♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label ♥ Kasih Abadi ♥. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ♥ Kasih Abadi ♥. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Disember 2012

Kami tinggal Di Desa Anthurium Apartment , Cameron

  


Semalam kisah keladang Ladang Teh BOH okk hari ni sambung lagi.. maaf lambat, kesibukkan melanda.. tak boleh nak publish entry banyak sangat sehari ... tapi sempat BW banyak² sehari hahahahaha... motif takde idea ayat nak susun buat entry.. jadi bile BW dapatlah idea nak susun ayat.


Ade yang bertanya saya borong teh ke kat ladang teh boh?? borong tidaklah.. tapi ade jugaklah membeli teh boh kat situ sebab tak semuanya murah .. ade jugak yang lebih mahal daripada harga pasaran.
Lepas pergi ladang teh dah tengah hari baru masuk aparment tu pun sebab dah hujan, mane boleh nak sambung berjalan hihihihi.. masing² dah kelaparan pun iyer jugakk... 


Okk.. kali ni kami tinggal kat sini... tak susah pun nak cari lepas pekan tanah rata tu jalan sikit tak jauh daripada simpang Mardi jumpelah singboard ni kat sebelah kanan ... banyak blok jugaklah rumah ni.. rumah kami Blog B rumah B12, tapi takde lif huwarrrrrggghhhhhh .... macam nak nanges tau naik tangga tingkat 3.


 Sempat snap hihihihihi ....


Sekitar kawasan dalam rumah, alamak!! lupe nak amik gambar dapur pulak.. meja makan disediakan...
Rumah 3 bilik, 2 bilik air
Ade tv tapi astro basic jer canel 104 pun takde saboo jerlah.. (rumah dulu pakej hubby siap bawak kad astro boleh guna.. yang ni dah tak bolehlah kami kan dah guna byond kat rumah huhuhuhuhu ...)
Harga?? RM250.00 dah agak harga biaser yang ditawarkan.. dulu kami dapat rumah rm200 jer hahahaha.. memang berbaloi masa tu 3 kereta... kongsi² jimatlah.. yang ni kongsi 2 kereta jer...
Kami tidur semalam jer pun okkklah tu ... (10/12-11/12/2012)


Sebab dah masing² kelaparan.. lupe nak amik gambar makan² hahahaha.. menu memang mableshhhh... nasi, nasi himpit, rendang, ayam masak kicap, sardin dan roti .. air bancuh 3 in 1 teh boh halia dan 3 in 1 teh boh 'ice lemon-lime tea' beli kat ladang teh tadi hahahahaha.... percaya tak air panas tu cepat sejuk sebab cuaca kat sana sejuk sangat².. bukak paip dah macam air batu sejuknya gegegegege.....



Bicara Hati : No telefon pemilik apartment saya update kemudian yer... lupe nak amik daripada hubby... ade yang berminat nak tidur sini ker?

Khamis, 20 Disember 2012

Destinasi cinta pertama : Ladang Teh BOH

  
Sambung balik kisah semalam lepas kami dah berehat dan teruskan perjalanan ke Tanah Rata pulak, 
Sentiasa terbayang² keindahan ladang teh (mengigau jer tak.. termimpi² jer) ... maklumlah pergi cameron yang dulu tak dapat singgah satu ladang teh pun huhuhuhu, hubby punyerlah nak tunaikan permintaan isteri ni sampai² ke Tanah Rata jer jumpe singboard Ladang Teh Boh teruslah di terjahnya... memule tak perasan ingatkan hubby nak kemana.. jalan makin lama makin kecik.. pusing sana.. berliku sana .. berliku sini ... memanglah curam nak naik kepuncak tau.... siap ade papan tanda kat kawasan selikuh sila bunyikan hon menandakan ada kereta lain nak lalu.. bagi elakkan bertembung.
Pemandangan yang sangat indah ....
Dah mulelah dok terbayangkan Ladang teh boh macam kat cerita ombak rindu tapi rupenya yang kami pergi ni bukan ladang teh tu.. yang tu kat sungai palas.. lepas kea farm kalau tak salah (kalau salah bagi tahu yer...). Alaaa.... takpelah tak dapat pergi yang kat situ pun yang ni pun dah okk ladang teh boh jugakk hahahahaha.... (padehal bancuh teh O suke teh lipton). Nak cerita lebih² pun tak tahu sangat.. tempat yang ni biasa² jer.. ade jugak kilang dan kedai tea macam cafe bolehlah minum dan nak beli ole² untuk dibawa balik semua pun Teh Boh.
Masing² dah pancit daki separuh puncak jer... hihihihihi ....
Tapi saya, amir, abah dan anak² buah hubby sampai puncak yeahhh...

