Bicara Hati : Ayah dan durian memang tak dapat di pisahkan... kalau dah terlepas jalan pun sanggup pusing balik.. demi durian, kalau dah kenyang pun.. masih ade lagi ruang diperut untuk durian (^___^)v
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 20 Jun 2012
Sayang ibu peeesss (^___^)v
Bicara Hati : Suke sangat amik gambar buat peeeessss, daripada tak pandai.. asyik tunjuk jari telunjuklah ibu jarilah.. lepas tu jari 3 jer ditunjujnya.. sekarang dah pandai buat sendiri ..peeesssss.
Ade ke macam ni ....
Bicara Hati : Kalau diam adelah yang terbaik buatmu.. dan pilihan mu ...teruskanlah ....
Selasa, 19 Jun 2012
Bile dan mule sesi berendam
Motif utama pilihan di banglo A'Famosa ni sebab disediakan kolam... kalau takde kolam mungkin tak kesah sangat kot nak tidur kat apartment depan tu... hihihihihi....
Dan paling best kolam ni kat belakang rumah hahahahah... bukan kat tepi atau pun ka depan rumah. Kalau kat depan rumah memang takde maknenya lah memasing nak mandi.. silap² budak² jer yang terjun.... kalau korang berminat nak kesana bile booking pastikan tanye kolam di bahagian mane yang disediakan.. sebab banyak pilihankan... rumah pun macam tu juga... sebab ade kawan² cerita ade rumah yang sediakan aircond cuma di ruang tamu dan bilik utama jer.. bilik lain kipas.. alhamdulillah.. kami dapat semua ade aircond dari ruang tamu sampailah ke tiga² bilik.. kecuali ruangan dapur memang takde aircond.. ;p
Suke betul mereka berendam.... yang tengah berendam tu anak buah suami umur 6 tahun dengan 9 tahun...
tapi bile berendam nampak kepala.. amir pun dah nampak macam sebaya dengan yang umur 9 tahun hahahaha......
Dah nak maghrib.. ayah pujuk amir soh naik.. amir takmoo...
Jenuh memasing layankan amir.. yang takmoo masuk dah nak maghrib....
Esok pagi semua bangun awal, gara² nak sambung berendam lagi.... samelah dengan amir pun... boleh pulak mata dia automatik pukul 7.00 pagi dah bangun, 7.30 semua dah sambung terjun berendam.
Kami siap sarapan kat luar rumah, dengan meja² sekali angkat senang.. takkan nak basah² masuk rumahkan...
Antara sarapan pagi tu.. nasi goreng kampung koboi pun ade... dah lapar makan jer ape yang adooo... jangung semalam tak habis bakar kami rebus pulak.. dengan pau...
haaa... kan saya dah kate kalau berendam nampak kepala jer.. amir dah nampak sebaya dengan sepupu dia umur 9 tahun.
Mule² main dukung² ni....sape cepat sampai....
Main bola air.... yang ni paling best.. semua pun nak turun main.. sudahnya memang dah takde gambar lagi hihihihihihi.... layan sampai kecut tangan.
Tak puas mandi kat kolam amir sambung lagi mandi kat tab ni.. haihhh... orang lain semua dah bersiap nak balik.....
Masa masuk kereta nak balik amir siap cakap.. nanti kite datang sini lagi tak ibu.. amir sukelah best kat sini... huhuhuhuhu..... ;p sampai sekarang di ulang² bile nak pergi mandi² kolam lagi.... ayah dia kate soh lah atuk buat kolam kat kampung ... mengekek saya gelak....
Bicara Hati :
Lame tak pergi mandi manda kat air terjun, harap sangat dapat pergi sebelum puasa... harap ajelah.... ayah dah mula kelas.. jangan haraplah hujung minggu nak pergi berjalan².
