♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Cerite BESTTT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerite BESTTT. Papar semua catatan

Isnin, 18 Jun 2012

Sinopsis Parut Ashikin

  
 
  
Buat pertama kalinya, drama ini menampilkan lakonan, Eman Manan dan Erra Fazira sebagai watak utama.  Klik sini macam² gambar lagi.
 
Sape tengok Parut ashikin malam tadi??? saya tak sempat nak tengok habis.. mata dah kuyu .. lagi² si bujang dah tidurkan.. haruslah saya pun tertidur awal lepas tengok master chef huhuhuhu..... layan kat mustika HD 134 pukul 10 malam gambar memang teranglah kat HD ni.. jerawat semua pun boleh nampaklah.. ;p

Saya tengok masa mula² jer.. yang masa muas kene kejar orang kampung tu.. dia mencuri kot.. sebab nampak dia bawak kotak yang dalam tu ade bedak dengan lipstik jer kikikikiki....

Lepas tu dia pergi satu rumah ni.. nak mencuri lagi agaknya.. tapi dibunuhnya tuan rumah tu.. lepas tu dengar ade orang menjerit bersalin.. langsung diqamatkan budak tu.. dan dikelar².. sangat²lah ngerii okeeyyyy... 

Lepas tu terus bersambung ke dunia muas sekarang yang mengajar di pondok kalau tak salah.. sebab bapak mertua dia macam sakit tenat jer masa tu.. tak lama meninggaldunia.. isteri muas pulak sakit...

Saya tengok sampat part bergaduh ni jer.. lepas tu dah tertido hihihihihi......

 Hebat tengok eman bersilat.

Dari Sumber : Utusan

Parut Ashikin adalah kisah cinta yang indah di antara seorang lelaki tua bernama Muas dan wanita muda bernama Ashikin. Badan Ashikin dikelar oleh Muas semasa dia masih bayi. Oleh kerana sayangkan Ashikin, dia tidak memberitahu tentang sesiapa dirinya sebenar.

Pada 1930, Muas dan Lazim dikejar orang ramai, mereka sembunyi di dalam sebuah rumah dan membunuh lelaki yang berada di rumah itu. Tatkala mereka menguruskan mayat itu, mereka terdengar suara perempuan menjerit di muka pintu bilik. Dia meraung melihat suaminya terbaring, perempuan itu sedang menunggu masa untuk melahirkan. Selepas menolong melahirkan anak, perempuan itu minta bayi berkenaan diqamat dan pada waktu itu, Muas terdengar bisikan supaya dilakukan dengan ikhlas kerana bayi itu nanti adalah jodohnya pada masa depan.

Muas tak percaya namun dia teruskan qamat dan bisikan itu datang lagi dengan kata-kata bahawa kematiannya nanti dengan gigitan labah-labah hutan.

Pada 1950, kejadian malam itu datang menganggu kehidupan Haji Muas, yang sekarang tinggal di rumah pondok agama.

Ape kesudahannya saya pun tak tahu... kalau tak salah lepas kawin muas buatkan rumah untuk ashikin kat tengah sungai sebab kununnya takut ashikin mati disengat labah² kalau duduk kat hutan. Sayang betul muas kat isterinyakan...




Bicara Hati : Orang kata ape jua yang berlaku ade hikmatnya . dan setiap perbuatan ade balasannya.. tak dapat di dunia insyaallah diakhirat. renung²kan... (^___^)v. n3 autopublish, hari ni tak sempat nak bw sangat.. pergi yang mane termampu jer.. insyaallah malam ni kalau sempat saya datang.





Khamis, 14 Jun 2012

Penangan cerita popular di tv

  

Terkejut saya bukak akaun nuff cek kata kunci hari ni... rata² nak tau kesudahan cerita seindah sakura... mentang²lah hari ni episod akhir.. semua orang tak sabar² nak tahu ape kesudahannya kannn...


