♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 4 November 2011

PAMPERS AMIR DAH XXL NGEE~~~


Assalamualaikummmm semua......

Pening kepala saya dibuatnya... Amir dah 3 tahun, tapi masih lagi nak pakai pampers huhuhuhu.. bile dah besar ni susahlah sikit nak cari size dia... waktu siang ok jer tak pakai pampers boleh jer bagi tau bile nak kencing, bile nak membuang air besarrrr..... Tapiii... bile malam, memang payah.. sebab dia tidur lena sangat², tengah malam kalau haus pandai pulak cuit ibu nak susu.. tu pun sambil pejam mata jer hihihihi.....

Nasib baiklah jumpe jenama yang ade jual size XXL ni... memang tak banyak pilihan.. beli jerlah... kalau tak nanti mesti habis toto, tilam, selimut semua kene kencing amir huhuhuhu.....  





Harap sangat tahun depan dia bolehlah bangun malam tak payah lagi nak pakai pampers... kan.. kan.. chaiyokk.. chaiiyokk....

Khamis, 3 November 2011

GeReJA TeRBeSAR DiBUKiT JALiL

Assalamualaikumm semua......




Terkejut saya baca.. serius saya tak tahu pun mengenai perkara ini... baru jer baca enrty ni dekat Blog orang lain.... memang terkejut... sekali pandang macam gambar Bahtera Nabi Nuh pulak...

Kalau nak tahu kisah selanjutnya bacalah disini ilike-concept.blogspot.com moga hati ini ditetapkan hanya padamu Ya Allah yang maha esa... amin...

POP CORN LAGi !!!!


SelamaT PetanGGGGG Semuaaa........

Bile petang jer mata mengantuk kan.. kan.. lagi² lepas Lunch... kalau boleh petang² mesti nak ade kudapan huhuhuhuhu... bile mulut mengunyah² ni kuranglah sikit mengantuk tu kan... 

Jom layan gambar amir makan pop corn dekat JUSCO hari tu.... dapat tengok gambar pun jadilah .......


 Besarkan.. kan.. Pop Corn amir.. cian amir tangan dia merah² kene gigit nyamuk dekat kampung hari tu....





 Emmmm... Sedappnya... dah lepas main nak pop corn pulak.. RM3.00 tau mahal betul dekat tempat permainan tu..... belikan jerlah ibu dengan ayah pun tumpang makan jugak hihihihi.......




Berselera betul mengunyah.. mata pun dah kuyu jer... tengoklah tu pipi pun merah² bekas kene gigit nyamuk.. sampai atuk kate.. ni cucu pekan hihihihi....


Kami Dihujung Minggu

Semalam saya ada menulis disuatu-pagi-merenung-kemasa-hadapan
nak tahu tak kami kemana.. tak jauh pun.. nun ke Jusco, Bukit Tinggi jer hihihihihi..... 


Dalam perjalanan sempat lagi nak ambil gambar dulu .. ngee~~ hidung sepesen jerkan... ;p





Kalau pergi jusco memang kesini jerlah kami.. berjam² pun xpe amir x kesah huhuhu... 
ibulah pening tak boleh nak ketempat lain nak beli barang....




Cak masuk dalam sini... macam pondok² pulak....




Paling takut naik inilah amir dari dulu sampai sekarang.... gabra tak menentu hala.....




Nampak tak tu.. cepat jer.. nak turunnya hihihihihihihi.....



 Dah penat main amir merenggek² nak susu pulak... dah mengantuklah tu.. nak tidoo sebab tengok jampun dah puluk 1.30 tengah hari.. nampaknya teruslah balik tak dapatlah ibu nak membeli kasut baru.. kebetulan sale hari terakhir ingatkan dapatlah pergi membeli tetangguhlah jawabnya... kasut kerja pun dah nazak tercabut gamnya..







Bile Mata Anak Bujang Kena Ketumbit

Assalamualaikumm semua......

