♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 5 September 2014

Pengalaman Hantar Mertua Ke Tabung Haji Kelana Jaya



Assalamualaikum .... tak semua orang berpeluang dan merasai nikmat dan rasa kesayuan ini ... mujurlah kelana jaya bukanlah jauh sangat lokasinya daripada rumah kami (tapi tu pun ketaq lutut bawak kereta)... hahaha .. memang takkkklahhh nak drive kan, shah alam pun sesat barat lagi hik hik hik hik ... >___< ni kan nak ke kelana jaya.

Ok kalau sebelum ni dah cerita kenduri kesyukuran untuk mertua sebelum pergi haji , kali ni nak kongsikan pertama kalinya ke kelana jaya pulak hantar mertua pergi haji. Sebelum ni atuk atau embah pergi ataupun saudara mara yang pergi .. saya memang tak pernah hantar ... salunya kat rumah jer.. orang lain yang pergi .. tapi kali ni fil dengan mil pergi saya pun hantar sekali.


Pengalaman pertama kalinya hantar pergi haji ke kelana jaya.... saya rasa korang pun patut pergi walaupun takda nak menghantar orang tau .. saja cari pengalaman .. tengok orang lalu lalang .. tengok prosedur penghantaran, tengok prosedur macam mana ... nanti ada peluang memang nak pergi dah tau dah ... tidaklah macam kami ni... terkulat² dibuatnya...


 Hubby kan kursus, patutnya terus pergi jumpa kat kelana jaya, tapi hubby balik petang tu kat rumah mak suprise sangat .. hahahaha ... dia kata kelas malam skip pun takpa .. nanti belajar dengan kawan sebab bab tu tak penting .. betul jugak ... hantar mak dengan bapak lagi penting, peluang datang seumur hidup sekali dan bila hantar daripada rumah nak pergi haji ni sayu dia lain macam.. perasaan dia semacam ....




Malam tu memasing adik beradik dah berkumpul daripada petang, sempatlah maghrib jemaah bersama .. sempatlah jugak baca yassin adik beradik ... kemudian ada sedara mara jugak yang datang nak hantar ke kelana jaya, mak dengan abah saya pun hantar jugak .. naik dengan kami .. tapi last minit hubby kena bawak kereta jugak .. cian hubby sebab ada sedara mara lain nak hantar ke kelana jaya tapi takda kereta .. takpalah ... saya, abah, mak dengan amir naik dengan pak cik saya (sebab saya ketaq nak drive).



Ni beg mil dan fil, yang kuning ni memang tabung haji bagi .. yang besar tu beli sendiri ... kain sarung malaysia tu jer tabung haji bagi ... semua pun akak ipar yang siapkan balut² ... saya tak sempat tolong, tau² dah siap nak bermanga huhuhuhu ... sebab yang beg besar tu nanti nak letak kat kargo ... mil dan fil akan turun di madinah dulu buat umrah dala 7@8 hari baru lah ke mekah.





Sebelum gerak sempatlah kami anak beranak bergambar .... kalau tak silap dah 9.30 malam .. kami gerak dalam pukul 10.00 malam .. sebab takut berhimpit ramaikan, maklumlah jemaah yang turun kat kelana jaya pun ramai ... tu pun kami sampai 10.45 dah ramai.. parking sesak ... yang pendaftaran 9 malam baru nak gerak daripada dalam bas ... elokk jer bas bersusun. mil dan fil kalau ikutkan pendaftaran pukul 1 ... korang boleh bayangkan betapa lamanya kami menunggu .. tapi percaya tak.. tak rasa lama pun sebab kami borak² .. tengok suasana keliling macam² kerenah orang ... masuk² jer disambut dengan jualan buih belon dan macam² jualan lagilah ... meriah sangat. Dalam pukul 12.00 lebih dia orang umumkan ... ada kena serahkan borang pengesahan lepas tu amik beg dan taq untuk letak kat beg ... panjang sangat beratur, adik² ipar yang beratur amikkan untuk mil dan fil.




