♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 30 Disember 2011

Macam Kasut CINDERELLA Ke???

Assalamualaikummm Semua....


Cantik tak kasut kat atas ni??? cantikkan.. hahaha perasaan betul saya ni. sebenarnya dah lama teringin nak membeli kasut warna putih, sebab dah jemu selalu sangat beli kasut warna hitam dan coklat... kali ni sajelah beli warna lain sikit.. Ade rezki lebih sikit bulan ni tu membeli kasut, bukan setiap bulan membeli pun... dan bukan selalu pakai pun kasut macam ni.. kalau ade mesyuarat atau hal² yang memerlukan formal dan berpakaian kemas barulah saya pakai......



Tapi.. hubby kate macam kasut pengantin iyer ker??? iyer ker macam kasut pengantin, kite rasa biaser jer.. hubby kate iyer bukan macam kasut pengantin jer.... macam kasut cinderella pun iyer jugak... huahuahuahua... dah lah amir dengar masa tu siap gelakkan ibu tau... sabooo jerlah.....

Yang sebenarnya beli kasut ni daripada katelog, jadi tak perasanlah pulak rupanya ade macam kain net kat tepi kasut tu hihihihi... memang lain daripada yang lain.. tergamam pun iyer... tapi ok jugak takde lagi koleksi macam ni hihihihi.....



Ni pandangan daripada sisi pulak dalam katelog kalau tak salah tinggi kasut cuma 1 ½ inci jer.. tapi bile dapat boleh tahan tinggi jugak, amir dah besar ni dah oklah sikit pakai kasut tinggu kalau dulu masa dia kecik² saya pakai selipar jer nak kemana² hihihihihi.......

Tapi bila hubby kate macam pengantin dan cinderella macam malu pulak nak pakai.. silap² bagi kat adik jer.. kasut ni bagi sebagai hadiah bestday dia awal tahun depan... tak lama pun lagi.. tengoklah nanti macam mana. (^__^)

Khamis, 29 Disember 2011

Hanya Sekeping Roti Telur Dan Milo Panas

Assalamualaikumm Semua....

Alhamdulillah pagi yang penuh ceria warna-warni gitu.... kalau boleh nak senyum membawa kemalam.. hahahaha... dah macam orang bercinta lah pulak....

Pagi ni hubby hantar pergi keje sebab dia nak guna kete ade hal sikit, dan special sikit pagi ni... bukan special ape pun.. Ce tengok tajuk entry tu... ha itulah menu sarapan saya pagi ni.. ditemani hubby bukan ditemani lagi.. dah kalau makan dengan hubby mestilah dia yang bayar kikikiki.. ;p itulah sebabnya asyik nak tersenyum² ni... macam zaman bertunang dulu², masa zaman tak reti bawak kete pulak dan sepanjang perjalanan tadi asyiklah saya berceritakan hal² amir, sampai tak perasan dah nak sampai opis. Hadoiii itulah saya....



Gambar ihsan google jer... 

Kami ni jaranglah dapat sarapan bersama walaupun waktu hubby cuti sekolah ni boleh jer nak sarapan bersama tapi.. rumah kamikan jauh daripada opis, makanya memang tadelah nak sarapan bersama tu... jadi sesekali ni dapat sarapan bersama.. bercerita dipagi hari dengan mood yang memang lemau nak masuk opis sebab terasa macam mengimbau zaman dolu² pulak.... hahahaha.... jangan jeles tau....tapi kalau amir tahu ni mesti jeles. mesti dia cakap nape tak bawak amir hihihihi... ;p


Rabu, 28 Disember 2011

Buku Baru Buat Amir - JUMBO FLASH CARDS (Numbers)

Assalamualaikumm Semua....




Baru² ni saya belikan buku baru untuk amir. Amir ni dah pandai sangat kalau menyebut nombor² ni tak kirelah bahasa melayu ke.. bahasa inggeris.. tapi... amir masih tak kenal lagi nombor² ni.. tu yang haru.. kalau stakat sebut tu memang pandai.. dah macam menghafal pulak... tu yang saya belikan buku ni... jenuh jugak nak memilih yang mane yang sesuai dengan usia dia 3 tahun dan akhirnya saya pilih yang ini.... yang macam dekat gambar atas tu....

