♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 19 Mac 2013
Personaliti Diri Mengikut Jenis Darah
Isnin, 18 Mac 2013
Doa Buat Kandungan Adik Saya
Hadiah Dari Pn Stoberi
Ahad, 17 Mac 2013
Mini GA sempena 2nd Anniversary
Tema GA Ceritakan KENANGAN MANIS ANDA DENGAN INSAN TERSAYANG, suami, isteri, gf,bf, family, tak kisah asalkan orang yg anda sayang. Panjang entry tak kisah, pendek ka panjang ka.
Kira kenangan manis dengan familylah ni yer... dulu-dulu masa kecil2 asal raya jer.. abah mesti belikan kami 3 beradik ni kain baju kurung sama... mula-mula memang malu nak pakai tau.. bayangkanlah sampai darjah 6 kot abah buat macam tu.. bukan setakat baju.... kasut pun sama, kalau belikan beg tangan yang ala-ala pramugari tu pun semuanya sama (perasan2 macam pramugari) memang abah suka sangat buat macam tu kalau raya.. sebabnya kami ni akan join baraan family pada raya pertama.. sedara mara pun dah tahu sangat dah.. kalau dalam ramai2 tu hilang senang nak cari tak payah abah nak jerit-jerit kikikikikikiki..... itulah ayat abah selalu cakap.. sampailah kami dah sekolah menengah masing-masing punya citarasa sendiri.. abah dah tak boleh nak kata apa dah... sebab adik perempuan yang bongsu paling kuat bangkang kalau abah nak belikn kami kain seela sama hihihihi...... itu semua tinggal kenangan adik perempuan yang bongsu pun dah meninggaldunia...
Bila saya ingatkan kembali mesti saya nak tergelak... sebab lepas sekolah menengah dah bekerja.. saya pulak sibuk belikan satu family kain sama warna.. baru abah tahu.. dia takmoo pakai pilihan kami pulak hihihi.. abah-abah.. lucu dibuatnya... bila mengimbau saat macam tu... Sejak dah berkeluarga ni.. tema pelangi dibuatnya... kami 3 beranak jerlah akan sedondon...
Itu jerlah kenagan manis yang saya nak kongsikan... harap memenuhi kreteria ni.. pun join saat-saat akhir ...(^___^)v
Bicara Hati : Mood nak join GA sejak akhir-akhir ni terbatas...
Sabtu, 16 Mac 2013
Selamat Hari Lahir - Khas Buat Blogger TIHARA
Jumaat, 15 Mac 2013
Pantas Membaca - Belajar Membaca Gaya Amir
Buku ni ada 8 siri kalau tak silap, setakat ni saya baru beli 3 siri.. saya beli berasingan ikut kemampuan saya dan tahap amir mula pandai mengeja dan membaca.... ini buku yang pertama.
Dalam dia lebih pada pengenalan hurup... yang kelakarnya saya tanya amir kenapa 'e' ni ada dua mir, amir kata yang ni bunyinya 'e' - a contoh epal, lagi 'e' - e contoh emak....
Dah sudah.. ini bukan ibu yang ajar.. amir yang mengajar ibu balik.. kata amir.. cikgu ajar macam tu kat sekolah....
Khamis, 14 Mac 2013
Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan
Semoga kita semua dapat mencontohi Baginda.
InsyaALLAH
Bicara Hati : Sesuatu yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan kalau kita tidak berusaha... sebuah kebahagian perlulah dicari bukan.. datang dengan sendiri.
Langkawi - Buah tangan kawan sepejabat
Beg plastik warna biru hasil shopping kat sana katanya.....
Hasil rembatannya yang pertama Pemangang Ajaib
yang ini memang saya kirim siap bagi RM 50.00 kat dia... walaupun saya tahu harganya tak sampai RM 40.00 pun sebab dah serve² kat google pun...
Kawan saya ni sinonimlah peminat keychain.. pergi mana² mesti beli bagi kawan² seopis....
