♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Jumaat, 22 Ogos 2014
Istilah Bertafakur
Khamis, 21 Ogos 2014
Bersua Kawan Lama Di Aidilfitri
Macam biasalah kalau dah lama tak jumpa tu banyaklah ceritanya, hubby pun dah biasa dengan suami jie jadi takda hal lah dia orang pun dah ngam jer .... borak .. kami ni kalau borak ada je yang nak diceritakan jadi bahan gelak .... Meriahlah rumah kejap amir ada kengkawan.. anak jie dah 2 orang sepasang yang sulong baya amir ... yang dalam gambar tu... elehhh malu² soh bergambar .. ketil baru tau budak berdua ni ...
Masa jie datang tu aku masak nasi ayam, sebab jie bagi tau nak datang tengahari .. bolehlah kami makan sama² hihihihi .... resepi paling sempoi belajar dengan akak ipar .. memula tu cam tak confiden nak masak .. ko nak bagi orang makan kang tak sedapppp haruslah kena kutuk jadi bahan gelak je kan... mujur nasi ayam menjadi hari tu.. resepi boleh rujuk sini. Selain kunun² nak hidanglah desert puding roti kastad.. dah salu sangat buat triffle saja kali ni ubah selera .. alhamdulillah menjadi jugak .. memang rezeki ko lah jie ... orang kata masak dengan niat untuk kawan baik makan kan... berkatnya sama² nikmati juadah tu sampai licin ayam .. ayam je lah .. goreng pun tak banyak ... nak makan baru goreng.
Lepas jie balik , bapak mertua ajak beraya ... kunun² nak berehat kat rumah .. ermmm memang takda maknanya nak berehat ... pergi rumah pak sedara hubby lepas tu memasing berpecah, kita orang pergi rumah kawan hubby dan kawan aku pulak... menyempat lagi tu padahal keluar rumah dah pukul 3 kikiki ... dapat jugak beraya 3 rumah.
Lepas jie beraya datang rumah, jie ajak datang rumah dia .. kita orang ni setiap tahun pun jie ajak datang rumah dia kat indah kondomium tu... dah 5 tahun kot dia duduk situ tak pernah pun kita orang pergi ... malu rasanya jie dah salu datang rumah mak, dah datang rumah kita orang pun.. jadinya hujung minggu baru ni... pergilah rumah jie .. kebetulan kawan hubby pun ada buat open house kat kawasan yang sama .. dan jie pun buat makan² untuk family dia jadi senanglah sekali jalan dia jemput kami .. rezeki kita oranglah jugak tu.. pada gerimis² kami redah .... hihihihi ... amir siap berbaju melayu sebab baru balik daripada jamuan raya kat tabika terus sambung beraya.
Sedapp ko masak mee kari jie, aku ni mee kari gagal sokmo ... tak katam ilmu lagi.. tengah dok mencari² resepi yang senang, mudah dan sedap.. janji bahan² senang dapat ... amir makan pun siap bertambah ... lepas tu main dah takmoo balik pulak.. saboo jelah... kenapa ko deko bilik mainan anak ko cantik sangat .. kemahin amir request nak bilik cam tu jugak huhuhuhu .. nantilah ibu cari masa nak mendekooo .... (^^,)
Bicara Hati : Susah rasanya nak jumpa kawan² lama sekarang sebab masing² ada komitmen sendiri... punya keluarga sendiri kalau tak open house, kalau tak aidilfitri dan jemputan kenduri memang susah nak jumpa.
Rabu, 20 Ogos 2014
Jamuan Raya Geng Tadarus
Antara menu yang terhidang, tak ramai pun jadi menu sikit² jer... ketupat palas, lemang dan kuih muih... ada yang bawak menu jugak. Saya bawak puding roti sos kastad tu hihihihi ... saya curah siap² sos tu senang tak payang nak asingkan bekas.. nyum²... sedap dimakan sejuk². Nanti ada kesempatan saya kongsikan resepinya.. masak pakai pemanggang ajaib jer...
Geng² opis yang join hihihihi .. ini jer yang sempat snap sebelum amik menu.. lepas tu kosa nak amik gambar .. dah borak sambil ngapppp hihihihi ...
