♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 1 November 2011

Home » » KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM BERBANDING AIR LAIN

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM BERBANDING AIR LAIN


Assalamualaikummmm semua.....


Tinggal lagi beberapa hari akan tiba Hari Raya Haji, penerbangan Ketanah suci juga telah berakhir.. kini semua umat islam mula berkumpul di Mekah untuk menunaikan Haji, moga mereka mendapat Haji yang Mabrur. AMIN. 


Bila ke Mekah pastinya Air Zamzam akan dibawa pulang sebagai buah tangan bagi mereka yang pulang daripada haji, tapi sekarang Air zamzam dah tak perlu nak tunggu mereka balik haji lagi, baru nak terbang air zamzam dah akan dipos kepada mereka yang menempah dan terus dihantar kerumah dengan selamat mengikut tempahan.


AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan sepertisabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.




FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. 
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar). 
  • Menambah kekuatan badan.

Kalau ade yang memberi air zamzam ni.. memang saya suke simpan dirumah dalam botol khas, kemudian akan bagi amir minum kalau dia tak sihat... 

1 ulasan:

Totie@Tomy berkata...

air zam zam ni mujarab..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...