♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label WW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WW. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Kamera Olympus Putih




Hadiah hari wanita katanya hihihihihihi ..... 
Jangan ditanya edisi yang baru ke bukan.. saya sendiri pun tak pasti... 

Terima kasih hubby ... itu sahaja ayat yang terkeluar dari mulut ini.... minat yang satu ini mengambil gambar dan diambil gambar .... sukar dikikis daripada sekolah rendah lagi (terima kasih hubby kerana memahami) dan susah nak digambarkan satu kepuasannya.. pada saya apa jua yang saya lakukan.. mesti saya nak ambil gambar... kerana pada saya semua yang berlaku takkan berulang... walaupun orang kata beli jerlah hp canggih pun ada kamera juga.. tapi saya lebih selesa bawak kamera.. dan mengambil gambar menggunakan kamera....

Okklah nanti²/esok²/tulat sambung cerita lagi beli kat mana, sebenarnya nak buat entry WW jer.. tapi jari gatal pulak tertaip ayat² hihihihihihi......



Bicara Hati : Hubby sekarang fanatik betul warna putih, kasut, t-shirt banyak warna putih dan sampaikan kereta pun warna putih sekarang ..... (^____^)v 





Penyakit Hati







Shawl Half Moon Corak Batik



Shawl Half Moon Paisley Zaara
My Online Boutique For You







Satu Titik PASRAH




Selasa, 12 Mac 2013

Menu Minum Petang Katanya ......




Pagi tadi agak kelangkabut dibuatnya, baru masuk opis sempat bancuh nesum secawan, berbekalan roti telur sekeping belum sempat ku ngapppp.... dapat arahan daripada bos suruh pergi kursus... agak² blur juga lah dibuatnya.... Mujurlah ½ hari sahaja.

Jadi sudahnya secawan nestum kuhulurkan pada kawan sebelahku.. memang tak sempatku minum pun.. dan ku berikan bekalku juga walaupun hanya sekeping roti.... sudahnya petang ni bekalku dibalas balik dengan menu petang yang nyum²..... keropok, pisang dan keria. Terima kasih kawan... saya tak mengharap pun awak balas.. tapi... syukur sangat.. atas rezeki ini... bolehlah alas perut sementara nak balik nanti.

Dua entry pagi tadi adalah entry autopublish yang saya dah siap² draft semalam.. hihihihihi... tak sangka lah pulak... kan... itulah seronoknya dunia blog ni.. kita boleh sukahati nak publish entry bila² masa... tak semesti mengadap blog 24 jam jer.. kan.. kenelah pandai... bahagikan masa, walaupun kadang² masa memang sangat cemburu dengan kita kan.


Bicara Hati : Rezeki jangan ditolak ... 
 

Isnin, 11 Mac 2013

Fear Factor Yang Mengerunkan


Yeahhh gambit dah keluar hahahahaha.... ramai betul yang tak suka yer....


Okk.. itu bukan kisahnya... tapi ni fear factor episod yang baru² ni lah hai.. memang mengerunkan bila kala jengking diletakkan dimuka, sebenarnya sabtu tu ada kenduri kat kampung sebab abang sepupu nak nikah semalam.... jadinya tak dapatlah nak tengok yang pukul 9.00 malam, saya tengok ulangan pukul 12.00 tengah malam.. itu pun tertengokk ok.. tertengokk.. sebab mata tak boleh nak tidur huhuhu.. kalau kat kampung biasalahkan hamparkan toto depan tv jer.. jadi dapat lah melayankan fear factor ni...

Owhhhh seriaulah.. geli geleman dibuatnya... nampak kala jengking tu berjalan² kat muka besar pulak tu... dulu pernah sebelum ni tengok yang episod ular tu pun seriau juga.. tu belum part tikus dengan lipas lagi.... tapi kan.. kan.. kalau diberi pelunag nak juga cuba (ada hati tu hahahahaha...)

Rasanya kalau katak terlalu kat bilik air mak tu pun saya dah terjerit² kegelian, inikan pula haiwan lain... padamkan jerlah hasrat tu.... 



