♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label R.a.y.a.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label R.a.y.a.. Papar semua catatan

Isnin, 29 Julai 2013

Kerepek Murah Di Banting


Musim dah nak raya ni, sana sini dah mula membeli kuih raya ... saya kuih raya ni takdalah sakan sangat kot nak beli . tapi kerepek tu wajib ... hahahaha .. wajib terus bukan harus lagi dah ...

Jumaat baru² ni sempat lah pergi membeli kerepek sempena cuti Nuzul Quran, Kami keluar rumah awal pagi ... sebab tahu kalau pergi lambat nanti ramai orang punyer sesak huhuhuhu .. tapi kalau dengan amir ni biasalah .. nak cepat macam mananya kene bersiap ikut jadual dia.. bukannya bersiap lambat .. mata tu asyik nak tengok kartun jer.. takmoo mandi .. 

Dalam pukul 8.30 pagi kami gerak, pukul 9 lebih sikit dah sampai .. itu pun ramai uma dah .. haihh heran betul .. pepagi dah sampai dia orang ni keluar rumah kul bape, kedai kerepek pilihan kami mestilah yang kat sungai lang, banting tu.


Kerepek house, memang suka beli kat sini .. berbanding kedai² lain sebab kat sg lang ni memang banyak kedai .. jadi korang boleh pilih mana² yang korang suka .. kalau masuk sg. lang tu banyaklah signboard ... pilihlah yang mana korang nak harga semua pun lebih kurang cuma ada yang sedapp dengan tidak.. tapi kat sini .. seyes semua pun sedappp sebab tu menjadi pilihan setiap tahun .. berbaloi² dengan harga yang dibayar .... korang tengok tu.. betapa banyaknya kereta parking tepi jalan ... tu baru kereta.. dalam kedai jangan cakaplah.





Hasil rembatan .. lebih kurang 16 bungkus kerepak 1 kg ada, ½ kilo pun ada.. macam² ada.. tapi percayalah semua pun buka saya punya hihihihihi .... semua pun untuk mak, mak merua dan sedara mara yang tempah dan untuk embah hihihihihi ... 





Hasil rembatan kesemuanya berjumlah RM 100.00 ngam² tau .. hahahaha .. hubby siap cakap dekat amir, patutlah ibu kerja kira duit .. tengok pandai ibu bajet duit kan mir .. ngam², gelak jer budak cashier tuuu .. dengar hubby cakap.





Gambar kat dalam tu tak sempat nak amiklah .. orang ramai sesangat, ni pun kita mabuk² pening dibuatnya nak amik tau.. hubby tukang jaga bakul dengan amir, banyak kali jugak saya pusing² nak cari kerepek .. amir pun sibuk nak menolong bawak kerepek jugak ... dia pilih yang mana dia nak makan .. tapi bukannya dia nak makan pun kat rumah .. bawak kat kampung jer.. mesti dia makan kat kampung nanti, kerepek pisang langsung tak dapat .. dah habis.. nasib baiklah mak dah buatkan kerepek pisang.. sayang mak ... tak sia² abah tanam pisang lang (eh² sama nama pulak macam nama tempat jual kerepek) dengan pisang tanduk .. ada jugak hasilnya buat raya ni.





Bicara Hati : Tergendala nak buat kuih raya cuti baru² ni sebab tetiba jumaat tu lepas balik beli kerepek pening, mabuk, muntah² dibuatnya .. angin agaknya dalam badan... 





Rabu, 17 Julai 2013

8 Ramadhan Buat Kami Suami isteri



Alhamdulillah dah 8 ramadhan hari ini dan 8 tahun juga ramadhan sebagai seorang isteri ....
Kami masih betiga .. ini tema tahun lepas .. tahun ni raya pun amir dah pilih tema .. ibu pasrah jerlah, tapi ibu suka.. ibu suka tema pilihan amir tahun ni.... nanti korang tengok jerlah baju raya kami yer... 



Khamis, 13 Jun 2013

Bila Kami Beraya Sedondon Mengikut Tema



Sebulan lagi insyaallah kita akan menyambut ramadhan, semoga dipanjangkan umur dan berpeluang merasainya lagi, azam tahun ni nak bawak amir pergi terawih .. lagipun amir dah 5 tahun .. harap berpeluanglah hendaknya ... nak beri amir merasai suasana kemeriahan solat terawih, ibu akan mula ajar amir puasa.. walaupun mungkin puasa susu sahaja .. kikikikiki , sebab umur seusia amir memang belum digalakkan berpuasa .. tapi haruslah diberi pendedahan solat terutama solat 5 waktu. Jadi takmoo paksa² amir berpuasa (^____^) walaupun pihak tadika ada maklumkan mungkin amir akan diberi pendedahan puasa ramadhan nanti.


