♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 5 Februari 2013

Taman Tema Morib Gold Coast

 
Lepas booking bilik tidur, dah makan kerang rebus dipetang hari ... Malam harinya pulak makan malam percuma kat hotel sebab termasuk pakej (walaupun menu banyak habis huhuhuhu ), esoknya hari yang ditunggu².... mahu mandi manda di Theme Park. 

Jangan ada yang bosan baca entry² percutian ni sudah hahahaha.... ke dah meluat sebab banyak sangat entrynya baru nak publish.. walhal dah masuk bulan februari pun... kisah ni masa bulan januari.... takpalah dengan rendah diri.. saya dedikasi entry ni khas untuk kawan² yang nak tahu info percutian kesana.. disamping memori juga buat anak saya nanti.
Harga tiket Dewasa RM 35.00
Kanak - Kanak RM 20.00
Loker RM 5.00 Termasuk deposit RM 15.00, RM 10.00 akan dipulangakn bila pulangkan kunci loker kembali dengan selamat.


Pakaian dan peraturan didalam Theme Park kalau tak simpan barang kat loker pun takpa boleh jer bawak masuk tapi kenelah ada orang yang jagakan..... macam kami ni dah 3 beranak jer pergi dan semua nak mandi sakan.. jadi baiklah simpan kat loker sebab tu.. gambar² masa mandi manda takda sangat... cukuplah diabadikan dalam ingatan....



Siap sedia dengan gelang tiket masing².... ibu dan ayah patutnya boleh masuk 2 hari.. tapi dah amir punyer tiket kene beli.. tu yang kami amik keputusan masuk theme park hari sebelum nak balik jer... tu pun jenuh nak pujuk naik.. sampailah hujan turun lebat hihihihihi.. memang takda pilihan kenelah naikkan...


Amik gambar tapi tak naik pun gelongsor ni....  ramai sangat budak² yang menunggu giliran.. takpalah bagi mereka...


Kan dah kata antara orang terawal, tengokk tak ramai pun lagi.... sampai ibu suruh amik gambar dulu pun amir tak mahu... nak terus mandi jer.... (^_____^)v



Seronok amir mandi manda kat sini.. dah ini jerlah gambar yang sempat ambil, lepas tu tuan tanah kedaung nak mandi sakan dah.. hahahahaha....



Amir memang sukalah sangat², hubby melayankan jer... sampaikan tak mahu naik ke darat walhal tangan dah kecut... sampailah hujan mula² rintik dan terus lebat.. bila dah semua orang bertempiaran balik hotel, amir pun naiklah hihihihihi... ada hikmah jugak rupanya hujan turun, kalau tak memang tak naik kedaratlah jawabnya....

Lepas masuk bilik hotel, sambung lagi mandi kat jakuzi hahahahaha.. sabooo jerlah.. mak ni kan.... okk layanlah amir kat rumah takda.... kes mandi jakuzi ni lah yang jadi memorinya... jeng.. jeng... jeng.... nanti saya bagi tahu yer.. pada entry seterusnya. Memang seriau kejaplah... sekejap jerlah.. lepas tu.. tak dah hahahahahahaa... ;p



Bicara Hati : Kalau dapat peluang lagi nak pergi lagi.. sebab tak jauh dengan rumahkan... dan berbaloi²...






Menu Di Hotel Morib

  

Dalam pakej yang kami beli ni memang disediakan makan malam dan sarapan pagi untuk 2 orang, maknanya.. amir tak masuk senarailah.. amir kene bayar bagi menu makan malam.. tapi.. baik hatinya pihak hotel malam tu dia tak cas kami pun amir makan percuma hihihihihihi... jimat²... lagipun orang ramai sangat masa makan malam tu....

