♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 23 Februari 2012

iDEA BRiLLiON : JALAN ALTERNATiF

Assalamualaikum Semua....

Fuhhh legaaa.... semalam kan saya ada cerita bulan ni jalam jem yang melampau lagi² laluan utama... sudahnya semalam ceritalah dengan hubby 'camne ni.. jalan jem teruk.. bulan ni thumprint lambat, dah lah thumprint biol kadang² tak boleh baca cap jari' siap buat muka kesian hihihihi.....

hubby jawab 'cuba lalu jalan dalam tu.. mesti tak jem..' 
saya 'jalan dalam????' 
hubby 'jalan yang selalu lalu masa bulan puasa tu'
saya 'ooowwwwwhhhhhhh' kemain panjang lagi.... iyerlah napa tak terpikir yer.. tp kat situ banyak bonggol huhuhuhu... cuba jerlah... daripada sampai lambat kan.. kan...

Alhamdulillah misi berjaya hari ni idea hubby suruh lalu jalan alternatif berjaya... laluan alternaif memang selalu saya gunakan masa bulan puasa jer tak kira lah nak pergi kerja ataupun balik kerja memang banyak membantu sebab tak jem.. cuma kawasan perumahan banyaklah bonggolnya sikit huhuhuhu.... 

Keluar rumah 6.45pagi sampai opis 7.25pagi (sijangkang-klang) oklah tu kan... kan... daripada semalam tak boleh bayangkan tahun depan amir dah sekolah macam mana nak pergi keje.. ni pun jenuh kejutkan dia soh bangun.. ibu kalau soh dokong dia memang tak larat ooooooo.... tapi kalau angin puting berliung dia datang xmoo turun kete bile dah sampai rumah pengasuh.. memang kene gagahkan dirilah jugak dokong.

 Gambar takde kene mengena hihihihi... tibe² nak letak jugak.. sebab ade gambar kereta... elok jer.. ayah pun muat jugak duduk dalam kereta tu yer... hihihihihihi....

Rabu, 22 Februari 2012

Jalam Jem Yang Melampau².....

Assalamualaikum Semua....

Untuk kesekian kalinya dalam bulan ni saya sampai lewat melampau² lagi huhuhu.. gara² jalan jem, ampunkan saya jerlah yer bos.. bukan saya yang keluar lambat dari rumah.. keluar rumah sama jer dengan hubby pukul 6.45pagi.. tapi pagi tadi sampai opis 7.55pagi haru betullah dekat satu jam dalam kete.... nasib baiklah auto.. kalau manual mau saya meraung kaki kejang.

Tak boleh nak kata apa.. semua orang naik kereta lepas hantar anak² masing² nak pergi kerja.. jalan pun jem di waktu kemuncak.. sudahnya redhoo jerlah... tadah telinga... akhir bulan ni.. kalau rekod x bagus...

Saya bukan takmoo masuk lambat boss, kalau saya masuk lambat balik lagi lambat mau sampai rumah pukul 7.00malam.. alamatnya dapur tak berasaplah.. asyik makan kat luar.. pengasuh pun mesti muka mashem nanti (walaupun x pernah lagi buat muka mashem) hihihihihihi.... jauh sekali nak mintak bayaran tambahan.. kire oklah tu kan pengasuh anak saya... nak harapkan hubby ambil awal.. hubby pun nak kene buat keje rumah dulu.. mane nak buat keje sekolah dia lagi.. lagi kesian kan kan.....

Gambar ihsan google jer... dalam jalan jem manelah nak sempat ambil gambarkan.. kang tercium bontot kete orang lain kan haru...

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow

Assalamualaikum Semua...

Jomlah join Segmen ni... klik jer dekat gambar bena tu..
Terima kasih pada Qaseh Rania taq dekat saya...
Saya pun nak taq jugak pada kawan²... yang tengah semangat blogwalking sekarang ni... join tau.. jangan tak join...
klikklikceritaku.blogspot.com a.k.a Kak Nani
cintasikecik.blogspot.com a.k.a nadia

Nak Motor Mainan Pulak....

