♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 27 November 2012

Di duga atau dugaan

  


Sedang banyak kerja yang menanti untuk disiapkan atas meja.. masa nilah tangan sebelah kanan sakit kat bahagian siku... nak menulis pun payah.. apetah lagi nak menyuap makanan.

Kalau dah nak menyuap makanan pun payah apetah lagi nak komen blog kawan²kan... dan menaip entry pun terkial² hadoilah huhuhuhuhuhu... dugaan betul, hubby bebel.. 'tulah kerja jer.. kesihatan kenelah jaga' kan.. tak pasal kene bebel... 

Mau berurutlah.. tak tahan nak pusing stereng kereta drive pun sakit... ape sebenarnya yang jadi ni salah urat ke....




Bicara Hati : Tak larat masak jugak.... (ni bukan alasan tau... ) jom makan kat luar yer.. hubby...
 
 
 
 
 

Isnin, 26 November 2012

Zikir Terapi Diri , Jiwa dan Minda Positif

   
 
 
 
Bile drive pergi kerja sekarang dah tak bosan, tak kiralah pergi atau balik.. sebab saya dah bertemankan sibujang saya.... kalau pergi tu agak kesunyian sikit sebab angin tak tentu hala amir kadang dia masih tidur jer kat kereta sepanjang perjalanan.... kalau petang balik mulut tu riuh jer.. macam² yang dibualkan... tapi percayalah itu bile kami berdua jer.. kalau kat sekolah amir tak banyak cakap pun cikgu kata (haihhh malu tak perhabih)

Sejak amir pergi dan balik naik kereta yang sama dengan ibu ni.. saya dah jarang on radio no 1 atau radio hot² untuk didengar.... sebab amir cepatlah melayankan lagu² ni tau... bayangkan dia boleh hafal lirik lagu muara hati, najwa, jamal dan lain-lain lagi.. penuh perasaan dia menyanyi .... jadi sekarang saya dah beralih arah pada radio ikim.fm pagi² selalu ade zikir² dan teka-teki.. nasib baiklah amir okk jer.. sebab zikir² tu pun selalu dia dengar kat sekolah tadika sebelum mula kelas... balik pun same... saya pasang ikim.fm.. tapi bile naik kereta dengan ayah ayah akan tukar canel sinar.fm sesuai untuk seisi keluarga hubby kata huhuhuhuhu.. kecuali perjalanan kami tu waktu nak hampir maghrib barulah ayah tukar ikim.fm.

Buka tv nak maghrib lepas azan sekarang ade zikir terapi diri daripada hafiz hamidun.. sedapp jer.. dengar dihalwa telinga ni.... paling suke.. amir dah mule ringan mulut nak ikut... (bukanlah ibu ni mengokong tak bagi dengar muzik tapi ade had²nya tapi.. kalau boleh ibu nak terapkan nilai kerohanian yang lebih pada amir) sebab lelakikan bakal jadi pemimpin keluarga.... tapi kalau angin tak tentu hala dia datang haihhla... soh solat maghrib sama² pun takmoo.. duduk jerlah kat sejadah tu... tak pun lepas rakaat pertama sujud tak bangun² hahaha... ade jer ragamnya.... kami tak pernah paksa pun.. tapi kalau angin baik dia datang.. al-fatihah tu lagi kuat dia baca daripada ayah atau atuk yang tengah imamkan solat huhuhuhu ......


 
 CD ni dah jual kat pasaran tak???
ke kene beli online....
kalau ade nak belilah.. boleh pasang masa bawak kereta .....


Bicara Hati : Perlahan-lahan amalkan zikir ni lama kelamaan akan jadi sebati dalam diri.... moga diri sentiasa dilindungi. Amin....




Sabtu, 24 November 2012

Terima kasih hubby

  


Bile mendapat arahan bekerja dihari sabtu... hati memang akan jadi berat hati.. sebab sejak amir lahir memang dah kurangkan kerja dihari sabtu atau cuti umum.. sedaya upaya akan siapkan kerja waktu opis.. dan akan cuba 'back up' masa rehat.... selagi mampu... dan terdaya....