Jom layankan gambar kami beraya bertiga pulak, alhamdulillah 3 kali sambut hari raya sebagai seorang isteri akhirnya kami beraya bertiga pulak sebagai ibu dan ayah. (^___^). Puasa pun belum.. tapi dah mood raya eh... ;p Sila jangan pitam layan gambar masya possing super fotogedik hihihihihi ...



Akhirnya jumpa gambar ni kikikiki, Alhamdulillah raya pertama sebagai seorang ibu, kalau tak silap amir 4 bulan masa ni, allahuakbar tembamnya muka aku masa ni bagai di pam .. pam... ramadhan tu hubby dan aku kemalangan betul² lagi seminggu nak raya, nasib baiklah takda kecederaan yang teruk .. hubby patah tangan .. aku pulak melecet sikit jer.. nasib baiklah tak pape baru lepas pantang masa ni, pertama kali beb.. pertama kali aku kemalangan naik motor dengan hubby, bukan dengan hubby jer.. rasanya ini pertama kali jatuh motor lepas dapat lesen lepas tu hubby fobia nak bawak aku naik motor kakakaka ..;p


Baju amir susah nak cari .. jadi amir pakai warna lain dari kami, kami pun pakai baju bukan tempah untuk raya pun... pakai baju apa yang hadooo jerlah.. pasrah, tak sempat nak membeli.


Pertama kali bawak amir pergi opis, kebetulan ada jamuan hari raya, amboii kemain lebar ibu senyumm yer.. tapi sebenarnya mengah dukung amir ... kikikiki ... amir teruja tak reti duduk diam, semua dok pakat nak dukung dia.. lagilah dia suka.



Yang ini tak hinggat raya dah berapa hari, yang pasti kami nak pergi beraya ... kumpul duit, kumpul duit .. sakan beraya dengan orang baru .. padahal hubby bukan boleh drive sangat .. aku?? lagilah tak boleh diharap .. harap ada lesen jer masa ni .. tapiiii penakut yaaarrrraaaabbbiiiiiii nak bawak kereta, hubby pasrah jerlah ... kalau ada yang ajak kami ikut jerlah masa ni.



Tahun kedua beraya dengan amir, kebetulan hari raya pertama hari lahir bapak mertua jadinya ... hubby bagi hadiah kat bapak amir yang lebih terujanya, masa ni amir dah pandai dah nak teroka sana sini ... main dengan sepupu².



Tema melinium ni paling seronok rasanya, sebab amir pakai sedondon siap dengan kasut.. comel sangat tau .. geram dibuatnya. Lepas tu dapat duit raya .. merata² dia letak, ibu dengan ayahlah tukang kutipnya. Mula hubby macam tak suka tema ni, sekarang baju ni jugaklah ang asyik di pakai buat ke masjid solat jumat grrr sabooo jerlah.




Gambar akhir, tapi bukan yang terakhir yer... dalam entry ni ni jer.. yang ini raya 2011 rasanya, banyak sangat gambar raya dalam entry ni .. muntah hijau pulak korang layan kikikikiki .... tahun ni tema lain sikit, kunun² ibu pun nak melaram jugak .. sudahnya baju ni sekarang dah tak muat yer... gantung jerlah buat perhiasan sob.. sob.. sob... sebelum ni pernah jugak kongsikan gambar beraya kami sedondon dalam entry warna-warni di aidilfitri dalam tu memang sampai ema 2012, tahun tak taulah kami tema apa... kalau ikut selera amir tak sudah² warna hijau .. mahu lah hijau pokok tahun ni ... pulak erkkkkk ...




Bicara Hati : Dalam suasana gembira, pastinya tak dilupakan pada insan yang tiada .. al-fatihah buat arwah adik, kelahiran amir membuang duka lara kami sekeluarga atas kehilangan arwah adik.



Isnin, 29 Oktober 2012

Gambar² baraan bersama rakan suke-suke sebaya

 
 
 
 
Gambar dah lama, saja saya abadikan sebagai kenangan diblog saya...  sebab gambar² ni semua membawa erti yang berbeza dan ade cerita yang tersendiri......