Ni 1st round.. ketupat palas, alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa .... tak amik banyak pun, banyak lagi menu nak rasakan... haruslah jamah 1@2 sahaja... setiap menu... hahahaha .. dasar nafsu gajah, selagi tak kenyang selagi tu semua nak dibaham. Ni baru pra jamuan opis, kira geng tadarus... takdalah tuan tanah nak possing sakan... minggu depannya jamuan raya opis pulak hahahaha .. sakan tuan tanah possing walaupun majlis kecil²an sahaja untuk staff². Jadi takdalah entry untuk jamuan raya opis tahun ni.. sebab tuan tanah sibuk possing dan makan.. tak amik gambar sangat .. banyak gambar kat kamera orang kikikiki ...
Rezeki rumah baru, tahun tadarus dapat frame ni.. alhamdulillah .. hubby tengah cari posisi sesuai nak gantung .... bab² nak deko gantung² frame ni memang kita tak amik pusing sangat sebab salunya hubby yang buat...
Bicara Hati : Harap tahun depan dapatlah join lagi ... kalau tak pindah opis huhuhuhu
Selasa, 19 Ogos 2014
Tips Masak Nasi Ayam Senang Dan Sedap
Mula² panaskan mentega dalam kuali, sebenarnya terpulanglah pada korang nak masak kat kuali atau dalam periuk nasi siap².. macam saya saya suka masak asing.... kemudian masukkan kayu manis dan bunga lawang, halia, bawang merah dan bawah putih hiris nipis² masukkan dalam kuali tadi .. agak² dah naik bau masukkan air agak² ikut banyak beras dan masukkan susu cair ½ cawan (tapi masya letak 1 cawah kikikiki ... mujur tak lembik) . Kemudian masukkan pewarna kuning dan biarkan mendidih.. dah mendidih matikan api barulah letak garam.... kacau.. biarkan seketika... sementara tu .. basuhlah beras pulak sampai bersih... dan masukkan bahan² air ayam yang dah masak dengan mentega tadi.. agak² tau.. jangan banyak sangat kang lembik... kalau nak wangi masukkan pandan.. tapi takda pandan pun dah wangi bau stok ayam tu hihihihi ... jangan lupe rice cooker tu tekan masak.. dah sudah kang berejam korang tunggu tak masak² sebab lupe tekan suis hahahaha ....
Itu jelah mudahkan ... seyes senang, mudah dan sedap... bolehlah idea ni membantu korang kalau nak masak untuk open house.. asyik makan rendang jer bosan jugakkan...
Rasa macam tak best tayang nasi jer, ni menu di samping nasi ayam .. ayam goreng haruslah ada kan .. kata nasi ayam, sup, timun, tomato dan cili masak.. saya letak apa yang ada jer.. kot nak sedap tambahlah salad dengan kicap cair... tapi ini jer pun dah menjilat jari hihihihi ....
Selamat mencuba .... hujung minggu ni last syawal ... bolehlah masakkan untuk sedara mara datang atau open house....
p/s : jumlah air dan susu cair kena agak² sendiri yer.. berapa pot beras yang korang gunakan ... insyaallah berjaya.. apa² pun sebelum masak bacalah bismillah ...
Bicara Hati : Yang tengah gigih nak belajar masak nasi tomato sebab bapak mertua suka makan hihihihi ... lagi² ada ayam masak merah >____<
Isnin, 18 Ogos 2014
Jadual Penuh Hujung Minggu Sepanjang Syawal
Salunya bila ada open house ni adalah menu unik sikit salah satu yang saya jatuh cinta tahun ni ialah kali pertama makan mihun sup dengan cili jeruk, ya allah seyes sedappp siap ada bawang putih goreng asing .. memang super duper kelainan lah tak pernah saya jumpa.. sampai sekarang dok terliur² tau huhuhu haru betul .... sedappnya .. salunya makan dengan cili kicap jer, dan rezeki jugak tahun ni dapat makan laksa johor masa open house rumah kawan hubby kat kapar... ishh dappnya.
Masuk minggu kedua syawal kita orang memang dah rancang nak pergi rumah penyewa yang sewa rumah kami sebab nak amik surat, sambil² tu pergilah beraya rumah jiran tetangga lama .. tak sangkalah pulak dia orang dapat tau kami nak datang ya allah setiap rumah dok hidang makanan malu wehh dibuatnya ... kekenyangan kami hari tu daripada petang sampai pukul 11 malam baru balik .... amir paling seronok jumpa kawan² lama ....