Keterujaan terasa dibuatnya... sekali sampai puncak alamak!!! kene naik tanggalah pulak menyusur ke ladang teh tu... Tak sangka ramai jugak orang.. tapi agak ngerilah juga nak mendaki bejalan ni lagi² masa berselisih.. dah lama tak mendaki lah katekan.. dah tak pasal amir takmoo naik sendiri mintak dukung pulak.. hubby pancit, atuk sambung amik alih hihihihihi... sampai jugaklah kat puncak tu... angin sepoi² terasa.... kat puncak takde apepun... tapi dapat tengoklah pemandangan ladang teh yang cantik menghijau.


  
Abah mendaki dengan penuh bergaya.. anak ni gayat nak amik gambar .. sudahnya gambar jadi gini hihihihihihi .... cantik juga...





Bicara Hati : Lepas keladang ni kami singah kawasan madu lebah, tapi saya tak turun dah mule gerimis amir pulak ngadu dah lapar .. dia penat katanya.. jadi.. kami dua beranak dalam kereta jer...




Rabu, 19 Disember 2012

Singah di Hutan Lipur Air Terjun

  


Alhamdulillah akhirnya niat dihati di makbul oleh Allah nak bawak mak dengan abah pergi bercuti. Masih lagi dalam malaysia.... walaupun bukan percutian yang lama tapi cukup buat mak dengan abah gembira, tq hubby sebab realisasikan dan sudi bawak kami hihihihihihi ..... mau senyum lebar (^_____________^)v


Percutian kami ke Perak lagi hihihii... walaupun tahun lepas dah kesana juga.... Perjalanan kali ni hubby saja pilih naik daripada Tapah, sebab sebelum ni kami pernah pergi Cameron naik daripada Simpang Pulai.... Kirenya ni kali kedua saya pergi Cameron Highland... jadi mood kesana tu takdelah teruja sangat biasa² jer.. lebih teruja tengak mak seronok sangat hihihihihihihi... tangan ni pun ape lagi pantas jer lah klik² zom zaz zom zaz kalah paparazi hihihihihi.....


Hampir separuh perjalanan (separuh ker? suku) kami singah di Air Terjun Lata Iskandar, singgah jer.. tak mandi pun.. motip rehatkan diri buat drive² lepas melalui jalan-jalan yang berliku...& cuci mata, kami pergi 2 kereta, adik saya tak dapat ikut sebab dia kene bertugas kat sekolah kesian dia.... Setakat perjalanan sampai sini kami semua ok lagi takde yang mabuk atau pening. Amir??? hadoilah mulut pot pet pot pet dalam kereta mengalahkan DJ Radio...

  
Possing² di Lata Iskandar ....
Lame tak mandi air tejun tau.. 
Nasib baiklah amir tak merenggek nak mandi... 
Kalau tak haru jer.. bentang tikar kat sini dulu ...



 Possing² kat tugu ...
Hadoilah amir tak sudah² dengan botol susu dia tau ....





Sempat amik gambar berdua hihihihihi .....
Alamak!! pipi sama tembam dengan hubby gegegege ....
Lepas puas berehat lebih kurang sejam jugaklah kami singah kat sini... kami sambung perjalanan balik .... jalan pun dah mule pusing².. tapi naik cameron daripada sini memang tak terasa sejuk langsung berbanding naik daripada simpang pulai... kalau daripada simpang pulai memang suku jalan dah mule terasa sejuknya... udara dan angin cameron tu dah mule terasa....