Sebab tak tahu makan malam mula pukul berapa.. kami pergilah lepas maghrib .. rupenya makanan banyak yang dah habis ditambah orang yang ramai... ditambah pulak kami makan dibawah khemah yang disediakan diluar hotel berhampiran pantai... memang semerbaklah bau pantai tu kan..... bile amir tanya jer.. ibu bau apa ni.. macam busuk jer... tak tahu nak cakap bau apa.. sebab nak tunjuk pantai pun.. pantai tak nampak gelap.. tapi bunyi ombak dengarlah....

 Bersemangat nak pergi makan.. pakai baju tidur jer... hahahahaha... 





Sambil makan.. boleh pulak amir mengira kat situ... gelak jer orang yang semeja dengan kita orang tu....



Seyes makan malam tu tak kenyang langsung.. balik bilik kebuluran.. nasib baiklah bawak bekal roti dengan sardin, ibu siap rendam maggie lagi hahahahaha .... yang herannya hubby boleh kata.. dia kenyang.. amir pun sama... tapi ibu rendam maggie tom yam pakat² nak rasa sama padahal kata kenyang poyo jerkan.. takmoo rendam...

Malam tu ketiduran memang tak sedar apa.. hahahaha.. tau² amir kejut.. ibu nak kencing.. rupenya dah subuh... mahu tak lena hubby letak tilam kat bawah depan tv sebab katil yang kami dapat kat bilik tu ada 2 katil macam mana nak tidur berdua dengan amir atas katil nanti ada pulak yang jatuh tergolek.... gambar katil  dah amir terjaga awal.. terus siap² tak sabar di nak mandi kat theme park bawah.... 

Okkk .. muka tak puashati... ibu paksa sarapan dulu.. untuk tenaga masa mandi.. bagi saiko sikit.... 2 manguk jugak dihabiskan honey star tu.... (^____^)v nasi memang dia tak sentuh langsung...
Tapi sarapan amir pagi tu kene bayar rm 18.00 sebab pakej hanyar sarapan untuk 2 orang sahaja yang masuk pakej.. amir tak termasuk tu yang kene bayar....



Lepas sarapan.... terus terjun kolam hahahaa.. acah jer... theme park bukak pukul 8.00 jadi kami naik bilik balik kejap kemas barang nanti senang nak check out dan kemudian barulah turun balik.. jangan tak caya.. kamilah antara yang awal masuk tau.. diulangi antara yang awal, tapi bukan yang pertama hahahahaha... inilah penangan ada anak kecik.. nasib baik baru sorang kalau dah ramai² lagi pening mak nak melayankan kerenah....




Bicara Hati : 
Menu makan malam gara² kelaparan.... 

Kerang Rebus Pantai Morib

Sepetang dipantai Morib, lepas check-in hotel kami keluar balik ... motif nak makan kerang rebus dan sekali solat asar.. sebab kat bilik tak jumpe arah kiblat.. lagipun kami tak pasti pukul berapa boleh makan malam.. yang sebenarnya alasan jer.. tu.. padahal bawak bekal roti dengan sardin.. tapi nak pujuk amir yang sebenarnya.. sebab dia asyik merenggek nak masuk theme park petang tu.. ajak mandi jakuzi dulu tak nak pulak haihhhhhhh .....

½ kilo kerang rebus RM 5.00
mahalnya... pastu kerang tak berapa nak segar.. kecut huh!! takpalah.. dah teringin makan jerlah...
Ditambah cuaca yang panas minum Laici Kang terbaikk....
Eh² dah pandai dah.. possing gini.... gaya terbang ibu.. gaya terbang....
Possing² jap sementara ayah solat...


Cuaca panas terik sangat.... kebetulan air tengah pasang... teruja amir... bercerita.... 


Ingatkan nak tengok matahari terbenam sekali.. tak pernah tengok pemandangan matahari terbenam kat pantai... lagipun pantai morib sekarang dah bersih persekitarannya.. surau pun dah ada lengkap jadi takda masalahlah kan kalau nak bersantai dipetang hari kat situ.. masalahnya cuma sibujang ni.. tak mahu pulak... saboo jerlah.. memang balik petang tu kat hotel hubby terus isi air jakuzi.. pujuk² amir barulah dia nak mandi.. berendamlah dua beranak dalam tu.....