Dengan teknik berjalan boleh hindari penyakit
Oleh kerana kesibukkan masa di pejabat.. nak siapkan kerja itu.. kerja ini... banyak draft² untuk entry majalah tak dapat nak kongsi dengan kawan² semua huhuhuhu.. sudahnya banyak yang tepu dalam draft tu... tepu jer.. tak basi lagi.. kikikiki... tapi kalau dah lame terperam mau bau tapai kan.. kan....
Saya bukanlah duta majalah harmoni pun.. jauh sekali promosi ini berbayar.. tapi saya sekadar berkongsi dengan kawan² ape yang saya baca dan sebagai panduan saya juga yang sebenarnya .. iyerlah kang majlah ni saya letak merata² memang takde manenyalah nak mencari.... (^______^)v
Menurut kajian berjalan kaki mampu menghindarkan diri daripada serangan penyakit berbahaya seperti kencing manis, kanser, obesiti, strok dan jantung kalau diamalkan secara rutin harian.
Kebaikan berjalan kaki
1. Membakar Kalori
2. Meningkatkan Peredaran cecair tubuh
3. Meningkatkan kesihatan organ dalaman.
4. Meningkatkan kemampuan otak.
Posisi jalan yang betul.
1. Kepala dan bahu - dalam keadaan tegakdengan pandangan mata fokus ke hadapan. (jangan bongkok)
2. Otot perut - membantu menyangga postur tubuh dan tulang belakang sewaktu bejalan kaki.
3. Pangkal paha - Secara umum gerakan kehadapan haruslah dimulakan dari pangkal paha dan melankah secara semulajadi dengan langkah yang tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
4. Tangan - dirapatkan ke tubuh. manakala siku perlu berada dalam sudut 90 darjah. pastikan masa berjalan lengan bergerak serentak dengan kaki dalam posisi terkawal.
5. Kaki - Pastikan kaki mendarat di tumit lalu bahagian tengah kaki kemudian barulah jari jemari kaki.
Jangan paksa diri kalau tak mampu yer... saya ni memang takdelah tekun nak pergi kepadang depan rumah tu nak berjalan.. jauh sekali nak joging, tapi.. tapi.. kat opis pun dah berjalan² juga.. turun naik tangga.. janjikan postur badan tu betul.. jangan bongkok.
Sumber majalah harmoni 1 - 31 mei 2012
Bicara Hati : Ade tak sape² yang tengok rancangan 9 soalan baru² ni.... sangat²lah menarik isunya... kalau tak silap bersama Prof iR Dr Fatimah daripada UM (kalau silap betulkan yer) tajuknya mengenai solat yang dilakukan dengan sempurna boleh menyembuhkan banyak penyakit (menurut kajian sains), kajian prof yang terbaru kalau tak silap boleh menyembuhkan penyakit mati pucuk. saya tengok sikit jer.. memang bestlah topik tu.. mane nak tengok lagi yer.. kat tonton ade x??
Santai ber BBQ di A'Famosa
Selamat pagi semua.. alhamdulillah hari ni semakin okkkkk..... keje haruslah diteruskan..... ok kite sambung lagi cerita percutian saya masa di A' Famosa. Mohon maaf entry tertangguh huhuhuhuhu.. dan entry sambungan ni sebagai rujukkan saya akan datang juga.. manelah tau ade rezeki nak pergi lagi dengan adik² saya pula.. sebab amir suke sangat².. hari tu tak puas mandi² kat kolam tu....
Oklah sampai² jer.. memasing pilih bilik, memasing angkat baju² beg² dan keperluan dan amik tugas hihihihi .. dan ade yang dah terjun kolam terus.. haihh.. macam² hal .... yang terjun kolam tu.. ayah amir lah ketua nya.. sape lagi.. dah anaknya pun merenggek² nak terjun.
Muka geram kene kipas buat bara api kikiki.. tengok sampaikan nak amik gambar pun x nampak bayang kipas .. laju sangat... (untuk makluman bekas pembakar bbq ni disediakan tuan rumah)
Tak pasal² dengan bapak mertua saya sekali kene tolong bakar bbq ni gara² cucu² dah terjun kolam.