Balik rumah terus tunjuk kat amir.. sukelah dia ade bende baru dia nak explore.. kalau tak dunia dia hanya suke permainan bajak (opss.. bahasa kg terkeluar pulak hihihi), lori simen, lori sampah dan segala macam lori lagi sampaikan kalau beli buku mewarna dengan mengenal huruf pun ibu kene pilih unsur² lori² dan ala-ala transport kalau tak memang dia tak layan... ce tengok.. gambar kat atas tu ade unsur² transport jugakkan hahaha.... memang saje pilih macam ni untuk tarik perhatian dia...



Antara sebab saya pilih buku ni sebab ada tertera 3 in 1, lebih jimatkan... ade 'falsh cards' warna-warni siap ade gambar, memang menarik minat amirlah.. ibu kene jadi cikgu kat rumah nak tunjuk satu².. dia pun terujalah sesangat.. bukan amir jer.. ibu pun teruja sampai terlupe nak ayah ambil gambar keterujaan kami tu hahahaha....



Inilah antara yang terkandung kat dalam tu... menarikkan dalam pada masa yang sama memudahkan budak² macam amir ni mengingat... sampaikan bukan kenal nombor tapi lebih pada teka gambar lah pulak haihh... sebab gambar² yang ade pun menarik bola, kapal terbang dan lain-lain.. memang sesuailah sesangat dengan budak lelaki.. ;p

Harap sangat usaha ibu ni berhasil, supaya amir cepatlah dapat mengenal nombor² ni.. jangan tak tau.. sejak dah ajar baca dan kenal nombor ni amir dah pandai tekan canel Astro Baby tv 618 sendiri tau. Hadoiiii ade. baik buruknya jugak ya.... huhuhuhu... ibu tak boleh nak cakap ape dah bile tengah tengok tv tibe² amir amik remote tukar siaran, kalau dulu tak pandai tekan memang dia bg remote kat ibu soh tukarkan...

Selasa, 27 Disember 2011

Kek Tiramisu Secret Recipe

Assalamualaikummmm Semua.....

Tak tahu nak mula dari mana... mood keje tengah terumbang ambing dengan keje yang banyak ni.... semalam pun datang keje tau.. padehal sabtu dgn ahad tu pergi penang... nanti kite cerita yer... kisah² kat penang tu... penat pun tak hilang lagi... macamlah kite yang drive hihihihi.. ;p

Sebelum tu nak cerita pasal kek tiramisu ni.. selalu dengar tapi tak pernah makan lagi.. memanglah sedap rupenya.. lagi² hasil tangan secret recipe, terpelihara rahsia resepinya.. orang kata berbaloilah dengan harganya pun.. kan.. kan... kebetulan minggu lepas ade bestday kawan denkat opis ni.. dia bermurah hatilah sangat nak belanja kek ni.. dan hasil request daripada mak yong a.k.a alina. Alhamdulillah akhirnya dapatlah jugak saya merasa memanglah sedapp sampai tak sedar habis sepingan makan kak tu..


inilah hasil² possing² sikit petang tu.. bestday girl yang pakai baju hijau tu...... terima kasih nadia belanja makan kek, semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurajkan rezki.. tahu depan belanja kek lagi.. hihihihihihi......

Sabtu, 24 Disember 2011

Bercuti Lagi??? Percutian Yang Tak Disangka²..

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat pagi dan selamat bercuti... post ni saya buat auto publish jer... sebab saya dah dalam perjalanan bercuti ke utara pulak kali ni... kemana yer.. jeng.. jengg.. jengg.....

Korang semua janganlah salah pahammm macam lah kite ni kaya sangat sampai 2 kali pergi bercuti sakan dalam sebulan. Sebenarnya kali ni cuti yang tak dijangka.... kami memang pernah rancang nak kesana tp tahun lepas.. dan tak dapat pergi pun tahun lepas huhuhuhuhu... atas sebab² yang tak dapat dielakkan dan kesibukkan jadual kami suami isteri hihihihi.....

Tibe² bapak mertua pulak ajak pergi cuti kesana kali ni, dah macam mimpi jadi nyatalah pulak. Lagi pun kan cuti 3 hari ialah sabtu, ahad, krismas.... walaupun sebenarnya kite kene kerja cuti ni.. tapi demi keluarga dan tak hampakan hubby yang teringin nak pergi kite pun pergi jugak.. yang penting family mestilah keutamaan dalam apa jua perkara kan.... amirlah orang yang paling suke sekali hihihihihi......


Gambar ihsan google jer....