Bicara Hati : Hargai keindahan alam dengan sebaiknya.... ciptaan yang esa jangan dipersoalkan...






Isnin, 4 Februari 2013

Doaku Buat Sahabat Blogger Herba Tihara

  


Doaku buat sahabat dialam maya ini agar dipermudahkan perjalanan mu KeTanah Suci, sungguh pun diri ini belum pernah menemui mu tapi kemesraan di alam maya banyak mendekatkan hati ini.... (ok tak kak.. ok x??? ayat ayu².. sopan.. jiwang gitu...)

Sahabat yang dimaksudkan tiada lain... buat kak tihara daripada blog Herba Tihara saya doakan agar perjalanan akak ditanah suci dipermudahkan segalanya.. amin.. doakan yang terbaik juga buat kami ditanah air ini....

Saya juga memohon maaf andai ada salah dan silap pada akak selama saya komen di blog akak.. saya mohon maaf tak dapat nak komen di blog akak seperti ada virus disitu gegegege... setiap kali saya klik akan kluar link kembali ke google.... http://herba-tihara.blogspot.com/2013/02/selamat-tinggal-kawan-kawan.html harap sangat akak baca entry ni sebelum pergi ... (^_____^)v

Bertuahnya mereka yang diberi peluang menjejakkan kaki ketanah suci... tak kiralah sama umrah mahupun haji... telah dibuka kan hati dan diberi peluang adalah sau anugerah yang tidak ternilai.. moga suatu hari nanti aku jua berpeluang kesana....


Bicara Hati : Tapi kenapa ada orang lain boleh komen eh... asal kita tak boleh ni.. huh!!!











Shae Sayang

  

Tertanya² sapa yang menyanyikan lagu ni.. sampailah terdengar carta era barulah ku tahu sapa penyanyinya.. daripada indonesia rupanya.. muda lagi pulak tu.... liriknya yang sempoi dan melodinya yang rancak buatkan hati terhibur....

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu





Booking Murah Bilik Tidur Di Morib Gold Coast



Hari rabu yang dinanti² pada 23/01/2013 akhirnya segalanya dipermudahkan....  cuti² kami 3 beranak ke Morib Goldcoast rasanya ni kali pertama dan pergi 3 beranak jer.. selalu kami bercuti mesti ramai² dengan ahli keluarga yang lain.

Rahsia besar tau.. amir pun baru tahu masa nak pergi hahahahaha.... Kalau dah bagi tahu awal² mahulah habis dikabookannya.. kat semua sanak sedara masa balik kampung hari tu.... sebab balik daripada bercuti ni pun dengan semua orang dia cerita dia mandi kat jakuzi (hadoilah.. anak ibu tahulah kat rumah kita takdakan..)

 Rami jugak yang daftar petang rabu tu.... suasana tahun baru cina pun dah mula terasa bahangnya.. masuk² pintu nak daftar bilik jer.. dah nampak singa tau... siap lagu² selamat tahun baru cina.


Berbaloi² pakej percutian singkat 2 hari 1 malam dengan harga RM 150.00, dapat bilik yang sangat puashati siap ada jakuzi, pakej dinner, sarapan pagi dan tiket theme park untuk 2 orang... oklah tu kan... kalau dapat tiket free untuk amir ke theme park lagi best... hahahahaha.... (^_____^)v



Lepas tengok bilik kami ronda² pantai morib dulu... sebab nak solat asar, motif cari arah kiblat dalam bilik tak jumpe.. nak call budak kaunter hubby kata tak payah.. amir pulak dah merenggek nak mandi kat theme park petang tu .. nasib baik tak dapat bilik hala theme park.. kalau tak mahu dia asyik dok keluar nengok orang mandi manda kat theme park...  rupenya hala kiblat ikut kedudukkan bilik arah kelaut tuju jam ke pukul nombor 2 (masa balik kat pantai morib baru tanya).