Baju biru dengan oren tu biras² saya.... (^_____^)v
eh² sape pulak yang tengah membungkus² untuk bbq ni.. siap dengan tuala... nak terjun kolam jugaklah tu hihihihihihi..... sangat²lah tekunnya dia buat kerjakan.... (korang rasa ape yang tengah dibalut tu yer...)
Antara menu² bbq yang sedang dibakar....
Antara bbq ayam dan jagung bakar yang telah siap dibakar.... rupa sangat²lah huduh.. tapi rasanya sedapp tau.. nyum²....
Antara menu² kami malam tu ayam, sosej, udang, jagung, nasi.... tom yam koboi pun ade... asalnya nak buat steambot tapi nanti takut tak cukup pulak bile dah ramai² memasing pun dah lapar.. masak macam ni dapatlah banyak sikit.... bbq 2 ekor ayam pun sekali makan jer kikikikikiki..... korang bayangkanlah betapa laparnya memasingkan...
Alhamdulillah rumah yang kami tidur ni kelengkapan untuk memasak memang disediakan daripada periuk nasi, pinggan,pisau, dapur, gas, cerek rebus air semua pun ade... cuma kami bawaklah minyak dan menu ape yang kami nak masak sahaja....
Lepas makan memasing buat hal sendiri dalam rumah, bile aircond dah mule rasa sejuk memasing pun berselubunglah.... depan tv layan Super Spontan ulangan .... kire beruntunglah jugak kite orang sebab rumah ni ade dekoder astro.
Cucu bertuah baring dekat riba atuk sambil layan super spontan.
Amir sokong beruang comel.. amir sokong beruang comel.. sambil main beruang abang sepupu dia masa beli kat air hitam. hahahaha.. hadoilah.. yang lawaknya semua pun di sokong .. dan siap pandai ngajuk muka angsa ganas yang selalu tauke buat tu.... ;p
Bicara Hati :
Bilelah agaknya saya dapat peluang ke krabikan...
tak dapat pergi dapat FM pun jadilah terima kasih kekda ....
Bilelah agaknya saya dapat peluang ke krabikan...
tak dapat pergi dapat FM pun jadilah terima kasih kekda ....
Isnin, 18 Jun 2012
Sinopsis Parut Ashikin
Sape tengok Parut ashikin malam tadi??? saya tak sempat nak tengok habis.. mata dah kuyu .. lagi² si bujang dah tidurkan.. haruslah saya pun tertidur awal lepas tengok master chef huhuhuhu..... layan kat mustika HD 134 pukul 10 malam gambar memang teranglah kat HD ni.. jerawat semua pun boleh nampaklah.. ;p
Saya tengok masa mula² jer.. yang masa muas kene kejar orang kampung tu.. dia mencuri kot.. sebab nampak dia bawak kotak yang dalam tu ade bedak dengan lipstik jer kikikikiki....
Lepas tu dia pergi satu rumah ni.. nak mencuri lagi agaknya.. tapi dibunuhnya tuan rumah tu.. lepas tu dengar ade orang menjerit bersalin.. langsung diqamatkan budak tu.. dan dikelar².. sangat²lah ngerii okeeyyyy...
Lepas tu terus bersambung ke dunia muas sekarang yang mengajar di pondok kalau tak salah.. sebab bapak mertua dia macam sakit tenat jer masa tu.. tak lama meninggaldunia.. isteri muas pulak sakit...
Saya tengok sampat part bergaduh ni jer.. lepas tu dah tertido hihihihihi......
Dari Sumber : Utusan
Parut Ashikin adalah kisah cinta yang indah di antara seorang lelaki tua bernama Muas dan wanita muda bernama Ashikin. Badan Ashikin dikelar oleh Muas semasa dia masih bayi. Oleh kerana sayangkan Ashikin, dia tidak memberitahu tentang sesiapa dirinya sebenar.
