♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Sujud Di Malam Hari









Jumaat, 8 Mac 2013

Selamat Hari Wanita - Doa Untuk Ibu



Salam pagi jumaat .... moga kita semua dilindungi... dirahmati dan diberi keberkatan hidup didalam kehidupan seharian.... (^^,)



Selamat hari wanita buat rakan² diluar sana, percayalah hari² tanpa wanita disisi adalah hari² yang tidak sempurna dan lengkap.... terutama ibu.. ibu adalah inspirasi dalam kehidupan seharian kita, dari kecil membesar dan mendidik kita agar menjadi insan yang berguna... segalanya bermula daripada seorang wanita.. yang bergelar ibu...

Berdoalah setiap hari buat mereka, ibu dan bapa.. tanpa mereka juga kita tidak akan ada didunia ini... moga mereka sentiasa dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik ... 


Bicara Hati : Mood ceria² sahaja.. melaram dengan shawl baru ...



Khamis, 7 Mac 2013

Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak



Bila anak dah makin membesar satu cabaran buat diri .... mencabar diri untuk membesarkan amanah Allah, jika salah didikkan ibu bapalah yang akan dipersalahkan..... kerana anak² adalah cermin ibu bapanya...

Sejauh mana pun anak itu berjaya.. sejauh mana pun langkah mereka mengejar ilmu.. percayalah.. didikan yang pertama dan terbaik adalah bermula daripada rumah, melihat contoh kedua ibu bapanya sendiri. (itulah yang saya dan hubby selalu ingatkan dalam diri)

Sebelum tidur saya akan pastikan saya berbual dengan anak saya.. saya akan pastikan apa jua yang dilakukan disekolah ditadika atau bermain dengan kawan² diluar akan diceritakan pada saya, saya akan menasihati dia kalau dia ada bercakap kasar dengan kawan² (kerana anak saya akan mengulang ayat yang digunakan kita berbual dengan kawan²nya).. selalu pesan pada anak supaya tidak sombong atau bangga diri bila bercakap.

Bila anak dah tidur, perlahan² saya akan bacakan surah al-fatihah, ayat kursi dan surah al-insyirah dan dihembuskan diubun²nya.... hembuskan sahaja.. jangan sesekali cium anak sewaktu tidur.. kerana dikuatiri jiwa anak akan memberontak (pernah terbaca tak pasti kat mana.. sebab bila kita cium anak masa tidur.. anak akan lebih nakal.. )

Waktu beriadah dengan anak² pun kita boleh nasihatkan anak² sebab masa ni lah.. emosi anak sedang terangsang.. lagi² bila diberi pujian.. jiwa mereka akan lebih berkobar².. untuk melakukan sesuatu...

9 cara diatas bolehlah diamalkan dengan sebaiknya.. semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak²... bila saya dah jadi ibu ni.. hai saya selalu membayang inikah perasaan mak dan abah saya selama ni... macam ni ke.. sebab mereka melarang berbuat sesuatu yang mereka tidak suka...


Bicara Hati : Yakinlah bahawa doa seorang ibu adalah sangat mustajab, jadi berdoalah mohon pada allah agar² anak² kita sentiasa diberi rahmat dan dilindungi daripada anasir jahat.






Isnin, 25 Februari 2013

Sakit Kepala

  


Jangan pandang ringan sakit dikepala.. apatah lagi dibahagian tengkuk/ leher.... sebenarnya itu adalah salah satu punca untuk kena darah tinggi....


Yups.. darah tinggi... janganlah ingat asal sakit kepala jer.. mengandung.. asal sakit kepala angap migrin (jangan pandang remeh) asal nak muntah² jer.. mengandung..  hakikatnya boleh jadi itu keracunan makanan.

Amalkanlah gaya hidup sihat itu yang sebaikknya.. jangan streess .. jom happy² sahaja .... walaupun kerja ni memang tak boleh nak elak daripada stress sebenarnya.


Amalkan doa ni... jom print tampat kat meja ... dan perbanyakanlah istigfar.. insyaallah hati lebih tenang 



Sedikit tips kalau korang sakit kepala kupas bawang putih dan sapu/gosok² pada bahagian dahi kanan kiri dahi.. tu sambil selawat insyaallah kurang sikit... sebab pernah cuba.. tapi lambat sikitlah.. kita ni nak cepat.. pakai bam cni jer.. hihihihihihi ...



