♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 25 Ogos 2013

Hari ini 25 Ogos



Hujung minggu ni biasanya memang penuhlah jemputan .. lagi-lagi musi raya ni kan.. sana sini open house .. memang haussssss lahhhhh hihihihihihi....

Semalam adik dah selamat buat kenduri aqiqah baby rizqi.. alhamdulillah dipermudahkan buat kat rumah mak mertua adik.. nanti ada kesempatan saya kongsikan sikit ceritanya yer.

Hari ni??? hari ni... fuhhhh .. banyaknya jemputan .. malam tadi terbaca kat blog kawan pasal hukum menghadiri jemputan .. telan air liur kejap .. sebab hari ni memang tak boleh nak pergi jemputan lain sebab jiran depan rumah .. iyer betul-betul depan rumah selang satu rumah sebelah kiri (kira depan rumah mek lah .. mek kan dok sebelah kiri rumah saya) buat majlis kesyukuran dan rumah terbuka... memang kami seharian akan di sini. Lagi pun jiran ni baru pindah tahun lepas ... memang ni kali pertama dia buat majlis ... haruslah kami mengenalkan diri .. walaupun dah sedia kenal kikikiki ... ;p

Moh ler... kita rewang-rewang hihihihi ... walaupun tak rewang sangat pun, sebab biasalah kawasan kami ni memang selalunya katering jer .. jadi moh kita merewang .. kot-kot ada yang menanya soalan cepu emas... memag ku cepukkk mulut tu boleh hahahaha ... jangan nak hilangkan mood orang nak berselera / menikmati hidangan.

Isnin ni dah 18 Syawal yer ... cepatnya masa sekarang .. masa owhh masa memang cemburu betul ni.


Bicara Hati : Tahun ni lorong rumah tak buat baraan dari rumah ke rumah tak best .. mood tak best .. x best sambil hentak kaki ... tapi .. ok angkat 2 tangan bagus jugak .. hahahaha...




Jumaat, 23 Ogos 2013

Mood Pagi Hari - Jamuan Di Tadika Amir





Bangun awal, malam tadi gosokkan baju lain atas permintaan sudahnya pagi .. nak pakai baju lain pulak grrrrr .. anak².. memang begitulah, ditambah pulak hujan lebat pagi tadi .. memang kesabaran ibulah melayankan kerenahnya, menyiapkannya ... sudahnya sampin yang memang tidak dibeli raya kali ni menjadi isu huhuhuhuhu .... kununya tak cantik tanpa sampin haihhhh ....

Sesi pujuk memujuk pagi hari, hubby pun amik alih jugak ... mujurlah termakan juga akhirnya ... dan sempatlah kami possing² dalam kereta sebelum amir pergi tadika pagi tadi, fuhhhh .... ni lah bahana kalau ibu terlupa belikan amir sampin raya tahun ni .. sebab nak mencari size susah sangat nak kurus pinggang ni.

Sorrylah gambar² masa jamuan kat tadika ibu tak pergi, jadinya ibu tak dapatlah nak kongsikan keseronokkan amir tu .. sebab memang takda jemputan kan .... cikgu buat untuk budak² kelas jer. 



Bicara Hati : ibu amik mood pakai seledang nikah kikikiki ..;p







Nafsu , Akal , Hati






Khamis, 22 Ogos 2013

Hilang Semangat - Seminggu Kene Tinggal





Ni bukan kes ken tinggal dengan hubby ke hapa .. ni cuma luahan perasan jer kikikikikiki .. jangan salah paham pulak baca tajuk entry.



Malas nak taip lebih² .. dah mood sedih bersarang ni, ni pokok cili saya baru tanam nak puasa hari tu ... hari tu sebelum raya elok jer.. sekali kene tinggal balik kampung hambikkkkk kooo dah macam sengan hidup tak mau dah huhuhuhuhu ....