Assalamualaikum Semua....

Baru² ni.. jiran sebelah rumah saya... merangkap cucu mek sebelah rumah yg selalu bagi makanan tu belikan cucu dia motor mainan baru.. (paham ke ayat saya tu.. hadoiii... kene perbaiki lagi ni) ala... beli motor yang besar tu.. tp takdelah besar masih pakai cas bateri elektrik, bukan minyak petrol dah macam trend kat taman tu ramai jugak yang membelinya..

Amir pun ternampaklah motor tu.. kemain merenggek² sibuk nak juga... manelah ibu nak cop duit kalau nak beli motor macam tu... tanya kat jiran tu dia beli dalm rm250.00 ngee~~~ ngeri dengar oooo... kalau mahal macam tu.. macam² lagi rasanya boleh beli... bukan takmoo belikan.. rasa macam membazir jer.. ruang nak main pun bukan luas kat rumah ni... paling jauh pun ka jalan taman tu jerlah.. kalau tak bagi main kat luar.. memang dalam kawasan rumah dengan pagar bertutuplah amir main hihihihihi.....

Jenuh jugaklah ibu ni memujuk siap cakap.. kalau nak beli motor macam tu amir kenelah rajin belajar, baru ayah belikan .. padehal ayah belum tahu pun lagi...

Nasib baiklah amir tak pergi naik menonong jer kat motor budak tu.. elok jer amir tengok dari jauh.. dalam hati dia mesti meronta² nak naik jugakkan hihihihi... malam tadi siap dengan suara dia mengigau nak jugak.. nak jugak.. terkejut ibu tengah tidooo dengar amir jerit macam tu.. haru betullah...

Nampaknya nak pujuk hati amir hari ni kenelah ibu belikan mainan baru untuk amir, sekadar nak memujuk hatinya... iyerlah budak²kan... tak tau lagi nak belikan apa.. yang sebenarnya dah malas nak belikan mainan sebab kat rumah tu dah penuh mainan.. ayah pun siap dah kemas masukkan dalm bekas khas kat belakang... sebab tak suka bersepah²...

Amir main motor ni jerlah yer sayang... ibu bayar token rm1.00 jer siap ade muzik boleh goyang² main... hihihihihi.. tepek gambar lama jer ni... 

Selasa, 21 Februari 2012

Layan Cerita Ariana Mikhail

Assalamualaikum Semua.....

Entry dimalam hari... hohohoho... jarang berlaku.. sesekali jer.. bile dah tak tahu nak buat apa kat rumah ni... amir tidur awal, ayah keluar jumpe kawan ade hal nak dibincangkan.. sudanya ibu pun kebuntuan nak buat apa... layankan tv jerlah.... malam ni kan ade cerita VanillaCoklat (^__^)v cerita yang semakin seronok pulak ditonton hihihihihi....

Tapi sebelum tu layanlah cerita Ariana Mikhail dulu... Sinopsis dia lebih kurang dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan kawan karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Perancis ialah sebab mak dia sibuk nak carikan calon untuk dia kawin hihihihihi. 

Tapi dia telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Perancis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa 'Perancis'. 

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa. Tapi lepas tu jadi suka pulak dan siap kawin lagi tau.. haru betullah... bile dah kawin tak sempat nak balik Malaysia sama².. Ariana balik Malaysia ayah dia pulak Meninggal Dunia.. Sudahnya Ariana dengan Mikhail Terputus hubungan.. sampailah Ariana melahirkan dan membesarkan anaknya seorang diri.. sebab mak Ariana marah sangat dengan Ariana kononya mengandungkan anak luar nikah.

Tu baru sinopsisnya... kite suke layan cerita ni sejak akhir² ni.. lagi² sejak anak Ariana dah besar.. kesian kat dia tak tahu ayah dia masih hidup.. dan ayah dia yang sebenar ialah Mikhail yang banyak kali tolong dia terutama masa dia nyaris² kene langar hari tu... yang selebihnya suka sangat tengok muka Nora Danish tu.. huhuhuhu.. tak tahulah kenapa sejak akhir² ni suke sangat tengok muka dia yang cantik tu.. siap berangan² kalau ade anak perempuan nak macam muka dia boleh hihihihihihihi....