Sepanjang perjalanan asyiklah jem tau ... dan asyik jumpa jentera macam ni jer...
Jalan tengah naik taraf kat sana... setiap kali selekoh banyak kali jugaklah kami kene berhenti tunggu giliran menyusur naik keatas...



Bicara Hati : Jalan pusing² daripada sini.. tapi amir okk jer... balik lalu simpang pulai .. amir muntah (2 kali ke cameron lalu simpang pulai amir muntah) habis kereta akak ipar sebab balik amir naik kereta dengan akak ipar.

Selasa, 18 Disember 2012

Rehatkan Minda Bersama KELUARGA

  


Bercuti??? ala... nanti bos marah, cuti dah dibekukan (belum isi borang dah bagi tau kat hubby macam ni masa hubby suruh cuti).... pandai² jer... buat andaian sendiri.

Takde tempat lain ker??? kan dah pergi sana tahun lepas.... tapi macam best jugak kalau pergi lagikan hihihihihi... Amir mesti teruja kalau pergi sana .....
Kata² ini telah menyebabkan hati tersentuh .... terus isi borang cuti, walaupun sebenarnya hati sebelum tu berbelah bagi nak cuti atau tidak.. tq sangat² kat big boss sebab luluskan cuti minggu lepas hihihihihi....


   Destinasi pertama kami ..... 

Destinasi kedua kami ....



Bicara Hati : Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi seronok sangat hihihihihi.... 






Jumaat, 7 Disember 2012

Sambut Ulang Tahun kelahiran Mak Mertua

   
Ni kesah jumaat lepas.. menantu bertuah ni bz lah katekan.. sampaikan ulang tahun kelahiran mak merua sendiri pun dia terlupa... huhuhuhuhuhu..... tak sengaja.... dan kebetulan bestday mertua sama dengan anak buah (anak akak ipar) jadi akak² ipar duai sepakat telefon hubby nak sambut sama².

Sudahlah balik kerja pena² hubby ajak pulak balik kampung, hadoilah pendek nafas kejap tau.. tak kemas barang.. tu belum lagi boleh pulak muka tak bersalah hubby tanya nak beli ape?? grrrrr ...... memang putus urat japlah pikir nak beli makanan ape.. sudahnya beli order satay jerlah ayah.. kang balik terus singgah amik.. ayah pergilah order dulu.. sempatlah orang tu bakar...
Yang baju hijau tu.. semua bestday orang pun dia dok menyelit nak potong kek dan tiup lilin hihihihihi.. layankan jer.... siap pakai topi lagi...



Bile dah kelangkabut, amir pun asyiklah meragam petang tu.... hangin tak menentu hala.. taufan badai... iyerlah agaknya kepenatan main kat taska lepas tu ibu sibuk mengemas nak balik kampung memang tak terlayan dia... malas nak amik pusing hubby bising² pun layankan jugak anak tu... saya tak suke nak marah anak depan orang, itulah yang sejujurnya... walaupun dia buat peragai... saya akan tegur bile bende tu dah reda dan tinggal kami berdua... barulah saya luahkan rasa tu... 

Secara psikologinya budak² pun akan malu dan rasa rendah diri bile dimarah depan orang ramai betul x?? lagi² depan sepupu² atau saudara mara..... jadi pedekatan saya kalau amir buat peragai masa tu memang saya terus pujuk dan akan bawak dia ke tempat lain.. tempat yang tak ramai tumpuan.. lagipun amir ni lembut hati mudah di pujuk walaupun dia nampak macam keras hati dan kadang² memberontak. 
 
Tak sempat nak beli hadiah apepun... memang terlupe.. tak hinggat langsung.. hubby pun ntah² terlupe jugak kalau akak² dia tak call sebab hubby nak exam.. dia sibuk ulangkaji.




Bicara Hati : Semoga dipanjangkan umur ibu mertua ku ... Alhamdulilah tahun ni dah 67 tahun (^___^)v masih sihat dan cergas lagi....


Isnin, 12 November 2012

Dinner Lamb Chop hangatkan suasana malam

  
Jalan lenggang.... sinonim musim cuti sekolah... yeahhhh .....