Cian anak bujang ibu dari minggu lepas sampai keminggu ni tak baik² lagi mata sebelah kanannya.. nampak tak sepet sikit tu.. sebab ade ketumbit, sampai ibu pun dah tak tau nak gune petua ape.... kalau kawan² ade petua atau ubat beli dekat farmasi boleh digunakan untuk masalah ketumbit Amir ni bagi tau yer....


Rabu, 2 November 2011

Disuatu Pagi..... Merenung Kemasa Hadapan

Assalamualaikumm semua......

Amir sedang merenung kemasa hadapan hahahaha..... manelah ibu dengan ayah nak bawak amir ni... lame tak pergi jalan² macam ni seronoknya.. mungkin itulah yang amir sedang fikirkan....



Esok ibu cerita yer kami kemana hujung minggu hari tu.....

Selasa, 1 November 2011

Cendawan Goreng SEDAPPP.....

Nak tergelak ibu dibuatnya bile teringatkan petang semalam.. balik kerja ibu gorenglah cendawan untuk amir.. kebetulan ade satu bungkus jer dalam peti sejuk tu... punyerlah amir suke.. habis dihadapnya sendirian.. sedappp... eemmm sedapppnya.... berulang² dia cakap sambil mengunyah... ayah dengan ibu dapatlah jugak merasa sikit hihihihi.. kalau lambat memang kempunanlah....


Kebetulan ade kawan bagi tepung goreng serbaguna ini, pertama kali cuba... ok juga sebab ada serbuk Lada Hitam sekali dalam tu so.. xdelah muak sangat.. garam pun tak payah tambah.. taburkan tepung ni jer.. memang serbaguna betullah.....





So inilah hasilnya.. dan ini jerlah yang sempat ambil gambar.. dah banyak yang masuk mulut amir hihihihi....




eemmmm sedappnya... sempat lagi nak possing si bam bam ibu begitu berselera dibuatnya....

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM BERBANDING AIR LAIN


Assalamualaikummmm semua.....


Tinggal lagi beberapa hari akan tiba Hari Raya Haji, penerbangan Ketanah suci juga telah berakhir.. kini semua umat islam mula berkumpul di Mekah untuk menunaikan Haji, moga mereka mendapat Haji yang Mabrur. AMIN. 


Bila ke Mekah pastinya Air Zamzam akan dibawa pulang sebagai buah tangan bagi mereka yang pulang daripada haji, tapi sekarang Air zamzam dah tak perlu nak tunggu mereka balik haji lagi, baru nak terbang air zamzam dah akan dipos kepada mereka yang menempah dan terus dihantar kerumah dengan selamat mengikut tempahan.


AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan sepertisabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.




FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. 
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar). 
  • Menambah kekuatan badan.

Kalau ade yang memberi air zamzam ni.. memang saya suke simpan dirumah dalam botol khas, kemudian akan bagi amir minum kalau dia tak sihat... 

2 Bulan Yang Terakhir Sebelum 2012

Assalamualaikumm semua......

Cepatnya masa berlalukan.... hari ini dah 1 November 2011, lagi 2 bulan dah masuk tahun baru pulak 2012. Sinonim dengan tahun baru mesti azam barukan.. walaupun kt umat islam ni lagi beberapa hari nak sambut Awal Muharram itulah tahun baru kite yang sebenarnya... (^___^)v.

Azam² tahun ini semua dah tercapai ker??? saya?? satu azam jer yang tak tercapai tahun ni.. nampaknya kenelah bawak ke tahun depan.. tapi takpe itu semua kuasa Alah.. kami hanya mampu berusaha dan terus berusaha.. moga akan tercapai.... mesti tertanya-tanyakan azam ape.. azam nak bagi amir adiklah hihihihihi.. amir pun dah 3 tahun, kesian dia dekat rumah main sorang-sorang.. ibu dengan ayahlah kene layan main same-same, kalau dia boring layan kartun jerlah... dah jemu semua² tu.. dia tidur.. ;p


Isnin, 31 Oktober 2011

Murahnye Rezki Hari Ini ... Dapat 'Goodies' Pulak...