Kami gerak dalam suasana yang cukup sayu .. lagi² masa abang ipar laungkan azan ... ya allah sayup² jer tau sebaknya .... masa kat rumah mil tu, mil dan fil naik van dengan abang ipar ... hubby bawak kereta, saya dengan abah satu kereta, adik² ipar satu kereta , ipar duai ada 2 kereta .... kiranya 6 kenderaan jugaklah gerak malam tu ... sampai sana memasing berpecah cari parking ... sebab terhad sangat² .. dan memang sesak .. kami pun dapat tempat parking yang bayar rm5 hinggit... mujur sekali bayar, kalau sejak harga tu .. naya jer ....




Ni masa dah di umumkan jemaah boleh mula beratur untuk masuk kedewan .. memasing dah berjujai air mata ... bersalam peluk cium, tapi macam biasalah masya dia cool kunun² cover comell takmoo nangis depan mil .. amik candid sana sini .. ermmmmm cayalah sambil amik gambar sambil kesat air mata .. touching sangat .. camnalah lagi 4 tahun nak hantar mak pulak dengan abah nanti ... masa taip ni pun , air mata dah bergenang .... 



Lebih kurang pukul 1 lepas diumumkan masuk kedewan, kami  hantar mil dengan fil masuk kedewan, saya, mak dengan abah balik ... dulu sebab amir dah mengantuk sangat .... esok nak sekolah ... masuk² kereta terus tidur .. hubby tunggu sampai mil dengan fil masuk dewan dengan adik beradik yang lain .... alhamdulillah dipermudahkan semua urusannya ... laluan nak kedewan pun tak susah .. tapi memang sesaklah sebab bukan jemaah jer yang beratur .. anak² yang nak menghantar pun beratur sama ... tu yang jadi sesak .... laungan di corong² pelusuk dewan dah macam kat mekah .. memang terasa sangat panggilan hajinya .. cuma sebab penerbangan ni yang terakhir (penerbangan ketiga) untuk malam tu jadi macam tak berapa nak teratur sangat .. memasing dah kepenatan agaknya urusetia .... sebab akak ipar kata macam berterabur sikit bila jemaah nak masuk dewan dengan nak tarik beg ... kesian kalau tengok orang² tua nak menarik beg .. sebab masa ni anak² tak boleh dah nak ikut.

Apapun semuanya berlaku secara perlahan dan teratur .. hubby kata sampai rumah pukul 2 lebih, kiranya tak jauh bezalah dengan kami sampai pun ... alhamdulillah dipermudahkan semuanya .. moga mil dan fil mendapat haji yang mabrur. 31 Ogos baru ni fil ada call alhamdulillah semuanya sihat kat sana ... kalau ikutkan hari ni dah seminggu lah mereka kat madinah .. insyaallah lepas ni ke mekah pulak.




Bicara Hati : Moga satu hari nanti .. kami juga akan berpeluang kesana ...






Rabu, 3 September 2014

Kenduri Kesyukuran Buat Keluarga Mertua



Assalamualaikummmm ..... alhamdulillah akhirnya pada 24 Ogos lepas isyak kami sepakat adik beradik hubby buat majlis kesyukuran buat keluarga mertua yang telah pun selamat ketanah suci mekah pada 29 Ogos 2014.

Kenduri memang dah rancang awal, cuma rasa lebih bermakna dan bersyukur sebab bapak mertua dapat pergi dengan mak mertua sekali ... ya allah sujud syukur kami sekeluarga dibuatnya ... sebab kalau ikutkan surat panggilan pertama hanya nama fil sahaja yang tersenarai .. puas buat rayuan sampailah kali ketiga keluarga mertua pergi ke tabung haji ibu pejabat kl dan bertanyakan status sebenar ... tak sia² mil marah orang kaunter tu terkial² baru nak cari file kikikiki ... (tak dapat ku bayangkan gaya mil marah) sebab masa kali ketiga ni mil datang bulan puasa .. ada ke patut orang kaunter tu cakap suruh datang lagi .. rayuan akan diberi tahu .. marah lah mil kan.. ingat dekat ke nak datang .. suka² je buat camtu tau ... dah lah tak tengok file ... boleh cakap macam tu jer ... dia ingat mil baru kali pertama datang kot ... hambikkk tak memasal bulan posa mil naik hangin, takpalah itu semua ada hikmahnya juga.

