mesti mood nak bekerja tu kelautkan... hari isnin macam ni takmoo malas².. semangat² ehh.... baca doa ni insyaallah... tak malas .. tak blues.....


 Saya siap print tampal depan pc hihihihihi......


Bicara Hati : Hari ni seharian tiada kat pejabat, ade kerja kat luar yang perlu disiapkan... entry ni autopublish...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...