Assalamualaikummmm..... Semua....

Alhamdulillahh.... murahnya rezki hari ini.. bile dah ptg dapat 'goodies' pulak... tadi dah makan KFC hihihihihi.....   cantik, menarik, Daboommmm wallahh.... Terima kasih Alina (Si Mak Yong) maklum jerlah tengah sarat mengandung 4 Bulan sekarang ni.. Berseri² muka sekarang, Rezki mereka setelah anak yang sulung 7 tahun, anak yang kedua pulak keguguran.. ini barulah dapat rezki mengandung lagi..... opss.. melalut sudahh.....


Cantikkan.... Suke warne² macam ni sekarang.... 
Sesuai x kalau nak beli warne langsir ala² warne dan corak macam ni.. dengan tema dinding warna biru laut....


Goodies ni dia bagi sebab kami temankan dia beli baju hari jumaat tu.. baju nak pakai pg majlis kawin sepupunya, kebetulan goodies ni ade lebih mase dia pergi kenduri kawin rumah sepupunya .. jadi dia bagilah kami.... 

Lunch KFC

Assalamualaikummmm... semua......

Selamat petang semua... pagi tadi lemau nak mulekan keje.... ptg pulak mengantuk dah lepas makan tengah hari hihihihihi..... alasan jerkan....

Menu ape makan tengah hari tadi.. saya???? kami kebetulan ade kawan nak belanja hari ini... KFC, makan jerlah kan.. rezki kawan naik pangkat.. tapi sedih jugak sebab kene berpindah opis huhuhuhu.....


 Wahhh.. Banyaknyer......




 Chesse Wedges.. yang ini paling suke ni.. kalau makan KFC 




 Hamboiiii.. sakannye.. kawan-kawan nak makan lapar yer.......



 Nak masuk juga interframe....... (^___^)v



Yang ini saya punye.. hahahaha.. penuh sepinggan licin saya habiskan..;p


Terima kasih pada kawan kami yang sudi belanja tu.. tapi dia takde dalam gambar ni.. dia dah makan awal lapar sangat katenye hihihihihi.... semoga En. Alias akan dimurahkan rezki lagi ... nanti bolehlah belanja lagi.

Fakta ke Auta : BAWANG GORENG SEGERA

Asssalamualaikummm semua......


Salam pagi isnin, bile hari baru.. minggu baru walaupun hari ini hari terakhir bulan Oktober mood lemau jer kan... hihihihihi... biaserlah mood baru nak start enjin ni... 


Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua pagi ini, saya sendri pun tak pasti sama ada Fakta ataupun Auta.. tapi tak salahkan kite kongsi bersama untuk pengetahuan....  


" Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja."

Takut pulak bile bace bende ni... sudahlah kite ni memang suke beli bawang goreng segera, bukan ape senang dan mudah lagi² kalau masak sup.. memang bawang goreng sentiase ade jer dalam stok peti sejuk tu... kalau dah nak habis .. cepat jer kite membeli yang baru hihihihi.... nampaknye bermule dari hari ini.. saat ini saya kenelah berhati².... tak bolehlah nak beli bawang goreng sesukahati lagi huhuhuhu.... kenelah rajinkan diri goreng sendri (^___^)v









terliurnye tengok bawang goreng macam inikan.... lihat sahaja boleh tau mesti ranggup hihihihihi......


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi semoga lebih berhati-hati.

Ahad, 30 Oktober 2011

Hampir 10 Tahun Tak Kujejaki

Assalamualaikummm semua......