Sebelum saya kongsikan gambar² saya berhari raya dengan kawan² saya ... saya nak menjawab sikitlah pertanyaan murni a.k.a Pn. Kutu dalam entry disini,  maafkan saya kalau saya silap yer... kalau kawan² yang tahu info baraan bolehlah kongsikan dengan saya juga kat sini.
Baraan ialah bahasa jawa dan sinonim dengan masyarakat jawa, saya tak pasti orang melayu panggil ape... mungkin beraya beramai² kot... (^____^)v
Pada saya baraan biasanya kunjung mengunjung kerumah sanak saudara atau sahabat handai masa hari raya, ade jugak yang merhaban masa tu .. kemudian barulah menjamu selera kalau tuan rumah sediakan makanan dan bermaaf-maafan dengan tuan rumah. (Tapi kami yang muda mudi ni memang tak marhaban hihihihihi...)
 
 Rumah angah

 Rumah alang
 
 
Rumah achik

 Rumah ateh

 Rumah anjang

 Rumah adeq

 Rumah eeza

Beraya rumah ajaq

 Air tembikai campur buahan² resepi istimewa ajaq tahun ni .....
dengan mee kari .. terbaikkkkkk .. tapi lagi sedap yang tahun lepas laici kang... ;p

 Rumah Cikgu Azura a.k.a rumah mertua ku juga hihihihihi ....

 Rumah ana. a.k.a patonah

Rumah pengantin baru ... uji dan shahril
 
Rumah ejam (ejam yang baju hitam dukung anak buahnya)
Tahun ni agak sugul sikit ejam tak berapa nak berya macam tahun² sebelumnya sebab kakaknya baru jer meninggaldunia sebelum puasa kanser payudara, al-fatihah buat arwah dan anak ejam pun baru jer lepas buat pembedahan dibahagian jantung.


Ini jer gambar² yang sempat upload, kalau ade yang cicir saya masukkan lagi kemudian saya update.... rindu sangat² dengan suasana ni.. rindu sangat² dengan kawan.. terasa masa pantas berlalu kerana tahun depan akan melangkah keusia 3 series pulak.


Bicara Hati : Semua ni gambar masa hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha memang tak berkesempatan berjumpa pun huhuhuhuhu .... salam aidiladha semua... semoga hari raya korban tahun ni membawa beribu erti dan keinsafan buat diri untuk menghargai hidup ini .. (^____^)v






Rabu, 19 September 2012

Aku bukan bidadari

 
Gambar² ekslusif (sebab tak upload kat fb lagi... intagram memang takde hihihihi ...) suprise bestday hubby sekali dengan baraan bersama-sama rakan suke-suke pada 31 ogos 2012.... pertama kali buat kek tiramisu sendiri .. alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan (^_____^)v

 Amir yang teruja ...
ayah yang terkejut hihihihihihi ....

 Eh².. dia pun nak potong same jugak .. layankan...

 Mulut sempat bebel² lagi tak tahulah ape. yang dicakapkan...

 Cepatlah potong ....
yang lain tak sabar nak merasa jugak.....

 Silalah abaikan hiasan² tu .. koboi jer.... 
hubby kata sedapppp.....
Resepinya simple jer saya amik kat sini

Terbaikkkkkk ibu .... 
ok x, amir boleh simpan rahsia hihihihihi ....



Bicara hati : 
Aku bukan bidadari, tapi aku sentiasa bersyukur atas kurniaan ini ....




Jumaat, 14 September 2012

Baraan bersama-sama rakan suke-suke sebaya

 
Alhamdulillah pada cuti hari merdeka minggu lepas ... saya dengan rakan² sebaya dapat beraya bersama² dari satu rumah ke satu rumah dari rumah angah sampailah kerumah adeq... (rumah along tak dapat pergi maknya dah kerja.. cuti merdeka pun maknya kerja... rumah along pulak sejak dah kawin ni kat nogori sembilan.. jauh tuuu ..... jadi along followww kite orang jer.. kt pergi beraya rumah along lepas raya jerlah yer hihihihihi......)

Ade orang yang tak biaser dengar perkataan 'baraan'.... baraan ni biasernya popular kat kampung²... beraya beramai² secara berkelompok, macam keluarga saya ni memang dah turun temurun .. dari saya lahir dah ade ... setiap kali beraya hari pertama mesti ade ... masuk² dari rumah ke rumah kami akan selawat lepas tu barulah makan²....memang meriah, hubby pun dulu tak biaser .. alhamdulillah sekarang dia lagi teruja.