Mood baru nak berjinak² balik menanam ni, tapi dah jadi macam ni hilang mood balik (alasan²)

Sukanya pergi rumah orang beraya kesana huiiiiihhhhh kemain lagi meriah pokok bunga, pergi rumah sini .. huihhhhhh cantiknya gemuk². melebar pokok berdaun mereka .... ya allah malunya kengkawan sedara mara datang rumah .. rumah takda pokok meriah macam tu ... pokok kaktus pun ntah mana hahahahaha ... ;p

Marilah mengumpul minat semula, nak beli pasu barulah 2 yang besar nak tanam pokok ... nanti bolehlah laram kat rumah baru (eh².. ntah bilalah siapnya kan.. tanam dulu takpa kot)



Bicara Hati : Orang lain tanam bunga sy sibuk dengan pokok cili, kunyit, kari dan kencur .. senang nak guna masa masak kikikikiki



Kemeriahan Anak - Anak Berhari Raya



Sakan beraya tahun ni si Amir bam bam anak ibu, tahun ni dah tak boleh panggil bam bam .. sebab amir dah kurus sikit (tak puasa pun.. tapi dia dah susut sejak sekolah ni) .. tapi tu lah nampak dia macam tinggi sangat ... sampaikan dah sama tinggi, sama besar .. tak sama berat jer dengan sepupu dia yang darjah satu pakai baju warna merah tu.

Jom kita layankan gambar² amir bersuka ria dengan sepupu² masa pergi baraan, yang ni kebetulan mereka baraan kat rumah mak saya .. jadi saya amiklah gambar mereka yang teruja sangat tu.


 Amir macam biasalah memula di akan alim² miyawwww sikit ... poyo² sikit kunun²lah kan ....
Baju coklat ni mak buatkan untuk amir, cucu baru sorangkan .. sama tema dengan mak .. jadi saya pakaikanlah kat amir masa dia kata nak ikut baraan .. lupa nak belikan baju melayu lebih .. sebab baju raya tahun lepas masih muat amir pakai... tapi .. dia tak moo pakai pulak... 



 Tu dia ... dah mula dah suam² kuku mai dah .... possing² manja (baju purple abang apis 9 tahun, baju merah abang rifael 7 tahnu dan amir hujung sekali baju coklat .. iyer yang baju coklat tu baru 5 tahun sila percaya .. anak sapalah ni .. kemain besar hahahahaha ......  )



 Amir comeyyyyyyyy tak .... kalah mak ton huhuhuhuhuhu ...;p
mereka ni semua memang akrab, sampaikan amir selalu buli ... amir jer nak menang amir kan adik ... abang² kenelah mengalah hadoilah .. kesian saya tengok kadang² .... suka nooo sangat amir cakap macam tu .. kadang² kalau dah melebih memang sedaslah saya bagi kat peha tu kan.



Hoyeahhhhhhhhh amir dapat banyak duit raya ....
Tapi bukan pegang duit raya pun .. pegang CD Madagasca 3, pagi petang .. malam raya pun dia dok layan kat rumah mak saya .. sebab kat kampung takda HBO .... 




Beraya ni sebenarnya budak² jer yang rasa lebih seronok dan kemeriahannya .. kita yang dah dewasa ni .. rasa biasa² jer .... bila tengok amir seronok beronok² macam ni, ibu pun tumpang seronok .. tapi .. bila bab dia sedih, amir bosanlah ibu .. bila amir nak ade adik ni .. amir nak kawan ... hah!!! kalau ayat ni keluar cecepat ibu carik bantal selubung selimut tidur kikikikikiki ... tak mampu dah nak cari jawapan dah, tapi .. baiknya amir kalau orang lain yang bertanya .. amir duk sibuk jawab kat perut ibu dia dah ada adik ..... bijak² pandai dia kan nak sedapkan hati ibu .. nak jaga hati dia .. orang yang bertanya pulak terkejut ... iyer ker??? hah!! koooooo beriyer²lah percaya .. dah 2 tahun jawapan tu amir guna... jangan korang terpedaya. (tapi ibu yakin kata² amir satu doa .. moga doa anak yang soleh akan di makbulkan)




Bicara Hati : Kenangan beraya naik motor sampaikan jatuh motor tersondol pokok buluh sampai sekarang menjadi ingatan .. walaupun dah lama berlalu .. tapi bila berkumpul dengan kawan² mesti membahan jadi  bahan gelak.





Rabu, 21 Ogos 2013

Lagak Anak Orang Bandar / Pekan



Kalau sebelum ni amir kemain lah semangat lagi nak kereta idaman dia yang bumbung boleh bukak, bila raya ketiga kami balik kampung embah / buyut amir sebelah abah dia teruja dapat naik tractor macam ni .. hahahahaha ... sebab kawasan rumah embah kan sawah .. jadi memang adalah jentera macam ni, tapi yang ni bukan kat rumah embah .. rumah kawan abah kita orang singgah kejap.