Ingat tak hari itu saya ade bagi tau yang saya kene kursus.. satu hari sebelum cuti Hari Depavali... Nak tau tak  kite kene pergi kursus dekat mane??? dekat Hotel Cristal Crown, Port Klang.... Hahahahaha... lame tak pergi hotel tu.... banyak cerita sebenarnye dekat Hotel tu.. bukan cerita ape.. dulu pernah kerja sekejap dekat situ.. sementara nak tunggu keputusan SPM keluar hihihihihi...... tak lama pun dalam 2 buan jer.... 



 Masih same.. tak berubah lagiiii.......


Memang tak disegajakan pun dapat kerja dekat situ... kebetulan hotel tu nak pakai pembantu tukang masak... kite pulak dengan kawan baik kite jie memang tengah nak cari kerja.. tak sangkalah pulak dapat.. main terjah jer kami mase tu..... Dema kate nak pakai pembantu Chef sempena bulan ramadhan ni... oklah tu.. dapat jugak duit poket nak raya nanti hihihihihi...... stakat pembantu chef jer kan.. potong-potong sayur, potong buahh.. itu jerlah yang kami buat.. masuk keje pukul 3.00ptg balik pulak pukul 11.00 malam.. setiap hariii kecuali selase kami cuti... memang dalam sejarahlah buka puase dekat hotel selalu dengan family jer... mase tu baru 17 tahun. sayu jer.. dengar lagu raya... bayangkan malam raya pun kami kene kerja tau.... memang kenanganlah sangat-sangat dekat hotel tu.... apepun memang pengalaman yang cukup indah ......


Gambar google jer ni......


Kursus petang tu habis awal pukul 3.30ptg dah habis, patutnya habis pukul 5.00 ptg... habis kursus... hubby amik terus pergi rumah akak ipar pulak dekat Batu Belah sebab nak hantar anak buah .... nanti sambung cerita kerumah akak ipar yer... macam-macam hal kikikikikiki... ;p

Episod Baru Bermula.....

Assalamualaikummm semua..........

Setelah hampir seminggu kami dihantar ke kampung... akhirnye hari ini pulang kerumahhhh hoyeeahhhh... hoyeeahhhhh..... Membuka pintu rumah dalam keterujaan dibuatnye.... hihihihihihi.....

Sangat-sangatlah teruja melihatkan cat baru warna rumahhhh.... berakhirlah sudahhh hijau yang mendamaikan.. kini berubah kepada biru yang lebih menyamankan, menyejukkan.. keredupan mata memandang.... seperti ditepi lauttt hihihihihi... bayangkan jerlahhh... (^___^)v

Tak sempat lagi nak upload gambar warne rumah yang baru... ini pun baru lepas mop lantai, walaupun hubby kate dah mop tapi.. kt nak mop jugak lagi sekali hihihihihi..... sementara amir tidooo boleh lah buat...





Terima kasih sangat-sangat pada abang ipar dengan ank buah yang sudi menolong hubby cat rumah... sebab tulah kami kene duduk kampung, ukan ape.. hubby xnak amir kacau.. nanti memang tak siap-siaplah mengcat tu.. kalau dengan amir kan.... dan terima kasih jugak hubby sebab cuti seminggu ini dimanfaatkan mengecat rumah.. maklum jerlah raya hari tu tak sepat nak buat.... raya haji pun ok jugakkan cat baruuu.... mood dalam rumah pun baru jer..... nak tukar perabott baru opsss.... kenelah kumpul bajet dulu... ini pun warne langsir macam dah tak sesuai jer.... dengan warne cat rumah yang baru hihihihihihi.......

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tibe-tibe menyepi..... Dari Berblog

Assalamualaikummm semua.....

Rindunyer dengan blog ni.. rindu nak bukak Dashboard tengok kabar kawan-kawan hahahahaha.... rase macam tak kene jer tak dapat nak on internet.... akhir sekali dapat on pada hari isnin hari tu huhuhuhuhu..... selase kene pergi kursus... rabu pulak cuti. tup-tup masuk opis hari khamis.... sistem tak boleh masuk.. internet tak boleh masukkk ape... pun tak bolehh dua hari macam hapee jer duduk opis memang BOSANNN..... sudahnye buanglah kertas-kertas yang tak boleh pakai dan kemas meja hahahahaha........