Bicara Hati : Selamat daku .. hari ni kalau ikutkan kene kerja kat luar tau... 4 hari 3 malam ... kat langkawi nun, mak tak mahu.. mak tak mahu.... nasib big bos okk.... 




Isnin, 15 Oktober 2012

Doa elak sifat pemalas dalam diri

    


Bile dah lama bercuti mesti mood nak bekerja tu kelautkan... hari isnin macam ni takmoo malas².. semangat² ehh.... baca doa ni insyaallah... tak malas .. tak blues.....


 Saya siap print tampal depan pc hihihihihi......


Bicara Hati : Hari ni seharian tiada kat pejabat, ade kerja kat luar yang perlu disiapkan... entry ni autopublish...


Khamis, 6 September 2012

Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan

 
 
- Bagus amalkan doa ni setiap hari -


Bicara Hati : Alhamdulillah hari keempat hantar amir ke taska, amir dah okkk tak menangis lagi .. tapi sayu jer muka dia pandang ibu balik sambil lambai².... Sebelum turun kereta amir dah janji amir tak nangis lagi .. amir suke kat taska .. tapi amir ade permintaan ngee~~~~ terkujat kejap ibu dengar permintaan itu .. ayah!!!! sila tunaikan.(^_____^)v



Isnin, 6 Ogos 2012

Doa sebelum dan selepas membaca al - quran / tadarus

 
 
DOA SEBELUM MEMBACA AL-QURAN
 
 
Ertinya: “Ya Allah, bukalah hikmah-Mu padaku, bentangkanlah rahmat-Mu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.”
 
 
DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN
 
 
 Ertinya: “Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang agung, jadikanlah ia bagiku ikutan cahaya petunjuk rahmat. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebagian malam dan siang, jadikanlah ia hujjah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam.”


Sumber : murabbiy.wordpress.com
 
 
Bicara Hati : Selamat bercuti nuzul quran semua, bacalah al-quran dibulan ramdhan dan hayatinya.
 
 
 

Jumaat, 27 Julai 2012

7 Ramadhan

 


Alhamdulillah hari ni dah 7 ramadhan, sayu dihati masih dipanjangkan umur dan memohon kesyukuran dapat menyempurnakan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum²nya ....

Pada 3 Ramadhan dikejutkan dengan perkhabaran kawan sepejabat kemalangan pada 30 syaaban selepas balik kerja, sayu rasa dihati kerana dikabarkan koma dan hatinya hancur serta buah pinggangnya tidak berfungsi ....

Hari ni 7 Ramadhan dikejutkan dengan pemergiannya kerahmatullah pada pukul 2.00 pagi tadi .. al-fatihah buat beliau yang dikenali Rizal, dan takziah buat keluarganya. Sungguh pun saya tak mengenali rapat beliau tapi beliau seorang yang baik hati .... pagi ni kebetulan memang opis ade nak buat bacaan yassin untuk beliau .. bile dah dikabarkan beliau meninggal dunia .. teruslah buat tahlil sikit dan bacaan yassin beramai² ... Sama²lah kite sedekahkan al-fatihah buat arwah moga rohnya tenang disana ....

Tak tahu kenapa hati saya sayu dibuatnya masa baca yassin tadi.... beliau masih bujang dan anak sulung daripada keluarga dan menjadi harapan keluarga .... 


Bicara Hati : Al-Fatihah buat Arwah embah man



Rabu, 14 Mac 2012

Hanya Kebetulan Bukan 'Badi'

Assalamualaikumm Semua....

Tajuk macam suspen jer.. kan.. kan... bace dulu barulah tahu...

Hari ini 14 Mac kalau ikut seperti yang war²kan dalam berita memang takde air dikawasan selangor.... baca kat sini.

Harap sangat masalah air ni tak berlarutan.. maklumlah hujung minggu ni kami sekeluarga kat kampung ade kenduri adik kawin huhuhuhuhu.... teringatlah pulak kes hampir 6 tahun yang lalu.. Jeng.. Jeng... suspen jerkan...

Masa saya nak kawin 6 tahun yang lalu macam ni lah jugak.. tibe² jer negeri selangor diumumkan xde air, semua orang diminta berjaga² tadah air.. haru betul kami sekeluarga, masa tu cuti sekolah jugak tapi bulan 6. Bile dapat tahu adik nak kawin hujung minggu ni pun ade masalah air teringat saya masa nak kawin dulu²... sejarah mungkin berulang rupanya.. cuma pengumuman kata 36 jam ade gangguan air bermula hari ini sampai esok pagi, apepun kite kenelah berhati²kan.. stanby jer ape yang patut...