Pada 1930, Muas dan Lazim dikejar orang ramai, mereka sembunyi di dalam sebuah rumah dan membunuh lelaki yang berada di rumah itu. Tatkala mereka menguruskan mayat itu, mereka terdengar suara perempuan menjerit di muka pintu bilik. Dia meraung melihat suaminya terbaring, perempuan itu sedang menunggu masa untuk melahirkan. Selepas menolong melahirkan anak, perempuan itu minta bayi berkenaan diqamat dan pada waktu itu, Muas terdengar bisikan supaya dilakukan dengan ikhlas kerana bayi itu nanti adalah jodohnya pada masa depan.
Muas tak percaya namun dia teruskan qamat dan bisikan itu datang lagi dengan kata-kata bahawa kematiannya nanti dengan gigitan labah-labah hutan.
Pada 1950, kejadian malam itu datang menganggu kehidupan Haji Muas, yang sekarang tinggal di rumah pondok agama.
Ape kesudahannya saya pun tak tahu... kalau tak salah lepas kawin muas buatkan rumah untuk ashikin kat tengah sungai sebab kununnya takut ashikin mati disengat labah² kalau duduk kat hutan. Sayang betul muas kat isterinyakan...
Bicara Hati : Orang kata ape jua yang berlaku ade hikmatnya . dan setiap perbuatan ade balasannya.. tak dapat di dunia insyaallah diakhirat. renung²kan... (^___^)v. n3 autopublish, hari ni tak sempat nak bw sangat.. pergi yang mane termampu jer.. insyaallah malam ni kalau sempat saya datang.
Saya tengok masa mula² jer.. yang masa muas kene kejar orang kampung tu.. dia mencuri kot.. sebab nampak dia bawak kotak yang dalam tu ade bedak dengan lipstik jer kikikikiki....
Lepas tu dia pergi satu rumah ni.. nak mencuri lagi agaknya.. tapi dibunuhnya tuan rumah tu.. lepas tu dengar ade orang menjerit bersalin.. langsung diqamatkan budak tu.. dan dikelar².. sangat²lah ngerii okeeyyyy...
Lepas tu terus bersambung ke dunia muas sekarang yang mengajar di pondok kalau tak salah.. sebab bapak mertua dia macam sakit tenat jer masa tu.. tak lama meninggaldunia.. isteri muas pulak sakit...
Saya tengok sampat part bergaduh ni jer.. lepas tu dah tertido hihihihihi......
Hebat tengok eman bersilat.
Dari Sumber : Utusan
Parut Ashikin adalah kisah cinta yang indah di antara seorang lelaki tua bernama Muas dan wanita muda bernama Ashikin. Badan Ashikin dikelar oleh Muas semasa dia masih bayi. Oleh kerana sayangkan Ashikin, dia tidak memberitahu tentang sesiapa dirinya sebenar.
Pada 1930, Muas dan Lazim dikejar orang ramai, mereka sembunyi di dalam sebuah rumah dan membunuh lelaki yang berada di rumah itu. Tatkala mereka menguruskan mayat itu, mereka terdengar suara perempuan menjerit di muka pintu bilik. Dia meraung melihat suaminya terbaring, perempuan itu sedang menunggu masa untuk melahirkan. Selepas menolong melahirkan anak, perempuan itu minta bayi berkenaan diqamat dan pada waktu itu, Muas terdengar bisikan supaya dilakukan dengan ikhlas kerana bayi itu nanti adalah jodohnya pada masa depan.
Muas tak percaya namun dia teruskan qamat dan bisikan itu datang lagi dengan kata-kata bahawa kematiannya nanti dengan gigitan labah-labah hutan.
Pada 1950, kejadian malam itu datang menganggu kehidupan Haji Muas, yang sekarang tinggal di rumah pondok agama.
Ape kesudahannya saya pun tak tahu... kalau tak salah lepas kawin muas buatkan rumah untuk ashikin kat tengah sungai sebab kununnya takut ashikin mati disengat labah² kalau duduk kat hutan. Sayang betul muas kat isterinyakan...