Tak padan dengan lelakinya.. bab² beli cenderahati tak pernah kalah dengan perempuan hihihihihihi .....
Dan yang paling best sekodi coklat dihamparkan bagi kat kawan².... apa lagi... saya masukkan balang siap² buat stok kudapan dipetang hari..... terima kasih kawan... (^___^)v
Baru² ni tengok Romantika Shiela Rusli sekeluarga pergi Langkawi seronoknya merekakan.... eh² dah pulak masuk cerita retis hihihihihi...... Sendiri nak pergi tak tahulah bilekan.. dengar cerita kawan² jerlah...
Bicara Hati : Rehat nanti nak hantar bekas susu amir tertinggallah pulak dalam kereta pagi tadi.
Trauma Bunyi Siren
Amir pun dah mula suka ekspost sekarang ni.. mesra kamera.. ikut sapalah tu....
Rabu, 13 Mac 2013
Kamera Olympus Putih
Selasa, 12 Mac 2013
Menu Minum Petang Katanya ......
King Of Ambition or Queen Of Ambition
itu cumalah sinopsis pada episod pertama, lepas tu... barulah berlaku dan diceritakan apa yang menyebab kejadian tu berlaku ...
Kalau amir tidur awal bolehlah saya melayankan cerita ni.. kalau tak memang tak tengoklah... tunggu kawan² review jer... tapi kalau tak sabar memeng cepat jer.. jari ni cari link dramacrazy.
Cerita ini memang boleh buat orang sakit jantung kata kawan saya hahaha.. emosi terganggu dibuatnya.... dan tak sabar² nak tahu apa yang terjadi seterusnya.. bahana².. terjebak cerita korea ni... tambah² dah tengok episod pertama menarik.. mestilah nak tengok episod yang seterusnya pulak hihihihihihi .... sudahlah cerita ni hanya ditayangkan isnin dan selasa 9.00 malam - 10.00 malam. Ulangan hari ahad (6.30 petang macam tulah)
Biasalah dah kalau cerita best ni.. mestilah tangan laju jer nak bukak dramacrazy.net hihihihihi ..... dasar memang tak penyabar pun sayakan..... jangan ikut perangai saya yang satu ni.. hihihihihi ...;p ala.. la... laa... korang yang tengok pun mesti tak sabar jugakkan.. kan.. baik ngaku cepattttttt ..... episod malam tadi kat tv mesti buat korang geramkan.... tak sangka ha rhy ada kembar kikikikiki... tapi nanti mati... sebab kene bunuh.. sedihh tau...
Sorry pada yang tak pernah tengok tu.. takpa.. saya kongsikan link daripada dramacrazy jom layan.... tapi kat dramacrazzy tajuk dia queen of ambition, kat tv king of ambition layan sampai lebam... biar lebam mata.. jangan lebam dalam hati. Kalu ikutkan kat tv baru sampai episod 10, dalam dramacrazy dia cepat sikit hahahaha... dah episod 16.
http://www.dramacrazy.net/korean-drama/queen-of-ambition-episode-1/
nak tayang video tak boleh.. jadi saya kongsikan link pertama jerlah yer.. daripada situ boleh tengok episod yang seterusnya...
Suka tengok pelakon lelaki ni muka dia sweet sangat...
Bicara Hati : Hubby tak layan cerita korea sedih².. tapi kadang² terjebak juga hahahahaha....
Miyami Tetap Dihati
inilah bedak miyami cosway yang glamour amour tu.. saya suka yang light, dengar kabarnya retis pun ramai yang pakai.... Kalau ada promosi memang pakat² beli ramai² kat opis ni.. lagi² kalu beli 3 percuma 1, memang kami kongsi beli 4 orang nanti harga bahagi² jimatlah sikit. Kalau bab macam ni memang ligatlah berkongsi² join....
Isnin, 11 Mac 2013
Pencapaian Luar Biasa View 100,000
Fear Factor Yang Mengerunkan
Dapat Telinga Gajah
Langgan:
Catatan (Atom)