Bicara Hati: Kat opis sekarang ni cik ti hidup berleluasa... pantang makanan tercicir atas meja.. habis dibuatnya kenduri anak beranak... lagi² biskut atau roti. kalau dalam laci okk selamat. (^____^)v




Jumaat, 8 Mac 2013

Selamat Hari Wanita - Doa Untuk Ibu



Salam pagi jumaat .... moga kita semua dilindungi... dirahmati dan diberi keberkatan hidup didalam kehidupan seharian.... (^^,)



Selamat hari wanita buat rakan² diluar sana, percayalah hari² tanpa wanita disisi adalah hari² yang tidak sempurna dan lengkap.... terutama ibu.. ibu adalah inspirasi dalam kehidupan seharian kita, dari kecil membesar dan mendidik kita agar menjadi insan yang berguna... segalanya bermula daripada seorang wanita.. yang bergelar ibu...

Berdoalah setiap hari buat mereka, ibu dan bapa.. tanpa mereka juga kita tidak akan ada didunia ini... moga mereka sentiasa dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik ... 


Bicara Hati : Mood ceria² sahaja.. melaram dengan shawl baru ...



Khamis, 7 Mac 2013

Sakit Tekak Minum Buah Oren Segar

  



Cuaca panas sangat kat luar sekarang ni, dah mula musim nak kemarau agaknya.. kalau tengahari kawan² opis ajak keluar memanglah rasa berat hati sangat... sebab tu masa sarapan terus amik makanan yang berat² senang tengahari tak perlu nak keluar....

Sekarang ni tekak dah mula rasa perit².. tanda² awal nak batuk, atau selsema.. jadi jomlah kita sama² minum air oren... fruit 10 ni.. bukan apa.. untuk tambah vitamin c dalam badan juga, lagipun yang ni tiada pewarna tiruan ataupun tanpa pengawet.

Amir pun dah mengadu sakit tekak juga malam tadi... risau saya... cepat² bagi minum scoot warna oren tu... cikgu taska pun bagi tahu kat taska sekarang budak² ramai yang demam.. senang berjangkit...

Kalau kat kampung mak saya suka bagi budak² ni (merujuk anak akak sepupu saya juga) minum sesudu madu... sebab budak² ni tak boleh diberi ubat batuk.. nanti tau² terlentok kat lantai... tertidur...



Bicara Hati : Mencegah lebih baik daripada dah melaratkan...

Menang Giveaway 3rd Anniversary Dari Sabah

  


Alhamdulillah dimurahkan rezeki lagi, untuk kemenangan yang kedua.... tak sangka menang hihihihihi .... menang kali ni daripada blog ieda pulak sempena 3rd anniversary beliau.... seronoknya tengok gambar² ieda bercuti di kundasang... (bilelah dapat pergi sana agaknya)... tak dapat pergi dapat ole² daripada sabah pun okk jugakkan.. kira beri semangat juga tu.. kumpul duit mana tahu satu hari boleh sampai sana.


Ni gambar print skrin daripada blog eida, sebab kat sana tak boleh suka suki nak copy hihihihi.. no.. no.. no.. kata tuan tanah.... Senarai Pemenang Keseluruhan


Bicara Hati : Mak tepon malam tadi kata ada sampul pos laju sampai, tak pasti hadiah daripada sapa.... hujung minggu balik kampung baru ambil.... sebab saya tunggu 2 sampul ni...

Rabu, 6 Mac 2013

Keywords Melampau Yang Dicari






Sifat Ego Merosakan Diri

  


Berjaya Miliki Pemangang Ajaib

 


Fantastik

  



Gelihati bila pertama kali amir suakan.... Banyak yang perlu diperbaiki ni.... kalau dah badak rupa warna gini .... petanda ayah kene bawak kami ke zoo negara nampaknya hahahahahaa...... kalau nak jauh lagi ke zoo taiping atau zoo melaka lah nampaknya ...



Bicara Hati : Kalau dah jari gatal nak menaip memang tak boleh buat WW kat blog ni hahahaha... ;p







Jumaat, 1 Mac 2013

Bulan Singkat



Salam jumaat semua.. dah jumaat rupanya yer... bos takda ni rasa macam pantas jer.. masa berlalu. Rasanya masa berlalu sekarang memang terlalu pantas, kalau kita ni asyik kebelakang.. memang akan ketinggalanlah dibuatnya.....

