♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Memaparkan catatan dengan label madah Hari Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label madah Hari Jumaat. Papar semua catatan
Jumaat, 3 April 2015
Semalam Masih Dalam Ingatan
Jumaat, 28 November 2014
Jangan Mudah Cemburu
Kata² semangat ini bukan saya tujukan pada sesiapa .. cuma untuk menjadi peringatan buat diri ... bila kita lihat orang lain berjaya ... ambillah inspirasinya .. janganlah memandang daripada sudut negatif atau pemikiran yang singkat .. maksudnya.. mungkin kamu kenal orang itu selepas dia berjaya .. selepas di mewah .. selepas dia punya segalanya ... tapi mungkin kita tidak pernah tahu kepayahannya sebelum mendapat semua² itu ... mereka² yang memberi semangat, mereka² yang dijadikan inspirasi ..... siang malam tanpa jemu mereka berusaha .. sentiasa memandang kehadapan .... nak menjadikan kesusahan lalu sebagai satu titik tolak untu cabaran hari depan.
Salam pagi jumaat semua .. dah masuk 5 safar 1936H masa memang sangat cemburu, jadi hargailah masa yang ada ... janganlah asyik cemburu melihat kejayaan orang lain .... (^___^)v
Bicara Hati : Cemburu itu tanda sayang, jika dilihat daripada sudut yang betul ...
Jumaat, 7 November 2014
My Boy , My Love , My Soul
Satu pencapaian yang ibu sendiri tidak mampu lakukan pada usia ibu seusianya sekarang .... ibu terharu .. ibu bersyukur .. ibu sebak .. moga satu permulaan ini akan menjadi permulaan yang terbaik .. dan berjaya hadapi cabaran yang lebih besar di masa akan, cabaran yang lebih besar bakal ditempuhi bermula tahun depan.
Salam Jumaat , selamat bercuti .. hargai masa² hujung minggu bersama keluarga ...
Bicara Hati : Entry penuh minggu depanlah yer... ni baru intro .. kemain intro kan ..... kuikuikuikui ....
Jumaat, 19 September 2014
Jumaat, 12 September 2014
Madah Rindu Buat Sahabat Alam Maya
Insyaallah minggu depan dah cuti sekolahkan .... nampaknya mesti ramai yang akan mula bercuti .. lagi² senin .. sebab selasa cuti hari malaysia kan .. kan ... (ke aku je yang cuti senin tu hahahahaha ...) pfffttttt sangat tau .. minggu ni hubby jaga exam upsr ... sekali soalan bocor pulak .. dah tak memasal 30 sept nanti amik exam lagi .. sapalah agaknya yang tak amanah ni .. sampai soalan boleh bocor ... heeeiiiiiiiiiii ko tahu tak ... menyusahkan orang lain ... paling kesian budak² yang amik exam upsr lah .. kesian dia orang tau ... dah bersedia nak menjawab soalan dan dah jawab soalan BI pun tetiba dapat tau soalan bocor ermmmmmm ....... eh² masya ni mulalah nak membebel tu ... oklah nanti kita sambung cerita lagi .. banyak nak cerita ni .... lagi² sambutan kemerdekaan kat tabika amir .. meriah sangat² .... semangat kemerdekaannnnnnn dibuatnya.
Bicara Hati : Selamat bercuti, bersedia nak rewang .. sana sini kenduri ...
Jumaat, 30 Mei 2014
1 Syaaban Pada Hari Jumaat
Alhamdulillahhhhhh syukur rasanya hati, tenang rasanya .. beberapa masalah sudah pun selesai urusannya sebelum ramadhan .. lapang rasanya dada ni.
Hari ni bermulalah membilang detik kehadiran ramadhan tak lama lagi, moga kita semua diberi peluang dalam keberkatan itu sekali lagi .. dan menghargai masa yang terluang. Insyaallah macam biasa malam nisfu syaaban pada 12 jun 2014 kami akan berkumpul dan meraihkan bersama².. bezanya tahun ni akan ada kenduri kesyukuran untuk rumah baru .. insyaallah.. amin.. amin.. moga dipermudahkan.
Moga perubahan demi perubahan yang berlaku seiring dengan pertambahan usia akan mematangkan kita, adakalanya mungkin sikap kita yang sambil lewa mudah memandang ringan tentang sesuatu di anggap tidak serius oleh orang lain... dengan kehadiran syaaban dan ramadhan yang bakal menjelang ... sama²lah kita muhasabah diri perbaiki hati dan jiwa moga rohani sentiasa bersih daripada anasir² yang tidak elok.
(^____^)v
Salam 1 Syaaban Buat semua .. selamat bercuti.
Jumaat, 16 Mei 2014
Guruku Imamku
11 CIRI² ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.
Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suaminya adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain
Sumber : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
*********************************************************************************
Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya belajar untuk menjadi yang terbaik ... moga kelebihan kekurangan diri diterima seadanya selamanya dunia akhirat insyaallah ..... Aamin ....
Jumaat, 25 April 2014
Jangan Suka Berhutang
Langgan:
Catatan (Atom)