♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 10 Januari 2013
Suka Komen Di Blog
Alamak!!!! Banyak Toksin Dalam Badan
HERBAL DETOX
Baru² ni saya cuba jenama yang ni.. ok juga tau.. berbaloilah dengan harganya RM 35.00 ada 10 pelekat dalam tu.... 10 pelekat = 5 pasang (iyerlah kaki kitakan ada 2)
HERBAL DETOX sesuai untuk:
1. Menurunkan berat badan
2. Sembelit,nafas dan badan serta kaki berbau
3. Mempunyai tekanan kerja yang tinggi, selalu terkena radiasi
4. Berdiri dan berjalan dalam waktu yang lama
5. Leher,bahu,pinggang dan kaki berasa sengal dan sakit
6. Kedua kaki penat dan lenguh
Fungsi-fungsi HERBAL DETOX
1. Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
2. Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
3. Mengurangkan sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
4. Menormalkan tekanan dan aliran darah
5. Menguatkan sistem imun badan
6. Melegakan sakit tumit & tapak kaki
7. Mengurangkan sembelit, kembung perut
8. Membantu masalah jerawat/resdung
9. Mengurangkan diebetes, kegemukan
10. Mengatasi masalah sukar tidur
11. Penggunaan ubat yang berpanjangan
12. Bekerja dgn bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
13. Menyegarkan badan ketika bangun dari tidur
14. Mengurangkan sakit gout, sendi dan sesuai untuk perokok
AMARAN:
1. Untuk Kegunaan luaran sahaja
2. Jangan tampal pada kulit yang alergi,luka dan mata
3. Jauhkan dari kanak-kanak
Saya pakai sekali jer... tu pun dah rasa ok, yang lain hubby habiskan.. jadi stok dah habis huhuhuhuhu...
Hubby kan bekerja banyak berdiri dan berjalan, jadi kaki dia memang mudah lenguh waktu malam... tu yang dia pakai lebih banyak daripada saya, Alhamdulillah lepas gunakan produk ni dah ok sikit.. walaupun tak guna setiap malam.. tapi hubby akan guna seminggu sekali sekurang²nya... jimat tenaga isteri ni tak payah mengurut sangat hahahahaha....
Bicara Hati : Saya beli online jer kat Ayu Beauty Health jom beli amalkan gaya hidup sihat.
Rabu, 9 Januari 2013
Menu Kegemaran Makan Di Luar
Minggu Akhir Episod Adam Hawa
Bertukar kepada TABLET
Selasa, 8 Januari 2013
Takde iDEA
Hidung untuk bernafas
Minggu Kedua Ketadika
Isnin, 7 Januari 2013
Ribut Sonamu Di Pantai Timur Malaysia
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Dalam masa sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudden Abdul Wahab berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat akan melanda tiga negeri itu disebabkan faktor angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sentiasa dilanda banjir agar berwaspada dengan amaran hujan lebat dan dinasihat membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
Doa Ketika Angin Kencang
Sumber : FB
Bicara Hati : Sama²lah kita berdoa moga² sahabat² kita dipantai timur dilingungi Amin....
Layan Live AJL ke-27 Akhir
Keputusan Penuh AJL27 untuk tatapan anda:-
Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)
Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
Sempoi jer rasanya persembahan Aizat menyanyikan lagu Yuna tu malam tadi.. tapi suka .. bahagian akhir tu.. bila Yuna dengan Aizat seolah² berinteraksi mahu minum bersama...
Bicara Hati : Pagi² mood dah kelaut ....
Sabtu, 5 Januari 2013
Hari Sabtu
Jumaat, 4 Januari 2013
Angka istimewa 88
Ragam Nak Ke Tadika
Muka dah siap mandi ....
Sarapan roti dulu kat opis ibu ... takut nanti amir kelaparan pulak sebab tadika sarapan pukul 10.00 pagi
Semangat kemain lagi dengan beg baru ....
Sebak ibu masa hantar amir tau...walaupun sebenarnya ibu yang risaukan amir tapi alhamdulillah dia okk jer.. mungkin sebab amir pun dah masuk 4 duduk kat nurseri tu.. jadi dia dah serasi kat situ....
Masa sesi suai kenal, ramai juga ibu bapa yang menunggu kat luar ...
Seronok tengok budak² ni.. macam² kerenah ..
Tu... Korang nampak x?? ade anak dara sapalah menjulurkan kaki tu hihihihihihi.. sabooo jerlah padahal cikgu tengah berucap kat depan tu...
Anak zaman sekarang
Khamis, 3 Januari 2013
Bila Sesi Persekolahan Bermula .....
Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...
Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni....
Inspirasi Baru
Harap ikan ni hidup lama lah sikit ada juga teman nak ku bebelkan hihihihihihi ....
Jangan ko mati sudah gegegegege....
Rabu, 2 Januari 2013
Sedehana - Dengan ingatan tulus ikhlas
Rezeki 2012
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber : BERNAMA]
Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....
Selasa, 1 Januari 2013
Isnin, 31 Disember 2012
Top Commenters Di Blog Herba Tihara
Langgan:
Catatan (Atom)