Paling terharu mek masakkan nasi kerabu, ya allah dahlah rindu dengan nasi kerabu mek lama tak dapat.. bertambah² hubby yang dulu kununnya tak reti makan tu.. sekarang pandai pulak dia makan... kalah orang mengidam.
Hubby dapat jemputan open house rumah kawan lama dia masa belajar dulu .. kawan sekolah menengah kot.. hahahaha .. kemahin lama baru dapat berjumpa kat fb apa lagi semangatlah nak pergi .. kebetulan pulak sama tempat dengan kawan saya buat open house senanglah sekali harung kami beraya ... amir siap pakai baju melayu tak berapa nak lengkap sebab pagi tu ada open house tabika .. kikiki nanti up story mori eh.
Nak dijadikan cerita kawan hubby ni buat kat area event kondominium dia.. siap ada kolam renang dengan taman permainan .. adehh amir nampak² itulah yang nak ditujunya takmoooo makan dah.. mujur jugak kat sekolah dah makan banyak. Tak padan dengan berbaju melayunya selamba jer.. main... orang lain pun tak amik pot sangat sebab kata raya kan.. apadahal dah 21 syawal pun pakai baju melayu lagi kikikiki .. anak oh anak.
Rasanya ini jelah kot yang sempat pergi sebab sabtu ni nak beraya dengan kengkawan sekolah saya, hubby ada sekolah ganti ... ahad pulak ada kenduri rumah mertua.. memang dah tak beraya manalah.. lagi .. tapi tak tahulah kot malam minggu tu ada tempat nak tuju kikikiki >___<
Bicara Hati : Rasanya syawal kali ni masa singkat sangat, jangan kata syawal ramadhan hari tu pun cepat jer berlalu.. ramai lagi tak sempat nak ziarah ... tunda tahun depanlah yer.. selamat panjang umur, moga murah rezeki diberikan kesihatan yang baik.
Rabu, 13 Ogos 2014
Si Dia Berkemeja
Ini je lah pict sempat amiknya pun.. tu pun mujur masuk aeon big nak jumpa kawan hantar barang, kalau tak memang takda gambarlah.. sebab lepas pergi kenduri hujan selebatnya area batu belah tu huhuhuhu >____<
Selasa, 12 Ogos 2014
Kemeriahan Beraya Di Bendang Dan Di Selangor
Apa yang korang pikirkan bila ada orang sebut 'bendang' kalau nak tahu lebih lanjut google eh.. tapi bendang ni lebih kurang sawah padi gitu... bila mertua ajak beraya ke sekincan salunya kami akan ke darat, macam pelikkan ... nak beraya kat bendang lepas tu panggil darat.. aku?? lagilah confuse nak menerangkan... bukan ke bendang tu dah tentu sawah padi.. dah tentulah berair .. dah kenapa panggil darat.... tapi salunya orang sekincan, kuala selangor, sabak bernam semua tahulah panggilan ni... orang² dulu² yang bagi gelaran macam ni.
Dua hari berturut² kami ke hala ke sungai besar sana raya ketiga dan keempat, mujurlah gerak raya ketiga.. jadinya dah kuranglah jem ... raya ketiga aku join mertua dengan ipar duai dan biras².. macam biasalah 4 kereta kena gerak. Tahun ni kan tak beraya luar negeri selangor.. jadinya semua pakat dok pulun raya sama² kat sini.. abang ipar yang sulong je tak dapat join dah kena kerja.. yang lain adik beradik hubby semua ikut, ni gambar kat rumah sedara hubby.. korang jangan tak tau bumbung rumah dia siap ada warna bendera malaysia tau.. dengan tulisan merdeka bawahnya.. ala gambar kat tab takda.. jadi tak bolehlah nak kongsikan.
Dapatlah 7 rumah kot kami pergi .. alhamdulillah sempat maghrib kat rumah akak ipar.. lepas tu memasing balik buat haluan sendiri.... penat jangan cakaplah .. esoknya sambung lagi pergi dengan mak abah pulak.