Bile ade yang urgent gagahkanlah diri juga huhuhuhu... terima kasih sangat² pada hubby kerana sangat²lah memahami situasi ku kini terutama dihujung tahun (padehal masa nilah hubby cuti sekolah), hari ni hubby takde kelas.. jadi hubby amik alih jaga amir kat rumah ... sejujurnya amir dah 3 tahun hubby dah okk skit kalau ditinggalkan berdua dengan amir.. alhamdulillahh.. amir pun tak banyak ragam....

Pesanan amir bile ibu bagi tau malam tadi ibu nak kerja hari ni.. ibu masakkan lauk sardin tau.. amir nak makan nanti dengan nasi ibu masak sardin sedaplah.... memang mulut manis.. ade jer nak amik hati ibu kan.

Sejak sekolah ni amir dah mule berdikari... dah pandai makan sendiri tanpa bersuap, dah mule pandai pakai dan bukak baju sendiri bile nak mandi.... (anak orang lain mungkin lagi awal dari amir dah pandai buat semua tu kan...) takpelah itu anak orang lain.. tapi ibu bersyukur sangat amir dah pandai berdikari macam ni.. walaupun usia dia dah 4 tahun... tapi kalau datang hangin dia.. nak makan bersuap jugak lagi....

Muka amir ceria pagi ni bile ibu nak pergi kerja sebab abang sepupu dia sampai.. alamatnya berkubanglah 2 orang tu.. kat depan laman rumah mandi kolam...



Bicara Hati : Lumrah hidup berumahtangga mestilah bertolak ansur, yang penting saling hormat menghormati dan menghargai antara satu sama lain....
 
 
 
 

Jumaat, 23 November 2012

Fadhilat puasa hari Tasua dan Asyura

  
Hikmat dari penganjuran berpuasa pada hari Tasu’a-’
An Nawawi rahimahullah berkata: “Para ulama dari sahabat kami dan yang lainnya menyebutkan hikmah di dalam penganjuran puasa hari Tasu’a-’, ada beberapa macam:
  • Yang pertama: bahwa maksud darinya adalah menyelisihi orang-orang Yahudi ketika mereka hanya mencukupkan hanya hari kesepuluh.
  • Yang kedua: bahwa maksud darinya adalah menyambung hari ‘Asyura-’ dengan berpuasa (pada hari sebelumnya), sebagaimana dilarang untuk berpuasa pada hari jum’at secara sendirian, kedua pendapat ini disebutkan oleh al Khaththabi dan yang lainnya.
  • Yang ketiga: benar-benar menjaga untuk berpuasa pada hari kesepuluh, karena ditakutkan awal bulan terlalu kecil atau terjadi kesalahan (dalam penglihatan awal bulan-pent), maka hari kesembilan di dalam jumlah sebenarnya hari kesepuluh ketika itu.
  • Dan jawaban yang paling kuat adalah menyelisihi ahli kitab, Syaikhul Islam rahimahullah berkata: “Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang untuk menyerupakan diri dengan ahli Kitab di dalam hadits-hadits yang banyak, seperti sabda beliau:

لَئِنْ عِشْتُ إِلَى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

ertinya: “Sungguh jika aku masih hidup pada tahun depan maka sungguh aku akan benar-benar berpuasa pada hari kesembilan.” (Lihat kitab al-Fatawa al-Kubra juz 6, saddudz dzra-I’ al Mufdiyah)
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
 
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.


Sumber : klik sini
Hadis palsu tentang hari asyura.



