♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 1 Ogos 2012

Home » , , , » Jerebu makin teruk ......

Jerebu makin teruk ......

 

Uhukk.. uhukkkk.. uhuukkkk... terbatuk² pagi ni drive nak pergi kerja, hadoilah jalan berkabus dah macam nak naik cameron higland jer .... serius memang teruk sangat kabus pagi ni. Rasanya dari minggu lepas lagi dah mule jerebu ni tapi 2 hari ni dah teruk sangat rasanya ..... tekak pun dah mule rasa perit.

PENDUDUK terpaksa  memakai topeng akibat jerebu   di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah 
PENDUDUK terpaksa memakai topeng akibat jerebu di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah

 IPU melebihi paras tidak sihat

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam.
Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105).

"Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Kenyataan dikeluarkan JAS"
Mengikut kenyataan dikeluarkan JAS, kemerosotan kualiti udara dikesan pada 14 Jun di stesen Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung.

“Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” kata jurucakap JAS, dalam kenyataan di sini, semalam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Katanya, JAS sentiasa memantau status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di setiap negeri serta mempertingkatkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Mudah Terbakar dalam mengawal penurunan kualiti udara.

Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya. 

Bicara Hati : Kebakaran di johan setia (hadoilah .... bilelah dia orang ni takkan buat pembakaran terbuka kat kebun sayur tu lagi huhuhuhu .... ) Sumber : Klik sini

20 ulasan:

Nieyla Nadia berkata...

teruk nyer...nieyl sampai opis..masih gelap lg...itu yg x nmpk jerebu nyer...

::EIDA:: berkata...

Betul! Jerebu.. panas... Tapi lately ni hujan turun lebat.. bagus... =)

lia berkata...

teringat masa jerebu teruk tahun 2005, sampaikan kena pakai mask berhari2 p kerja hu3

Afasz berkata...

smlm balik office , tgk awan putih je. ingat kan asap. sekali rupanya jerebu daaa

Saya Disini berkata...

betul2..kt kl pon ada jerebu...

Myra Jay berkata...

Bila cuaca berjerebu ni yang penting kena jaga kesihatan dan minum banyak air...

Tapi puasa pulak kan... :)

IntaNBerliaN berkata...

tu la, jerebu2 ni x elok sgt kuar umah kan..

Anje a.k.a Mummy_Balqis berkata...

semalam tengok kat berita area klang pun teruk gak kena jerebu...semoga kita semua diberi kesihatan yang baik

Ujie Othman berkata...

teruk jugak tu..
smlm takde ujan ke? kat bangi ni pg smlm ujan lebat.

nur anis berkata...

tempat saya pun teruk..bau asap..

kurus berkata...

aah dikk
ada juga dgr dari berita pagi2 tadi
di ktn pun sama je jerebu dia
cuma x lah teruk sgt

- AZIE - berkata...

ohhoo..dkt sini pun jerebu teruk jgk. smpai ke ptg

Madam iEeDaZ berkata...

mmg betul, jerebu makin teruk skrg...hrp2 jgnle ade penyakit yg dtg..

GREENJADE berkata...

ituler..kat sh alam ni pon teruk gak..

sian org meniaga bazar Ramadhan kan..efek jerebu ni boleh jatuh sakit.

Tie HT berkata...

ptt la kt tpt akak ni berkabus je tp panas meruap..matahari terlindung agaknya tp cuaca tetap panas

emarieys berkata...

sini pun ada kesannya..kalau keluar..mata pun pedih

|| NaFiRaa || berkata...

kalo kat shah alam pagi tadi cuaca nampak baik..

kalo skrg.. kelana jaya dh nampak sedikit putih.. hehehe

eija_sweetmama berkata...

Yup mmg semakin teruk,
K.eija pun mmg tengah sakit tekak n selsema pun skrg, bila cuaca jerebu ni menambahkan lagi perit tekak kita..

Puan Kutu berkata...

adoi teruknya cuaca..kt utara nie panas sungguh..klu keje ptg nak pegang stereng pun tak boleh,panas gila.hehe

QasehnyaRania berkata...

singgah jenguk entry jerebu yg lama. hikhik

ppstt: auntie
jus avokado sedap tau.
umi suka mnm .. sedap..
cubalah.. beli avokado pastu peram bg masak. boleh lah buat..
pastu gtau sedap ke tak.. hihihi
just letak avokado + susu segar + gula/ susu pekat + ais batu = blend.. makan dengan coklat hersheys

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...