Musim hujan.. haruslah dihangatkan badan.. makan pun nak yang berunsur² panas.... makan ber sup atau tom yam. Tapi tibe² tekak nak makan Lamb Chop.... Hahahahaha.... kambing sinonim dengan makan panas untuk darah (iyer ker???) ntah.. tapi orang melayu selalu cakap macam tu... daging lembu atau kambing ni panas.. jangan makan banyak sangat kang ting tong... gegegegegege... okkkkkk .. tapi sesekali okk kot kan.

Sebab tekak dan teringin nak makan dan tempat yang biaser kami pergi mesti F & F kat area bt 7 sijangkang bersebelah pusat dialisis, kalau daripada klang/ kesas masuk sebalah kanan kat traffic light esso tu... oklah tu dekat dengan rumah tak jauhh sangat.. kalau yang jauh² kang balik lambat pulak hahahahaha.....



Besarrrnya... pertama kali order tau.. selalu makan chicken chop dan chicken grill jer...
Harga Lamb Chop ni RM 15.00 
Makan 3 beranak, lebih pada cukup.. paling suke roti dia tu.. ala.. nape kecik jer.. berebut² dengan amir....



Senyum lebar ayah yer.... macam senyum kambing hahahahaha.... (sorry gambar gegar)
Sebab ayah order lain burger special .... 
Tapi takpe.. ibu bagi rasa kambing ni.. sudahnya ayah yang habiskan .. sebab besar sangat...
Tapi... eksesori keliling tu.. semua ibu dah habiskan dulu hahahaha....



Amir pun teruja nak potong same.....
Sesekali makanlah katekan....
Amir punyer kentang goreng jer.. besar² kentang dia tau... lupe nak amik gambar sebab dah kekenyang kami bawak balik.. makan kat rumah jer....


Pemandangan sekitar kedai.. kali ni kami duduk kat atas bahagian dalam.. sebab kat sebelah luar tu dah ramai orang.... kedai ni barang² dia memang banyak hisan daripada barang terpakai ... tengok amir tu sibuk dok ketuk drum... 
 
 
 
 
Bicara Hati : Yang tengah dok pikir nak masak ape daging² korban yang mak bagi hari tu... ni dah nak masuk awal muharram tak masak² hihihihihi..... ** tq uji tegur... hahahahaha... nak cepat menaip gitulah jadinya...





Khamis, 1 November 2012

Tradisi menghantar ' punjungan ' atau makanan pada Hari Raya

   
 
 
 
Budaya menghantar juadah makanan ??? korang ade buat x?? selalunya hari raya aidilfitri kat kampung memang buat dan memang terasalah kemeriahannya tu.. sampai tak lalu nak makan banyak sangat juadah menjelang nak raya.....

Sebab hari raya hari tu saya sibukkk tak tentuhala.. tak cuti pun jadi.. saya cuti awallah raya haji ni.... kunun jer tu pun nak cuti awal sekali kene pergi kursus 2 hari daaaa... errrmmmm ....  Bagi kite orang, orang jawa ni hantar juadah ni lagi mesra di panggil 'pujungan'.. tak tahulah nak terjemah camner.... punjungan ni biasanya bagi masa nak raya jer.... tu pun bagi dekat saudara mara terdekat dan jiran tetangga....

Gigih tau.. petang rabu dah beli ayam dan barang² nak masak hihihihihi... pertama kali nak masak rendang ayam 3 ekor dan sekilo kuah kacang berdaging (^____^)v demi untuk familylah katakan... risau jugak kalau tak sedap maklumlah bile jarang masak banyak ni takutlah kalau ramuan tak cukup ....

Okk ibu masakkk... disambut amir yang sibuk dok layan main golf (iyer... hadoilah nak mainan golf lah pulak masa ibu sibuk beli barang.. mata dia sempat lah dok kenankan mainan golf)


Hasilnya masak rendang.. tapi tanpa kerisik hahahahaha... boleh panggil rendang ker???
Kuah kacang tu.. muainya seperiuk besar jadinya ngee~~~~
Juadah untuk 12 buah rumah ...