Kami ke Penang, dah lama sangat tak pergi sana.. kali terakhir masa tingktan 5 dulu.. hahaha.. kan lama dah tu.. mesti banyak dah berubahkan... harap sangat dapat naik feri macam dalam gambar tu.... maklumlah dulu pergi sana tak dapat naik hihihi... ;p

Doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat yer... (^___^)v
Nanti kalau sempat kite cerita percutian kesana...
Selamat Bercuti semua.... mesti korang pun pergi bercuti tempat yang menarik jugakkan....

Jumaat, 23 Disember 2011

GODAAN CALCiYUM

Assalamualaikummm Semua... (^__^)



Pernah makan calyium x?? kebetulan minggu lepas pergi segi depan rumah tu... amir merenggek² soh membeli cayium ni. Selalu tengok iklan calciyum ni.. memang menarik minat budak² nak makan.. dan pastinya ibu²lah jadi mangsa kene belikan... amir pun dah lama suarakan hasrat hati nak makan.. tapi ibu jer tak pernah nak membelikan.... bukannya tak nak belikan sebab tahu dia tak berapa minat makan berunsurkan yourget ni.. kalau air vitagen sustagen xpe.. bagilah berkoten² memang boleh dihabiskannya.... jadi hari tu ibu belikan dia 2 perisa satu strawberry dan anggur.




Siap baring² amir.. nak jugak masuk dalam gambar.. layankan jer.. sebab dia seronok sangat akhirnya ibu belikan calyium ni.. ibu siap pesan lagi sebelum belikan calyium ni.. kalau  dah beli nanti mesti makan semua.. mesti habiskan semua.. kalau tak.. lepas ni memang tak boleh beli lagi..... jangan nak membazir hihihihi... 
(ibu siap wat muka serius masa tu.. )



Penuh berselera amir nak makan.. sekali dia makan masam... jangan kata yang dalam gambar memang semua ibu kene habiskan sudahnya huhuhu.... ;p sambil bebel ibu kene habiskan tau..... ayah?? ayah jangan haraplah nak makan memang dia takkan makan bende² macam ni.....

Pengajarannya memang jangan haraplah ibu nak membelikan lagi calyium ni.. walaupun amir merengek² nak jugak...... memang kene umpan soh belikan bende lain jugak.... kalau tak membazir jer.... 


Khamis, 22 Disember 2011

KEUNiKAN WANG KERTAS MALAYSIA SERBA BAHARU


Ihsan gambar daripada Bank Negara Malaysia


Assalamualaikummm Semua.... (^__^)v

Unik x tengok gambar duit tu.. menarik sesangatkan.... Ciri-ciri unik yang paling ketara ialah corak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini (skema nyer ayat saya kan.... pinjam ayat bank negara ni hihihiii....). 

Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Tak sabar rasanya nak dapat pegang sendiri wang kertas yang baru ni....

Kalau tak silap wang kertas ni akan diedarkan pada suku tahun kedua 2012 maknanya bulan Julai 2012 nanti barulah dapat merasa pegang. Sekarang ni.. tengok jerlah dulu.... Bangga betul tengok wang kertas ni.. memang serba baharu.. antara yang ketara warna² dia memang menarikkan.. kan... kan...


Wang Kertas RM20 - Ihsan BNM

Cantikkan wang kertas RM20 diwujudkan semula... tapi kenapa BNM tak wujudkan RM2 balik yer... kalau ade kan best... ;p



Rabu, 21 Disember 2011

Kemeriahan Awal HARi KRiSMiS Di JUSCO

Assalamualaikumm Semua.....

Mesti ramai yang dah berkunjung kat JUSCO kan... kalau pergi sekarang ni memang terasa kemeriahan macam bercuti kat negara salji jer masuk JUSCO dah tak macam masuk pasaraya.. lagi² kat ruang legar dia.. ade hiasan  snoworld globe, pokok krismas, patung² dan macam² lagi deko....

Kebetulan kami 3 beranak berkesempatan nak pergi, masa tu abang apis datang (abg apis tu panggilan amir, apis ni anak akak ipar)... saya kene jadi pengasuh/bibik sementara lah ni sebab mam dia kene rewang daripada boring.. kami bawaklah budak² ni pergi JUSCO...








Budak² ni kalau bawak berjalan memang sukekan... pergi masuk playground sampai xmoo keluar.. dah lapar barulah mereka nak keluar.. jenuh pujuk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...