Sempat lagi possing dekat belakang rumah embah buyut amir, sekarang dah musim menuai.. jadi takdalah gambar² sawah padi.. yang ada hanya lapang jer... angin jangan cakaplah... kuat kemahin.. syoknya.... lepas makan tengahari sempatlah kami possing² anak beranak semua.
Dulu masa kecik² adalah jugak kami akan tidur rumah embah, tapi sejak dah besar² ni jarang sekali.. abah pun lagi selesa balik hari cuma kami akan lama sikitlah duduk rumah embah bagi puas² borak, sebab jarang jumpakan... kalau ada kesempatan memang kami akan balik rumah embah salunya... dan bawak bekal siap² makan kat tepi rumah embah dengan angin yang bertiup .. bestnya...
Ni masa raya keempat dengan mak abah dan adik beradik aku pulak, Kami gerak 3 kereta jer aku, adik dengan sepupu² .. meriahlah kejap dekat rumah embah tu... amir dengan iqy jer budak² yang adanya pun... sebab sepupu baru lagi kawin jadi belum ada baby... adalah pergi 4 rumah tapi rumah embah paling lama lepak hihihi ...
Jumaat kami rehat kejap, bagi relaks perut, relakskan otot².. itu pun sebab ada orang nak datang rumah mertua, tak rehat mana pun.. masak² kat rumah mertua pulak... berkumpul lagi dengan adik beradik hubby kikikiki .. itulah jadual padat kami ... rumah tu dah macam persinggahan untuk tidur jer.. lebih aktiviti kat luar rumah hahahaha ... kejap rumah mak, kejap rumah mertua.. tapi dah duduk dekat ni takdalah berkisah sangat.
Hari sabtu terakhir sebelum isnin kerja, sempatlah beraya kat KL pulak hihihi.. tak KL mana pun kami ke cheras, damansara dan shah alam.. bawak mak dengan abah.. pergi 3 kereta jugak aku, adik dan sepupu.. pergi beraya rumah adik beradik embah aku, kami siap² beli lemang makan kat sana... hihihihi .. itu biasa bila kami beraya rumah orang tua... lepas tu makan sama².. dah siap kemas.. borak².. barulah balik.. pfftttt ahad berehat kat rumah.... kunun jelah nak berehat .. tapi kawan baik masa sekolah nak datang rumah baru katanya... lepas tu kami beraya jugak kikikiki .. takda maknanya nak berehat, amirlah untung sakan penuh sampul duit raya hihihihihi ....
Bicara Hati : Tak pernah merasa kemeriahan beraya negeri orang lain, tapi rasa bersyukur sangat².. allah pertemukan dengan jodoh satu negeri satu kampung .. alhamdulillah sentiasa sepakat kemana hala nak beraya, bijak² kami sendirilah nak urus masa nak pergi beraya bersama keluarga... moga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.
Rabu, 6 Ogos 2014
Aksi Si Dia Yang Mencuit Hati
Pandai pulak di gantung kat leher tu bila ibu tegur takut jatuh, senyum jer ibu perhatikan daripada jauh candid sana sini tengok telatah dia...
Dah macam gaya profesional cara amik gambar tu tau .. kemahin siap pusing² lanser tu dia fokus. Banyak jugaklah aksi dia saya rakam .. tu belum lagi tak pasallah gambar ibu penuh dalam kamera tu ... melayankan kerenah dia... pitam kalau korang tengok.. siap pesan kat anak buah delete jer gambar yang tak elok amir amik ....
Ni masa ni dia sibuk nak amik gambar kami ramai²... hahahaha ... dah takda dah edisi majuk gambar dia takda.. tak berkisah sangat.. dia lagi suka amik gambar.
Ni baru layan sorang, kalau layan 2 3 orang agaknya lagi meriahkan... raya kalau ada budak² ni memang seronok, kadang waktu berlalu terasa pantas sangat tau ... saya sendiri pun kadang macam tak percaya dah layan kerenah amir 6 tahun beraya dengan macam² ragamnya .... (^___^)v dia bab makan tak cerewet pun.. cuma pantang jumpa air gas mesti dia nak minum.
Bicara Hati : Teringat memori kecik² dulu abah pun suka amik gambar kita orang adik beradik sedondon.. lepas tu abah cuci mesti macam² aksi gambar yang ada kikikiki ... ;p
Langgan:
Catatan (Atom)