Bicara Hati : Raya qurban kami tahun ni takde yang luar biaser sangat sebab takde ahli keluarga yang buat qurban pun .. banyaknya jiran tetangga jer... gambar juadah raya pun tak amik hihihihihi ...cuma seminggu sebelum raya ade projek mega dirumah mertua-kacau dodol.


Rabu, 31 Oktober 2012

Muara Hati

  









Bicara Hati :
Kerana wanita itu unik..
ada keLEMBUTan dalam keKASARan...
ada TANGISan dalam gelak TAWA...
ada SENYUMan dalam keDUKAan...
ada keSABARan dalam keMARAHan...
ada keKUATan dalam keLEMAHan...
 
 
 
 
 
 

Selasa, 23 Oktober 2012

Projek mega dirumah mertua - Kacau Dodol

  
Bangun seawal subuh, kesejukkan yang sebenarnya.. itulah gaya kalau tido kat kampung .... memang nak terkucil jer dibuatnya.... haihhh heran hubby boleh tidur dengan kipas berpusing kelajuan 2, isteri ni dah macam nak kejung dibuatnya.... selimut pun rasa nipis jer.....

Projek mega terbaikkk hujung minggu sebelum hari raya haji yang akan menjelang tak lama lagi..... projek mega adik-beradik hubby hihihihihi.... pertama kali tengok tau orang masak dodol cara tradisional ni.... Resepi otai (pak mertua) hasilnya memang mantap.... bermula dari bancuhan santan menjadi minyak kelapa ... dan akhirnya menjadi dodol likat, jangan ditanya campuran adunan yang lain.. sebab aku sibuk kat dapur tolong akak ipar masak hihihihihi.... ;p


Layan gambar ni dulu yer.... ni jer yang sempat upload hihihihihi... hasilnya... 
tengok cara potong pun pakai tali tau.... 
9pagi-1.00tengahari oklah tu... tak sampai 8 jam pun....


Bertungkus lumus biras-birasku dan hubby mengacau, tapi hubby sempat ngelat kunun-kunun pergi pasar akak ipar soh belikan tempe.... huh sampai 2 jam baru balik saje jer... ngelat eh, nantilah tunggu buat kat rumah mak saya pulak.... jangan harap awak dapat ngelat-ngelat... tak mehan masa nak angkat ade jer di sakat anak-anak buah kunun dia yang banyak mengacau dodol tu sampai masak.....

Amir jangan ditanya anak bertuah tu.... sudah jumpe sepupu sepapat memang ibu dan ayah dilupakan.. berendam sehingga kecut jari kaki dan tangan.. dah kelaparan masing-masing barulah nak naik..... dan suara dia jerlah yang dok terjerit-jerit mengarah itu ini pada sepupu lain mengalahkan cikgu disiplin kat sekolah ayah huhuhuhuhu.... sikit-sikit nangis pantang ditegur salah buat, haihh ape kenelah anak manja sorang ni....



Bicara Hati : Entry autopublish... tuan tanah kedaung kerja luar 2 hari ni... kalau ade entry lagi lepas ni pun autopublish.... kalau takde tu... esok jerlah hihihihihi ..... (^____^)



Rabu, 17 Oktober 2012

Senyum , Menangis , Gembira , Syukur

   
Hanya mereka yang merasainya yang mengetahui ...... percayalah bile panas belum tentu sampai kepetang ade hujan ditengahari .. pastinya ade pelangi yang akan muncul kemudiannya.. tapi kalau hujan ribut puting beliung .. tak tau lah... sampah sarap jerlahhh yang bertaburan kot ;p....  

Bicara Hati : (^______^)v

Selasa, 16 Oktober 2012

Calon Masterchef yang tercicir

  


Hihihihihihihi .. tajuk tak menahan.....
Bantai gelak jerlah yer.....
Mesti korang tertanya²kan sapelah calon yang tercicir tu .....

Jangan nak buat muka pelik sangat yer... saya acah jerlah... 