Kalau ikutkan masa raya tu memasing dah takda mood dah sebab keputusan rayuan tak dapat lagi, ya allah yang maha mendengar rintihan dan maha mengetahui .. 3 hari nak menjelang raya mil dapat tepon daripada tabung haji rayuan di terima dan boleh pergi sama dengan fil dengan penerbangan yang sama .... sebak rasa masa fil bagi tahu rayuan di terima .. barulah mil ada perasaan nak beraya .. dan barulah kami rasa seronok sangat .. dan barulah boleh buat persiapan untuk fil dan mil ke Mekah... kalau tak fil pun takda mood nak membeli keperluan nak ke Mekah.

Oklah .. itu mukadimah akhirnya rayuan mil diterima, lagipun faktor usia dan mengikut suami perlu jua di ambil kira.. saya tahu pihak tabung haji pun bukan mudah nak menerima semua rayuan kan ... dengan rasa kesyukuran yang teramat dan niat fil kalau mil dapat pergi sama dia nak kenduri qiqah kambing, ya allah orang tua dah niatkan gigihlah kami suami isteri mencari .. sudahnya adik ipar dapat jugak...  maklumlah musim rayakan orang dah tempah awal² untuk jamuan raya .. kami ni baru mencari tu yang payah... lagi² nak yang di sembelih bukan yang frozen memang mencabar jugaklah.



Amirrrr ..... kemahin rajin menolong masa kenduri tu .. sampai lupa penat .. ke sana sini dia dengan sepupu²nya .. sudahnya isnin tak sekolah kepenatan ... tapi petang elok pulak eh boleh main basikal .. siap pandai kayuh terus... pandai jer drama kan .... takpa² tadika ibu bagi can .. tahun depan dah sekolah memang tak boleh cuti sukati.




Seekor je kambing goleknya .. nahh selambak masa kenduri dah siap bakar .. jadinya habis kenduri .. senanglah orang kampung nak amik makan ... tapi kambing tak cukup hihihihihi ... amboi boleh tahan jugak yer... ramai yang suka.. mujurlah ada satay ayam .. alamak!!! satay pun tak boleh cover semua suka hahaha.... syukur jugak banyak menu .. jadi banyaklah pilihan ....




Gambar tetamu yang datang tak sempat amik, ni gambar kandid jer masa kenduri dan tengah sibuk bungkus berkat hihihihihi ..... penat jangan cakaplah esok semua pun kerja macam biasa hihihihi ... semua pun siapkan kemas malam tu jugak ... takpa rumah kami kat belakang takda dah nak kalut balik ... esoknya balik kerja sambung lagi kemas kat rumah mertua ...



Alhamdulillah dipermudahkan ... majlis kesyukuran berjalan lancar .. hanya jemput orang kampung untuk kenduri lepas isyak, tapi ada jugak kawan² hubby nak datang beraya rumah dengan jiran lama .. kami jemputlah sekali.. lepas tu mereka singgah rumah.. tapi rumah kami persinggahan je lah .... makan kat rumah fil.





Bicara Hati : Tetiba ada yang tegur, cikgu bila lagi nak buat kambing golek kat rumah sendiri .. amboiii mendalam maksudnya tu yer... kami senggih je suami isteri.