Hukum berpuasa hari ‘Asyura-’ saja:

Syaikhul Islam rahimahullah berkata: “Berpuasa pada hari ‘Asyura-’ sebagai penghapus dosa selama 1 tahun dan tidak dimakruhkan untuk mengkhususkannya dengan berpuasa… (al Fatawa al Kubra juz 5). Dan di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj karya Ibnu Hajar al Haitamy rahimahullah disebutkan: dan hari ‘Asyura-’ tidak mengapa berpuasa pada hari itu saja… (lihat juz3, bab puasa sunnah).


Boleh berpuasa pada hari ‘Asyura-’ walaupun hari itu hari Sabtu atau Jum’at

Telah ada riwayat tentang larangan berpuasa pada hari Jum’at secara tersendiri dan larangan tentang berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa wajib, tetapi hilang kemakruhannya jika ia berpuasa pada dua hari ini dengan menggambungkan satu hari ke setiap dari keduanya atau bertepatan dengan kebiasaan yang disyari’atkan seperti berpuasa 1 hari dan berbuka 1 hari atau berpuasa sebagai nadzar atau puasa qadha-’ atau puasa yang dianjurkan oleh agama seperti puasa hari Arafah dan hari ‘Asyura-’… (lihat kitab Tuhfatul Muhtaj, juz 3 bab puasa sunnah dan kitab Musykilul Aatsar, juz 2, bab puasa hari Sabtu).
Al Bauhuti rahimahullah berkata: “Dan dimakruhkan bersengaja berpuasa pada hari Sabtu disebabkan oleh hadits Abdullah Bin Busyr dari saudara perempuannya:


لَا تَصُومُوا يَوْمَ السَّبْتِ إِلَّا فِيمَا افْتُرِضَ عَلَيْكُمْ.



ertinya: “Dan janganlah kalian berpuasa hari Sabtu kecuali puasa yang diwajibkan bagi kalian”. Hadits riwayat Ahmad dengan sanad yang baik dan Imam hakim, beliau berkata: “Hadits ini berdasarkan syarat shahih Bukhari. Dan dikarenakan ia adalah hari yang dimuliakan oleh orang-orang Yahudi, karena pengkhususan berpuasa pada hari itu saja ada persamaan dengan mereka… ( kecuali apabila bertepatan ) hari Jum’at atau hari Sabtu ( biasanya) seperti bertepatan dengan hari Arafah atau hari ‘Asyura-’ dan merupakan kebiasaannya berpuasa pada kedua hari itu maka tidak dimakruhkan, karena suatu adat mempunyai pengaruh di dalam hal tersebut”. (Lihat kitab Kasysyaful Qina’ juz2, bab Puasa sunnah)


Bicara Hati : Selamat berpuasa pada kawan² yang berpuasa hari ni ..... moga diberkati ....


 

Khamis, 22 November 2012

Maraton gaya bebas atau kuak lentang

  


Bile anak bujang sibuk layan kartun di malam hari.. ibu pun merangkak pelan-pelan bukak laptop hihihihihi.... baru jer bukak terdengar amir menjerit ibu...... ibu.... ibu .... nak susu.... memang anak ibu betullah tak boleh hilang bayang... terjerit-jerit cari ibu.... tutup lappy terus.. hilang mood nak bw kawan-kawan malam semalam...... ingatkan nak bw sebab siang tak sempat bukak blog langsung... ayahnya elok jer dah tidur depan tv... tak nak pulak amir kejutkan. Anak-anak.... garang-garang ibu ni jugak yang dicari... (garang ker??? hihihihihi)

Maraton gaya bebas atau kuak lentang??? hahahaha.. tajuk tak menahan dibuatnya..... maunya tak gaya bebas 44 komen masuk.. pelan-pelanlah saya bw kawan-kawan... jangan mara.. kalau ade yang saya tak sempat singah malam ni.... atau tak sempat komen.. sempat singgah jer.. sebab internet malam ni hadoilahhh.... lemaulah pulak....  memang gaya bebas habislah ni... pusing kanan mengiring bagai ni....