Bicara Hati : Jom layan cerita korea Secret Garden kat 8tv 8.30malam-9.30malam (isnin-jumaat) best tau... saya kalau tengok kadang² boleh gelak sorang².... nangis pun sorang² .. dah saya sorang jer yang layan... amir dengan ayah tak suke tengokkk.. tapi pakse jugak.. tengok cite tu.. ibu suke.. hahahahahaha..... 



Selasa, 12 Jun 2012

Minggu Akhir Seindah Sakura

    

Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru dalam slot Akasia setiap hari Isnin - Khamis pada jam 7.00 malam (24 Episod). Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.
 

Sape layan seindah sakura???? saya layanlah jugak.. walaupun tak mengikuti sangat.. tapi pahamlah jugak ceritanya.. novelnya memang tak baca pun kikikiki... ;p memang tak tekun nak layan sebab bile balik keje kene masak atau melayan amir main basikal kat luar rumah huhuhuhu.... sambil gosip² dengan jiran² owhhh agenda yang paling tak minat sebenarnya join gosip².. tapi takkan nak jadi tunggul pulakkan.. sementara nak tunggu amir main basikal tu...

Kalau tak silap Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira. – Berdasarkan kisah novel Seindah Sakura

Tak sabar nak tengok sape kesudahannya.... apelah jadi dengan Anida tu.. macam giler jer... agak²nya Shakira pilih sape yer... harap sangat pilih Airil.


Bicara Hati : Kalau korang perasan cerita ni tempat penggambarannya sama dgn citer Menara Cinta. Pelakon pun sama juga ade Fasha Sandha, Fahrin Ahmad dan Zul Huzaimi masa kat Kota Paris hihihihihi......

 


Isnin, 30 April 2012

Layan ASTRO sampai lebam

Assalamualaikummm Semua.....

Hujung minggu baru² seronoklah amir.. sakan kat rumah asyik melayan karun.. habis semua siaran kartun dia sahaja... sampai nak tengok berita kat tv pun tak boleh huhuhuhu.. haru betullahhh....

Itulah sebabnya kami malas nak masukkan siaran kartun astro kat rumah, dah tau harapan nak tengok tv memang tipis.... hubby amik cannel baby tv jer.. walaupun amir bukanlah baby lagi kikikiki.... tapi sebab astro bagi rancangan free dan amir tersilap tekan cannel hari sabtu tu.. kantoilah kami... siap meloncat² seronok dia.. sebab ingatkan ayah dah masukkan cannel kartun kikikikiki.. jenuh terangkan minggu ni jer free.. minggu depan takde dah.... kalau tak bagi tahu kang.. ade pulak yang guling² kat rumah.. mahu setaman dengar dia menjerit....

Bile amir layan cerita kat disney junior.. dia siap terangkan lagi.. ibu.. ini agent oso.. siap belajar buat roket kertas.. hahahaha.. selama ibu tak tahu pun... patutlah amir suke sangat layan kartun ni kat rumah pengasuh.... siap tanye tu.. bile nak naik keretapi ni... aduiiilahhh kantoii sudah.... bagus jugak kartun2 kat disney junior ni ade macam belajar² sikit² macam kartun dora explore yang selalu amir tgk kat tv9...


 ni gambar masa pergi ekspo jualan barang elektrik hari tu.. dekat dewan jer.. tapi meriahnya bukan main lagi... ramai betul pengunjung... hubby pun dah beli jugak (tapi bukan tv yang dalam gambar ni... ni amir yang kepenatan duduk sambil layan tv kat situ.. x mampu nak beli besar macam tu.. lagipun tak sesuai kat rumah)... sebab takmoo berebut dengan amir tengok tv.. semalam siap beli dvd khas untuk amir layan kartun jer.. mr. bean dan macam² lagilah... jadi takdelah istilah berebut tv lagi kat rumah tu.... beruntungnyalah anak² sekarangkan.... bersyukur juga sebab dimurahkan rezeki kami sekeluarga....
 

Terima kasih astro.. kami layan sampai lebam mata tgk semua siaran.. napelah astro first takde free jugak.. kan best hihihihihihihi.....


