♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Jun 2014

Giveaway - Buku Resepi Roti


Assalamualaikum ... lama masya tak buat giveaway kan, biasanya bulan jun blog masya ni penuh dengan kemeriahan hadiah², sebab bulan jun kan bulan istimewa tuan tanah kedaung .. tahun ni macam sepi jer .. apakan daya tuan tanah kedaung kesibukkan tak berkesempatan nak buat giveaway yang grand, tapi takpa ... masih ada rezeki kawan² insyaallah ... rezeki yang sikit dikongsikan bersama lebih barakah.... tunggu sehingga 30 jun ada hadiah buat pengomen tegar blog masya.

Oklah bagi kawan² yang dah baca entry semalam mesti terunggu² entry giveaway buku resepi ni kan ... senang jer .. giveaway ni khas untuk blogger yang berada di malaysia sahaja ... kawan² yang berminat boleh tinggalkan komen saya nak buku resepi roti dan jangan lupa tinggalkan url blog. Yups url blog sahaja .. tak perlukan entry .. tapi kalau buat entry pun okey jer... bagi link tau. Tarikh penyertaan tamat sehingga 12.00 tengahmalam ini sahaja 27.06.2014 hihihihihi .. insyaallah minggu depan masya umumkan pemenangnya yer... pemenang akan di cabut undi oleh putera masya, harap dia bagi kerjasama okeyyy (^_____^)v




Inilah buku resepi roti tu .. ada satu sahaja , cepat² kalau berminat meh ler join. okey sebab hadiah ni ada satu .. masya akan bagi 2 hadiah tambahan tau .... tapi bukan hadiah buku .. hadiah fm ... suka tak? suka tak .. fm tu special sangat² tau... quilling fm birthday amir hazim ... okey kalau nak dapatkan hadiah tambahan ni kena jadi orang yang pertama join atau menjadi url blog tertinggi link giveaway buku resepi ni .. hihihihihihi ..... good luck yer.. 







Okeyy masya kongsikan salah satu resepi dalam buku ni .. sorry gambar kabur ... hp tak bape nak canggih .. kosa nak amik gambar pakai kamera opsss..... ;p





Selamat Mencuba , Moga hari jumaat terakhir bulan syabaan ini akan memberi rezeki buat kawan² yang join ..... jangan malu² .. bukan follower pun boleh join .. jadi masa pengumuman cecepat serah diri .. kalau tak jangan salahkan saya kalau buku ni saya bagi kat orang lain.













Jumaat, 2 Mei 2014

Roti Sarang Lebah Dengan Sos Gula Perang Yang Sedap



Saya rasa bahana pengaruh blog lagi dasyat daripada pengaruh rakan sebaya atau rakan sepejabat .. hahahaha .. terjebak² .. lagi² bab memasak, nak kata pandai sangat tu tidaklah .. setakat untuk makan anak beranak bolehlah... tapi bila kawan² tayang gambar menu masakan .. seyes tergoda .. mak tergoda tak tahan .. huhuhuhu ... apatah lagi bahan² nya senang .. cuma gigih tak gigihlah nak menguli sahaja.

Ni baru bab masak, belum bab deko lagi haru .. kepala ni dah meligat nak deko macam².. tapi semuanya terbantut sudahnya.. tengok je lah meroyan blog kawan² yang deko cantik² kikikiki.

Oklah berbalik pada roti sarang lebah ni, roti yang tengah glamour .. dan famos amos ni .. perghhhh .. patutlah ramai kata sedapp .. seyes memang sedapp.. tapi tak tahulah tang mana dapat nama sarang lebah tu ... yang saya buat ni dah tak rupa sarang dah lebah .. tembam² cam tuan yang mengulinya ... cam sarang apa jer .. tebuan kot hahahaha ...;p Amik pengajaran daripada kali pertama menguli doh roti, kali rasanya ada perubahan sikit .. walaupun resepi berlainan.