Oklah ni kisah petang semalam ....
semalamkan seharian tak masuk opis, penat sangat tau ade nak kene hadiri taklimat kat luar ni... tapi takpe.. makan free okkkk² suke....
Jadi bile dah penat mood memang kelaut ke sungai lah nak masakkannnn kann....
jadi lepas amik amir kat tadika semalam saya singgah gerai tepi jalan dekat dengan sekolah amir beli laksa bungkus dan ABC (^____^)v kunun² menu makan malam lah tu.. sebab mak mertua ade bagi sukun ahad tu.. so bolehlah goreng.....

Balik rumah pun bagi tau hubby hari makan sukun goreng jer yer.. dengan laksa.... ke.. ayah dah makan???? dok senggih².. tak jawab pun saya tanye dah makan belum errrmmmmm.....

Sekali pergi dapur nak masukkan laksa kat pinggan, ternampak kuali bertutup macam ade sisa makan kat keliling..... jeng.. jengg.. jengg... ayah masak ker??? hahahaha... owwhhhhhhh... suprise ehhh...... patutlah tanye tak jawab dok senggih²......
 
Jom tengok bawah supriseee...... hubby masak (memang jarang² berlaku hokeyyyyy .... takpelah takde deko² macam masterchef, dah masak pun dah cukup baik)

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Nasi goreng special katanya.....
semua rencah dalam peti sejuk dimasukkan ayam cincang, udang, sayur campur hihihihihihi
rasa???? okkklah tak pedas sebab ayah masak ikut citarasa amir kot (tapi amir takmoo makan dah kenyang cian ayah) saya pun makan paksa²kan diri.. sebab nak makan laksa hihihihihihi .....



Bicara Hati : Ayah jangan majuk tau.. hari ni masaklah lagi.. mesti ibu habiskan ....








Isnin, 24 September 2012

Semoga panjang umur abah

 
Hari ini hari isnin 24.09.2012, ape istimewanya hari ni?? semua orang dok bluess tak habis² sana sini.. lagi² kat selangor ni hujan malam tadi.. dah tengahari pun masih terasa kesejukkannya.

Hari ini ialah hari kelahiran abah yang ke-58 tahun, alhamdulillah abah masih lagi dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik.. dan memang itulah doaku setiap hari moga abah baik² aje..... moga abah sentiasa dimurahkan rezeki.

Moga suatu hari nanti abah diberi peluang menjejakkan kaki ketanah suci macam² kawan² lain seusianya, kerana yang satu itu .. adelah ketentuannya.. dapat dilakukan seumur hidup sekali pun sudah memadai ...

Tahun ni tak taulah nak sambut gaya mane.. kalau dah jatuh hari isnin gini .. semalam abah pergi kenduri .. kami pun tak balik kampung .. memang takdelah sambut menyambut lagi.. jadi akak doakan daripada jauh jerlah...


Ini gambar suprisee.. masa 2010 rasanya ...
awatlah muka ku putih macam tepung gomak ngee~~~

Macam biaserlah bab² potong kek ni amirlah yang paling teruja.. tak payah nak disangkal lagi ...
 
 
Insyaallah kalau ade kesempatan nak raikkan hujung minggu ni .. tapi dah kalau amir tak sabar mau malam ni kami balik kampung jap hihihihihi .. keinginan nak makan kek red velvet tak tertunai lagi macam mane ni ....


Bicara Hati : Hari lahir bapak mertua pun bulan september jugak 20 september hari tu ... (^___^)v




Khamis, 20 September 2012

Harapan Seorang Isteri

 


Apakah harapan seorang isteri??? terjumpa kata² ni di fb dan memang ade kebenarannya..... 


Suami yang,

Menjaganya ketika kesakitan ....

Berada disisinya ketika ia kesunyian ....

Melindunginya ketika jiwanya kebimbangan ...

dan memimpinnya ketika ia diselubungi kesesatan.




Bicara Hati : Semua isteri pun nak macam tu kan.... Allah s.w.t jadikan hidup berpasangan ade pasang surutnya.. kalau tidak diuji takkan adelah kematangan dan kemanisan dalam perhubungan. (^___^)v. Allah s.w.t jugak takkan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi dugaan.