Slot Ratu - ARiANA MiKHAiL - TV9
Drama 15 episod pada hari Isnin dan Selasa, 8.30 mlm.
 Antara Pelakonnya Nora Danish, Hussein Ruffedge, Rizman Khuzaimi yang bestnya banyak pemandangan kota Paris yang cantik² dipaparkan. 

Gara² OMBAK RiNDU

Assalamualaikum Semua...

3 Novel sekaligus TERBAIKKKK....... (^__^)v

Percaya tak.. jangan tak percaya.. gara² penangan OMBAK RiNDU... saya pinjam semua novel² ni daripada kawan saya tau...

Orang lain dah lama habis baca.. saya baru nak baca ketiga²nya sekaligus tamak betul... yang Ombak Rindu tu memang dah pernah baca dulu.. masa zaman saya sekolah dah lama sangat tak hinggatlah bile...

Baru² ni saja nak baca lagi..  iyerlah takkan tibe² nak baca terus sambungannya Cinta Tiada Akhirnya kan.. mestilah baca dari awal untuk flash back jer pun.. bukan baca bersungguh² dari mula... nak tengok filem.. sampai ke.. laaaa... saya tak tengok lagi.. orang lain dah tengok berulang² kali hihihihi... yang kelakarnya baca novel ni baru² ni siap terbayang²kan muka Aaron Aziz dengan Maya Karin Hihihihi.....

Saja minat baca novel ni muncul balik bile amir dah besar.. sebab sambil layan amir menulis.. ibu pun bacalah novel, bile amir tanya ibu baca apa.. ibu jawab ibu baca buku nak padai hahahaha... bohong sunat sikit.. kalau tak... amir takmoo menulis asyik nak main jer... ;p

Akhir sekali saya baca Rindu Cintaku dalam rindu cintaku ni kira kesinambungan daripada keseluruhannya.. si Izzah hilang ingatan.. dan rupanya dia ade kembar bernama Suri... Hahahaha.. memang besttt... macam kelakar pulak.. tak sangka dia ade kembar... agak² dia orang nak sambung tak cerita kat Filem jadi Ombak Rindu 2.


Jangan tak tau.. dah ade sambungan jugak tau... lepas Rindu Cintaku... huhuhuhu... saya tak pasti tajuknya.. tapi pernah nampak fara fauzana publish kat ruangan Hotfm (^__^)v apa lagi jomlah terjahkan.. kan...

PETUA NABi AGAR DiKURNiAKAN ANAK

Assalamualaikum Semua....

Selamat pagi semua... pagi ni saya nak kongsi sikit petua dengan kawan² semua.. buat diri sendiri jugak... ape salahnya dikongsi bersama kan.. kan... petua bagi pasangan yang sukar untuk hamil dan masih berusaha.

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga :
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah s.w.t. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah s.w.t serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah s.w.t tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;
“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”
Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya.USAHA TANGGA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Terima kasih kongsi perkara ni  Blog kokoadik.blogspot.com a.k.a mama amana & arief sbb sudi kongsi. 

 Ibu bersyukur dengan kelahiran amir.. selama hampir setahun lebih melayari bahtera perkahwinan barulah ibu disahkan hamil dan hadirnya putera ibu yang amat ibu kasihi.. Muhammad Amir Hazim Bin Masnizam


Apa jua yang berlaku pasti ada hikmah dan aturan yang telah ditentukan... redhalah dengan apa jua yang telah diaturkan begitu cantik oleh Allah s.w.t. moga diri ini sentiasa tidak mudah lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehnya.. sebagai hambanya yang lemah.

 Jomlah Join GA Craft N Crochet
 

Isnin, 20 Februari 2012

Giveaway Bloglist Craft n Crochet.

Assalamualaikum Semua....

Jomlah join GA petang² ni.. klik dekat gambar yer...
Nanti boleh baca dengan lebih lanjut.. syarat²nya.. (^__^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...