Selasa, 2 September 2014

Pertama Kali Bersua Muka



Assalamualaikummmm ..... pertama kali bersua muka dan buat pertama kalinya beraya ke rumah blogger hihihihihi ... masya oiiittt raya dah seminggu habis dah, orang dah cerita hal merdeka ko raya tak sudah².. okey² fine jangan marah .. ampun kan tuan tanah sebab masalah² teknikal tuan tanah kedaung lambat publish entry ni ... okk ni entry terakhir pasal raya .... nak jugak cerita sebagai kenangan kali pertama ... kang tunggu raya haji lambat lagi kikikiki ... ;p

Ni kisah minggu terakhir raya, sana sini memang banyak sangat² jemputan open house ... jauh dekat dengan jemnya hari tu jangan cakaplah ... sebab kami dah tau .. kami sekeluarga cuma pergi satu je jemputan .. itu pun sebab hala nak pergi beli barang kat nsk sri andalas... eh² sama hala ker??? memang tak sama hala pun tapi masih lagi boleh pergi lepas balik daripada rumah blooger ni .... macam tawaflah kami.



Pertama kalinya kami bersua muka .. pertama kalinya jugak aku jumpa dengan blogger² lain ... ada yang kenal .. ada yang tak kenal .. tapi daripada alam mayalah kami mula kenal ... tak sangka bermula di alam maya .. balas komen dan baca entry sahaja .. akhirnya .. dapat juaaaa bersua muka. Kami ke rumah nad a.k.a mamazn , nad dah jemput kami awal² .... jadi mudahlah kami aturkan perjalanan... walaupun sebenarnya tak tau lagi boleh datang atau tak sebab takut tak  sempat nak buat persiapan kenduri rumah mertua esoknya... dan rasa macam segan pun iye jugakkk ..... kitew kan pemalu orangnya hihihihi ... agaknya memang dah jodoh kami jumpa kot.. semuanya di permudahkan ... hubby pun okeyy jer bila ajak pergi... area rantau panjang tu ... sebab dah biasa kot jadi tidaklah kami sesat barat kikikiki ....




Adehhhh anak aku yang bertuah tu kalau suruh bergambar sekarang ada je pesennya .. dah gaya otomen pulak .... pipi ibu bagai di pam² botok rasanya gebu gebas bila senyum, sebab asyik makan je lah raya ni hahahaha .. sana sini open house kan .... pasrah je lah ... 


Terima kasih nad sudi jemput kami ... menu sedapp sangat mee kari tu .. kitew tak reti masak mee kari .. nyum² sedappnya banyak udang ... boleh dikail ... menu lain yang berat² tak sempat rasa ... sebab nak kejar masa tapi kuih muih sempat amik, buah semua tu hihihihi ... amir dengan sepupu dia kemahin berulang kali amik sosej, naget semua tu ... kuih².. tabik kat nad tau.. masak semua menu tu .... lain kali nak jugak merasa rendang papazn pulak ... terliur² dibuatnya tau ... sorrylah saya ni pemalu orangnya bila jumpa tak banyak cakap hahaha ... 



Bicara Hati : Raya dah habis .. takdalah open house.. tapi jemputan kawin pulak penuh hujung minggu ...






Isnin, 1 September 2014

Amir Pandai Kayuh Basikal Tanpa Roda Kecil


Assalamualaikummmmm ... lama peram entry ni daripada minggu lepas gara² tak boleh upload gambar .. hihihihi .... oleh kerana semangat ibu yang membuak² hari ni cuti .. ibu nak jugak publish entry ni hihihiihi ..... istimewa sangat² dan secara rasminya pada 25 Ogos 2014 bersamaa hari isnin 29 Syawal amir dah pandai kayuh basikal tanpa roda kecil kanan kiri .... yeahhhh berganda² happy ibu dia.. yang gelihatinya nenek yang ajar amir .. gigih nenek pegang belakang basikal tu melayankan kerenah amir ... hubby baru je betulkan basikal ni .. terus dia semangat nak kayuh tak nak beroda....