Resepi asal sepenuhnya saya ambil daripada blog ina aka intan berlian .. dan ada jugak saya ubah mengikut barang² yang ada dirumah selagi tak terlalu derhaka dan menjadi hihihihi    >____<





Saya tulis bahan yang saya gunakan, sukatan sama dengan blog ina, cuma ada di ubah suai mengikut kesedapan tangan menguli hihihihi ...



Tepung roti
Muripan
Marjerin Dicairkan
Gula 
Garam
Air Secukupnya










Saya uli semua adunan tu menjadi doh .. tak lama pun saya uli sebab tak gigih lagipun pakai tepung roti selalunya menjadi .. saya biarkan sampai doh naik .. kemudian saya tumbuk tengah dia dan uli lagi ... dan biarkan naik lagi .. tak lama pun dalam ½ jam jugaklah saya buat tu .. dengan erti kata lain 1 jam jer saya perap roti ni .. dia cepat naik tau.. mungkin sebab muripan tu saya gunakan sebungkus kikikiki .. dasyat tak .. kosa nak gunakan separuh.











Amir yang paling teruja nak tolong, anak saya yang bertuah lagi baik dan ringgan tulang ni kalau bab makan dia sanggup tunggu walaupun jam menunjukkan 10.30 malam baru semua roti ni masak... dan esok nak kesekolah.




Tengok tu .. rajinkan.. semangat dia nak letak badam .. saya gunakan badam jer.. dah itu jer yang ada kat rumah... masa sebelum letak badam tu saya dah biarkan roti ni naik dulu... amir buat yang untuk ayah yer ibu .. mesti ayah suka .. amboi kemahin lagi ... nak ayah puji lah tu hik hik hik hik.











Inilah rupa roti yang dah siap letak badam, mengiurkan sangat ... adunan saya ni dapatlah 2 loyang, satu untuk rumah dan satu lagi untuk hubby bawak kesekolah .. saya risau jugak kot tak sedap .. iyelah nak jamu tekak orangkan, sudahlah pertama kali buat .. nak bagi orang rasa pulak ;p









Ini pulak bahan sos gula perang yang saya gunakan, sebenarnya agak derhaka disini sebab ada 2 adunan sebenarnya dua² adunan sos yang berbeza hihihihi ...



Sos Pertama :-
Gula Perang
Marjerin
Susu




Sos Kedua :-
Gula Melaka
Marjerin
Susu




Walaupun saya gunakan satu gula perang dan satu gula melaka tapi cara masak keduanya sama sahaja, cuma saya gunakan 2 gula yang berbeza setiap sos hik hik hik .. kalau korang nak cuba kelainan campurkanlah dua² gula .. tak tahulah sedapp ke tidak. Mula² cairkan marjerin, lepas tu masukkan gula .. kacau gula sampai sebati pelankan api tau.. nanti dia meletup² lepas tu barulah masukkan susu sampai mendidih .. barulah matikan api .. masukkan asen vanilla kalau ade.. saya akda jadi bahan yang ada je lah saya gunakan.







Bila roti dah masak dalam 20 minit bakar dengan suhu 160 darjah jadi korang angkat roti dan boleh teruskan letak sos gula perang atas tu .. seyes .. mengujakan ... seyes mengiurkan, nampak tak sebelah kanan tu dah hilang sebelum sempat ibu amir amik kamera nak snap .. kerjaan amirlah tu .. seriau ibu .. takut terkena loyang panas.. memang tak sabar betul dia nak merasa roti sarang lebah ni hihihihihi ....


Dan setiap kali dia ngap, dia akan puji sedapppnya roti ni ibu .. sedappnya .. sampai nak tergelak² saya dengan mak dibuatnya. Kembang hidung ibu dibuatnya anak puji gitu ... mak saya pun kata sedap ... lain kali bleh buat lagi.






Bicara Hati : Ada kesempatan nak buat roti sosej pulak, amir dah buat permintaan .. amboi kemain lagi dia kan buat permintann macam ibu pandai sangat.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...