♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label ♥ Kasih Abadi ♥. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ♥ Kasih Abadi ♥. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mac 2012

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikumm Semua....

Setahun dah berlalu.. patutnya saya publish entry ni hari jumaat lepas... tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan saya terlupe pulak nak publish elok jer terletak dalam draf hihihihihi....

Pada tarikh 23 Mac 2011 tahun lalu saya telah terbuka hati untuk wujudkan blog ini... Bermulanya sesuatu yang baru adalah entry pertama saya... dan hanya seorang kawan jer yang komen disitu.. itulah kawan saya yang banyak bagi semangat saya wujudkan blog ni. Selain kite orang ni duduk berjauhan bile ade blog masing² bolehlah tau perkembangan diri masing² yang sememangnya akan kembang² xmoo kurus hahahaha.... Selain tu saya dedikasikan kisah hati ini buat satu²nya putera kesayangan saya buat masa ni yerrr.... moga adelah puteri² dan putera² lagi selepas ini untuk tatapan dia di masa akan datang.

Banyak lagi kekurangan blog ni.. maklumlah baru setahun jagung jerkan... tapi dunia blog memang lebih mencabar daripada ape yang saya bayangkan.. cuma niat saya buat blog ni untuk berkongsi kisah hati saya buat tatapan insan² yang saya sayang... macam diari hidup sayalah. Opppsss.... macam syok sendiri jer menulis pun iyer jugak... bajett ramai noo yang nak membacanya yer... hahahaha ...

Apepun terima kasih pada semua.. terutama pada kawan² alam maya yang banyak memberi sokongan, dorongan dan teguran pada blog saya ni... teguran kawan² semua.. memberi semangat untuk saya terus menulis kisah hati ini.

Eh² ade kek jugakkk (^___^)v nak tepek jugakkan...
Ni gambar kek Muhammad Amir Hazim  masa sambut bestday dia umur setahun


Sabtu, 28 Januari 2012

Jalan² Makan² & Bersantai² Kat Pantai Morib

Assalamualaikumm Semua....

Cuti Raya Cina baru² ni mak, abah dengan adik² datang kerumah... lama dah mak tak datang.. selalu mak datang bile bulan puasa nak buka sama² kat rumah... lagipun ade hal sikit.. tu mak, abah dengan adik² datang rumah.... Amirlah orang yang paling kepochii sekali menyambut... seronok betul dia bile paman (panggilan bahasa jawa untuk pak cik) datang rumah tidooo... Tapi mak dengan abah tak dapat tidoo... sebab ade keje sikit kat kampung kene siapkan...

Pagi tu kami pergi rumah tunang adik saje jalan² sambil ziarah, bakal mak mertua adik yang tak berapa sihat... siap makan tengah hari kat situ.. alhamdulillah makan free masa bestday ku opsss..... menu kedai pun jadilah.. tapi ade satu menu tu ala² jawa gitu.. tapi yang masak budak penang.. memang sedapp.. tapi pedass yarrrabbiiii... mau terbakar mulut hihihihi.. jangan mara....

Menu sambal goreng ala² jawa tu memang sedapp.. tapi pedas berapi...
ni dimasak versi penang....


Lepas pergi rumah tunang adik kami singgah dipantai morib, amirlah sibukk sangat nak pergi sane... dulu pernah pergi sekali kat Pantai Morib tak puas tu yang nak pergi lagi... kalau ke pantai morib bukan boleh mandi pun air dia keruh sangat.. gelilah nak mandi silap² gatal² badan kan...


Hamboii sombong betul berjalan yer.. tinggalkan ibu...


 Main belon buih.. tak payah tiup dah banyak angin memang belon tu keluar sendri...
ingat nak belikan layang² dia takmoo lah pulak.. nak belon buih jugakk (^__^)v

 
Masing² tengah cari mood, cuaca panas sangat petang tu...


 Makan otak² dengan satay jer petang tu.. lagipun itu yang cepat dapat dibeli...
ramai betul orang masa tu....


 Berselera amir makan satay.. macam dah lama tak makan jer .. hahahahaha.....


