♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 15 Disember 2011

Home » , » GooD LucK BuaT AyaH

GooD LucK BuaT AyaH

Assalamualaikum..... Semua....

Lambat sikit update cerita hari ini, pagi² dah kene masuk mesyuarat sampailah dah nak ke tengahari ni... 2 mesyuarat pulak tu.. memang tadah telinga jerlah dengar bebelan hihihihi.....

Oklah keje memang kene buat macam biaserkan.. inikan sumber rezki.. jadi nak taknak kenelah jugak buat macam biasa.... yang penting habis mesyuarat dapat makan percuma.. jadi tak payahlah nak pening² pikir nak makan apa tengahari ni.. nak makan kat mane... layankan jer menu yang dah tersedia tu....

Hari ni.. hari kedua hubby exam.. semalam pun sama jugak exam katanya susah.. biaserlah dah tambah semester mestilah lagi susahkan... moga hubby dapat jawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang amin... Bukan apa sebenarnya bile hubby belajar ni memanglah masa kami bertiga akan terhad.. jadi kalau dapat masa bersama memang kite orang akan gunakan sebaik mungkin sebab tu selalu cakap dekat amir.. amir pun mesti belajar kat sekolah rajin² macam ayah.. nanti barulah pandai.... memang selalu bagi inspirasi kat dia... 

Keluarga kecil kami... harap daripada kecil ini akan membesarlah nanti 
-Amin-

1 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

good luck jugak utk hubby masya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...