 Gambar ihsan google.. muke memang bosan betullll.......


Soooooo hanya nak bagi tauuuu tuan tanah blog masih ade lagiiii... bukan menyepi sebab dah boring dengan blog, tapi sebab yang tak dapat dielakkan huhuhuhu... macam-macam nak cerita.. nanti sambung lagi yer.... kami dikampung sekarang ni dari depavali.... kalau duduk kampung ni memang line tak berape nak ok huhuhuhu... kejap on.. kejap off




Selasa, 25 Oktober 2011

KisaH aMIR Dan Papa Rich

Assalamualaikumm semua......

Hahahaha.... kisah ni berlaku petang sabtu baru² ni... Amir tidur lena sangat petang tu... bangun² tido jer.. kelaparan hahahaha.. tanye nak makan nasi xnak... amir nak susu.. ok layan susu habis sebotol sudah....

Lepas itu ibu pun tunjuklah amir nak Roti Papa Rich... dia angguk² jer... terus keluar rumah... duduk kat pakin nunnnn hujung laman embah... opsssss.. embah tu gelaran amir panggil mak saya, embah tu bahasa jawa.. bahasa melayu nenek ;p


Termenung muke mamaiii jer baru bangun tidoo.....




 Janganlah ambil gambar amirr xnakk.. huahuahua.. menangis² tapi air mata tak klua pun.....




Tibe² iBU JAP².....



 Peace Yoooooooo........




Papa Rich... habis 2 roti amir makan siap bagi bercubit² dekat kucing Bunting.. makan same²..... haiiihhh.. kucing tu pun ngidam kott...

Amir-amir nak gelak ibu dibuatnye.... menangis tak klua air mata pun yer..... tak baik tipu tau.... 

Isnin, 24 Oktober 2011

Melaram Dengan Selipar BEN10

Assalamualaikumm semua.....

Hari sabtu hari itu keluar beli barang sikit dekat Giant, Bukit Tinggi.. kebetulan pulak selipar anak ibu nak tertanggal.. selipar raya pun same... amir pun mulelah merenggek-renggek nak selipar baru.....

Pandai pulak tu sekarang memilih selipar haihhh... layankan jer.. janji jangan yang mahal-mahal sangat sudahhhh.. stakat tak sampai rm15.00 ringgit ok lagi kottt huhuhuhuhu......



Inilah selipar pilihan amir yang baru BEN10, tak tau lah sejak bile pulak minat ni.... 





hahahaha... nampak tak disitu muat-muat jer untuk kaki budak bam bam ni... hihihihihihi.....


Seronok sangat dia dapat selipar baru ni.. kehulu.. kehilir.... dia mengayakan berjalan dekat laman.. sampai nak gelak ibu dibuatnya.. haiiihhhh... ikut perangai sape lah tu kikikikikiki.... ;p kire hadiah daripada ibu lah ni yer.. sebab bulan ni dapat gaji awal..... hadiah basikal nanti tau ibu pertimbangkan balik ... kene kire bajet dulu dengan ayah huhuhuhuhuhu.....

Melaram Dengan Cermin Mata Ayah

Assalamualaikummm semua......

Agak sibuk sedikit hari ini menyiapkan kerja² dipejabat.. sebab esok kena pergi kursus lah pulak huhuhuhu.... rabu dah cuti Depavali, jadi kenelah siapkan kerja² diatas meja dulu kan....

Hujung minggu baru² ni bawaklah amir dengan anak sepupu pergi Giant, Bukit Tinggi.... nak beli barang sikit... ayah?? ayah ade kelas huhuhuhu... nasib baiklah ibu dah pandai bawak kereta.. padehal lesen memang dah lame ade penakut yaarraaabbbiii soh bawak kete.. ini pun adk no.2 ade sebelah temankan hihihihihi.....