 Lepas dah lepak² jalan² pulak kat bahagian ekspo.. kebetulan ade orang jual² barang kat ekspo tu.. tapi saya tak membeli apepun cuci mata jer.. hubby beli jam dinding... sebab ade offer RM10.00 jer.. oklah tu kan.. besar betul jam tu...

Kami balik petang tu dalam hujan gerimis... sekarang cepat jer sampai dari morib kerumah saya kat sijangkang sebab dah ade laluan baru.. kami lalu Pulau Carey.. memang cepat ooo jimat masa betul.. kalau tak mahu dekat satu jam nak redah bayak traffic light kat jalan pekan tu... sebab dah tau jalan baru ni.. lain kali amir ajak senanglah nak pergi... takdelah alasan lagi dari ayah hihihihihi.....


Murah rezki kami petang tu.. bile mek sebelah bagi nasi dagang, jimat masa dan tenaga tak payah masak.. malunya saya nak ambil.. sebab pinggan baru ni bagi bubur pun tak pulangkan lagi huhuhuhu....


Rezki mak sayalah dengan adik² petang tu makan nasi dagang.. mak kata sedap sangat.. selalu mak dengar saya cerita jer.. oklah kali ni dapat rasa sendri.. Mek sebelah rumah kata dia buat lebih sebab kebetulan anak² cuti ni datang rumah hihihihihihi...


Oklah selamat bercuti dan berehat dirumah semua.... kami hujung minggu kali ni banyak betul jemputan... hubby pun dah mula kuliyah balik huhuhuhu.. kenelah pandai² bahagi masakan... nanti kalau tak pergi kenduri kata sombong pulak haihh....

Rabu, 25 Januari 2012

Jamu selera Kek Bestday Blueberry 2012

Assalamualaikumm Semua....

Tengah hari tadi... ade acara sesi memotong kek sikit... buat kat opis jer... jamu kawan² makan... nak buat yang special memang tak sempatlah sebab mood memng tengah karam dilautan ni....

Kek pun biaser² jer.. beli dekat dengan opis ni.. malas nak keluar jauh² sebab rehat pun kejap jerkan... kebetulan hari lahir saya ni sama dengan seorang akak kat opis ni, memang setiap tahun kami akan meraikkannya bersama².. semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hingga keakhir hayat amin...

 
 Blueberry kek special daripada bee's hihihihihihi.....



 opss... nak interframe sikit..... bertambah usia ini xdelah nak tiup² lilin dah.. yang penting sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezki. Bahagia dengan insan² disayangi Amin.


 

 Inilah akak yang sama bestday dengan saya tu.. merangkap antara akak yang paling rapat dan terbaikk saya pernah kenal dan jumpe... sebab pandai masak.. dan menunya selalu membuka selera saya sampai jadi tembam macam sekarang ni.... hihihihihi.... saya panggil dia kak kam jer... (^__^)v


Nyum².. ade blueberry jugak dalam kek ni.. memang tak pernah beli pun.. selalu beli black forest jer kalau kat bee's... yang ini pertama kali cuba oklah RM46.00 hinggit mahal jugakkan.. berat cuma 1kg jer.. rasanya.. ;p


Perkhabaran Gembira BERGANDA²

Assalamualaikummm Semua....

Rasa gembira sangat pagi ni bila dapat sms daripada syila mengatakan dia telah selamat melahirkan 2 orang baby kembar perempuan.. mesti sweet macam mama diakan.. kan....

Kegembiraan berganda bile dapat tahu baby lahir masa tahun baru cina jugak iaitu 23012012.. sama dengan tarikh bestday saya... tahun jer yang lain hihihihi.... maknanya syila bersalin awal daripada tarikh jangkaan... macam melahirkan syira jugak.. bersalin awal dulu.... ke baby lahir terkejut dengar bunyi mercun kot hihihihihi....

Berat baby seorang 1.7kg dan seorang lagi 1.5kg.. di Hospital Sutan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah. Apepun kami sekeluarga mendoakan agar syila dan baby² sihat, nanti kite tunggu syila update kat blog dia yer perkembangan terkini... maklum lah mengandung kali ni dia teruk sikit... kesian kat dia.. entery yang terakhir kat blog dulu pun mengenai kontraksi makin menjadi. Tak sangka memang baby² nak keluar awal nak melihat dunia.... (^__^)v tahniah syila...