Korang yang selalu baca blog ni pun tahu amir memang fanatik denangan kenderaan² macam ni .. apatah lagi kalau jumpe depan mata .. memang peluang dia lah nak naikkan .. kan .. janganlah kooo nak kata tak boleh mahu muncung tu kang sedepaaaaaa dibuatnya.

Gambar banyak jugak saya amik tapi banyak gegar sebab saya amik jauh .. daripada atas rumah yang ni okk  sikit, sorrylah nak kongsikan kat blog jugak sebab ibu pun teruja jugak hahahaha .. amir ada keberanian nak naik bende ni... kemain lagi dia siap pegang stereng tu .. macam iyer²lah nak bawak kan... tu adik bongsu saya tak pasal² kene temankan dia ... main kat situ ..

Lama jugaklah dia dok atas tu .. sampaikan kita orang panggil soh minum dan makan kuih pun dia tak layan... risau jugak kot takmoo balik lagi haru kan.



Bicara Hati : Menagntuknya petang ni .... tak sabar nak balik rumah.










Kereta Idaman Amir



Raya kali ni (wehhh banyaknya entry raya kooooo hahahaha.. pedulik .. selagi ada idea, selagi ada cerita semua nak kongsikan .. raya kan sebulan)

okkk... raya kali ni .. amir kemain teruja lah sesangat dapat tahu abang sepupu dia tukar cat kereta dan buat kereta yang boleh bukak bumbung tu .... sebelum ni kat kereta adik ipar, memang dia admire betullah .... kalau dapat  tahu adik ipar saya datang mestilah dia nak balik kampung jugak semata² nak naik kereta tu... pusing satu kampung.

Ni masa raya baru ni dah tak heran dah kat ibu dengan ayah dia .. dah kia orang ni macam pengantin baru bedua naik motor.. sebab amir sibuk naik kereta sepupu dia, dia beraya dengan sepupu² dia masa raya kedua tu lepas baraan lelaki, dia naik kereta pulak .. bagus jugak .. sejak dah sekolah ni pandai dia berdikari .. walaupun nak susu masih cari ibu, nak tidur .. pandai mintak ibu peluk haihhh anak²... tapi masa gembira / dengan sepupu² lupa kan ibu jer ... sampaikan suruh makan pun takmooooo .. tapi abang sepupu makan dia ikut, adik ipar suap .. nganga jer mulut tu.


Inilah kereta idaman amir tu .. korang jangan tak tau .. asal naik kereta kita orang jer, mestia dia tanya .. bila ayah nak buat kereta macam abag zani (merujuk abang sepupu dia) .. bestlah kereta tu .. macam²lah dia dok puji pasal kereta tu.



Penuh dalam kereta tu dengan akak ipar dan mak mertua, di tambah lagi dengan budak² ni .. kalau keluar kepala jer dah macam sebaya hihihihihi .. padahal memasing jauh beza umur.




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu jumaat sabtu cuti .. yeahhh nak sambung beraya .. jadual dah penuh sampai 1 september.








Rojak Sedapnya Menjilat Sudu




Permulaan / Pembuka selera rojak campur macam ni .. takda mee pun dah menjilat sudu tau , kalau ada lagilah .. mahu bukan jilat sudu .. bersandar terus hihihihihi kekenyangan.

Ni menu semalam, adalah makan² sikit kat opis ni ... dah namanya makan free ko .. jangan nak banyak songgeh .. apa yang terhidang hadap sahaja .... ni baru intro .. banyak lagi menu tau ... tapi yang ini pun dah kekenyang camner .. nak makan yang lain pulak .. nafsu² .. silalah kawal diri masya wehhhhhh .... bukan takut gemukkk tapi .. utamakan kesihatan .. sebab kalau ikut nafsu sangat perut sendatttt wehhhhhh ... 

Okkk hari ni sambung puasa, takda maknanya nak sarapan pagi kikikiki .. semalam dah macam² masuk perut kan kan kan ..... marilah rehatkan perut tu.

Eh² ni nak cerita pasal rojak ker??? nak membebel .. bantailah kira entry rojaklah ni walaupun orang kata hari ni .. hari tanpa kata² .. nak membebel jugak.



Bicara Hati : Masih terasa lagi kesedapan rojak semalam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...