Khamis, 23 Februari 2012

Dokumentari Khas Lisa Dan Yusri

Assalamualaikum Semua....

Gambar Ihsan Google jer... so sweet....
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam  
Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.

Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit  muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan. Untuk lebih lanjut boleh klik SiNi

Tak sabarnya nak tunggu malam esok nak tengok hihihihihi....

- Sweet jer -

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Amin... (^__^)v


Selasa, 21 Februari 2012

Layan Cerita Ariana Mikhail

Assalamualaikum Semua.....

Entry dimalam hari... hohohoho... jarang berlaku.. sesekali jer.. bile dah tak tahu nak buat apa kat rumah ni... amir tidur awal, ayah keluar jumpe kawan ade hal nak dibincangkan.. sudanya ibu pun kebuntuan nak buat apa... layankan tv jerlah.... malam ni kan ade cerita VanillaCoklat (^__^)v cerita yang semakin seronok pulak ditonton hihihihihi....

Tapi sebelum tu layanlah cerita Ariana Mikhail dulu... Sinopsis dia lebih kurang dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan kawan karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Perancis ialah sebab mak dia sibuk nak carikan calon untuk dia kawin hihihihihi. 

Tapi dia telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Perancis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa 'Perancis'. 

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa. Tapi lepas tu jadi suka pulak dan siap kawin lagi tau.. haru betullah... bile dah kawin tak sempat nak balik Malaysia sama².. Ariana balik Malaysia ayah dia pulak Meninggal Dunia.. Sudahnya Ariana dengan Mikhail Terputus hubungan.. sampailah Ariana melahirkan dan membesarkan anaknya seorang diri.. sebab mak Ariana marah sangat dengan Ariana kononya mengandungkan anak luar nikah.

Tu baru sinopsisnya... kite suke layan cerita ni sejak akhir² ni.. lagi² sejak anak Ariana dah besar.. kesian kat dia tak tahu ayah dia masih hidup.. dan ayah dia yang sebenar ialah Mikhail yang banyak kali tolong dia terutama masa dia nyaris² kene langar hari tu... yang selebihnya suka sangat tengok muka Nora Danish tu.. huhuhuhu.. tak tahulah kenapa sejak akhir² ni suke sangat tengok muka dia yang cantik tu.. siap berangan² kalau ade anak perempuan nak macam muka dia boleh hihihihihihihi....


Slot Ratu - ARiANA MiKHAiL - TV9
Drama 15 episod pada hari Isnin dan Selasa, 8.30 mlm.
 Antara Pelakonnya Nora Danish, Hussein Ruffedge, Rizman Khuzaimi yang bestnya banyak pemandangan kota Paris yang cantik² dipaparkan. 

Gara² OMBAK RiNDU

Assalamualaikum Semua...

3 Novel sekaligus TERBAIKKKK....... (^__^)v

Percaya tak.. jangan tak percaya.. gara² penangan OMBAK RiNDU... saya pinjam semua novel² ni daripada kawan saya tau...

Orang lain dah lama habis baca.. saya baru nak baca ketiga²nya sekaligus tamak betul... yang Ombak Rindu tu memang dah pernah baca dulu.. masa zaman saya sekolah dah lama sangat tak hinggatlah bile...

Baru² ni saja nak baca lagi..  iyerlah takkan tibe² nak baca terus sambungannya Cinta Tiada Akhirnya kan.. mestilah baca dari awal untuk flash back jer pun.. bukan baca bersungguh² dari mula... nak tengok filem.. sampai ke.. laaaa... saya tak tengok lagi.. orang lain dah tengok berulang² kali hihihihi... yang kelakarnya baca novel ni baru² ni siap terbayang²kan muka Aaron Aziz dengan Maya Karin Hihihihi.....