Jom layan gelagat amir melaram spek mata ayah.. hahahaha... kalau ayah tau jangan harap amir dapat pakai....



 Amir Hazim Dengan Zaris Haziq membebel jer dia orang dekat dalam kereta macam² diceritakan.... 




Alamak!!! cermin mata ayah nak jatuh ibu.. nasib baik tak jatuh tau.. amir cover dengan hidung kikikikiki.....


Memang melaram sakan amir masa tu.. ni jerlah pun gambar yang sempat ambil, lepas tu kamera ibu bateri kong lah pulak huhuhuhuhu... ibu lupe nak cas bateri sorry yer.. tak dapat nak ambil gambar mase makan dekat KFC, apepun seronok sangat anak ibu mase tu kan.... dapat pergi jalan²..... nanti bile ayah free baru kt pg Wetworld Ok.... (^___^)v

Ahad, 23 Oktober 2011

Happy Bestday Sahabatku Nunnnn Jauh Di Utara

Assalamualaikummm Semua....

Entry yang ringkas ini ditujukan buat sahabatku yang jauhhhh nun di utara sana.... dekat ipoh tu.... Selamat hari lahir yer pada hari ini 23.10.2011.. semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezki aminnn.... kekal bahaia bersama keluarga tersayang dan baby kembar yang bakal lahir nanti.....

Tara.... inilah syila dulu-dulu...... sampai lah sekarang same jer......

Alhamdulillah perkenalan kite sewaktu belajar dulu sampailah sekarang masih berkekalan moga begitulah hendaknye hingga keakhir hayat nanti Amin....

Kenapa header kamu besar sangat-sangat saya tak boleh nak copy huhuhuhuhu...... gambar ini saya ambil dari album fb jaga mara hihihihihi.....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tahu Sumbat Isi Ikan (Speciallllll oooooooo)

Assalamualaikummm semua......

Sejak² akhir ni hujan jer dekat kawasan sini.. cuaca pun sejukkk jer dari rumah sampailah kedalam dalam opis ni. Malam tadi boring sangat rancangan dekat tv semua cerita seram takutt nak tgk huhuhuhu.... ape lagi buatlah Tahu Sumbat Special utk bekal saya dengan hubby pagi ni.. lagi pun hubby ade bg 'hint²' hari itu lame x makan tahu sumbat ibu yang ade isi ikan tu.... alamak!!!! ngee~~~

Kebetulan kawan² dekat opis pun ade yang bertanyakan dah lame tak makan jadi.. saya pun dengan sukarela.. sukahati petang semalam balik keje dan malam tadi pun buatlah dengan anak bujang berdua... anak bujang tolong tengokk jerlah... sambil merengek² dah mengantuk ajak tido huhuhuhuhu.....



 Tahu yang telah digoreng dan dikeluarkan isi nye.....



 Bahan² isi ikan+tahu disatukan untuk disumbat semula kedalam tahu td........



 Siap untuk digorengggg......



 Telah siap pun digoreng.......
Alamak!! lupe nak snap kuah cili dia........



hahahaha... gambar anak bujang ibu yg tutup muka malu pulak..... tq temankan ibu malam tadi....


Nanti dah besar bolehlah tolong ibu tau... sekarang tak bolehlah lagi.. jenuh ibu dok pujuk amir jangan usik ibu punye isi tahu sumbat tu... banyak tanye pulak tu.. anak² nak membesarkan.. memang macam² dalam minda dan fikiran yang dia nak tahu...

Khamis, 20 Oktober 2011

BAHAYA SPA IKAN

Assalamualaikumm semua...... 