Tahun ni rasa bersyukur sangat sebab dapat join baraan dengan kawan² sebaya hampir semua rumah, amir pun teruja tak meragam .... kalau tahun² yang sebelum ni memang payahlah nak habiskan dari mula sampai habis kesian kawan².. nasib baik paham ade anak kecik memang macam tulah banyak kerenah.

Baraan dengan kawan² sebaya ni memang dari kecik² lagi kite orang dah biaser buat sampailah sekarang dah kawin dah ade anak² pun masing² hihihihi .. Alhamdulillah moga persahabatan kami ini kekal hingga ke hujung nyawa dan setiap kali jumpe beraya banyaklah kenangan mengusik jiwa akan jadi bahan gelak masa borak tu .... 

Kat sini saya kongsikan sikit gambar² masa kawan² datang beraya kat rumah mak dengan abah saya kat kampung, saya ambil kesempatan ni buat suprise bestday hubby sekali.. bestday hubby 29 ogos.

Jamulah ape yang ade tu jer yer..... tak sempatlah nak masak special sangat....

Suprise untuk bestday hubby .... kek tiramisu ... (sorry tak dapat buat pavlova)
amir paling teruja nak potong same, dan sanggup tunggu ibu buat malam tu .... dia teruja sangat ....
Siap simpan rahsia.. jangan sampai terbocor .. tau baikk punyer komplot anak beranak ...
Hubby memang terkejutlah sebab tak sangka kot .. dah 36 tahun hubby sekarang ...
moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki kami ....
tq terima saya seadanya (eh² tibe² nak buat ucapan macam nak berkempen pulak hihihihihi ...)

Sempat amik gambar bersama² .. yang paling kanan baju pink tu lah ketua kami ....
kami yang lain followww jer...
dia bujang lagi tau... sape berkenan isilah borang hihihihihi ... tp yang tudung pink tu dah berpunyer dah ade anak sorang pun.....

Abadikan kenangan gambar bersama² kat tangga rumah abah ....
ni baru sikit .. ade yang tak dapat join ..... tapi ini pun dah cukup meriah....

Nak sambung baraan lagi .....
jom²....

okkk nanti sambung letak gambar² kami beraya dari satu rumah ke satu rumah, gambar² banyak amik daripada fb kawan sebab tak sempat nak upload gambar kat kamera adik ipar hihihihihi .... Kalau ade kesempatan saya update lagi .. raya haji bolehhh.. lepas raya kang ade yang marah pulak.. asyik dok tayang gambar beraya ape halllnya kannn.......


Bicara Hati : Terima Kasih semua dengan baraan ni .. kite dapat mengeratkan silaturahimkan.... bile dah lame tak jumpe ade jer yang nak diborakkan.. sorry buka puasa hari tu tak dapat jumpe....





Kehadiran tetamu kerumah hujung minggu membawa rezeki

 
Tajuk tak menahan .. yang sebenarnya buntu nak taip tajuk ape hihihihi (^____^)v
Tapi nak kongsikan cerita beraya ......
Hujung minggu pertama hari raya (26/08/2012)
ipar duai nak datang rumah. Ahad malam isnin .. iyer .. ahad malam isnin .. esoknya nak kerja huhuhuhu ..... tak janji pun nak datang lepas pusing² beraya ahad tu .. mereka nak datang rumah pulak, takkanlah nak kata tak bolehhkan.. hubby kata okk jer...
Dengan badan yang bersisa² kepenatan gagahkan diri jugak masak nasi lemak (kikikiki ... siap sambal sardin) dalam sejarah aku masak nasi lemak sambal sardin tau .. sebab malas nak keluarkan udang dengan sotong yang dah sedia kejong keras dalam pembeku .. pakai sardin senang sikit hihihihihi ....

Alhamdulillah masing² dah kekenyang bersandar layan transformes kat HBO pulak hihihihihi ...
Maaflah rumah kecikkan.. bersempitlah sikit yer.... 


Hujung minggu kedua hari raya (02/09/2012)
Minggu kedua sambung lagi beraya sakan... sambung cuti merdeka lagi ade beraya dengan rakan² sebaya (entry kemudian yer), memanglah kepenatan sangat² badan.. tapi seronokkkk dapat jumpe kawan² semua.

Sepanjang hari berkerja lepas seminggu beraya malam tu kami beraya rumah jiran² .. hampir setiap malam kami beraya, satu malam dapat 4-5 rumah oklah... iyerlah hidup berjiran kenelah saling tegur menegurkan, kami berya ramai².. alhamdulillah seronok ade jiran² macam ni .. malam pun malamlah layan jer... (nak tunggu hujung minggu jangan haraplah jadual penuh mengalahkan pm)

Oleh kerana dah melawat rumah jiran².. jiran² sepakat nak datang rumah kami ahad malam isnin pulak sebab hujung minggu kami beraya dengan kawan² dan family. Sebab tak nak hampakan jiran² kami okk jerlahh.. redhooo walaupun isnin tu nak kerja jugak huhuhuhuhu .....