Saja minat baca novel ni muncul balik bile amir dah besar.. sebab sambil layan amir menulis.. ibu pun bacalah novel, bile amir tanya ibu baca apa.. ibu jawab ibu baca buku nak padai hahahaha... bohong sunat sikit.. kalau tak... amir takmoo menulis asyik nak main jer... ;p

Akhir sekali saya baca Rindu Cintaku dalam rindu cintaku ni kira kesinambungan daripada keseluruhannya.. si Izzah hilang ingatan.. dan rupanya dia ade kembar bernama Suri... Hahahaha.. memang besttt... macam kelakar pulak.. tak sangka dia ade kembar... agak² dia orang nak sambung tak cerita kat Filem jadi Ombak Rindu 2.


Jangan tak tau.. dah ade sambungan jugak tau... lepas Rindu Cintaku... huhuhuhu... saya tak pasti tajuknya.. tapi pernah nampak fara fauzana publish kat ruangan Hotfm (^__^)v apa lagi jomlah terjahkan.. kan...

Isnin, 20 Februari 2012

Jujur Aku Dayus

Assalamualaikum Semua...


Cerekarama - Jujur Aku Dayus
Gambar ihsan google jer.... 

Korang tengok tak cerekarama sabtu malam ahad baru² ni.... Sinopsis dia lebih kurang mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Kemudian Edree pergi Ke Jepun atas urusan kerja tapi isterianya tak ikut. Suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Edree kemalangan dan dia koma.

Lakonan: Nora Danish, Beto Kusyairy, Zul Ariffin, Irma Hasmie, Rozie Rashid dan Hafizuddin.
 
Berkobar² dalam hati ni nak tengok.. maklumlah Nora Danish yang berlakonkan... walaupun tak minat kat dia sangat.. tp sejak dia berlakon kat cerita AKASIA 'Tengtang Dhia' baru² ni yang meletop² tu.. terkesan jugak.. macam nak tengok cerita ni lagi² cantik jer tengok dia bertudung so sweeetttt hihihihi..... suspen jer jalan cerita jujur aku dayus ni slow jer... buat kite tertunggu² kenapa Edree ni benci sangat kat isteri dia?

Banyak persoalan masa dalam jalan cerita dengan kemunculan Aisha yang mengandung, mula² dok teka juga Aisha ni isteri kedua kot sebab Lisa tak nak ikut ke Jepun. Maklumlah dia muncul pun lepas si Edree tu koma...

Lepas balik hospital jer Edree tu berubah, Kenapa yer Edree benci sangat dengan Lisa? Yang kite ni menonton dah tak reti duduk diam.. asyik membebel jer.. kenapalah cerita ni lambatnya... siap tengok jam mata dah mengantuk, nak tak nak kenelah jugak tunggu sampai habiskan hihihihihi...... macam suspen jer kan...Lagi² bila Aisha kata jubah dan tudung tak dapat nak menutup hati yang kotor ngee~~~ lagi la duk pikir Nora Danish curang.. Sebab dari awal cerita Lisa ni dulu bukan wanita baik pun, duk teka jugak mungkin Lisa ni kembali liar dan curang..teka semua tak kena..:)

Kemuncak dalam cerita ni apabila tiba masa Edree bersemuka dengan bapa mertua dan isterinya masa nak menjatuhkan talak tu.. memang suspen lah..
Awak dah tahu? Lisa tanya Edree
Edree tanya balik Lisa, “Awak dah tahu”? aishhh cerita ni sasupen memanjang hahah!!
bapa mertua Ed pun tanya pulak , apa yang dia tak tahu, apa yang diorang tahu? Soalan dijawab dgn soalan?

Akhirnya kepenatan menunggu jawapan apa sebab Edree bersikap dingin dengan Lisa dan berkelakuan kurang ajar melampau-lampau kat Lisa terjawab jugak.. rupanya apa yang suami dia nampak tu adalah salah paham.. yang sebenanya isterinya (nora danish) kene rogol dengan lelaki (lakonan Zul Ariffin) yang suami dia nampak tidur kat katil tu huhuhuhu.. haru betullah... salah paham rupanya.. Edree ingatkan isteri dia dah curang.