Akhirnya , amboi kemahin lajukan... dah terror sikit tu ... gigih ni pun sebab ada sambutan kemerdekaan kat tabika kena bawak dan kayuh basikal hihihihi .... tapi ibu suka sangat semangat amir ni sebab gigih belajar, walaupun tak confiden sangat, takpa ... walaupun ibu bukan yang pertama nampak .. tapi ibu bangga sebab ibu baru nak turun kereta amir dah berlari8 bagi tahu dan kongsikan kegembiraan dengan ibu yang amir dah pandai .. sayangggggg amir .. good job, nanti ... kita boleh geng kayuh basikal sama².. ibu nak beli basikal lah ... macam best jer kayuh basikal ni.




Bicara Hati : Dulu gigih kot kayuh basikal yang ada palang kat tengah tu .. sudahlah besar.. semata8 nak pandai kayuh basikal.. rasanya dah darjah 3 kot kikiki ....







Jumaat, 29 Ogos 2014

Selamat Hari Lahir Buat Suami Tercinta



Assalamualaikummm.... Pftttttt akhirnya .. yeahhh.. akhirnya setelah berusaha keras barulah berjaya upload gambar di blog .... hahahaha .. sabar je lah tau ... nak majuk² pulak tab ni kan ... dah tuan tanah dia pun satu hal jugak gambar yang tak cantik pun elok je tak delete banyaklah benda dalam tab tu .. manalah dia tak benggong dokkkk hangging kikikikiki ... ;p Alhamdulillahhh di hari jumaat yang mulia ini memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada ilahi kerana pada hari ini adalah ulang tahun kelahiran suami yang ke 38 tahun .... tapi muka takda cam 38 tahun pun .. hahaha ... sangat awet muda tau ... 



Istimewanya kalinya , tepat jam 12 malam tadi masa menunggu penerbangan mak mertua ketanah suci adik beradik menyanyi lagu untuk bestday boy .. aloh² nyanyi nyakat² jer pun.. kek??? takdanya.... lagipun istimewa sangat sebab tarikh penerbangan tu sama pulak dengan bestday hubby dan kebetulan malam jumaat ... ya allah moga segala hikmah yang tersembunyi .. hanya Allah sahaja yang tahu. 

Terima kasih sudi menjadi sahabat, pendegar setia saya yang baik walaupun kadang² tu memang pendengar sangatkannnnnn sampai saya cakap tadah telinga jer tak tengok muka hahahaha ...;p Selama 10 tahun kita kenal ni .. saya harap saya dah cuba melengkapi sedikit ruang dalam hidup awak .... terima kasih tau ... hadiah???? dah beli dah .. nanti kita bagi eh .. tidaklah special mana ... janji awak suka ... (ishh cam tak best jer taip awak² nak ucap bestday kat hubby)

Semoga hubby dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik .... dan setiasa saling melengkapi dalam hidupku .... terima kasih pada mak mertua dan bapak mertua kerana melahirkan insan yang cukup istimewa dimata ku seperti hubby. tqq mmmuuuahhhhhhh .....




Bicara Hati : Cuti 3 hari .. cam best jer kalau dapat bercuti jalan² ... tapi esok ada sambutan kemerdekaan kat tabika amir ...



Khamis, 28 Ogos 2014

Pasrah



Sejuk pagi hari ni.. bila hujan di pagi hari seperti merahmati apa yang akan berlaku malam nanti .. insyaallah malam ni penerbangan mak dengan bapak mertua ke tanah suci , moga segalanya dipermudahkan ... doakan yang terbaik buat keluarga mertua saya moga diberikan kesihatan yang baik disana sepanjang 45 hari kalau tak silap saya .. sebab penerbangan pulang dijangka 13 oktober.

Dia buat perangai pagi ni??? grrrr .. tab tak boleh nak transfer gambar ke blog .. dah sudah.. entry berderet² lagi nak kongsikan ni .. pasrah je lah bila jadi macam ni .. pasrah bila entry kena tunda .. pasrah bila tengah mood membuak² nak kongsi entry .. ada kelapangan tab buat hal grrrr ..... pasrah ada entry pestime beraya rumah blogger akan keluar dah habis raya hahahaha .... dan paling teruja nak kongsikan entry amir dah pandai kayuhhhh basikal tanpa roda kecik pada usia 6 tahun 2 bulan ... (poyo je kan .. anak orang lain dah pandai kayuh usia 5 tahun kot .. tak kecoh pun)  #pasrah2 kat ig pun tak boleh upload gambar grrrrrrr sangat tau dibuatnya.... bila dia buat perangai tab ni ....