 Tong ni memang banyak kat kampung, mak siap bekalkan satu untuk kami stanby air kat rumah hihihihihihi...
sorry gambar amik dari google jer.. kamera buat hal tak boleh snap gambar gelaaapppp jer.. xtau ape yg berlaku sebenarnya haiihhh... jadi tak bolehlah nak tunjuk tong yang mak bagi.

Masa saya kawin dulu.. lori tangki syabas ni siap datang hantar air tau.. kelakar pulak.. nasib baiklah cepat sampainya.. kalau tak jenuh jugak nak basuh pinggan, cawan semua kan.. takde air huhuhuhuhu.... kesian kat orang yang rewang...


Berdoa semoga takde masalah yang berlarutan akan berlaku... mungkin hanya kebetulan sahaja.. bukan 'badi' okkk... 'badi' tu bukan mayat jer ker...



Khamis, 23 Februari 2012

Al-fatihah Buat Arwah Adik Faris

Assalamualaikum Semua....

Mood saya daripada pagi tadi sedih jer.. lagi² baca kisah adik faris ni.. rasanya semua blogger yang tahu kisah ni pun macam tu jugak...

Secara peribadinya memang tak mengenali keluarga beliau, tetapi sebagai seorang ibu.. entry² bersama mazidulakmal yang berkisar mengenai Faris memang akan menyentuh hati saya....

Moga keluarga meraka tabah menghadapi ujian ini.... dan adik faris tenang disana kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. alhamdulillah juga kerana perkhabaran gembira diterima ibu faris kini sedang mengandung 2 bulan....

Al- Fatihah Buat Arwah Adik Faris Nur Daniel Bin Shamrulismawi

Selasa, 21 Februari 2012

PETUA NABi AGAR DiKURNiAKAN ANAK

Assalamualaikum Semua....

Selamat pagi semua... pagi ni saya nak kongsi sikit petua dengan kawan² semua.. buat diri sendiri jugak... ape salahnya dikongsi bersama kan.. kan... petua bagi pasangan yang sukar untuk hamil dan masih berusaha.

Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga :
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah s.w.t. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah s.w.t serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah s.w.t tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;
“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”
Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya.USAHA TANGGA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Terima kasih kongsi perkara ni  Blog kokoadik.blogspot.com a.k.a mama amana & arief sbb sudi kongsi. 

 Ibu bersyukur dengan kelahiran amir.. selama hampir setahun lebih melayari bahtera perkahwinan barulah ibu disahkan hamil dan hadirnya putera ibu yang amat ibu kasihi.. Muhammad Amir Hazim Bin Masnizam


Apa jua yang berlaku pasti ada hikmah dan aturan yang telah ditentukan... redhalah dengan apa jua yang telah diaturkan begitu cantik oleh Allah s.w.t. moga diri ini sentiasa tidak mudah lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehnya.. sebagai hambanya yang lemah.

 Jomlah Join GA Craft N Crochet
 

Jumaat, 17 Februari 2012

DOA KETiKA MULA DAN AKHiR KERJA

Assalamualaikum Semua...

Assalam pagi jumaat.. cepatnya masa berlalukan.. kan... dah pun masuk hari jumaat.. kalau kat pantai timur dah cuti hujung minggu ni..

Semoga dipagi yang penuh berkat ini kita mengamalkan doa untuk mulakan kerja... bukan hari ni jer.. setiap hari pun mesti baca doa ni sebelum memulakan tugas atau sesuatu kerja.... semoga kerja² kita akan lebih diberkati Amin.. (^__^)v.. kalau sebelum ni tak pernah amalkan.. bermula dari hari ini kenelah amalkan yer (peringatan untuk diri sendiri jugak tu).... lebih elok print.. terus lekat kat dpn meja tu hihihihihi....
 

Dah baca doa mula kerja jangan lupa baca doa dah siap kerja juga... saya kalau dah siap kerja cakap alhamdulillah jer.. memang sampai ke hari tak hafal² doanya akhir kerja ni.. lepas ni nak print letak kat meja. barulah tak lupa kan.. (^__^)v.   
Anda buat anda dapat.... Renung²kanlah Selamat Beramal..  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...