Pengajaran dari drama Jujur Aku Dayus ni..isteri kena taat pada suami, minta izin suami kalau nak keluar mana² terutama bile suami takde bersama disisi kan kan (peringatan buat diri sendiri jugak tu)..
 
Ingakan dah habis dah bile Edree menjelaskan apa yang dia nampak.. dan isteri dia terangkan apa yang berlaku salah paham sebenarnya.. rupanya tak habis lagi.... ada lagi satu part masa Edree habis solat, Lisa bukak pintu masuk ke dalam bilik..
Lisa pun kata dia tak patut keluar dengan lelaki lain..bila keluar dengan lelaki lain musibah telah melanda dirinya, hingga rumahtangga yang dibina hancur, keluar dengan lelaki lain tu menimbulkan fitnah..

Nasib baik rumah tangga mereka dapat diselamatkan apabila kebenaran akhirnya berpihak kepada orang yang jujur.. kan... nasib baiklah cerita ni HAPPY ENDING. Kalau sedih ade yang meninggal pulak kan haru.. kot lah ayah dia pulak meninggalkan masa dengar Edree nak ceraikan isteri dia.. nasib baik ayah dia elok jer.. berdiri cuma terkejut kikikiki... ;p Berjujuran air mata ni turun hihihihi.. habis dah kalau Lisa (isteri Edree) tu keluarkan air mata macam air paip memang syahdu rasanya masa nak ending cerita tu... maunya air mata ni tak mengalir jugak.


Banyak sangat pengajaran dalam cerita ini kan.. mintak dijauhkan daripada berlaku kat diri ini... maklum jerlah dalam dunia yang moden ni.. macam² orang boleh buat kat kitekan.. tanpa kite sedar.. terutama yang tak suke tengok kebahagiaan kite (^__^)v

Isnin, 30 Januari 2012

Wacaaa..... KUNG FU PANDA

Assalamualaikum Semua....

Dua jumaat yang lalu kalau tak salah ade tayang cerita KUNG FU PANDA ni kat tv3, amir punyerlah seronok dan teruja sangat nak tengok sampaikan ayah mengalah malam tu tak layan Raja Lawak, lagipun Raja Lawakkan ade ulangan hihihihihi... ;p

Nasib baiklah ibu ni jenis tak ambil kesah sangat.. layankan amir jer.. yang sebenarnya sebelum tu layan cerita Dingin Lavender hihihihi... lagi pun ibu tak pernah tengok kung fuu panda ni.. macam best jugak...

Baru mula kami dua beranak dah tergelak²... tapi tu lah dalam tv mestilah dah banyak adengan kene potongkan sebab nak cukupkan masa tayangan... amir pun tak tengok habis dah tertido.... bayangkan esoknya pagi² bangun boleh pulak tanya .. ibu pagi ni ade cerita kungfu panda lagi x??? jenuh terangkan.. kalau astro adelah ulangan .. kalau tv3 mane ade huhuhuhuhu.... siap janji nanti ibu carikan cd yer.. kalau tak soh jugak bukak tv nak tgk huhuhuhu haru betullah dipagi hari masa tu....

Baru² kami ada pergi JUSCO.. Jeng² tak sangka pulak amir boleh ternampak cd ni.. nak taknak belikan lah jugak sebelum dia guling² mogok kat situkan hahahaha... (padehal belum pernah jadi lagi adegan guling².. dan harap² sangat janganlah berlaku.. selagi boleh pujuk.. mmg akan pujuk). RM9.90 tau.. ori tu.. senyum lebar dia dapat cd tu.. tengoklah puas².. masa nak keluar tu elok jer.. ade staff jusco bagi limau.. ngee~~ memang ubat batuklah jawabnya tu kan.... suara pun baru nak ok ni..