Bicara Hati : Orang kata ape jua yang berlaku ade hikmatnya . dan setiap perbuatan ade balasannya.. tak dapat di dunia insyaallah diakhirat. renung²kan... (^___^)v. n3 autopublish, hari ni tak sempat nak bw sangat.. pergi yang mane termampu jer.. insyaallah malam ni kalau sempat saya datang.
Edisi super spontan tak habis² ....
Salam pagi isnin semua... tak mahulah blues².. kerja haruslah disiapkan okeyyyyy, hari ni saya mungkin kerja ½ hari jer.. ade masalah kesihatan sikit.. doakan saya baik² ajer yer... (^___^)v
Sejak akhir² ni banyak betul rancangan baru kat tv, tapi kalau dah terlalu banyak di sogokkan dengan hiburan pun tak oklah jugakkan.. sesekali kenelah tengok rancangan yang berbentuk ilmiah atau tazkiran.
Tapi dah kalau anak bujang saya jer yang depan tv jangan haraplah ibu dia ni ade peluang nak tengok tv rancangan saya kan... dan kalau saya on lappy pulak.. dia datang kacau saya sibuk nak tengok you tube gambar lori sampah, loro kontena, kereta², motor² lah pulak. (haihhhhh.. anak lelaki memang macam tu agaknya kan....) tu belum lagi nanti dia cakap dia bosan.. ibu jugaklah jadi kawan main perang².. main sorok².. main gusti².. sudahnya ibu yang kalah....
Walaupun super spontan dah lame habis.. tapi spontan kata² anak saya tak habis² hihihihihi... Paling saya tak menahan sejak akhir² ni... gara² rancangan oh my english ... ade beberapa ayat amir suke gunakan kat rumah .... sampai buatkan kami suami isteri tergelak .... contohnya bile saya kat dapur tengah masak .. tibe² datang meluru ... 'ibu what ar u doing' errrkkkkk terkedu saya .... saya dengan muka biaser² ibu jawab dalam bahasa melayu tengah masaklah sayang .. amirkan nak makan. amir ' ibu masak macam master chef tau' erkkkkkk... anak ku.. kamu sangat comel okkkkk kalau cakap macam tu..... tapi ibu tak pandai masak.. masak koboi² jer. ;p
Pernah pengasuh amir bagi tahu .. amir tengah tengok cerita kartun kegemaran dia.. lepas tu kawan² sibuk lalu lalang main kat depan tv tu.. siap ade yang main kereta jalan²kan kat kabinet tv .. tibe² dia jerit 'dont touch anything' terkejut pengasuh saya .. masa tu dia tengah amik baju kat bilik .. nak pakaikan baju untuk budak yang dia baru mandikan... bile dia cerita kat saya.. dia gelak balik .. terperanjat akak dengar amir cakap macam tu tau... saya?? saya lagilah terperanjat sebabnya kalau tak salah masa tu amir memang 4 hari duduk dengan ayah berdua kat rumah.. masa tu dia takmoo dok umah pengasuh. bile datang situ dia bawak pengaruh oh my english ni ..... sekarang akak pengasuh tu kata .. kalau nak keluar main kat luar dia akan cakap 'lets gooo.. lets goooo baby' sampaikan budak² yang lain pun mengikut jer.... hadoiii jangan ajak kawan bertumbuk sudah yer.... main same² tau....
peahhh yooo auntie² & uncle² semua.....
Bicara Hati : Bile amir dah makin membesar banyak yang dia 'explore' lagi banyak pengaruh persekitaran yang dia mula paham... dan sebagai ibu bapa banyak yang kami kene pantau .. terutama dari segi percakapan.. adekala ape yang amir katekan spontan keluar sampaikan kami takut ade yang terguris kalau dengar ayat amir.. paling tak menahan bile amir suke cakap ini barang baik heaaa.. ini barang baik.. gara² tengok karoot komedia sambil buat ibu jari.
Langgan:
Catatan (Atom)