Menu malam tu bihun tom yam, mee goreng basah, tahu sumbat ikan kembung, dan nugget .. sempoiiii semua pun aku masak sendiri tau ... hubby tolong kupas² bawang hihihihihi .... dan kemas rumah (^____^)v

Ni gambar masa kat rumah pengasuh amir, ni jerlah pun sempat snap lepas tu ... malas dah ... 
amir dok main kamera sibuk.. soh amik gambar dia jer...

Gambar goyang .....
Tapi suke moment ni .. budak² happy dapat beraya....

Gambar² jiran² beraya kat rumah memang tak sempat nak amik sebab macam biaserlah dah jadi tuan rumah kenelah layan tetamukan.... takde maknenya nak pegang kamera.

Hujung minggu ketiga hari raya (07/09/2012)
Dah 2 minggu berturut² rumah tetamu datang esok nak kerja, jadi kali ni kawan² saya nak datang rumah saya bagi tahu kalau nak datang jumaat malam sabtu pulak huhuhuhuhu ..... sebab hujung minggu kami memang banyak jemputan nak sambung beraya .. tapi akhirnya tewas bile amir demam panas dan muntah².. kesian anak ibu .. jadi semua program batal pada 09092012.

Terima kasih semua .. sudi datang .... ni baru sikit dah penuh rumah, kalau tak muat memang kami bentang tikar malam tu kat luar rumah tapi dalam pagar hihihihihi .....
Gambar goyang jugak .. tapi nak tunjuk jugak korang datang .... 
Maaf tahun ni takde menu² pizza hahahaha .. x kuasa nak kelaurkan oven, menu bihun tom yam jugak habiskan stok dalam peti sejukkkk ....

Amik gambar dari fb achik ....
tq achik kongsikan gambar kegembiraan ni ...
amik gambar kat luar rumah sebab sofa masih kat luar .. masa jiran² datang tak bawak masuk dalam rumah lagi ... meja makan pun same ... dalam rumah lapang luas jer... semua pun dok bersila hari tu ...


Alhamdulillah akhirnya tahun ni ramai jugak yang memeriahkan rumah kami berhari raya, nak buat open house memang tak laratlah .... bak kate hubby bajet tu hanya untuk 4 tahun sekali kikikikiki ....

Bersyukur sangat² ade ahli keluarga, jiran² dan sahabat² yang baik... nanti ade kesempatan jumpe kawan² blog pulakkan... insyaallah.. amin.

Alaaaa... gambar mak dengan abah datang berayalah pulak takde masa minggu pertama raya, alhamdulillah raya kali ni mak dengan abah tidur rumah kami dengan adik² sekali.... sebab esoknya kami nak beraya ke kajang, kl dan kota warisan (macam hape jer jadual penuhnya kan.. kalah pm)


Bicara Hati : Gambar² banyak dekat kamera adik ipar .. tak sempat nak amik lagi .. kalau sempat update lagilah kat sini hihihihihi .... Korang layankan jerlah gamba² gegar yang ade kat kamera ni dulu .... Hujung minggu ni insyaallah kerumah ketua lorong pulak sebab buat open house sekali qiqah anak sulungnya amani.




Khamis, 13 September 2012

Sarapan penghujung syawal

 

Cepatnya masa berlalu dah minggu² akhir syawal rupenya..... banyak lagi entry raya tak publish ni ape kes.. hihihihi .. kes tuan tanah sibuk open house lah tak sempat buat entry ... publish lepas raya pun okk kot kan.... 

Hari ni ade jamuan kecil²an kat opis ni lagi .. buat untuk unit kami jer... tapi mane yang singgah tu kami jemputlah makan jugak.. haihhh lahh.. manelah tak tembam² pipi ni ... perut jangan cakaplah .... mengalahkan orang mengandung 3 bulan kikikikiki ....

Mukadimah sarapan pagi ni ....
Kek karemel idaman ....
Sandwich tuna ...
Butter cake ....
Ni baru mukadimah pun dah kekenyangan ... macam mane nak makan menu lain ....
 
 
Bicara Hati : Alhamdulillah .. murah rezeki hari ni ....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...