Jumaat, 7 September 2012

Maraton minggu pertama raya

 
Ape kes dah 20 syawal baru nak cerita ape yang berlaku minggu pertama syawal hihihihihi .. takpe raya sebulan kan.. kan... jangan ade yang bosan baca sudah..... (^___^)v kalau bosan pangkah lah x.

Saya cuma kongsikan kemeriahan saya berhari raya bersama keluarga jer... mungkin orang lain hari raya meriahnya lain, tapi kami ni selagi dalam kelender tertulis syawal memang kali pulun raya sebulan tu .. semua open house pun kami nak singgah makan freeeee.

Syawal hari pertama
Setiap tahun lepas abah balik solat hari raya, kami akam bermaaf²an dan menjamu selera.. lepas tu barulah saya kerumah mertua pulak (sejak arwah adik takde memang takde sistem giliran seiap pagi raya memang kat rumah mak saya dulu .. malam raya pun saya kat rumah mak .. sebab tak nak bagi mak sedih teringatkan arwah, terima kasih hubby yang sangat² memahami).

Dan seterusnya akan join baraan dengan family sebelah mak .... kami berkumpul kat rumah embah dan baraan kerumah sedara mara dekat² situ naik moto jer ... daripada pagi, tegahari rehat solat kejap .. petang sambung sampailah habis.. biasenya pukul 6.00 petang dah habis..

Gambar² memang takde.. tak kuasa nak usung kamera.. sampaikan rumah mak naik baraan pun lupe nak amik gambar hihhihihihi ....

Syawal hari kedua
Hari raya kedua kebiasaannya kat kampung ade baraan orang lelaki, tapi abah jarang join .. ikut sukahati abah .. kalau abah tak join memang rutin kami akan balik kampung embah belah abah pulak kat sg. nibong nunnnn jalan hala ke sabak bernam.

Oleh kerana tahun ni tak balik perak, kami tak tidur rumah embah malam raya kedua, kami balik awal² pagi raya kedua tu jer hihihihihi .....

Gambar² kat kampung tak berapa nak ade sebab sawah pun tak .. dah habis menuai .. bendang semua kering kontang.

Syawal hari ketiga
Syawal hari ketiga agak syahdu sikit, kami balik johor kat bukit kepong (tahun ni gerak 3 kereta) .. setiap tahun pun balik sebab satu² abang kandung pak mertua masih kat sana, kami datang beraya sekali ziarah isteri abang pak mertua yang tak berapa sihat. Tak sangka isteri abang pak mertua meninggaldunia hari tu jugak dalam pukul 12.00 tengahari... kami tunggu sampailah pengebumian pukul 4.30 petang barulah kami balik. Al-Fatihah buat arwah.

Sebab dah janji nak singgah rumah kawan hubby kat kampung tu jugak .. kami singgah lebih kurang pukul 6.00 barulah balik .. singgah air keoh dan dengkil kul 11.00 sampai rumah akak ipar kat telok panglima garang huhuhuhu .. jalan jem sloww sangat ...  mengantuk ketiduran singgah rumah akak ipar beraya sekali makan² malam sebelum balik rumah masing².

Syawal hari keempat
Sebab kepenatan hari ni tak beraya mane pun .. tunggu rumah mak orang datang beraya pulak hihihihihi .... boleh tahan ramailah datangnya memang duduk dapur jerlah masak, dayoh (tetamu) datang tak berhenti² huhuhuhu......

Syawal hari kelima
Orang lain sakan beraya saya dah kerja hahahahaha .. motif?? takde motiff jauh sekali mengelat nak masak atau melarikan diri .. cuma nak siapkan kerja² sikit ade yang tertinggal. Lagipun cuti banyak dah habis .. kenelah simpan sikit beringat tahun depan anak dah mule sekolah mesti banyak nak cuti (^___^)v

Saje suke² amik gambar ni hubby dengan embah ...
maaf gambar goyang tapi nak tayang jugak ....


Bicara Hati : Hujung minggu sambung beraya lagi ... keluar pagi balik malam jugak ... huhuhuhuhu .... Ahad malam isnin adik beradik ipar semua datang rumah dengan mertua, meriah sangat rumah masak pun sempoi² .. jer...

