♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 1 Ogos 2012

Allah s.w.t Muhammad

  

Terjumpe gambar ni di FB
Sangat hebat mereka yang berusaha memotong macam ni ....
  

Bicara Hati : Moga kite sentiasa ditetapkan hati , ditetapkan iman dan percaya pada Allah s.w.t yang satu.




Mekap cara islam

 



Bicara Hati : Semalam baru cerita jangka hayat alat kosmetik barang mekap




Jerebu makin teruk ......

 

Uhukk.. uhukkkk.. uhuukkkk... terbatuk² pagi ni drive nak pergi kerja, hadoilah jalan berkabus dah macam nak naik cameron higland jer .... serius memang teruk sangat kabus pagi ni. Rasanya dari minggu lepas lagi dah mule jerebu ni tapi 2 hari ni dah teruk sangat rasanya ..... tekak pun dah mule rasa perit.

PENDUDUK terpaksa  memakai topeng akibat jerebu   di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah 
PENDUDUK terpaksa memakai topeng akibat jerebu di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah

 IPU melebihi paras tidak sihat

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam.
Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105).

"Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Kenyataan dikeluarkan JAS"
Mengikut kenyataan dikeluarkan JAS, kemerosotan kualiti udara dikesan pada 14 Jun di stesen Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung.

“Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” kata jurucakap JAS, dalam kenyataan di sini, semalam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Katanya, JAS sentiasa memantau status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di setiap negeri serta mempertingkatkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Mudah Terbakar dalam mengawal penurunan kualiti udara.

Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya. 

Bicara Hati : Kebakaran di johan setia (hadoilah .... bilelah dia orang ni takkan buat pembakaran terbuka kat kebun sayur tu lagi huhuhuhu .... ) Sumber : Klik sini

Selasa, 31 Julai 2012

Juadah berbuka hujung minggu

 

Mendapat perkhabaran keluarga mertua tak sihat, hubby pulak periksa sabtu tu ... mulelah rungsing cian kat hubby semalaman tak tidur .. iyer semalaman mungkin risaukan family .. nak stady lagi .. tapi lepas sahur dia tewas tertidur juga.. sebab exam mula tengahari pukul 10.00 pagi barulah dia keluar rumah.

Hari sabtu tu lepas sahur pulak tibe² hati ni sakit semacam jer.. bukan sakit hati, tapi memang sakit kat kawasan hati .. korang paham ke maksud kite ni .. tak tau nak cakap macam mane.. tapi sakit semacam lah.. nak kate pedih ulu hati tak jugak.. masa makan sahur ok jer.. huhuhuhuhu.. sudahnya amir layan kartun ibu tidur.. nasib baiklah ayah dah basuh baju dan sidaikan tq hubby.

Sudahnya kali kedua aku tewas tak dapat nak masak hujung minggu tu .. kebetulan malam tu nak balik kampung .. ade takde masak jer ayam masak kicap sebab amir nak makan.

Menu beli kat baazar lagi
tom yam campur ayam - rm3.00 (muai lah pulak penuh semangkuk)
paru goreng tepung - rm1.00 (hubby suke, saya baru belajar²makan.. x reti makan pun iyer jugak)
mertabak - rm 2.50 (eh² hari tu ade yg jual rm3.00 mungkin sbb yang ni nipis kot)
Air soya - rm 2.00
jumlah semua tak sampai rm10.00 pun hihihihihi .... (^___^)v

Ayam masak kicap tak semenggah hihihihihihi....
itulah jugak yang saya bawak balik kampung buat sahur kat rumah mertua ...;p


Bicara Hati : Tersetap sekejap bile jiran tanye masak menu ape .. saya jawablah ayam masak kicap jer .. sebab amir suke, tibe² jiran tu jawab apelah amir ni kalau makan ayam masak kicap baik makan ayam goreng dengan kicap jer .. erkkkk... terkedu ibu amir jap (bukan jiran mek sebelah yer) huhuhuhuhu


Jangka hayat alat kosmetik / barang mekap

  

Bile hari raya jer .. semua orang pun sibuk melaram kan.... bergaya sakan ntah macam hape jer.. kalau pakai bedak tu mengalahkan tepung gomak (tu sayalah tu .. masa kecik² dulu.. dah besar dah ade anak ni takde maknenya .. baru nak pakai baju pun anak dah terjerit² nak itu ini huhuhuhuhuhuhu.....)


Pernah tak korang terpikir sebenarnya alat kosmetik dan barang mekap yang kite gunakan tu ade masanya tamat tempoh tau .. cuma tak tertera macam makan jer ..  


Jangka hayat alat kosmetik penting kalau tak tahu barang yang kite gunakan tu dah tamat tempoh boleh memudaratkan kesan buruk kepada kulit kita.