Inilah cd Kungfu PANDA tu..
Rupenya dah ade siri duakan hahahahaha.. nasib baik amir tak perasan yang lagi satu tu.. 
kalau tak mau 2 cd kene beli... (^__^)v

Selasa, 22 November 2011

Tak Dapat GengaM DAPAT TeNGoK PUN JADiLaH



Bile tengok bola malaysia menang malam tadi tibe² hati sebak sesangat.. sampai x perasan pun yg air mata ni dah mengalir... masa malaysia golkan penalti kemenangan tu....  sukan lain takde pulak tibe² jer bola ni emosi pulak lebih haiiihh.....

Apepun sangat² suke dengan status ni... kerana Allah s.w.t itu maha berkuasa lagi maha Adil, janganlah sesekali kt suke menindas orang lain.... kerana doa orang yang ditindas itu termakbul.. dan orang yang ditindas juga mestilah sentiasa berfikiran positif...




As salamu'alaikum sahabat FB yg d kasihi. Syukur n tahniah krn masih hidup, beriman n berfikiran positif. Tahniah juga kpd Harimau Muda (HM) krn memenangi pingat emas. Pengajaran penting yg kita dpt drp kejayaan HM tersimpul dlm hadia Nabi saw: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, d mulai dgn musibah. Pasukan HM mengharungi ujian getir bermula dgn jadual perlawanan di ubah2, tempat latihan terlalu jauh, d hina media tempatan, d ganggu dlm perjalanan ke Gelora Bung Karno, etc. Justeru, jika ada d antara kita yg hadapi sebarang masalah atau ujian, besabarlah, betulkan niat n amal, doa yg kudus, buat yg terbaik n tawakkal kpd Allah. Kejayaan insya Allah menunggu kita. Wassalam




Sentiasa berfikiran positif insyaallah.. segalanya boleh...

TAHNIAH HARIMAU MUDA.. SELAMANYA.. SELAMANYA......

Assalamualaikummmm Semua....

Waahhh... bukak blog je pagi ni.. sane sini ucap tahniah pada skuad harimau muda sebab berjaya membawa pulang emas 2 tahun berturut²..... apepun tahniah... memang sesangat²lah mendebarkan perlawanan malam tadikan.... kan.. ibu dengan ayah memang tak reti duduk diam dekat rumah masa tgk perlawanan bola malam td... walaupun sebenarnya dah mengantuk sesangat sampai pukul 11.00 malam pun tak habis²... dan berkesudahan penalti 4(malaysia) - 3(indonesia) .. pagi ni bangun tidur badan sakit² dibuatnya dah macam kt pulak yang main bola malam tadi huhuhuhu.....

Amir pulak tak nak tidur².. daripada mewarna, main bajak².. sambung main masak² (pengaruh master chef) .. sampailah guling sana guling sini.. mulut asyik membebel cerita itu cerita ini.... menyanyi itu menyanyi ini.. layan game handset lagi.... sampailah gol penalti baru dia nak tido hihihihi... yang nak tergelak bile ibu dengan ayah jerit yeahhh... malaysia menang.. amir pelik jer pandang kami lepas tu dia pun jerit gollll hahahahaha........



IHSAN GOOGLE..... HARIMAU MEMBAHAM GARUDA HIHIHIHIHI.....
Tapi ni gambar harimau sepak bola.....


Inilah menu kami malam tadi masa tengok bola hahahaha...... masak sendri tau, dekat luar pun hujan lebatkan memang takdenyalah ayah nak keluar tapau makanan..... huhuhuhuhu......


Korang layan makanan ape malam tadi sambil tengok bola .. mesti lagi sedapkan.. ni cume pizza koboi jer.. masak ape jer yg ade dalam peti sejuk tu.. nak habiskan stok.. ;p

Jumaat, 4 November 2011

NORA ELENA VS JUVANA


Ting.. Tong.. Ting.. Tongggg.....

Malam ni anugerah skrin kan.. kan... mesti nak mengadap tv nak tengok sape menang... tak kesahlah walaupun ade orang kate anugerah skrin ni boring... hahahahaha.. nak tgk jugak.. lagi² ade sicantik ROZITA CHE WAN Kann.. kan.... 