Oleh kerana minggu lepas sehari kerja sehari cuti.. amir pun sehari ketadika sehari cuti.. minggu ni dia meragam lah pulak ketadika.. nape tak cuti-cuti ni ibu.. amir bosanlah tak ramai kawan (sebab tadika dah cuti yang tinggal kawan-kawan taska jer...) sudahnya semalam dia tak mau masuk taska.... mogok makan tak mau... main dengan kawan tak mau.... pukul 3 petang saya amik sebab cikgu taska kata takut dia sakit perut tak jamah nasi.. minum susu jer.... haihhhhh anak-anak.... bile saya tanya.. amir nak ikut ibu.... sampai opis ibu elok jer bagi susu terus tidur kat surau.... malamnya pulak pukul 3 pagi bangun sampailah pukul 7 pagi dok ngadap kartun.. ibu nak pergi kerja dia tidur huuhuhuhu.... dah tak pasal mengamuk sampai taska tak nak turun kereta.

Apepun tadi dah pujuk bawak pergi carefour bawak jalan-jalan.. harap esok dia dah oklah tak meragam lagi.... dah layankan main playground yang ae bowling tu... ibu sempat lagi cuci mata kat nagoya hihihihi....


Bicara Hati : Apelah yang amir gelakkan sambil tengok kartun tu... sambil layan rambutan warna kuning mertua bagi nyum-nyum....





Masterchef Kat Cameron Highland

  


Penangan-penangan... lepas tengok ombak rindu.. masterchef pulak buat pengambaran kat CH hihihihihihi.... memang mengimbau betullah tengok pengambaran mereka tu...... bestnya ladang teh tu.... tu tempat yang lisa gaduh tu eh dengan aaron... teruja nak jejak..... tahun lepas pergi tak sempat singgah dah hujan, tapi ni pun musim hujan jugak gegegegegege....

Sayu mendengarkan suara amir, bile kite nak pergi cameron lagi ibu.. bestlah ibu kat sana... jomlah kite bawak embah, haziq, atukk... hadoilah..... (ibu tengah pikir ni.. takut bos ibu tak lepaskan jer.. ibu cuti sayanggg) seriau amir hilang kat cameron pun masih lagi mengimbau.... (kalau rajin korang carilah balik entry tu.. takmoo bagi link sebab memang seriauuu tauu.. tetiba amir hilang bayang sedang elok kami beli barang) huhuhuhuhuhuhu.......

Hanya senyuman yang ibu lemparkan.. sampailah amir ketiduran lena menyusu... ibu masih terbuntu memikirkan... bile anak dah makin besar ni memang kene bagi perhatian lebih.. lagi-lagi amir baru sorang jiwa dia mudah memberontak dah besar ni.. dah pandai cakap bosanlah dok rumah main sorang-sorang.. bile baby nak keluar dari perut  ibu ni gegegegege.... haru... cepat-cepat ibu pura-pura tidur tutup mata... pastu amir geletek ibu... hahahaha... ibu main-main tidoo yer....



Bicara Hati : In shaa allah kalau ade rezeki kite pergi yer sayang... moga dipermudahkan tapi tak bawak embah tau.... kite pergi dengan abang apis.(anak akak ipar)




Rabu, 21 November 2012

1001 Rahsia Sihat Dan Awet Muda

  
Bicara Hati : (^____^)

Selasa, 20 November 2012

Bakal pemain bola sepak selangor musim baru

   
 
 
 
Saya yang pemalu ..... 
cantik tak cermin mata pak cik saya.. amir pinjam jer....


Possing² dengan haziq .....


Cantik x?? jam amir angry bird..
so ibu jangan lewat buat susu .. nanti amir angry gegegegege


Senyuman yang buat makwe² cairr....
dahi pun kene gigit nyamuk...


Terbaikkkkkkk
Amir peminat pakai jersi .... tak kisah jersi ape pun janji selsesa di pakai....




Bicara Hati : Mereka adalah sebaya.. caya x?? caya tak???Beza sebulan jer.. tapi amir dah nampak macam abang pulak pada haziq tu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...