Lipstik
Mampu bertahan sehingga 2 tahun selagi tak berbau atau cair.
Pensel Bibir
Hasil lakaran yang baik dapat diberikan oleh alat ini dalam tempoh 2 tahun.
Bedak Asas
Bedak yang berasaskan air boleh bertahan sehingga setahun, manakala yang berasaskan minyak pula baik digunakan sehingga 1 tahun 6 bulan.
Bedak Debu
Kesan sapuan yang baik serta sempurna boleh diperoleh dari bedak yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh pengeluaran.
 Penyamar noda
Gunakan dalam jangka masa 12 bulan sahaja tetapi kalau strukturnya dah mula padal dan menempel bila disapu dikawasan mata maknanya dah rosaklah tu.
Penggaris Mata / Pembayang Mata
Sebaik-baiknya digunakan dalam tempoh 2 tahun.
Maskara
Maskara yang melebihi 3 bulan pengeluaran sebaik-baiknya tidak digunakan.
 
 





 



Pencuci & pelembab wajah
Sekurang-kurangnya bertahan dalam tempoh setahun. Pastikan anda menjaga kebersihan produk. Jangan sekali-kali memasukkan jari pada tiub atau balangnya. Guna kapas agar kandungannya tidak tercemar.


Berus
Berus yang berkualiti akan bertahan dalam tempoh yang lama. Cuci dengan pencuci wajah yang lembut dan biarkannya kering. Cuci berus solek sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.
 
Gambar² semua ihsan google sana sini . kecuali pencuci muka dan eyeshadow

 
Bicara Hati :






Ini jer koleksi eyeshadow yang saya ade dapat masa hantaran dulu dah 6 tahun erkkk dah tamat tempoh lah yer.. alaaa... sayang nak buang huhuhuhu...... nak beli baru eeemmm pikir dulu lah sebab jarang guna kan...
 

Isnin, 30 Julai 2012

Aku yang tertewas akhirnya

  

Hari jumaat lepas baru² ni cuaca sangat²lah panas.. dugaan ramadhan kali ni.. pulak tu balik kene drive sendiri huhuhuhuhu .. lagilah penatkan .. kering jer tekak ni ...

Tapi alhamdulillah masih berpuasa penuh .. bendera belum berkibar² cuma bendera serender nak masaklah berkibar² hari jumaat tu.. hadoilah .. dengan jalan jem, cuaca panas, semua orang nak cepat balik .. memang penatnya terasa sangatlah bile sampai kat rumah letak beg terus baring huhuhuhuhu ..... akhirnya aku tertewas.

 Semua menu baazar hubby beli dengan amir
ayam percik, cendawan goreng, otak², keropok dan cucur udang
akhirnya dapat minum air kedondong asam boi tapi rasanya menghampakan huhuhu...

Gagahkan diri jugak masak mee goreng basah tercurah air lebih dah macam mee hailam lah pulak kikikikiki....
tq mek sebelah bagi daging masak kari .. daging kari tu lah buat sahur esok paginya


Bicara Hati : Tewas kali pertama, amir suke betul dapat pergi baazar ... dua beranak tu pergi macam² dibelinya.

Cara menarik perhatian anak supaya berpuasa

  

Alhamdulillah dah 10 Ramadhan hari ni, betapa pantasnya masa berlalu sekarang sekelip mata tanpa sedar .... tukang jahit, tukang buat biskut mesti tengah kelangkelibut menyiapkan tempahan kan.....

Oklah hari ni saya nak kongsikan info sikit cara nak menarik perhatian anak supaya berpuasa, dengan erti kata lain cara mudah nak ajar nak belajar berpuasa ... sebab kebanyakkan ibu bapa suke beri ganjaran kalau anak² berjaya puasa dengan penuh tapi jangan lupe pesan kat anak puasa memang wajib dilakukan kalau dah akhil baliq .. janganlah mengharap untuk dapat ganjaran jer.. sebab ganjaran daripada Allah  s.w.t adalah yang terbaik (^__^)v
  
Cara menarik minat anak bersahur / berpuasa :-
  • Hidangkan juadah yang panas semasa bersahur untuk membuka selera anak bersahur.
  • Masak lebih atau pelbagaikan supaya anak tak jemu.
  • Pastikan makan yang ade kuah, mudan dimakan dan makanan yang anak suke masa bersahur.
  • Tanya anak sebelum tidur, menu yang anak nak makan masa sahur nanti.
  • Elakkan makanan yang dimasak pedas.
  • Elakkan makanan yang terlalu berminyak.
  • Galakan anak makan buah kurma dan minum air semasa bersahur.
  • Elakkan anak yang kecil atau adik beradik yang lain yang bawah umur darinya makan dihadapan mereka.
  • Kurangkan menoton televisyen, atau tukar siaran lain kalau ternampak iklan makanan sebab takut mengugat iman anak yang baru nak berpuasa.
Kalau anak suke makan tempe macam anak saya gorenglah tempe hahahahahaha......
tapi anak saya belum puasa lagi baru 4 tahun kan .....
 
Bicara Hati :
 Sumber majalah harmoni 15 - 31 julai 2012


    Sabtu, 28 Julai 2012

    Pagi² dah layan pororo

     

    Setiap kali bangun pagi jer amir sibuk nak tengok kartun pororo penguin ni ...
    Hadoilah ... bayangkan bangun² tidur mintak susu terus mengadap tv 
    Sabooo jerlah ibu ni kan .....


    Bicara Hati : Mood hujung minggu ayah exam, belum lagi dapat shopping raya .. amir layanlah Disey junior tu jer .... kang lapar mintaklah biskut atau susu.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...