Assalamualaikummmm ... masih terasa² bahang kemeriahannya lagi walaupun dah masuk hari ke 16, malam masih sempat lagi join baraan dan open house .... hujung minggu jangan cakaplah sana sini open house dengan jemputan kawin pun dah ada. Orang cakap kat selangor ni raya sebulan hahaha.. pelikkan negeri lain 15 hari dah takda balang kuih kot kat meja.. tapi kalau kat kampung mak saya tu 30 hari pun masih ada balang kuih letak kat dulang.. kang ada orang datang barulah keluarkan kat meja.
Dalam banyak² menu di hidangkan saya paling suka makan lontong, pada kengkawan yang bertanya lontong daun pisang ni macam mana .. inilah rupanya.. saya tak tahu kot ada nama lain.. lontong ni dalam dia beras jugak, kira macam nasilah.. bukan pulut. Daripada kecik inilah rupa lontong daun pisang yang saya kenal dan menjadi Menu kegemaran saya, sorrylah letak gambar lama ... watermark pun lama saya copy jer... kalau orang cakap nak makan lontong saya mesti pikir lontong ni, tapi bila dah besar dah mula kenal ramai kawan dan mula beraya rumah kawan² bila kawan² bagi tahu mak dia orang masak lontong .. saya jadi teruja nak makan.. tapi bila tengok dihidangkan nasi himpit dengan kuah lodeh.. lepas tu dia orang cakap.. makanlah koo tak makan lontong ker??? seyes rasa pelik kejap.. terkulat² masa tu nak makan tau huhuhu ... tapi sekarang dah tak terkulat² lagi dah paham ... sebab lain orang lain nama yang dia sebut.. dan saya paling suka makan lontong daun pisang ni dengan ayam masak kicap, yupss simple jer... tapi itulah kegemaran kami suami isteri.. sebab mak hubby pun raya suka masak lontong@ketupat hihihihi ... (^___^)v
Ishh masya kot cerita bab makan sampai ke sudah tak habis² kang, tu belum lagi cerita pecal hihihi .. tapi ada orang tak panggil pecal .. panggil gado².. ni memang buat bergadooo hahaha unik sangat nama tu.. pecal mungkin sinonim dengan orang jawa, tapi gado² orang utara kot... Selain lontong saya suka soto.. seyes kalau dapat makan soto... hohoho ko hidang menu lain walaupun laksa saya suka .. tapi saya akan makan soto dulu.. nampak nooo tamaknya.. nak makan dua².. oklah cukup²lah bab makan tu.. meh sambung entry kami beraya sakan.
Apa yang korang pikirkan bila ada orang sebut 'bendang' kalau nak tahu lebih lanjut google eh.. tapi bendang ni lebih kurang sawah padi gitu... bila mertua ajak beraya ke sekincan salunya kami akan ke darat, macam pelikkan ... nak beraya kat bendang lepas tu panggil darat.. aku?? lagilah confuse nak menerangkan... bukan ke bendang tu dah tentu sawah padi.. dah tentulah berair .. dah kenapa panggil darat.... tapi salunya orang sekincan, kuala selangor, sabak bernam semua tahulah panggilan ni... orang² dulu² yang bagi gelaran macam ni.
Dua hari berturut² kami ke hala ke sungai besar sana raya ketiga dan keempat, mujurlah gerak raya ketiga.. jadinya dah kuranglah jem ... raya ketiga aku join mertua dengan ipar duai dan biras².. macam biasalah 4 kereta kena gerak. Tahun ni kan tak beraya luar negeri selangor.. jadinya semua pakat dok pulun raya sama² kat sini.. abang ipar yang sulong je tak dapat join dah kena kerja.. yang lain adik beradik hubby semua ikut, ni gambar kat rumah sedara hubby.. korang jangan tak tau bumbung rumah dia siap ada warna bendera malaysia tau.. dengan tulisan merdeka bawahnya.. ala gambar kat tab takda.. jadi tak bolehlah nak kongsikan.
Dapatlah 7 rumah kot kami pergi .. alhamdulillah sempat maghrib kat rumah akak ipar.. lepas tu memasing balik buat haluan sendiri.... penat jangan cakaplah .. esoknya sambung lagi pergi dengan mak abah pulak.
Sempat lagi possing dekat belakang rumah embah buyut amir, sekarang dah musim menuai.. jadi takdalah gambar² sawah padi.. yang ada hanya lapang jer... angin jangan cakaplah... kuat kemahin.. syoknya.... lepas makan tengahari sempatlah kami possing² anak beranak semua.
Dulu masa kecik² adalah jugak kami akan tidur rumah embah, tapi sejak dah besar² ni jarang sekali.. abah pun lagi selesa balik hari cuma kami akan lama sikitlah duduk rumah embah bagi puas² borak, sebab jarang jumpakan... kalau ada kesempatan memang kami akan balik rumah embah salunya... dan bawak bekal siap² makan kat tepi rumah embah dengan angin yang bertiup .. bestnya...
Ni masa raya keempat dengan mak abah dan adik beradik aku pulak, Kami gerak 3 kereta jer aku, adik dengan sepupu² .. meriahlah kejap dekat rumah embah tu... amir dengan iqy jer budak² yang adanya pun... sebab sepupu baru lagi kawin jadi belum ada baby... adalah pergi 4 rumah tapi rumah embah paling lama lepak hihihi ...
Jumaat kami rehat kejap, bagi relaks perut, relakskan otot².. itu pun sebab ada orang nak datang rumah mertua, tak rehat mana pun.. masak² kat rumah mertua pulak... berkumpul lagi dengan adik beradik hubby kikikiki .. itulah jadual padat kami ... rumah tu dah macam persinggahan untuk tidur jer.. lebih aktiviti kat luar rumah hahahaha ... kejap rumah mak, kejap rumah mertua.. tapi dah duduk dekat ni takdalah berkisah sangat.
Hari sabtu terakhir sebelum isnin kerja, sempatlah beraya kat KL pulak hihihi.. tak KL mana pun kami ke cheras, damansara dan shah alam.. bawak mak dengan abah.. pergi 3 kereta jugak aku, adik dan sepupu.. pergi beraya rumah adik beradik embah aku, kami siap² beli lemang makan kat sana... hihihihi .. itu biasa bila kami beraya rumah orang tua... lepas tu makan sama².. dah siap kemas.. borak².. barulah balik.. pfftttt ahad berehat kat rumah.... kunun jelah nak berehat .. tapi kawan baik masa sekolah nak datang rumah baru katanya... lepas tu kami beraya jugak kikikiki .. takda maknanya nak berehat, amirlah untung sakan penuh sampul duit raya hihihihihi ....
Bicara Hati : Tak pernah merasa kemeriahan beraya negeri orang lain, tapi rasa bersyukur sangat².. allah pertemukan dengan jodoh satu negeri satu kampung .. alhamdulillah sentiasa sepakat kemana hala nak beraya, bijak² kami sendirilah nak urus masa nak pergi beraya bersama keluarga... moga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.