Alhamdulillah syukur semuanya dah selamat.... moga lepas ni giliran kami pulak (^__^)v

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikumm Semua....

Entery Pertama tahun baru.... Hari ini cuti kan.. hari ahad, jadi entery ini dah semestinyalah auto publish.. tuan tanah pergi berjimba² kenduri kawin dan macam² lagi aktiviti yang perlu dilakukan sempena tahun baru ni...



Semoga apa yang diimpikan akan tercapai ditahun baru ini.... sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri kami sekeluarga.... dan sentiasa dilidungi dan dirahmati Alah s.w.t semoga impian tahun 2011 untuk memberi amir adik akan tertunai pada tahun 2012, Amin.

Sabtu, 31 Disember 2011

Hari Terakhir Tahun 2011

Assalamualaikummm Semua.....

Hari ini ialah hari terakhir tahun 2011, malam ni coundown kat mane?? saya?? saya kat rumah jer... memang tak pernahlah nak kemana² jauh sekali nak berjimba² tenk bunga api.. satunya hubby memang tak suke tempat macam tu.. saya pun memang tak suke pergi tempat yang sesak ramai orang.. dan saya lebih selesa duduk rumah sambil tengok tv jer... ;p

Tapi hari ini saya ker Nilai 3, kalau ikut peancangan awal patutnya pergi masa krismas hari tu.. memang dah lama tak pergi Nilai 3 pun.. pergi ni pun sebab ade nak beli barang sikit hihihihi.. barang ape.. nanti jerlah saya cerita pada entry yang seterusnya sebab entry ni auto publish jer... hihihihihi.....

Terlalu banyak memori indah yang tercipta tahun 2011, salah satunya dunia blog inilah.. inilah dunia yang baru saya ceburi tahun 2011, atas semangat seorang kawan.. banyak ilmu yang saya dapat daripada berblog ini selain daripada dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dan bertukar² pendapat.. alhamdulillah saya telah jauh cinta dengan dunia berblog ini... selain itu sebenarnya dah jemu dengan dunia FB yang sering mencemuh dan mengeluarkan status yang lebih pada sifat negatif, sebab saya tengok FB ni ramai sangat yang suke buat status meluahkan perasaan. hahahaha...

Lagi satu ade azam yang saya masih belum tunaikan lagi pada tahun 2011 iaitu bagi amir adik, harap sesangat semoga dimakbulkan Alah s.w.t azam tersebut pada tahun 2012.

Tahun 2011 jugak banyak tempat pergi bercuti hahahaha... memang dalam sejarahlah dapat pergi bercuti daripada ke negeri sembilan, pahang dan penang... apepun semuanya BESTTT..... Harap tahun 2012 dapatlah pergi bercuti lagi...

Oklah ini jer entry ringkas memori 2011 ni.. berjumpa lagi ditahun 2012.

Khamis, 15 Disember 2011

GooD LucK BuaT AyaH

Assalamualaikum..... Semua....

Lambat sikit update cerita hari ini, pagi² dah kene masuk mesyuarat sampailah dah nak ke tengahari ni... 2 mesyuarat pulak tu.. memang tadah telinga jerlah dengar bebelan hihihihi.....

Oklah keje memang kene buat macam biaserkan.. inikan sumber rezki.. jadi nak taknak kenelah jugak buat macam biasa.... yang penting habis mesyuarat dapat makan percuma.. jadi tak payahlah nak pening² pikir nak makan apa tengahari ni.. nak makan kat mane... layankan jer menu yang dah tersedia tu....

Hari ni.. hari kedua hubby exam.. semalam pun sama jugak exam katanya susah.. biaserlah dah tambah semester mestilah lagi susahkan... moga hubby dapat jawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang amin... Bukan apa sebenarnya bile hubby belajar ni memanglah masa kami bertiga akan terhad.. jadi kalau dapat masa bersama memang kite orang akan gunakan sebaik mungkin sebab tu selalu cakap dekat amir.. amir pun mesti belajar kat sekolah rajin² macam ayah.. nanti barulah pandai.... memang selalu bagi inspirasi kat dia... 

Keluarga kecil kami... harap daripada kecil ini akan membesarlah nanti 
-Amin-

Ahad, 6 November 2011

Salam AidilAdha


Assalamualaikumm Semua.....