Paling tak menahan bile amir guling² kat katil dia pandang syiling ada pemandangan yang tak menarik macam kawasan air bertakung/ ada tompok² macam lumut kot.. hubby kata.. tu lah.. tak boleh mandi jom kita pergi morib nak makan kerang rebus.. barulah amir tak merenggek lagi.. patuh jer.. terus ikut.. takut ler tu...



Bicara Hati : Pertama kali booking online ok jugak, boleh cuba lagi... ke tempat lain.. 






Jumaat, 1 Februari 2013

Tukar Email Akaun Nuffnang

 


Tukar email akaun nuffnang... itulah pilihan yang ada.... okk rasanya dah pernah cerita tak tahu apa sebabnya tibe² email yang saya gunakan untuk berhubung dengan nuffnang tu tak boleh bukak.. tapi bukak akaun nuffnang guna email tu okk jer.... saya ada buat entry tanya pada kawan² kat sini rata² kawan² pun tak tahu nak buat macam mana... itulah bahananya rabun it.

Semalam amik keputusan tukar email lain untuk akaun nuffnang ni... dan mendapat maklum balas yang pantas daripada akaun nuffnang sent jer tiket terus bertukar alamat email tau... cepat tak cepat.... kalau korang ada masalah bolehlah gunakan cara ni ...

 Saya baca arahan ni di soalan lazim yang ditanyakan pada nuffnang ...
Dia bagi tahu kalau nak tukar alamat email sent tiket dan bagi tahu alamat email baru dan nombor ic untuk pengesahan. Saya siap tulis nama saya nak masukkan url blog sekali.



Kalau ikutkan tempoh yang diberikan 48 jam perubahan baru belakau.. serius saya buat ni tak sampai 5 minit .. terus dapat maklum balas kat email dan akaun nuffnang dah boleh guna email baru.... Tapi bile dah tukar email lain pulak ceritanya status iklan berubah jadi macam kat bawah ni ....


Dah jadi macam ni lah pulak... saboo jerlah... hilang terus duit dalam tu... gelabah jugaklah dibuatnya.... terus send tiket lagi.. bagi tahu masalah ni kat nuffnang.. tak sangka nuffnang balas cepat tau.. dia bagi tahu masalah ni dalam tempoh 7 hari dia akan perbaiki dan takda masalah duit akan kembali.. kalau tak betul jugak barulah dia suruh sent tiket lagi bagi tahu.. huhuhuhuhuhu..... harap tak berlarutanlah naknya...





Harap lepas ni email ni jangan buat hal pulak, dan dapatlah balik duit yang lama tu huhuhuhuhu.. banyak tau duit tu.. dan harap² jugak adalah CPUV lepas ni... (^____^)v

Sudahnya iklan kat blog saya ni pun tengah mabukk tak keluar² apa² pun iklan yang menari.... kalau ada rezeki tak kemanakan.. harap² macam tu lah....



Bicara Hati : Masih setia dengan nuffnang.. tak pernah join iklan lain...

























Peraduan Sikecikku Comel Dan Manja

  
Rasanya dah lama sangat tak join peraduan kan... tibe² hari ni ada mood nak joinlah pulak .... saja suka² mencuba nasib manelah tahu ada tuah Amir kan hihihihihihi ... Syarat² pun mudah dan hadiahnya sangatlah menarik.
Tarikh Tutup :15 Februari 2013 (akan diumumkan jika ada perubahan)

Nama Si Manja: Muhamad Amir Hazim 
Umur Si Manja: 4 Tahun 7 Bulan
Nama Fb pengirim: Yana IbuAmir
Email pengirim: nowzyana@yahoo.com



Saya Taq 3 Orang kawan blog harap mereka pun join juga 
Fieda
Eija
Cha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...