Selamat pagi.. sarapan ape pagi ini... terkejut saya baca surat khabar pagi ni.. macam nak tersembur air yang saya minum.... BAHAYA SPA IKAN maklum jerlah baru cadang nak ajak suami pergi hujung minggu ni dekat Jusco Bukit Tinggi.. syukur ade hikmah rupenye, selama ni bile nak pergi jer ade je yang menghalang kami kesana.... amir merengeklah... ayah ade hal, ade kuliah... ibu pulak kene kejelah.. macam² hal lagilah...

Jom bace sedikit sumber dipetik daripada Berita Harian Muka Depan Khamis pada 20 Oktober 2011 

TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang
dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.
TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Menurut Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman, ikan yang digunakan dalam kolam itu boleh menjadi virus HIV menerusi gigitan pada kaki pelanggan dan menyebarkannya ketika menggigit kaki pelanggan lain... terutama dalam air kotor dan tidak diganti dalam tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan penguna kolam dijangkiti bakteria berkenaan, terutama jika kolam itu banyak digunakan oleh penghidap penyakit itu....



Kawan² boleh dapatkan berita penuh pada surat khabar berita harian hari ini... dapatkan segera untuk info yang lebih yer....  (^___^)v Beringatlah sebelum terkene kan.. 



Rabu, 19 Oktober 2011

Penangan Yong Tau Fuu Sup MARISA

Assalamualaikumm semua..... sihat ker??... kami sekeluarga ... alhamdulillahhh sihat walafiattt hari ini....

Cuaca hari ini mendamaikan jer kan.. kan.. rehat tadi hujan selebat²nye.. kalau sejuk² macam ini menu pilihan mestilah yang panas²kan baruu BESSTTTTT..... 

Tibe² teringatkan makan Yong Tau Fuu Sup Minggu lepas... lupe pulak nak masukkan entry tu hihihihi.. bile hujan ni baru teringat balik.... jom layannn.....


 Inilah kedai tu.... BESSTTTT dekat sini jer yang ade jual Yong Tau Fu Sup susah tau dekat sini nak jumpe... kalau dekat sebelah utara sane banyaklah kan.... dekat sini kat pasar malam pun banyak yang jual kuah dia tiram campur kacang tumbuk tu jer... 



 Sirap Limau... sebab mase itu panaslah sesangatkan.....




 Nasi Goreng Ayam menu pilihan kawan saya.. saya rasa skit.. memang sedapp.... 




 Inilah Yong Fu Sup nyer.. tak berani nak ambil banyak² takut tak habis.. kalau bungkus xpe... sebab makan ramai² dekat opis hihihihihihi



Order ini jugak Ko Teaw Goreng Kerang nyumm.. nyuumm.. TERBAIKK...



Memang kekenyangan sangat²lah kami masa tu... balik opis jer mengantukk dibuatnya.... (^___^)v
Penangan Young Tau Fu Sup MARISA hahahahaha........

Selasa, 18 Oktober 2011

Selangor vs Terengganu vs Cinta Elisya

Assalamualaikum semua......

Sejuk suasana dan cuaca petang ini... disulami hujan renyai² diluar mungkin bagi merahmati perlawanan Selangor vs Terengganu malam ni distadium shah alam.. harap² selangor menang besarlah chaiiiyyoookkk².. saya?? saya sokong dari rumah jerlah.. memang tak pernah pergi stadium huhuhuhu.....

Ala..... malam ni ade cerita Cinta Elisya dekat TV3 camner ni.. nak tgk cerita ni.. tapi suami mesti nak tgk bola hahahahahaa.... nampaknyer malam ni tgk tv keroo lah.. sbb kejap kalih sane.. kejap kalih sini....





Seronoklah tengok cerita ni.. jalan cerita dia buat kite teruja nak tengok episod yang seterusnye.. dan seterusnya... kalau boleh taknak berganjak dari tv.. walaupun ramai yang tak suke tgk fasha.. tak kesahlah sape yang berlakonkan janji jalan cerita dia bestt....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...