Antara drama rantaian yang tercalon.. kalau tak silap lah.... dua² pun BESTTTTT.... taulah yang mane yang menang GEMMMPAKK jer.. kan.... 




VS





Selamat menonton semua... sambil² menonton tu bolehlah kupas² bawang hihihihi... ;p

Selasa, 18 Oktober 2011

Selangor vs Terengganu vs Cinta Elisya

Assalamualaikum semua......

Sejuk suasana dan cuaca petang ini... disulami hujan renyai² diluar mungkin bagi merahmati perlawanan Selangor vs Terengganu malam ni distadium shah alam.. harap² selangor menang besarlah chaiiiyyoookkk².. saya?? saya sokong dari rumah jerlah.. memang tak pernah pergi stadium huhuhuhu.....

Ala..... malam ni ade cerita Cinta Elisya dekat TV3 camner ni.. nak tgk cerita ni.. tapi suami mesti nak tgk bola hahahahahaa.... nampaknyer malam ni tgk tv keroo lah.. sbb kejap kalih sane.. kejap kalih sini....





Seronoklah tengok cerita ni.. jalan cerita dia buat kite teruja nak tengok episod yang seterusnye.. dan seterusnya... kalau boleh taknak berganjak dari tv.. walaupun ramai yang tak suke tgk fasha.. tak kesahlah sape yang berlakonkan janji jalan cerita dia bestt....

Selasa, 12 Julai 2011

J.U.V.A.N.A.

Korang tgk x cerite kat tv3 setiap ari isnin malam selase cite JUVANA, sgt2lah gerunkan tajuknyer.. mule2 mmg x pernah tgk dh episod ke-3 kot baru mule tgk mcm best menarik tertarikkk debommmm lah pulak....

nilah antara pelakon²nyer.....

Malam tadi episod dia mmg mengerunkan wehhh.... semua giler rupenyer JUVANA habis termasuklah dengan warden dia.. dah ar songlap duit sekolah.. cikgu² semua saikoooo kesian kat Daim...

Layan  cerite ni kekadang takut jugak klu si herooo (amir) terikut² cerite kat dalam 2... mujurlah dia jenis tido awal... jadi selalu pukul 9.00 malam mmg dia dh tdo hihihihihi.... bolehlah ibu layan cerite 2 tanpa gangguan bukan ape pun... klu amir x tdo ibu pun kenelah layan cerite dia kat 611 (Ceriaaaaaa) 

Mintak² simpanglah klu ank² nakal macam dalam cerite 2.. nauzubillahh.... apepun menjadi pengajaran jgk tgk cerite ini sbb adekala cara kite mendidik anak² tanpa sedar itulah yang mempengaruhi tumbesaran ank (mengingatkan diri sendri... juge..)

Jumaat, 24 Jun 2011

Maharaja Lawak......

Kat rumah korang ade ASTRO x??? sekarangkan macam-macam isu kat parlimen pasal nak naik harge ASTRO ni... x kesahlah 2... tp.. mmg btl pun mahal, tp... sbb astro rangkkkkaian TV lain baru dpt tgk dgn jelas ... kalau x ade jer bintik² klua....

Jumaat malam sabtu pukul 10.00 malam jer kami anak beranak (wah.. mcm ramai jerkan padehal bertiga jer dok umah 2) kami mesti dah dok depan tv tekan TV132 (ASTRO WARNA) Sebab Malam ini 24 jun 2011 kemuncak yang ditunggu-tunggu... iaitu malam penentu Maharaja Lawak Akhir.


korang sokong sape... hahahaha.... kt sokong semua pun yang masuk final.. sebab semua pun BESTTTTTTT...... itulah yang membuatkan malam minggu ku x kering gusi.. hilai tawa sampai satu taman degar dibuat nyer kikikikikiki.......


p/s: bile berhibur dan gelak ni jangan lupe diri sudah hihihihihi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...