Selamat Hari Raya AidilAdha.. moga tahun ini disambut dengan sederhana dan lebih dihayati erti Pengorbanan yang sebenar kan.. Amin... (^___^)





Kami di kampung post ni saya buat autopublish jer... khas untuk semua sempena tahun pertama beraya sebagai blogger... gambar ni ambil masa raya hari tu.. pergi rumah pak cik.

Ahad, 30 Oktober 2011

Hampir 10 Tahun Tak Kujejaki

Assalamualaikummm semua......

Ingat tak hari itu saya ade bagi tau yang saya kene kursus.. satu hari sebelum cuti Hari Depavali... Nak tau tak  kite kene pergi kursus dekat mane??? dekat Hotel Cristal Crown, Port Klang.... Hahahahaha... lame tak pergi hotel tu.... banyak cerita sebenarnye dekat Hotel tu.. bukan cerita ape.. dulu pernah kerja sekejap dekat situ.. sementara nak tunggu keputusan SPM keluar hihihihihi...... tak lama pun dalam 2 buan jer.... 



 Masih same.. tak berubah lagiiii.......


Memang tak disegajakan pun dapat kerja dekat situ... kebetulan hotel tu nak pakai pembantu tukang masak... kite pulak dengan kawan baik kite jie memang tengah nak cari kerja.. tak sangkalah pulak dapat.. main terjah jer kami mase tu..... Dema kate nak pakai pembantu Chef sempena bulan ramadhan ni... oklah tu.. dapat jugak duit poket nak raya nanti hihihihihi...... stakat pembantu chef jer kan.. potong-potong sayur, potong buahh.. itu jerlah yang kami buat.. masuk keje pukul 3.00ptg balik pulak pukul 11.00 malam.. setiap hariii kecuali selase kami cuti... memang dalam sejarahlah buka puase dekat hotel selalu dengan family jer... mase tu baru 17 tahun. sayu jer.. dengar lagu raya... bayangkan malam raya pun kami kene kerja tau.... memang kenanganlah sangat-sangat dekat hotel tu.... apepun memang pengalaman yang cukup indah ......


Gambar google jer ni......


Kursus petang tu habis awal pukul 3.30ptg dah habis, patutnya habis pukul 5.00 ptg... habis kursus... hubby amik terus pergi rumah akak ipar pulak dekat Batu Belah sebab nak hantar anak buah .... nanti sambung cerita kerumah akak ipar yer... macam-macam hal kikikikikiki... ;p

Khamis, 13 Oktober 2011

Terima Kasih Blog Dapur Kak Jee

Assalamualaikummm semua.... dan selamat pagi...

Alhamdulillah kite masih lagi dipanjangkan umur masih bernafas dimuka bumi ini.. moga² ditambahkan rezki juga hari ini dan lebih diberkati.... Amin..

Kenapa nak ucap terima kasih pada Kak Jee??? sebab daripada Entry Ini lahh.. Kak Jee ade buat Entry dekat Blog dia jugak mengenai ini. Terima kasih juga yer.. pada kawan² yang memberi komen, nasihat dan padangan di entry tersebut... sebab membantu sifat was-was saya ni... 

Terima kasih sangat² saya ucapkan pada Blog Dapur kak Jee yang saya memang selalu singgah tengok macam-macam entry ada.. , terima kasih sebab singgah di Blog saya ni.. yang baru bertatih... dan buat entry mengenai Klik Sini untuk dikongsi pada pembaca² diblog akak...... terima kasih pada yang komen disitu dan nasihat² yang diberikan....



- Pinjam Header yer kak jee -


Disini saya juga memohon maaf sekiranya ada Blogger yang menjual barangan sebegini terasa... saya tidak berniat apa² sekadar mahu bertanya dan berkongsi pendapat untuk mengetahui kesahihannya...

Rabu, 23 Mac 2011

♥ Bermula nya.. Sesuatu Yang Baru ♥

Assalamm.....

Ramai kwn² yang telah mempunyai blog sendri.... atas dorongan kwn² lahir lah blog ini sekadar ingin berkongsi sesuatu yang baru.. terima kasih krn memberi semangat itu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...