Tahun ni bulan Februari 28 hari sahaja, makanya... hari ini sudah pun 1 Mac... Apa nak diherankan.. mestilah... dah awal bulan ni kesibukkan sikit.. ditambah pulak.. bila datang kerja isnin nanti dah 4 Mac, Selasa ada meeting.. sibukk.. sibukk... huhuhuhuhu... dah mula terasa (^____^)v

Bulan Mac ni kalau ikutkan hubby setiap sabtu ada sekolah gantik uhukk.. uhukk.. ditambah cuti sekolah.. sana sini sedara mara dah bagi tahu ada kenduri.. anak buah hubby pulak nak bertunang.. adik saya pulak.. dah 7 bulan mengandung insyaallah akan ada kenduri kesyukuran sikit... lenggang perut ke.. hapa.. macam tulah.. sebab dulu saya pun mak buatkan.. anak sulung katanya... 

Kami in blue.. ke.. blur????


Bicara Hati : Pagi ni ada motivasi diri ' Penyakit Rohani' jom perbaiki diri .... (^___^)v





Rabu, 27 Februari 2013

Deco - Deco Buah Lemon



Dalam banyak² gambar yang ini agak teruja amir melihatnya... sebab dia sukakan keretapi .... kalau nak tengok deco² yang lain.. bolehlah klik sini.




Chicken Chop Mudah Buat Yang Tersayang





Jakuzi Sudah Ada Di Rumah



Asalnya nak buat WW sahaja, tapi mengenangkan kelucuannya.. nak jugak buat entry hahahahahaha... ini kes hujung minggu baru² ni.. kami tak kemana pun.. tak balik kampung... tak keluar rumah... sebab ayah sibuk siapkan kertas kerja untuk mesyuarat PIBG hujung minggu ni... jadi kami anak beranak memang tak kemana lah.. jemputan kenduri pun tak pergi.... sudahnya dua beranak yang tak kene mengena dengan kerja ayah ni bangun, tidur, makan ... sambung tidur balik.. layan tv jerlah hihihihihihi..... (^______^)v dan sempatlah ibu cuba resepi² baru .. nanti kita up story eh...

Tak kala ibu sibuk mengemas almari, mengerjakan dan mengemaskini keperluan amir yang sudah boleh disimpan atau diberi pada orang lain.... Amir pun memulakanlah operasinya sendiri... 

Keriuhan suaranya jangan dikata, sudah seperti beranak 3 dan 5 sahaja.... dalam rumah itu... sampaikan mek sebelah menegur kikikikikikiki.... 

Mintak izin mahu mandi... okkk.. ibu benarkan... mendengarkan dendangan lagu²nya dari bilik air buat saya tersenyum²... sampaikan ada lirik yang tunggang langgang.. lagu² yang belajar disekolah rasanya.. memang punya bakat terpendam... lagu ulat beluncas menjadi rama², lagu... satu labah²...

Tanpa sedar.. suara amir tak kedengaran.. yang kedengaran.. pancuran air sungguh laju ...... bila saya jengkukkkk hasilnya sepeti gambar di bawah...


Hadoilah ini besen amir mandi masa baby dulu ... apa kes dah 5 tahun duduk dalam tu... saboo jerlah.. nak marah pun ada.. nak tergelak pun ada.. bila muka tak bersalah.. ibu jakuzi ibu.. jakuzi.. macam kat hotel hari tu... (amboi x serik² yer.. montot tu dah kene ketip)



Gambar² lain tak boleh ditayangkan... memang 18sx hihihihihi.... memang 2 hari tu.. dia pakat mandi dalam tu jerlah... kalau kebilik air... tu belum lagi... dia mandi shower tu.. habis sebotol mandian dikerjakannya 2 hari gegegegege......



Bicara Hati : Tibe² terbayang² chicken chop yang masak hari sabtu tu hihihihihi.... mudah, dan sempoi resepinya... tq sangat² kat ieda kongsikan resepi tu...


Rabu, 20 Februari 2013

Pos atau Kurier


Gambar ihsan google


Pos biasa untuk kawan²....

Kurier


Bicara Hati : Mana pilihan kawan²????  Tips untuk urusan pos dan kurier






Model Peti Surat




Rabu, 6 Februari 2013

Update Hadiah Buat Kawan²


 10 Hadiah Buat kawan² yang join 
Terima kasih semua.. esok baru publish nama pemenang yer... (^_____^)v

Bicara Hati : hahahahaha.. banyak taip pulak tak jadi WW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...