Dalam pada kami diuji tak sihat ... dalam tengah susun jadual untuk menghantar keluarga mertua malam ni .. hubby kena pergi kursus ... bermula semalam .. adehhhh #pasrah lagi .... aku dah nekad takpalah tak hantar ke kelana jaya .. jaga rumah .. semua pakat pergi takpalah aku kemas rumah ... kunun² pasrah ler tu .. tapi hubby suruh jugak pergi .. mintak tolong pak cik hantarkan ... sebab nanti nak letak beg mertua tak muat kat kereta adik ipar ... tu yang mohon moga dipermudahkan semuanya malam ni ... hubby akan datang terus daripada tempat kursus sebab esok pun hubby masih ada kursus lagi ... dan mujur jugak kursus di Bagan Lalang, kalau keluar daripada selangor kan ke haru.

Dan pasrah lagi .. big bos cuti 2 hari ni, sampai selasa depan baru ada .. sebab isnin kan ke cuti ganti ... sempena hari merdeka .... masing² amik kesempatan cuti panjang. Patutlah hari ni berat hati nak datang kerja ... dengan tak sihatnya gigih datang kerja ingat nak siapkan kerja urgent sebelum cuti .. kalau tahu big boss takda memang dah MC dah tau... tengah tak sihat ni ... 

Eh² pasrah sangat entry ni kan... membebel jer ... motif² huhuhuhu ... nak meluahkan perasaan jer, walaupun tak boleh upload gambar ... tapi tengah mood nak menulis .. korang layan jer lah ... yeahhh nak bw ke rumah korang ... sebelum balik petang ni, sebab mohon amik 4 jam.



Bicara Hati : Ada jugak yang esok mc ni , sebab tengok nombor pun dah berpinar kembang² camna nak buat kerja... tapi baca blog boleh pulak kikikikiki ... ;p















Rabu, 27 Ogos 2014

Kelaparan



Inilah jadinya kalau ajak pergi berjalan , ajak pergi beraya .. dia sibuk main ... ibu dengan ayah sudah kekenyangan .. yang dia pulak balik rumah barulah nak ingat makan .. barulah perut tu rasa lapar ... jadinya beli je lah burger siap² sebelum sampai rumah... hihihihi .. burger tepi jalan sudah.. itu pun menjilat jari dah macam sedappp sangat kalah makan ayam golek.












Kambing Bergolek ² Di Hujung Kampung Waktu Malam



Assalamualaikum ... tajuk tak menahan kambing bergolel dihujung kampung, lagi tak menahan tu waktu malam hahahaha ... poyo je kan ... ni kira gambar teaser jer boleh tak??? story mori nanti kita cite eh .. tuan tanah kedaung habis syawal ni demam lah pulak 3 beranak sekali harung .. puas berjalan .. puas makan agaknya ... dapatlah ganjaran sikit .. moga terhapuslah dosa² kecil kami.

Sekor je pun kambing yang bergolek hihihi .... Cukuplah rezeki malam hari .. ini pun dah rare dibuatnya .. yang penting tak bau kambing sangat masa dibakar.. dan so yummmiiiii .. sebab dah biaser order kan dengan KHK Food ni.







Yeahhh amir dah mula pandai makan kambing, sebab sepupu² pun sibuk nak makan kambing kan.. dia pun sibuklah nak mencuba jugak rasa agaknya .... sudahnya amik sepinggan ibu yang habiskan .. amir makan sikit jew.. jadilah untuk permulaan ... kambingkan makanan yang elok ikut sunnah nabi .. nanti lama² oklah.





Bicara Hati : Hubby kursus 3 hari .. ermmm napalah waktu² macam ni nak kena pergi kursus .. #pasrah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...