Rabu, 5 September 2012

Bersama selamanya walaupun dah beranak pinak

 
 
Alhamdulillah kite masih bersama dari kecik sampailah sekolah rendah, sekolah menengah, sambung belajar, berkahwin dan kini telah beranak pinak ... size pun masing² dah lain (^____^)v


 
 

Selasa, 4 September 2012

Warna Warni Di Aidilfitri

  
 
 
Sebagai kenang²an .... saya tatapkan memori saya berhari raya setelah bergelar isteri .... jauh beza tak saya dulu dan sekarang ..... pipi jangan cakaplah semakin² gebu hihihihihi ......

- 2006 -
Alhamdulillah tahun pertama berhari raya sebagai isteri .... masih berdua, ni amik gambar dr hs hubby jer kat rumah embah.... takde tema masa tu .. memang tak tempah baju pun.. ni baju lepas kawin kami tempah saje².. sekali siap nak raya.. pakai jerlah masa raya (^____^)v

 - 2007 -
Tema warne purple meroon (tapi hubby kate merah tua ni ngee~~~) dan biru macam dalam gambar
Tahun kedua beraya sebagai isteri dan bakal ibu hihihihihi .. alhamdulillah ramadhan kali ni saya puasa penuh rupenya saya mengandung 5 minggu masa raya baru tau. Hubby punyerlah meloncat² suke .. hadoi lah.... asyik senyum jer masa raya .... sakan kami beraya masa tu selera membuak².. sebab tak mabuk pun....

-2008-
Tema hijau jugak (last minit sebab baru lepas bersalin) 
Alamak!!!! mane pulak cicir gambar satu family ni .. masa ni gambar baru lepas pantang ... nanti jumpe kite upload kat sini hihihihihi .... saya upload gambar saya berdua dengan amir yer masa ni nak gerak jalan² raya kedua ke .. ketiga tak hinggatlah.
Tahun pertama beraya tanpa arwah adik, rasa sayu sangat kehilangannya. Al- Fatihah

 - 2009 -
Tema warne gold .. tapi hubby kate kuning
Amir dah setahun masa ni .. tengah ligat baru dapat kaki .. berjalan² jer.. pantang terlepas .. suke tengok .. tapi dia jenis tak kesah sangat pun ade hiasan² ni, kuih² ker... tak diherannya . kalau bagi mainan leka lah dia tak berjalan jauh... lagi² kalau bagi kereta.

 - 2010 -
Tema melenium .. tapi hubby kate kelabu
Tahun ketiga amir beraya, dah mule pandai nak bergaya ... collection pun bertambah²... dah pandai nak salam uwit².. uwitt raya .. hahahaha.. saboo jerlah .. lepas dapat sampul buang merata².. jenuhlah ibu ayah ni kutip...

 - 2010 -
Sangat indah memori ini, sayu hati terkenangkan arwah adik .. tak sempat nak jumpe anak buah ni .... masa mengandung dia lah yang rajin bercakap dengan baby, usap² perut ni ... :(
 
- 2011 -
Tema biru tekois .. hubby kate biru muda
Tahun ini ikut tema belah mertua .. sebab.. sebab hubby belikan baju mak dengan bapak.. tapi baju² tu semua besar, akulah yang salah pilih .... lupe mak mertua comel pakai size ss / xs aku belikan s pulak, bapak mertua pakai L tapi saya belikan size XL kikikikikiki ...
Amir lah paling teruja baju pilihan sendiri beli kat Kompleks PKNS leher ala² baju kurung ;p

 - 2012 -
Tema hijau lumut & merah
Tahun ni tema pilihan si bujang, pertama kali pilih baju cekak musang dan bermula tahun ini kami akan ikut citarasa amir ... bak kata ayah .. lepas ni beli baju dah siap jer.. tak payah tempah² hihihihihi .... takut amir tukar citarasa lagi... membazir jer nanti. (^_____^)v


Bicara Hati : Setiap tahun mesti ade tema ... yang kelakarnya saya dan hubby akan kata warne tu warne yang berlainan pendapat hihihihihi ...;p masalah mata kah kami ni??? ..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...